"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sri Lanka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sri Lanka. Papar semua catatan

Khamis, 8 Oktober 2020

Lebih 1,000 pekerja satu kilang Sri Lanka dijangkiti COVID-19

Kilang Brandix di Minuwangoda, Colombo, menjadi kluster terbesar COVID-19 di Sri Lanka selepas lebih 1,000 pekerjanya disahkan positif virus itu. - Foto AFP 

COLOMBO: Lebih 1,000 pekerja diuji positif COVID-19 di sebuah kilang di Sri Lanka, yang hingga Ogos lalu menghasilkan pelitup muka pembedahan untuk Amerika Syarikat (AS). 

 Menurut pihak berkuasa negara itu semalam, mereka kini sedang berusaha mengenalpasti sumber terbesar jangkitan wabak virus itu.

 Kes semakin meningkat sejak ujian positif pertama dikesan di kilang pakaian berkenaan tiga hari lalu, menyebabkan jumlah jangkitan melonjak hampir 4,500 kes di negara itu. 

 Pemilik kilang Brandix, yang mendapat pujian antarabangsa kerana amalan lestari, berkata usaha mengawal penyebaran jangkitan di premisnya berhampiran Colombo itu amat menyukarkan kerana terdapat sejumlah besar pembawa tanpa gejala.

 "Sebilangan besar kes positif terbukti tidak menunjukkan simptom atau sebarang gejala berkaitan COVID-19," kata firma itu dalam satu kenyataan kelmarin.

 Ketua ahli epidemiologi Sri Lanka, Sudath Samaraweera, meminta masyarakat setempat bekerjasama dengan pihak berkuasa di sebalik kebimbangan wabak itu dapat merebak lebih jauh. 

 "Kami berusaha untuk mengesan bagaimana virus itu masuk dan ada kemungkinan kami akan berjaya atau mungkin tidak," katanya kepada wartawan di Colombo.

 Sebelum ini, kerajaan negara itu memaklumkan tiada penyebaran dalam komuniti di negara dihuni 21 juta orang itu. 

 Pihak berkuasa berkata, 1,026 pekerja yang positif COVID-19 di kilang mempunyai 1,700 pekerja itu sudah berada di hospital manakala baki pekerja dan ahli keluarga pekerja sedang dipindahkan ke pusat kuarantin kerajaan.

 Kesemua mereka akan menjalani saringan termasuk masyarakat setempat di sekitar kilang berkenaan.

 Semua perhimpunan awam dilarang, sekolah ditutup lima hari lebih awal sebelum cuti penggal, kejohanan kriket tempatan dibatalkan dan tentera menangguhkan sambutan ulang tahun ke-71 yang dijadualkan Sabtu ini. 

 Brandix, salah satu pengeksport pakaian terbesar di Sri Lanka, pada Ogos lalu menghantar 200 juta pelitup muka tiga lapis ke AS. - AFP