Sabtu, 6 Julai 2024

Tahniah:[RASMI] PN menang di Sungai Bakap

 

Abidin Ismail (tengah) selepas diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap yang baharu.
Abidin Ismail (tengah) selepas diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap yang baharu.

SUNGAI BAKAP - Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi.

Bekas eksekutif lojistik itu memperoleh 14,489 undi, menewaskan pencabarnya calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang meraih 10,222 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi di sini, pada Sabtu.

Abidin yang lebih mesra dengan panggilan Abang Abidin sebelum ini berjanji akan meneruskan legasi Nor Zamri jika dipilih menggantikan 'bos' beliau menjadi wakil rakyat di DUN Sungai Bakap itu.

Mungkin ia disebabkan masalah dihadapi itu telah berlarutan sekian lama tanpa sebarang solusi atau penjelasan yang memuaskan hati mereka.

Disebabkan itu ada diantara mereka beranggapan segala pelan dan projek yang dilakukan kerajaan dianggap sebagai umpan pilihan raya sahaja selain tidak sanggup menerima tempoh penyelesaian yang mengambil masa beberapa tahun untuk selesaikan masalah mereka.

Sebelum ini penganalisis politik menyatakan kedua-dua calon sama ada PH dan PN mempunyai kekuatan masing-masing untuk memenangi kerusi Sungai Bakap.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia berikutan sejarah politik di kawasan berkenaan memperlihatkan kerusi itu bersifat terbuka kerana pernah dimenangi pelbagai parti politik.

“Kawasan ini dinaungi Parlimen Nibong Tebal dan ada tiga parti berbeza yang memerintah tiga DUN di satu kawasan Parlimen, ini menunjukkan bahawa ia mempunyai dinamik politik berbeza dengan tempat lain.

“DUN Sungai Bakap ini kerusi yang terbuka dan kalau dikaji dari awal, tidak ada satu parti politik pun yang menang dengan majoriti lebih 2,500 undian dan dalam sejarah politik kita lihat Barisan Nasional (BN), UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pernah memenangi kerusi tersebut,"katanya.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang pada Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

-SH Online 

0 ulasan:

Catat Ulasan