"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Jun 2021

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

 

Tangkap layar laman petisyen yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan.

PETALING JAYA: Satu petisyen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan mendapat lebih 170,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan semalam oleh pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 200,000 tandatangan.

Setakat pukul 9.00 pagi hari ini, petisyen itu telah mengumpul sebanyak lebih 170,000 tandatangan warganet.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik,” kata petisyen itu, menurut laporan Sinar Harian.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa pelaksanaan ‘total lockdown’.

Azmin sebelum ini menegaskan, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan selepas kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Beliau berkata, sebanyak 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

“Kementerian-kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0,” katanya.

Tambah beliau, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan selepas terdapat dakwaan CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Azmin berkata, 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh -FMT

Khamis, 3 Jun 2021

Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi

 

Kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan penutupan penuh tetapi kecewa apabila 95,000 syarikat diberikan kebenaran beroperasi.

PETALING JAYA: Pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri tercetus baru-baru ini berhubung tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kira-kira 95,000 syarikat beroperasi walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menurut sumber.

Menurut sumber, pertelingkahan tercetus awal minggu ini apabila sejumlah menteri tidak berpuas hati kerana begitu banyak syarikat dibenarkan beroperasi walaupun persetujuan dicapai sebelum ini untuk melaksanakan “total lockdown” atau sekatan penuh.

“Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, ramai menteri bimbang tanpa “lockdown” penuh, pandemik Covid-19 tidak akan dibendung dan penguatkuasaan SOP akan menjadi lebih mencabar.

“Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangkitan Covid-19,” kata sumber itu.

Seorang lagi sumber mengaitkan pertelingkahan itu kepada muat naik terbaharu Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob di Facebook yang menjadi perbualan hangat di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.

Catatan itu turut melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

Kelonggaran diberikan MITI kepada pelbagai sektor untuk beroperasi semasa PKP3.0 dikritik pelbagai pihak di media sosial dan ahli politik, dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus merujuk sekatan sekarang sebagai “total lockdown.”-FMT

Khamis, 1 April 2021

Sembilan menteri Umno akan menyertai Bersatu?

 


WALAUPUN perhimpunan agung Umno (PAU) telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan, namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan menteri dan lima timbalan menteri.

Sembilan menteri itu ialah, Annuar Musa, Noraini Ahmad, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ismail Sabri Yakob, Shamsul Anuar Nasarah, Halimah Mohamad Sadiqe , Hishammuddin Hussein, Reezal Merican Naina Merican dan Adham Baba.  

Perkara ini dapat dilihat kepada sikap para menteri itu yang akur dengan nasihat Muhyiddin Yassin yang meminta mereka kekal dalam kerajaan atas alasan untuk bantu rakyat dan dikala negara sedang diancam pandemik.

Perkara ini dinyatakan oleh Muhyiddin selepas para mereka itu berjumpa dengannya untuk meminta nasihat setelah parti Umno membuat keputusan. 

Kata Muhyiddin seperti dilapor semua menteri Umno bersetuju untuk kekal dalam kerajaan. Ertinya kesembilan menteri itu bersetia dan berkhidmat dengan Muhyiddin.  

Apa yang berlaku itu agak aneh sedikit, kenapa menteri itu berjumpa dan meminta pandangan perdana menteri mengenai kedudukan mereka. Kenapa mereka tidak berjumpa dengan Zahid Hamidi selaku presiden parti untuk meminta nasihat dan pandangan mengenai kedudukan mereka. Walaupun mereka sudah maklum keputusan PAU tetapi seeook-eloknya mereka berjumpa secara formal dan eksukutif dengan presiden parti.

-mindarakyat

Rabu, 31 Mac 2021

Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?

 

Pada Ahad lalu, PAU 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diluluskan sebulat suara.

Mandat diberikan kepada Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tarikh menarik diri daripada kerajaan PN.

Zahid dengan gahnya berkata, apabila tarikh itu diputuskan, semua ahli parlimen yang dilantik sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meletak jawatan bersama.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN termasuk diberikan jawatan dalam syarikat bekaitan kerajaan (GLC) diminta menarik diri bermula Ahad.

Antara Menteri UMNO yang memegang portfolio penting dalam Kabinet PN ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Turut tersenarai ialah Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan).

Muhyiddin turut melantik Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Timbalan Menteri yang dilantik dalam kalangan pemimpin UMNO ialah Mastura Yazid(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I) dan Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).

Meskipun Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan itu sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi... ada mereka kesah??

Lagipun mana ada orang yang bodoh untuk melepaskan puluhan ribu RM yang diperolehi sebulan hanya kerana nak buktikan kesetiaan kepada parti?

Memang jawatan itu yang mereka kejar selama ini kan?.. takkanlah mereka sertai politik hanya sebab nak jadi Ketua Cawangan saja kot.. apa kelas?


PUTRAJAYA: Semua anggota Jemaah Menteri kerajaan semasa dari Umno tidak akan meletakkan jawatan masing-masing dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, persepakatan itu dicapai selepas menteri-menteri dari Umno bertemu beliau pada Isnin.

“Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam (Jemaah Menteri) berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan (PPBM) dalam PRU15.

“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada dalam (Jemaah Menteri). Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua Menteri Umno akan terus kekal berada di dalam (Jemaah Menteri).”

Kata Muhyiddin, pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk “memerangi Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara”.

Sehubungan itu, tambah beliau, langkah berkenaan penting kerana beberapa orang menteri Umno memegang portfolio penting yang secara langsung menyumbang kepada matlamat tersebut ~ FMT

Lagi satu.. yang sembang kononnya perjuangan politik mereka itu adalah demi rakyat.. cuba jangan diberikan sebarang jawatan dalam Parti atau Kerajaan..

Kalau nak diberikan Jawatan pun jangan dibayar elaun atau apa saja imbuhan.. kita tengok adakah mereka sanggup memegang jawatan itu?

Kesimpulannya.. jangan diperbodohkan oleh Ahli Politik..

-Anak Sungai Derhaka

Selasa, 30 Mac 2021

Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'

 


Menteri Kabinet dari Umno semalam menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Difahamkan, pertemuan itu dihadiri hampir kesemua menteri dan timbalan menteri Umno di Putrajaya dengan kebanyakan daripada mereka mengakui tidak mempunyai “penjelasan yang logik” berhubung siri ucapan yang menyerang Bersatu dan PN.

“Mereka berkata, mereka sendiri tidak faham mengapa sasaran ucapan Perhimpunan Agung Umno kepada parti yang sama memberikan mereka jawatan dan kuasa ketika menjadi pembangkang,” kata sumber, beberapa jam selepas pertemuan tamat tanpa sebarang keputusan jelas.

Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan hubungan dengan PN.

Pemimpin tertinggi parti turut menggesa Umno menjadi dominan semula, mengatakan tidak mahu menjadi pemain kedua dalam mana-mana kerajaan.

Terdahulu, terdapat spekulasi tentang pertemuan semalam, mengatakan menteri dan timbalan menteri dari Umno menawarkan peletakan jawatan mereka secara serta merta daripada Kabinet kepada Muhyiddin.

Sumber bagaimanapun menafikan perkara itu dibincangkan.

“Satu-satunya perkara diberitahu kepada perdana menteri ialah apa yang mereka katakan sebagai punca utama kepada serangan itu. Mereka mengatakan ia merupakan rancangan jahat kumpulan kluster mahkamah dalam kepimpinan Umno,” tambahnya.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan bekas pemimpin kerajaan dari Umno yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah.

Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak, jika dicampurkan kedua-duanya mempunyai lebih daripada 80 pendakwaan, mengetuai kempen menyerang Muhyiddin, menuduh bekas timbalan presiden Umno itu mengenepikan parti Melayu itu dalam jawatan penting kerajaan.

Kritikan mereka dipertingkatkan selepas Najib disabitkan bersalah atas tujuh pendakwaan rasuah Julai tahun lepas, lima bulan selepas beliau dan ahli-ahli Parlimen Umno menyokong Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Pada Oktober, kedua-dua Zahid dan Najib menulis surat kepada Agong, menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui pembelotan ahli-ahli Parlimen.

Tidak berapa lama selepas itu Anwar mengakui terdapat perbincangan dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama.

Sementara itu, satu sumber berkata, semasa perbincangan tidak formal selepas pertemuan, perbandingan dilakukan antara serangan dilakukan Zahid terhadap menteri-menteri daripada partinya dengan kritikan Anwar terhadap menteri-menteri PKR semasa berasa dalam kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Kelihatan Zahid meniru cara yang dilakukan Anwar,” kata sumber itu.

Lebih kurang dua minggu lepas, Barisan Nasional terpaksa menarik balik kenyataan dikeluarkan Zahid selepas didapati hampir sama dengan kenyataan berasingan dikeluarkan Anwar.

Sumber: MalaysiaNow

Isnin, 15 Februari 2021

Kenapa bekas Ketua Yayasan Kebajikan ketuai 'belasah' Rina Harun secara berjamaah?


Selepas kurus dan kelihatan cantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun kini dibelasah secara berjamaah di media sosial apabila beliau menjadikan pejabatnya sebagai studio pengambaran fesyen.

Bekas Ketua Yayasan Kebajikan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim turut terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio pengambaran fesyen.

“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di facebook.

Katanya, satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat apabila Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang- undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak- kanak dan masyarakat.

“Satu lepas satu mesyuarat dan perbincangan dibuat oleh YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan).

“Beratur kami diluar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklumbalas hal ehwal rakyat,” katanya yang pernah berkhidmat di bawah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Tidak ku sangka Pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya 2021 mungkin.

“Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (SAW): “Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya: ‘Bagaimana maksud amanah disia-siakan?’ Nabi menjawab: “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (HR Al-Bukhari),” katanya.

Semenjak kelihatan langsing Rina Harun menjadi trending di media sosial apabila tampil persis model dengan menggayakan baju kurung pahang daripada pereka fesyen Man Kajang yang cukup terkenal dalam menghasilkan busana tradisional dan perkahwinan.

Ditambah pula dengan solekan oleh jurusolek selebriti yang juga terkenal, Saidatulnisa Aminuddin iaitu kakak kepada Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin.

Beberapa foto Rina mula dikongsi beramai-ramai oleh warganet di media sosial apatah lagi sesi pengambaran diambil berlatar belakangkan pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.

-malaysiadateline

Selasa, 15 Disember 2020

Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf 7 Menteri terbaik Asia

 

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf 7 Menteri terbaik Asia

KUALA LUMPUR– Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf sebagai antara tujuh Menteri Alam Sekitar terbaik Asia.

Pengiktirafan kepada Menteri Alam sekitar dan Air Malaysia itu diberikan Majalah Asia Business Info.

Tuan Ibrahim Tuan Man disenaraikan bersama Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar, Menteri Alam Sekitar Singapura, Masaqos Zulkifli dan Menteri Alam Sekitar India, Prakash Javadekar.

Turur tersenarai Menteri Alam Sekitar Iran, Isa Kalantari, Menteri Alam Sekitar New Zealand, Hon David Parker dan Menteri Alam Sekitar Korea Selatan, Cho Myung-rae.

Mengikut kedudukan, Tuan Ibrahim Tuan Man diletakkan di kedudukan nombor enam daripada tujuh Menteri terbaik.

Pastinya pengiktirafan ini membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekaligus mengharumkan nama negara.

Rentas7.com

Rabu, 19 Ogos 2020

ISU PANAS ~ Apa sebab menteri tidak kuarantin wajib?


Pertikaian terhadap tindakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki, dilaporkan kerana ujian terhadapnya adalah negatif.

 Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilapor telah menjalani ujian Covid-19 selama lima jam sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan didapati negatif.

 “Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

 “Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” kata sumber seperti dipetik Harian Metro.

 Semalam, kecoh apabila Teresa Kok (PH-Seputeh) mendakwa Khairuddin, 47, melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 kerana tidak melakukan kuarantin selepas pulang dari luar negara. 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas itu dilapor berkunjung ke Turki untuk lawatan tidak rasmi pada 3 hingga 7 Julai lalu dan hadir ke Parlimen enam hari selepas itu.

 Ahli perniagaan tersebut yang sepatutnya perlu mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari bagaimanapun dilihat hadir ke Parlimen pada 13 Julai lalu.

 Perkara itu juga dipersoal Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang berkata jika dakwaan itu benar, tindakan menteri terbabit boleh dianggap tidak bertanggungjawab kerana di Turki sendiri mempunyai hampir 250,000 kes Covid-19.

 Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) pula bingkas berdiri dan meminta tindakan diambil ke atas Mohd Khairuddin kerana tidak mematuhi SOP selain mendedahkan Parlimen kepada ancaman virus berbahaya.