"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2024

Empayar Burma yang kini hanya tinggal BAYANG-BAYANG

 Empayar BURMA.

Sebuah Empayar yang kini hanya tinggal BAYANG-BAYANG.

Antara sebab saya minat sejarah Burma kerana kehebatan mereka di zaman lampau yang cukup underrated dan tak diketahui ramai. Hari ini mungkin ramai tahu Myanmar sebagai negara yang penuh kontroversi akibat pergolakkan, perang saudara, perang etnik, perang agama, kemiskinan dan sebagainya. Tapi semua itu berlaku, adalah angkara British juga.

Sekitar tahun 1500 hingga ke awal 1800an, Burma adalah sebuah empayar yang antara paling kuat di rantau Asia tenggara. Kekuatannya kini, hanya tinggal Bayang² sahaja. Bak kata omputeh : Burma now, is just a shadow of its glorious powerful past.

Kalau tengok dari gaya peta ni, ini peta buatan Inggeris pada kurun ke-18 (1700an). Mungkin sewaktu kempen awal dinasti Konbaung Burma membuli negara² jirannya sebelum "dihukum" oleh dinasti Qing China pada 1760an.

Seluruh Siam, laos dan kambodia ditakluk Burma.

Antara topik menarik yang saya bercadang untuk divideokan.

Source 

Sabtu, 2 Mac 2024

PANGLIMA PERANG MALIK

 PANGLIMA PERANG MALIK

Panglima Perang Malik merupakan salah seorang panglima dari beberapa orang panglima Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sri Sultan Ibrahim Shah ibn Sri Sultan Salehuddin Shah ibn Yang Dipertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak ibn Opu Daeng Rilaga.

Beliau dilahirkan pada tahun 1759 di Kuala Selangor dan dikatakan berasal dari Kampung Tanjung Pisang Sesikat. Sejak kecil, Panglima Perang Malik telah dididik dengan ilmu agama oleh kedua orang tuanya. Meningkat remaja, beliau berlatih silat dengan seorang guru persilatan di Kampung Permatang untuk tujuan perlindungan dan mendapat jodoh pun dengan orang Kampung Permatang.

Panglima Perang Malik berkhidmat sebagai panglima perang Kesultanan Selangor sekitar tahun 1780 dan beliau telah menceburi medan pertempuran dalam beberapa siri serangan ke atas tentera Belanda di Melaka dan Kuala Selangor pada tahun 1784. Kemudian pada tahun 1785, beliau bersama Sri Sultan Ibrahim Shah, Panglima Perang Besar Saiyyid Jaafar bin Saiyyid Sharid Hassan, Panglima Tok Sekam dan panglima-panglima Selangor yang lainnya telah menyerang tentera Belanda di atas Bukit Selangor.

Turut serta dalam serangan itu ialah 2,000 orang tentera bantuan Pahang dibawah pimpinan Bendahara Tun Abd Majid, 1,500 orang tentera Rembau dibawah pimpinan Raja Ali  dan tentera bantuan dari Kesang dibawah pimpinan Tok Laji. Menurut catatan, Sri Sultan Ibrahim Shah dapat menawan kembali Bukit Selangor dalam satu hari sahaja.

Pada tahun 1805, Panglima Perang Malik dan beberapa orang panglima handalan telah terlibat secara langsung menyerang Perak bersama Sri Sultan Ibrahim Shah. Dalam serangan itu, Selangor dapat mengusai sebahagian dari negeri Perak.

Pada tahun 1806, Raja Ahmad ibn Raja Haji Fisabilillah ibn Yang Dipertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak telah datang ke Kuala Selangor dan menetap beberapa tahun di sana. Sekitar tahun 1807, Raja Ahmad telah jatuh cinta dengan anak perempuan Panglima Perang Malik yang bernama Cik Hamidah dan berlakulah penikahan di antara mereka berdua. Pada hari pernikahan itu, ramai kaum kerabat antara kedua mempelai itu hadir.

Pada tahun 1808, Raja Ahmad telah mendapat seorang putera dan diberi nama Raja Ali Haji. Tentang kelahiran Raja Ali Haji, ada yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan di Kuala Selangor dan ada pula mengatakan bahawa Raja Ali Haji dilahirkan di Lingga, Pulau Penyengat Riau. 

Panglima Perang Malik dikatakan telah meninggal dunia sekitar tahun 1830-an ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibn Sri Sultan Ibrahim Shah.

#MAMR

Ahad, 28 Januari 2024

Sejarah:Kedah kehilangan Setul(Satun)...Kenapa?

 KEDAH KEHILANGAN SETUL

Setul (kini dipanggil Satun) merupakan sebuah wilayah kerajaan negeri Kedah sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Islam Kedah lagi.

Yakni, Setul ialah wilayah Kedah sejak sebelum tahun 1136 seperti dalam satu catatan:

"Hatta dalam hal yang demikian disebut oranglah negeri Qalha yang terdiri dari Kuala Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah dan Kuala Bara'."

(Qalha - Kedah, Kuala Qilah - Kuala Merbok, Kuala Bahang - Kuala Kedah).

Kuala Merpah dan Kuala Bara' terletak dalam wilayah Setul.

Wilayah Setul pada asalnya diperintah oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang digelar Dato' di mukim masing-masing seperti di Temelang, Kuala Bara' dan Kuala Merpah.

Pemerintah rasmi di Setul mula dihantar pada tahun 1804 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (Sultan Kedah ke-21), iaitu Tunku Bisnu.

Tunku Bisnu ialah salah seorang daripada 19 orang putera Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah ke-20) dan adik kepada Tunku Pangeran (kemudian digelar Sultan Ahmad Tajuddin II, Sultan Kedah Ke-22).

Tunku Bisnu kekal menjadi Pemerintah Setul sehinggalah berlaku krisis perebutan kuasa oleh adiknya, Tunku Yaakub (Tunku Embun) yang mahu menguasai Setul dan Perlis pada tahun 1821.

Tunku Yaakub menjadi petualang dengan membantu Siam dan Ligor menawan Kedah.

Selepas Sultan Ahmad Tajuddin II kembali bertakhta di Kedah pada tahun 1842 selepas penjajahan Siam, Setul diisytiharkan sebagai wilayah berasingan (tidak lagi sebagai jajahan Kedah) dan Tunku Bisnu kekal sebagai pemerintah Setul.

Selepas Tunku Bisnu meninggal dunia pada tahun 1843, anaknya Tunku Muhammad Akib dilantik sebagai pemerintah Setul sehingga tahun 1876.

Pemerintah Setul yang berikutnya ialah Tunku Ismail (1876 - 1888) dan Tunku Abdul Rahman (1888 - 1897).

Pada 17 Mei 1897, Setul dan Perlis disatukan bersama-sama Kedah dengan gelaran "Monthon Saiburi". Monthon bermaksud 'wilayah kecil pentadbiran', manakala Saiburi yang bermaksud Lindungan Awan merujuk kepada negeri Kedah.

Monthon Saiburi diperintah oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang dilantik sebagai Khaluang Tesaphiban (Pesuruhjaya Tinggi) oleh Siam.

Kemangkatan Tunku Abdul Rahman sebagai pemerintah Setul digantikan oleh Ku Baharuddin bin Ku Meh (dikenal sebagai Ku Din Ku Meh) oleh Sultan Abdul Hamid dengan jawatan baharu: Pesuruhjaya.

Pelantikan ini mendapat tentangan oleh Raja Muda Setul, Tunku Muhammad di mana beliau sepatutnya menjadi Raja Setul selepas kemangkatan Tunku Abdul Rahman.

Pemberontakan Tunku Muhammad gagal dan Ku Din kekal menjagi Pesuruhjaya Setul.

Ku Din dikenali sebagai pengasas Kerajaan Melayu Moden di Setul dan banyak mengikut sistem pentadbiran Kedah.

Antara yang dilaksanakan di Setul sewaktu pemerintahan Ku Din:

- pakaian rasmi kerja oleh pegawai tinggi

- pengeluaran hasil ternakan, kelapa, balak dan sarang burung sebagai nadi pendapatan 

- amalan Sistem Kerah untuk kerja-kerja raya

- cukai kepala sebanyak 6 kupang 2 duit

Walau bagaimanapun, corak pemerintahan Ku Din semakin cenderung ke arah Bangkok berbanding Kedah dan Sultan Abdul Hamid selaku Pesutuhjaya Tinggi di akhir-akhir pemerintahannya.

Ku Din sengaja melantik dirinya sebagai Raja Setul dengan gelaran Tunku Baharuddin bin Ku Meh.

Tindakan Ku Din bagaimanapun disokong oleh Bangkok.

Tragedi buat Setul berlaku pada tahun 1909. Perjanjian Inggeris - Siam yang ditandatangani pada masa itu menyempadankan kawasan jajahan Inggeris dan Siam.

Wilayah Setul yang seluas 120 batu persegi dengan beberapa pulau seperti Pulau Adang, Pulau Tarutau dan Pulau Panjang secara rasminya menjadi milik penuh Siam.

Tunku Baharuddin bersara pada tahun 1916 dan digantikan dengan Gabenor berbangsa Siam.

Tamatlah sudah kisah Kerajaan Melayu Setul Mambang Segara selama 100 tahun (1808 - 1909).

#jejakkedahmerdeka

#pemburukeindahan

Isnin, 27 Jun 2022

Kisah Pahlawan Melayu Terulung,Mat Kilau

 Al-Fatihah Untuk Pahlawan Allahyarham Mat Kilau.



Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat. 

Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya. 

Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya". 

"Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)" 

"Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata."

"Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata"

"Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu."

Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya. 

"Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja."

"Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar."

"Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah."

"Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya."

Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh. 

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang. Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau. 

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu. 

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.

Sumber :- Tengku Daeng Mawelle

Ahad, 26 Jun 2022

Kemunculan semula Mat Kilau?

 Kemunculan semula Mat Kilau

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak Britsh juga gagal untuk membunuh beliau. 

Mat Kilau berundur bukanlah kerana takut kepada British, bahkan beliau memilih untuk hidup di tempat baharu dengan nama yang baharu kerana ada ramai pengkhianat bangsa pada ketika itu.

Bukan sahaja British yang memburu beliau, malahan orang Melayu sendiri termasuk pihak istana telah menghantar orangnya untuk memburu Mat Kilau.

Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh British dan kuncu-kuncunya. Beliau terpaksa mengasingkan dirinya dan berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya beliau memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Allah telah menggerakkan hati Mat Kilau untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar. 

Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dengan nama Mohamad Bin Ibrahim. 

Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pahlawan Melayu yang ulung ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969. 

Selepas bersolat Jumaat, beliau membaca al Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehinggalah kerajaan Pahang telah menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasatnya. 

Jawatan kuasa ini telah dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang berkaitan. 

Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam telah diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Beliau meninggal dunia empat hari selepas pengiktirafan terhadap dirinya, kerana beliau sudah terlalu uzur pada usia sekitar 122 tahun.

~ ( Anda boleh pelajari kisah Mat Kilau yang ada serba sedikit perbezaan di sana sini daripada pelbagai sumber sejarah).


https://t.me/zainurrashid

Ahad, 22 Mei 2022

WIRA TAK DIDENDANG: PERGINYA DSP (B) TUAN KENNY WOODWORTH, LELAKI YANG MENEMBAK BOTAK CHIN

 PERGINYA DSP (B) TUAN KENNY WOODWORTH, LELAKI YANG MENEMBAK BOTAK CHIN

Saya sebak apabila mendapat tahu yang Tuan Kenny meninggal dunia malam tadi di PPUM.

Wira polis ini di akhir usianya dihabiskan di sebuah pusat penjagaan orang tua-tua di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Saya sempat menemubual mendiang tak lama dulu.

Inilah kisahnya.

----------------------

USIANYA sudah melewati 87 tahun.

Ketika kami tiba di sebuah rumah penjagaan warga tua persendirian di pinggir ibu kota beberapa hari lalu, lelaki tua ini sedang berehat setelah mengambil ubat akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak sekian lama.

Selepas kematian isteri yang sangat dicintainya, Joan Sylvia Maureen tiga tahun lalu, lelaki ini mengambil keputusan untuk keluar daripada kediaman mereka di Cheras dan tinggal di rumah orang tua-tua itu bagi menghabiskan sisa-sisa usianya.

Ini kerana tiada lagi tempat untuk dia bergantung harap dan berkongsi kasih sayang, apatah lagi perkahwinan yang mereka dirikan pada tahun 1956 itu tidak dikurniakan cahaya mata.

“Terima kasih kerana datang menjenguk saya di sini,” kata Kenny Woodworth, bekas pegawai polis yang bersara daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1988 dengan pangkat Deputi Supritendan (DSP) ini.

Sekali imbas, tiada apa yang istimewa dengan Kenny.

Namanya tidak pernah tersenarai sebagai penerima anugerah yang membawa gelaran kehormatan. Namanya juga tidak pernah tercatat sebagai antara penerima pingat keberanian negara.

Namun di sebalik semua itu, tak ramai yang tahu Kenny adalah di antara 12 pegawai polis Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang dipilih khas untuk menganggotai sebuah kumpulan yang dinamakan ‘Magnificient 12’ – khusus untuk memburu penjenayah terkenal suatu ketika dulu, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin!

Botak Chin menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 360 sejak remaja dan berjaya ‘mencipta nama’ setelah terlibat dalam banyak insiden rompakan besar-besaran di Kuala Lumpur dan Selangor sekitar tahun 70-an.

Dia juga sangat ditakuti kerana sanggup bertindak kejam dan memiliki pelbagai koleksi senjata api, ribuan peluru hidup dan menyimpan bom tangan.

Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Meraka melakukan lapan rompakan pada bulan itu sahaja tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.

Selepas dibebaskan dari penjara, dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur namun ia langsung tidak memuaskan hatinya.

Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Mereka semakin aktif melakukan rompakan dan antara lokasi yang menjadi sasaran adalah seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur.

Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli sejumlah senjata api dan peluru di Thailand.

Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati dipercayai ditembak oleh Botak Chin di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.

Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pun begitu pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom.

CUBAAN BUNUH PEGAWAI POLIS

Pada 22 November 1975, sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori.

Sebanyak 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Bagaimanapun, tindakan itu gagal, sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi tersebut walaupun tubuhnya bermandikan darah.

MAGNIFICIENT 12

Menurut Kenny, disebabkan peristiwa tersebutlah ‘Magnificient 12’ ditubuhkan dan Kenny adalah antara pegawai polis yang dipilih khas untuk menganggotainya.

“Akhbar guna perkataan ‘Magnificient 12’ tetapi saya sendiri lebih gemar menggelarkan kumpulan kami sebagai ‘Dirty Dozen’…ini kerana selain kami ada 12 orang, kami kadang-kadang keluar sampai empat ke lima hari kumpul dan cari maklumat.

“Adakalanya tak tidur, tak mandi kerana nak ikut pergerakannya (Botak Chin).

“Banyak kali kita ‘missed’ (terlepas) kerana dia ‘pandai’ dengan masuk ke tempat yang ramai orang, banyak orang Cina…jadi kita (polis) tak boleh nak melepaskan tembakan.

“Bila kami selalu kotor, tak mandi…jadilah ‘Dirty Dozen’,” kata Kenny tersenyum.

Bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Bak kata pepatah Melayu, pelanduk boleh lupakan jerat tetapi jerat tak mungkin melupakan pelanduk. Begitulah apa yang menimpa Botak Chin dan konco-konconya.

Setelah sekian lama menganalisis pergerakan serta merancang tindakan, akhirnya Kenny dan rakan-rakannya dalam ‘Magnificient 12’ berjaya menjejajaki tempat persembunyian penjenayah licik dan kejam itu.

SERBUAN KILANG PAPAN

Pada 16 Februari 1976 iaitu pada pukul 8.40 malam, Kenny dan tiga rakan setugasnya iaitu Inspektor Bahwandi Hiralal, ASP M. Rajalingam dan Detektif Konstabel Lee Tet Chong telah bergegas ke lokasi sasaran dengan menaiki sebuah kereta.

Sebuah lagi pasukan yang disertai DSP Gilbert Ang, ASP Lim Meng Aw, ASP Chua Leng Kee, ASP Gui Pooh Choon, Inspektor Ong Kim Hock, Detektif Sarjan Chong Kam Hwa dan Detektif Koperal Leong See Fok turut berkejar ke sana.

Di sekeliling kilang papan tersebut, telah tersedia 120 orang anggota polis dari dua trup Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan 60 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang tiba bagi mengawal tempat berkenaan.

‘Magnificient 12’ berpecah kepada dua kumpulan di mana Kenny pergi ke bahagian belakang kilang manakala yang lain membuat serbuan di bahagian hadapan.

Sebaik sahaja sampai di kawasan belakang, beberapa orang lelaki Cina yang berada di kilang itu ternampak kelibat Kenny lalu mereka mengejarnya.

Ketika ini salah seorang daripada mereka, yang memiliki pistol di kedua-dua tangannya, telah melepaskan tembakan liar ke arah Kenny namun ia tidak kena pada sasaran.

Serentak dengan itu, Kenny yang tidak menghiraukan keselamatan dirinya terus menghalakan senjata ‘sub machine gun’ jenis Sterling yang dibawanya ke arah lelaki-lelaki Cina tadi dan membalas tembakan.

Dalam keadaan kelam-kabut dengan peluru bersimpang-siur itu, Kenny terjatuh dan ketika ini Bahwandi serta Tet Chong melepaskan tembakan bagi memberi perlindungan padanya.

Melihat Kenny terjatuh, salah seorang daripada lelaki Cina tadi melemparkan sebutir bom tangan ke arah mereka bertiga namun mereka bernasib baik kerana bom tersebut tidak meletup.

Kenny kemudian sekali lagi mengangkat senjata Sterlingnya dan terus menghamburkan tembakan ke arah lelaki-lelaki Cina tadi hingga menyebabkan dua daripadanya mati di tempat kejadian!

Menurut Kenny, kedua-dua mayat itu kemudiannya dikenal pasti sebagai orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Sakai Chai.

Namun, katanya, kedua-duanya bukan Botak Chin, sasaran utama mereka!

“Saya dapat tahu ada di antara peluru yang saya lepaskan melalui senjata saya tadi telah menembusi dinding papan dan mengenai tubuh Botak Chin.

“Tetapi Botak Chin yang berlumuran darah itu berjaya merangkak mencari tempat persembunyian hingga kita tak dapat menemuinya pada mulanya,” ujar Kenny.

Selepas itu, kata Kenny, sebuah pasukan lain masuk ke kilang tersebut untuk mencari penjenayah kejam yang licik itu.

Menurut Kenny, mereka akhirnya berjaya menemui Botak Chin yang terbaring berlumuran darah dengan kecederaan parah di bahagian kaki dan tangannya.

Ujar Kenny, Botak Chin sempat meminta air daripada salah seorang anggota polis tadi kerana mendakwa terlalu dahaga.

TANGKAL KEBAL

Tambahnya, selain pistol, jam mewah berjenama Rolex, barang kemas, dua keping gambar wanita dan wang tunai yang dirampas dari poket seluar dan baju yang dipakai Botak Chin, turut ditemui sejenis tangkal yang dia percaya ‘kebal’ dan boleh memberikan perlindungan diri kepadanya.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Kenny mengakui yang Botak Chin memang memiliki dan memakai pelbagai ‘tangkal kebal’ sepanjang dia melakukan jenayah..

“Selepas menembaknya, saya pergi jumpa dia di hospital dan dia mengaku membeli tangkal dari Indonesia dengan harga RM50,000.

“Saya kemudian mengambil tangkal itu dan ini membuatkan dia marah!

“Tetapi saya rampas juga (tangkal itu) dan jadikannya sebagai salah satu bahan ekshibit di mahkamah,” kata Kenny.

Selepas peristiwa berbalas tembak itu jugalah baru Kenny tahu yang selain Kulasingam, Botak Chin juga pernah mahu membunuhnya.

Malah katanya, Botak Chin mengakui yang penjenayah itu hampir-hampir berjaya membunuhnya selepas insiden serangan ke atas Kulasingam.

“Botak Chin cakap kat saya, pernah satu ketika dia sudah hampir melepaskan tembakan ke arah saya tetapi saya bernasib baik kerana kereta yang saya pandu berpusing hingga dia gagal mengesan kereta tersebut,” ujar Kenny.

Dalam pada itu, Kenny menegaskan yang beliau sebenarnya tidak menyimpan sebarang perasaan benci dan dendam terhadap penjenayah tersebut.

Ujarnya, apa yang berlaku dan terjadi antara beliau dan Botak Chin adalah perkara ‘profesional’, bukan bersifat peribadi kerana sebagai pegawai polis, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tanpa mengira siapa si pelakunya.

Malah menurut Kenny, ketika di mahkamah, beliau sempat menasihati Botak Chin agar tidak mengaku salah begitu sahaja sebaliknya terus berjuang untuk mendapatkan pengadilan.

Ini kerana, menurut Kenny, seseorang penjenayah perlu menggunakan haknya di mahkamah untuk mencabar tindakan yang diambil terhadap mereka dan bukannya menyerah kalah begitu sahaja.

“Saya kata kat Botak Chin…kita ni dah bermusuh agak lama tetapi nasib kamu tidak baik hingga kena tembak…kenapa awak terus nak mengaku salah dan hendak membiarkan diri untuk digantung?

“Kamu lawanlah kes kamu di mahkamah…mana tahu kamu boleh terus hidup,” kata Kenny kepada Botak Chin.

‘ROBIN HOOD’

Mengenai persepsi masyarakat yang mendakwa Botak China sebagai ‘Robin Hood’, Kenny berkata, beliau kesal kerana ada yang sanggup memberi pengiktirafan tersebut kepada penjenayah licik ini.

Tegas Kenny, Botak Chin berjaya mengaburi pandangan masyarakat dengan memberi wang kepada orang miskin sedangkan itu hanya satu taktik untuk’berlindung’ di sebalik perbuatan jenayah yang dilakukannya.

“Dia hanya bagi dalam RM20 ke RM30 seorang sahaja, bukannya dia bagi beribu-ribu… tetapi saya tak pedulilah kalau ada yang terus hendak mengagungkan penjenayah itu, yang penting saya sudah menjalankan tugas saya.

“Biarpun ramai yang lebih mengenali Botak Chin, saya tak ada alasan untuk marah atau menyesal apatah lagi jika tiada yang mengenang jasa saya, ini kerana saya sendiri yang memilih untuk memasuki polis, saya terima saja apa saja keadaannya, saya suka kerjaya ini,” kata Kenny.

Selepas bersara daripada PDRM, Kenny telah dihubungi oleh jutawan Tan Sri Lim Goh Tong yang ketika itu mahukan beliau mengetuai pasukan keselamatan di taman tema Genting Highland milik taukeh kasino itu.

Kenny bagaimanapun memberitahu beliau hanya sempat berkhidmat di situ selama dua tahun kerana ia bertentangan dengan prinsipnya yang memang daripada dahulu tidak begitu menggemari hal-hal berkaitan dengan perjudian.

Perbualan kami hampir sejam kemudiannya terhenti apabila menyentuh mengenai kehidupan ‘barunya’ di rumah orang tua-tua ini.

KEMATIAN ISTERI

Dengan nada sayu, Kenny memberitahu kehidupannya ketika ini tidak lagi ‘sama’ seperti dahulu apatah lagi bila mengenangkan kematian isterinya yang tersayang.

Tambahnya, pemergian isterinya itu benar-benar meninggalkan kesan kerana mereka berdua saling sayang menyayangi walaupun tidak dikurniakan zuriat.

“Saya tak boleh lupakan dia (isteri)…saya puas hati dengan apa yang saya lakukan pada negara tetapi saya kesian (sedih) bila mengenangkan masa saya bertugas sebagai pegawai polis dulu, dia selalu tinggal berseorangan kerana tuntutan kerja saya, tetapi apa boleh buat.

“Akhir kata saya nak bagitahu, saya lahir di sini, saya nak mati di sini…keluarga saya ada banyak di luar negeri tetapi saya tak pergi pun…mereka minta saya datang ke England, Amerika Syarikat, New Zealand tetapi saya bagitahu mereka saya tak mahu…ini saya punya negeri,” katanya dalam nada perlahan.

Setelah kira-kira sejam berada di rumah orang tua-tua persendirian itu, kami mengambil keputusan untuk beredar, apatah lagi bila melihat keadaan Kenny semakin keletihan.

Sebelum beredar, Kenny mengakui, beliau terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan menggunakan duit pencen bulanannya untuk membiayai kehidupannya di rumah orang tua-tua persendirian itu namun beliau sendiri tidak mempunyai pilihan.

Ujarnya, sekurang-kurangnya di sini makan minumnya terjaga dan pihak pengurusan rumah tersebut boleh menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

WIRA TAK DIDENDANG

Apabila melihat tubuhnya terpaksa dipimpin untuk masuk ke dalam biliknya, kami seolah-olah tidak percaya yang lelaki tua itu satu ketika pernah dianggap antara pegawai polis terbaik yang pernah ada dalam PDRM, pernah satu ketika cukup ditakuti oleh penjenayah tegar dan pernah satu ketika pernah berbalas tembak secara berhadapan dengan Botak Chin.

Sayang, tak ramai yang tahu kisah wira yang tak didendang ini, tak ramai yang tahu kisah sedih yang menyelubungi insan hebat ini, tak ramai yang tahu betapa beliau sanggup menperjudikan nyawanya demi memastikan kita tidur lena dan Malaysia terus aman serta sejahtera.

Sesungguhnya kita dan negara terhutang budi padanya…DSP (B) Kenny James Woodworth!

Video klik sini

https://youtu.be/2D8HQhnw-4s

Selasa, 20 Julai 2021

Hari Ini Dalam Sejarah: 3 angkasawan Amerika jejak kaki di bulan


 Hari ini 52 tahun yang lalu, manusia menjejakkan kaki di bulan buat pertama kali.

Apabila Yuri Gagarin menjadi manusia pertama ke angkasa pada April 1961, AS terdesak mengejar Kesatuan Soviet dalam perlumbaan angkasa. Lalu Presiden AS John F. Kennedy mengumumkan misi menghantar manusia ke bulan sebelum dekad itu berakhir.

Selepas 8 tahun kerja keras dan pelbagai siri percubaan, Amerika sudah bersedia. Pada pagi 16 Julai, tiga angkasawan; Neil Armstrong, Edwin ‘Buzz’ Aldrin dan Michael Collins berlepas dari Kennedy Space Centre dengan roket Saturn V di bawah misi Apollo 11.

Selesai satu setengah pusingan mengorbit Bumi, Apollo 11 mendapat lampu hijau untuk fasa Translunar Injection, iaitu meneruskan perjalanan ke bulan. Lebih 240,000 batu dan 76 jam kemudian, mereka memasuki orbit lunar pada 19 Julai.

Keesokan harinya, Armstrong dan Aldrin masuk ke dalam modul Eagle untuk turun ke permukaan bulan, sementara Collins kekal mengorbit di dalam modul Columbia. Pada jam 20:18 GMT, Eagle mendarat dengan selamat di Tranquility Base.

Disaksikan jutaan penduduk Bumi secara langsung daripada kamera yang dipasang pada kaki modul, Armstrong membuka pintu modul, keluar dan turun dengan tangga lalu menjejakkan kakinya ke permukaan bulan yang berdebu kelabu.

Tatkala itu, Armstrong mengungkapkan kata-katanya yang masyhur “That’s one small step for a man, one giant leap for mankind.” Beberapa minit kemudian, ‘Buzz’ Aldrin menyusuli Armstrong di permukaan bulan yang disifatkannya ‘ketandusan yang menakjubkan’.

Mereka meluangkan sekitar 2 jam setengah meneroka permukaan bulan, memacak bendera AS, menjalankan beberapa ujian ringkas saintifik, mengutip sampel, mengambil gambar malah berkomunikasi dengan Presiden AS ketika itu, Richard Nixon.

Mereka bermalam di dalam modul Eagle sebelum meninggalkan permukaan bulan dan kembali ke modul Columbia. Turut ditinggalkan plak bertulis “Here men from the planet Earth first set foot on the moon–July 1969 A.D–We came in peace for all mankind.”

Pada 22 Julai, Apollo 11 memulakan perjalanan kembali ke Bumi dan mereka bertiga selamat mendarat di Lautan Pasifik pada 24 Julai.

Sumber: NASA, History

#PeristiwaHariIni

Ahad, 25 April 2021

SEJARAH:Cruise Muhibbah @ Feri Malaysia Perjalanan Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak Dalam Kenangan

 


Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia. 

Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari. 

Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang).

Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain. 

Credit: datoensem.

Sabtu, 27 Februari 2021

SINOPSIS:SERANG HENDAP KOMUNIS KAMPUNG LALANG (ULU LEGONG)

 JAUHAR: JILID 4: BIL.2:OKTOBER 2020 MS: 22-29

Mohamed Ali Haniffa:UUM 22

SERANG HENDAP KAMPUNG LALANG oleh Brig. Jen. Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Hj.Abdul Hamid, MC.

 Firdaus Press Sdn. Bhd., Selangor. 2019. Halaman 396. ISBN 978-967-166-801-6.

Buku yang bertajuk Serang Hendap Kampung Lalang memaparkan kisah realiti sejarah dalam kepompong fiksyen. Buku ini hasil karya penulisan Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Haji Abdul Hamid, MC, Panglima 11 Briged, Tentera Darat Malaysia.

Matlamatnya ialah sebagai platform maklumat berharga bagi rakyat Malaysia dalam konteks memahami perjuangan perajurit tentera darat. Buku ini mengandungi 14 bab dan memberikan gambaran realistik mengenai peristiwa serangan komunis terhadap pasukan tentera darat. 

Penceritaan dalam buku ini menggunakan teknik monolog, imbas kembali dan imbas muka. 

Penulis turut menggunakan gaya bahasa metafora dan hiperbola untuk memberikan gambaran tepat tentang sesuatu peristiwa.

 Kepelbagaian sumber primer dan sekunder yang digunakan seperti Surrender Enemy Personal (SEP), Diari Chin Peng, keratan akhbar, serta wawancara bersama informan yang terlibat berjaya menghasilkan penulisan berautoriti.

 Kekuatan karya ini ialah penulis merupakan mantan anggota pasukan keselamatan dan beliau menggunakan military mind dalam menggarap peristiwa tersebut. 

Hal yang demikian juga turut memberikan kelebihan dalam penghasilan penulisan ini dan mengenepikan elemen tokok tambah.

Lokasi kejadian serang hendap yang diceritakan merupakan kawasan yang paling panas dalam sejarah operasi tentera darat menentang pengganas komunis. 

Hal ini dinyatakan oleh penulis bahawa mana-mana perajurit yang ditugaskan beroperasi di kawasan sempadan utara adalah melangkah untuk mati. 

Pada bahagian pengenalan buku tertera ungkapan “Ketika melangkah di belantara, kami hanya ada tiga pilihan iaitu membunuh, dibunuh atau terbunuh”.

Keseluruhan intipati novel ini mengisahkan survival 28 orang perajurit di Markas Taktikal Kompeni C, Rejimen Ke-22 Askar Melayu DiRaja yang beroperasi selama lebih dua bulan di daerah Ulu Legong, 21 kilometer dari pekan Baling. 

Dalam tempoh tersebut, anggota-anggota Kompeni C menggeledah segenap inci hutan namun akhirnya diserang hendap oleh pengganas komunis. 

Sembilan orang perajurit berjuang hingga ke titisan darah terakhir. 

Semangat kental tujuh orang anak bangsa yang terkorban dalam pertempuran ini adalah mewakili dan mencerminkan semangat anggota tentera darat yang sanggup berjuang demi tanah air tercinta. 

Bab pendahuluan iaitu Prolog dimulakan dengan penceritaan lokasi berlakunya serangan. Ulu Legong terletak di utara Baling, Kedah iaitu sebelum tiba di simpang menuju ke Pekan Sik. 

Nama Kampung Lalang juga seolah-olah sinonim dengan sikap penduduk Kampung yang tidak mementu dalam memberikan kerjasama terhadap kerajaan dan pasukan keselamatan yang tidak menentu ketika operasi. 

Serangan tersebut berlaku di jalan menuju ke Kampung Lalang, Kampung Kuala Kedua, Kampung Seberang dan Kampung 15. 

Kesemua kawasan perkampungan tersebut berada dalam daerah Ulu Legong. 

Pengganas komunis menggunakan Kampung Lalang yang didiami oleh orang Cina sebagai pusat transit sebelum melancarkan serang hendap.

Peristiwa serangan tersebut berlaku pada tahun 1981 yang menjadi detik hitam dan bersejarah kepada perajurit tentera darat. 

Peristiwa serang hendap terhadap sembilan orang anggota pasukan keselamatan ini tidak mempunyai saksi dan mengakibatkan tujuh orang perajurit tentera darat yang berada di barisan hadapan terkorban. 

Manakala dua orang lagi mengalami kecederaan parah. Komunis di Tanah Melayu sering dikaitkan dengan kezaliman Chin Peng. 

Bab yang kedua memerihalkan mengenai kezaliman komunis dan cita-cita Chin Peng untuk menjadi ketua Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum usianya menjangkau 25 tahun. 

Dia menjadi lebih teruja apabila menerima amanat daripada Liga Pembebasan Nasional Malaya diBeijing pada tahun 1967 bagi melancarkan keganasan. 

Rentetan itu pelbagai bentuk kezaliman dan keganasan dilakukan oleh pengganas komunis. 

Antaranya ialah menyerang Balai Polis Padang Besar selepas meletupkan kereta api di utara Padang Besar berdekatan dengan pekan Kok Mak. 

PKM juga memasang jerangkap samar di sepanjang jalan antara Changlun hingga ke Sadao di sempadan Malaysia-Thailand. Chin Peng turut menembak mati Timbalan Penguasa Polis Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur, Ketua Inspektor Chin Chin Kou di Serdang, Kedah dan detektif Sarjan Chong Kek Oh di Sungai Siput, Perak.

 Imej Chin Peng meningkat dan dijulang sebagai hero berikutan pembunuhan Tan Sri Abd. Rahman Hashim iaitu Ketua Polis Negara. 

Ini diikuti pula dengan peristiwa meletupkan Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. 

Sentimen benci kepada anggota pasukan keselamatan diterjemahkan dengan panggilan “anjing kerajaan”. 

Kisah di Ulu Legong bermula pada 12 Mei 1980, jam 4.00 pagi apabila Chin Peng bersama 38 orang anggota komunis membakar 15 buah rumah di Kampung 15. 

Hal ini berpunca apabila penduduk kampung disyaki melaporkan pergerakan komunis kepada pasukan keselamatan. 

Bermula peristiwa tersebut, hubungan di antara penduduk kampung dengan pengganas komunis semakin renggang. 

Bab ketiga memerihalkan demografi perkampungan Ulu Legong. 

Kezaliman komunis diterjemahkan di Kampung 15 apabila orang Melayu menjadi sasaran pengganas komunis bagi mendapatkan bekalan bahan makanan secara paksa. 

Penduduk kampung juga dipaksa membayar yuran bulanan. 

Keengganan memberikan kerjasama menyebabkan keseluruhan penduduk kampung menerima padah seperti pokok-pokok getah ditakik dan dirosakkan. 

Dalam jarak empat hari setengah perjalanan dari Kampung 15, ke arah timur laut, terletak kem besar pengganas komunis. 

Kem tersebut berperanan sebagai tempat latihan bagi kader-kader baharu yang datang dari Markas Besar Rejimen, Betong, Thailand. 

Kem ini dilengkapi dengan lapan buah kubu pertahanan, tiga lorong melarikan diri, sebuah padang kawad atau latihan senjata, dewan syarahan dan kawasan untuk bercucuk tanam. 

Antara pengganas komunis di kem tersebut ialah komrad Mutusamy, Ketua Unit Penggempur Ke-2 yang merupakan satu-satunya komunis berbangsa India dalam unit sempadan Rejimen Ke-10, PKM. 

Komrad Mutusamy bertanggungjawab bagi mengawasi kawasan utara Ulu Legong.

Justeru itu, bagi tujuan membalas dendam, Mutusamy bersama 11 orang komrad bergerak ke Kampung 15. 

Antara komrad kepercayaan yang dibawa bersama ialah Siong, Chiew, Yeo Ping dan Ah Hua. Mereka bergerak ke arah rumah Pak Din iaitu ketua kampung dan pada ketika yang sama, semua penduduk diarahkan berkumpul. 

Kesempatan ini digunakan oleh salah seorang penduduk kampung untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan. 

Pak Din dipaksa keluar dari rumah dan dia memimpin isterinya yang mengendong bayi berusia 14 hari. 

Tujuan komunis pada pagi itu ialah untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung disamping merekrut kader-kader baharu. 

Ketika sedang berbincang, anggota pasukan keselamatan tiba dan melepaskan tembakan. 

Namun gerombolan komunis sempat melarikan diri ke dalam hutan. 

Pertempuran pada pagi itu menyebabkan Robiah iaitu isteri kepada Pak Din terkena tembakan rambang. 

Muka Robiah sebelah kanan hancur separuh dan dipenuhi darah. 

Manakala hidungnya hilang separuh kerana sebutir peluru menembusi belakang kepala dan tembus di bahagian hadapan kanan. 

Dalam usaha menyelamatkan isterinya, Pak Din membawa Robiah dengan membonceng motorsikal sebelum menaiki kereta Man Prebet Sapu tetapi Robiah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. 

Selepas serangan tersebut, Ah Hua bersama lima orang rakannya yang lain tiba di kem sementara dan bersiap untuk meninggalkan lokasi tersebut. 

Hal ini kerana arahan Chin Peng hanya membenarkan mereka berada selama tiga jam sahaja di kem sementara selepaspertempuran.

 Ah Hua membawa bersama adik perempuan kesayangannya iaitu Mei Hua kerana dibimbangi akan menjadi mangsa nafsu serakah Chin Peng. 

Pada petang hari ketiga, Ah Hua bersama lima orang pengganas komunis sampai ke Kem Legong dan melaporkannya kepada Chin Peng. 

Berita serangan ini menimbulkan kemarahan Chin Peng kerana ketiadaan enam orang komrad bersama mereka.

 Antaranya ialah Yeo Ping dan Ang Ling yang merupakan kekasih gelap Chin Peng. 

Namun 11 hari selepas serangan di Kampung Ulu Legong, komrad Mutusamy muncul bersama Ah Siong dan melaporkan kejadian tersebut kepada Chin Peng. 

Laporan ini menimbulkan kemarahan Chin Peng dan mengeluarkan arahan untuk membalas dendam.

Gangguan komunis menyebabkan anggota tentera sentiasa memantau keselamatan penduduk kampung. 

Pelbagai persiapan dilakukan oleh anggota-anggota pasukan 22 RAMD yang akan bertugas di Markas Taktikal Ulu Legong. 

Commanding Officer (CO) memberikan arahan bahawa pasukan 22 RAMD akan mengambil alih tugas operasi daripada pasukan 8 Melayu. 

Empat kompeni dihantar iaitu Kompeni A, B, C dan D. Kompeni A dan B akan melalui jalan udara dengan menggunakan helikopter Nuri. Manakala Kompeni C dan D akan melalui jalan darat.

 Anggaran masa operasi ialah selama tiga bulan. Semua anggota akan membawa 14 hari rangsum tempur dan peluru barisan pertama. 

Ketua Platun dibekalkan dengan morphine. 

Operasi diteruskan di kawasan persekitaran Ulu Legong sehingga arahan dikeluarkan oleh CO. 

Penulis buku ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai keadaan hutan hujan Khatulistiwa yang menjadi lokasi operasi tentera darat. 

Hal yang demikian dinyatakan melalui ungkapan Sun Tzu iaitu pemikir ketenteraan dalam Tamadun China, “kenal akan keadaan tanah akan menyebabkan panglima perang bijak mengatur strategi peperangan dan seterusnya dapat mengalahkan musuh dengan mudah”.

 Justeru itu, perajurit tentera darat mengharungi cabaran seperti kesejukan, lecak, batuk, selsema, melecet dan lain-lain lagi demikesejahteraan negara tercinta. 

Penugasan operasi di semenanjung ketika itu turut melibatkan pasukan dari Sabah dan Sarawak. 

Dalam bab ini juga diselitkan mengenai tuduhan mencabuli anak dara Ketua Kampung Lalang iaitu Pak Su Rahman yang dilemparkan oleh penduduk Kampung Ulu Legong terhadap Prebet Shobri. 

Tohmahan ini akhirnya merenggangkan hubungan baik di antara masyarakat di Kampung Ulu Legong dengan pasukan 22 RAMD.

Pasukan 22 RAMD menjalankan tugas mereka dengan efisian di Ulu Legong. 

Kemuncak kepada peristiwa tersebut ialah pada 29 Oktober 1981, jam 8.30 pagi apabila kenderaan trak Volvo 2 tan yang membawa sembilan orang anggota fitik bersedia bergerak keluar dari Markas Taktikal, Ulu Legong menuju ke Kampung Lalang.

Trak Volvo 2 tan yang diserang hendap pengganas komunis di Ulu Legong,Baling

 Tujuan mereka pada pagi tersebut ialah mengecat rumah Tauke Wong di Kampung Lalang yang musnah dalam satu kebakaran. 

Kumpulan ini diketuai oleh Leftenan Rosli. 

Lima belas minit selepas bertolak, kenderaan tersebut diarahkan berpatah balik oleh Pegawai Risik. 

Kumpulan ini digantikan dengan ketua yang baharu iaitu Lans Koperal Hashim bin Sulaiman. 

Ketika dalam perjalanan mereka berbincang mengenai perancangan yang akan dilakukan bersama keluarga masing-masing apabila selesai operasi. 

Sementara itu, aktiviti di Markas Taktikal berjalan seperti biasa sehingga dikejutkan dengan bunyi berbalas tembakan. 

Kumpulan 22 RAMD yang berada dalam trak diserang hendap oleh pengganas komunis. 

Bunyi berbalas tembakan menyebabkan anggota 22 RAMD yang berada di Markas Taktikal bersiap sedia dengan kelengkapan senjata masing-masing. 

Saksi yang terselamat menyatakan bahawa pada pagi tersebut, kumpulan tentera bercadang untuk berhenti bersarapan terlebih dahulu sebelum ke Kampung Lalang. 

Ketika dalam perjalanan, bahagian enjin trak Volvo 2 tan ditembak dengan menggunakan peluru roket pemusnah kereta kebal. 

Pemandu trak pada pagi itu ialah Prebet Merdeka yang sempat menghentikan kenderaan dan akhirnya berhadapan dengan bahagian tebing lokasi pengganas komunis. 

Beberapa butir bom dilontar dan peluru roket pemusnah kereta kebal ditembak oleh pengganas komunis sehingga kesembilan orang anggota tentera terpaksa mempertahankan nyawa serta menyerang balas.

 Dua orang anggota tentera iaitu Prebet Sharom dan Prebet Saidin tercedera parah dan jatuh tersorok di bawah lembah. 

Mereka hanya terdengar bunyi tembakan dan suara rakan-rakan yang mengerang kesakitan. 

Manakala tujuh orang anggota 22 RAMD yang terkorban ialah Hashim, Jamil TK, Jamil Hamid, Md Merdeka, Khambali, Mazlin dan Rosli.

Berita serangan komunis terhadap anggota pasukan keselamatan mendapat liputan yang meluas. 

Akhbar bertarikh 31 Oktober 1981 turut melaporkan bahawa anggota tentera yang diserang hendap tidak mempunyai peluang untuk membalas serangan. 

Hal ini kerana pengganas komunis melancarkan serangan dari kawasan tinggi dengan menggunakan senjata moden. 

Berita juga melaporkan bahawa terdapat penglibatan sekurang-kurangnya seorang anggota PKM wanita. 

Berikutan serangan tersebut, jenazah anggota 22 RAMD yang terkorban hanya mampu diratapi dan ditangisi oleh kaum keluarga mereka. 

Bendera pasukan 22 RAMD dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghargaan dengan pengorbanan mereka terhadap negara tercinta. 

Pada hari yang sama, mesyuarat khas diadakan di bilik khas Pegawai Daerah Baling. Pihak pengurusan mengeluarkan arahan untuk menyemadikan jenazah dengan cara yang paling terbaik. 

Arahan juga dikeluarkan agar pemberita tidak mengambil gambar mana-mana anggota tentera yang terkorban bagi menjaga sensitiviti kaum keluarga dan untuk mempertahankan semangat perjuangan anggota-anggota tentera yang lain. 

Panglima Tentera Darat yang sedang berada di luar negara turut menamatkan lawatannya dan berada di Kem 22 RAMD. 

Keperihatinan beliau terserlah apabila turut mengimamkan solat jenazah para pejuang syahid.

Serangan pengganas komunis di Ulu Legong turut mendapat liputan meluas daripada wartawan dalam dan luar negara. 

Enam orang anggota tentera terbunuh di lokasi serang hendap manakala empat lagi di kawasan Markas Taktikal semasa cuba bergerak memberikan bantuan. 

Begitu juga gambar anggota pasukan yang terselamat tetapi cedera parah turut mendapat liputan televisyen selama 11 hari. 

Pihak media membuat andaian berbeza dengan melukis pelbagai grafik bagi menggambarkan insiden yang tidak berperikemanusiaan itu.

Penulis berjaya memberikan gambaran tepat mengenai kezaliman komunis terhadap anggota tentera 22 RAMD yang terkorban. 

Ini bersandarkan bukti yang diperoleh daripada informan termasuk berita yang disiarkan di media massa dan cetak. 

Lokasi serang hendap pada pagi tersebut terletak lebih kurang 75 meter dari jambatan pertama dan hanya 30 meter dari rumah paling hujung di Kampung Ulu Legong. 

Anggota tentera pertama yang ditemukan ialah pemandu trak Volvo 2 tan iaitu Prebet Md Merdeka. 

Jenazahnya dibogelkan dan diikat pada wiper trak. Telinganya dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. 

Kemaluannya turut dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut. 

Kedua, jenazah Lans Koperal Hashim iaitu ketua kumpulan. Jenazah ini dipenuhi dengan peluru hampir 20 butir. Ketika jenazahnya diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tiada pinggang. 

Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan bertubi-tubi. Darah meleleh keluar dari hidung, mulut dan telinga. 

Otaknya berterabur di atas jalan raya manakala kedua-kedua matanya dicungkil dan tidak ditemukan. 

Jenazahnya turut dibogelkan dan diletakkan terlentang di atas jalan raya dan kemaluannya dipotong.

Jenazah yang ketiga ialah Prebet Jamil TK. Jenazah ini terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk. Seluarnya dilondehkan, disula dan ditembak. 

Darahnya masih menitis ketika jenazahnya ditemui.

 Manakala jenazah Prebet Jamil Hamid dibogelkan dan terlentang di atas jalan raya. 

Kemaluannya dikerat dan dimasukkan ke dalam mulut. Telinga kiri dipotong dan kepalanya dipenuhi dengan kesan tembakan. 

Darah berlinang di atas jalanraya dan mengalir ke arah lopak air. 

Air lopak yang berwarna kuning susu bertukar kepada warna kemerah-merahan.

 Jenazah kelima dan keenam bertindih di atas lantai trak Volvo 2 tan. 

Peluru memenuhi rusuk kanan dan darah memenuhi lantai trak. 

Anggota tentera yang ketujuh dan kelapan terselamat dalam serangan tersebut tetapi mengalami kecederaan parah. 

Prebet Shahrom terjatuh di perdu pokok pisang hutan. Peha kanannya turut patah ditembusi tiga butir peluru musuh. 

Kaki kirinya tersangkut di perdu batang pisang dan tulang belakang hancur. 

Manakala lima batang tulang kerangkanya remuk. Dia turut ditembak bertubi-tubi ketika cuba bangun untuk melaksanakan arahan. 

Prebet Saidin terbaring dengan separuh badan tenggelam di dalam lopak air di bawah bukit. Tangan kanannya terkulai dan sebutir peluru menembusi lengan hingga ke ketiak dan sisi dada. 

Seterusnya, terdapat empat orang anggota terkorban di Markas Taktikal. 

Lans Koperal Azenan bin Harun iaitu ketua pengawal di pos pengawal yang terletak di puncak bukit telah ditembak dengan dua butir peluru 9 mm di belakang kepala menembusi ke bahagian depan. 

Dua butir peluru lagi menembusi dada kanan dan tengah. 

Koperal Saad bin Baki iaitu ketua tukang masak terbaring di dalam khemah stor barang makanan kering. 

Dua butir peluru menembusi kepala dan rusuk kanan. 

Manakala dua lagi yang ditembak ialah anggota rintis serang yang berada dikubu paling bawah. 

Prebet Iskandar bin Ismail terbaring dua depa dari kawasan kubu dengan dua kesan tembakan di rusuk kiri. 

Ketika itu, dia hanya memakai tuala hijau dan buih sabun masih terdapat dibadannya. Manakala ditangannya masih memegang senjata.

 Jenazah terakhir ialah Prebet Yusuf bin Khairudin yang turut ditembak. 

“Ketika kaki melangkah ke hutan dimulai dengan azan dan ketika keluar dari belantara belum tentu melangkah dan mungkin akan diakhiri dengan bacaan talkin, Yassin serta doa ...”. 

Pernyataan oleh perajurit tentera darat ini menggambarkan survival yang perlu dihadapi bagi penugasan operasi di perbatasan sempadan utara negara. 

Berikutan dari kejadian serang hendap di Ulu Legong, arahan dikeluarkan oleh Panglima Briged Utara 22 RAMD untuk melaksanakan operasi membanteras pengganas komunis. 

Kompeni Alpha (Kompeni Lembing) dan Kompeni Delta (Kompeni Badik) ditugaskan ke kawasan operasi dengan helikopter sambil menyusun strategi serang hendap. 

Manakala Kompeni Bravo (Kompeni Kerambit) dan Kompeni Charlie (Kompeni Keris) ditugaskan melaksanakan operasi penjejakan dari lokasi serang hendap Ulu Legong dengan bantuan beberapa ekor anjing perang. 

Operasi “Hutang Darah” ini diketuai oleh Leftenan Mohd Noor, Ketua Platun Tiga dari Kompeni Charlie.

Operasi tersebut melibatkan sebanyak 30 buah trak yang digunakan untuk mengangkut peluru meriam. 

Dalam tempoh masa selama 16 hari sebanyak 950 butir peluru meriam ditembak dan Panglima Briged Utara mengarahkan tambahan sebanyak 500 butir peluru dibekalkan. 

Namun terdapat juga beberapa kekangan dalam menjejaki lokasi pengganas komunis kerana melibatkan sempadan Thailand. 

Walau bagaimanapun, sebelum operasi penjejakan bermula, permohonan kebenaran memasuki kawasan sempadan negara jiran sudah dimajukan. 

Justeru itu, Platun Harimau dari 2 RAMD, Mentakab, Pahang dibawa masuk bagi mengambil alih operasi memburu pengganas komunis hingga ke sempadan Thailand.

Kumpulan Tempur Kecil (KTK), Platun Harimau 2 RAMD ditumpangkan dengan dua buah helikopter Nuri di Markas Taktikal 22 RAMD. 

KTK Harimau 1 diketuai oleh Kapten Fauzi dan menjejaki pengganas komunis dari sempadan iaitu lokasi terakhir pengganas dikesan. 

KTK Harimau 2 diketuai oleh Sarjan Alias, ditempatkan 30 kilometer ke dalam kawasan negara Thailand dan membentuk kepungan serta serang hendap. 

KTK Harimau 2 turut membawa bersama bahan letupan yang banyak dan hampir 30 jerangkap samar dipasang.

Pelbagai insiden mencemaskan yang dilalui oleh KTK Harimau 1, bermula dengan tembakan dan diakhiri dengan pergelutan bersama pengganas komunis. 

Namun Kapten Fauzi berbekalkan keyakinan kepada Allah SWT dan serapah Mat Kilau ketika menuntut Seni Silat Mat Kilau di Jerantut, Pahang berjaya menumpaskan musuh. 

Kumpulan KTK Harimau 2 meneruskan operasi dengan memasang 20 batang bahan letupan di sebuah pondok rehat pengganas komunis dan jerangkap samar.

 Tumpuan ialah sehingga ke Markas Besar Komunis di Betong, Thailand. 

Pada hari ke-14, tepat jam 1 tengahari, kedudukan serang hendap KTK Harimau 2 dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. 

Ini disusuli pula dengan beberapa letupan claymoremine (bom pemusnah) dan 15 minit kemudian diikuti dengan letupan jerangkap samar. 

Lebih kurang 30 hingga ke 50 orang pengganas komunis muncul dan kesempatan ini diambil oleh KTK Harimau 2 untuk membalas dendam ke atas pengorbanan rakan-rakan seperjuangan mereka. 

Setelah melaksanakan operasi, KTK Harimau 2 memasuki kawasan sempadan tanah air selepas menutup mayat 24 orang pengganas komunis di hadapan pondok dengan menggunakan daun-daun kayu. 

Sarjan Alias membawa bersamanya tiga cuping telinga pengganas komunis di dalam pouches. 

Berita kejayaan dalam menyelesaikan operasi disambut dengan gembira oleh anggota-anggota dan Panglima Briged Utara 22 RAMD. 

Selepas selesai operasi, Platun 11 dari Kompeni Delta 22 RAMD ditugaskan ke lokasi serang hendap bagi membuat penggeledahan lanjut. 

Ketika daun-daun kayu diangkat, langau berterbangan kerana sebahagian mayat pengganas komunis berulat. 

Buku ini juga mempunyai sisi yang menarik untuk dihayati oleh pembaca. 

Intipati wawancara yang dilaksanakan oleh penulis turut dimuatkan bagi memberikan gambaran yang sahih terhadap peristiwa yang berlaku. 

Maklumat sahih diperoleh daripada Prebet Sharom dan Prebet Saidin iaitu dua orang anggota 22 RAMD yang cedera parah dalam serangan di Ulu Legong. 

Penulis juga menyatakan bahawa pelbagai inisiatif diatur selama hampir empat bulan bagi menjejaki kedua-dua wira yang berjasa kepada negara ini. 

Penulis menyatakan bahawa hanya linangan air mata menyambut persoalan yang dikemukakan kepada Prebet Sharom ketika sesi wawancara diadakan di Taman Berkoh Ulu. 

Menurut maklumat yang dikumpulkan, Prebet Shahrom mengalami kecederaan di perut, dada, bahu, kaki dan tangan kanan dalam pertempuran yang berlaku. 

Tulang belakangnya hancur separuh dan menyebabkan beliau lumpuh separuh badan serta menggunakan kerusi roda selama enam tahun. 

Kecederaan parah yang dialami oleh Prebet Shahrom menyebabkan isterinya menuntut fasakh dan dihujung usianya hanya ditemani anak-anak. 

Informan turut menjelaskan bahawa serangan di Ulu legong didalangi seramai lebih daripada 30 orang pengganas komunis. 

Penulis juga berkesempatan mewawancara Prebet Shobri bin Mohd Shahril yang dituduh mencabuli Siti Khatijah binti Abdul Rahman (Cik Abby), dara pingitan Kampung Ulu Legong. 

Perkenalannya bersama Cik Abby di pasar malam di simpang ke Kampung Ulu Legong membibitkan perasaan cinta namun tidak membawa kepada perkara-perkara yang ditegah oleh agama. 

Perasaan cinta dan sayangnya terhadap Cik Abby begitu utuh kerana beliau masih belum berkahwin. 

Beliau juga turut mendoakan Cik Abby menginsafi tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

 Penulis buku ini juga mengadakan pertemuan dengan Cik Abby dan Abdul Rahman bin Man (Pak Su Rahman) bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai tuduhan perhubungan bersama Prebet Shobri bin Mohd Shahril. 

Gadis berdarah campuran Siam dan Melayu Pattani merupakan “bidadari di Kampung Ulu Legong”. 

Anak kepada Pak Su Rahman membesar dengan penuh kasih sayang namun kehidupannya sunyi sehinggakan dia mula mencari kehidupan moden dan mewah di Pekan Baling serta Sungai Petani. 

Informan membuat pengakuan bahawa anak yang dikandung ketika itu bukannya zuriat Prebet Shobri bin Mohd Shahril. 

Sepucuk surat juga dikirim oleh Cik Abby kepada Prebet Shobri bin Mohd Shahril yang bertarikh April 2011. 

Intipati surat Cik Abby tetap menyatakan rasa cinta dan sayang terhadap hubungan yang pernah terjalin. 

Hasil wawancara penulis bersama Pak Su Rahman turut membuktikan bahawa serangan terhadap 22 RAMD di Ulu Legong merupakan tindakan zalim komunis dan bukannya oleh Kumpulan Pembebasan Petani (PULO). 

Kekuatan karya ini ialah apabila penulis mendapatkan info sahih daripada komrad Mutusamy yang merupakan SEP. 

Hasil wawancara turut mengiyakan bahawa serangan di Ulu Legong di dalangi oleh Chin Peng. 

Dia turut menyatakan bahawa terdapat penglibatan seramai 18 orang pengganas komunis dari Betong. 

Informan turut menyatakan bahawa Chin Peng mengarahkan anggota badan perajurit tentera darat dipotong.

 Menurut komrad Mutusamy yang beragama Hindu, walaupun pada ketika itu dia berasa kasihan, namun terpaksa melaksanakan arahan Chin Peng. 

Satu bahagian penting yang menarik dan terakhir dalam buku ini ialah catatan Diari Chin Peng yang ditemui oleh Platun Harimau semasa serangan di Kem Gajah. 

Catatan tersebut memberikan gambaran kepada peribadi dan cita-cita Chin Peng dalam PKM. 

Imej, kezaliman komunis dan dendam kesumat dizahirkan dengan pernyataannya iaitu “ Pada suatu pagi yang lembab di Ulu Legong, saya dan anggota khas komunis yang dikirim dari Betong berjaya membunuh 10 ekor anjing kurap kerajaan ... atas kejayaan itu, Markas Pusat PKM di Beijing menganugerahkan saya Pingat Bintang Kuning ....” 

Menurut diari itu lagi, Chin Peng tetap rasa bersalah terhadap serangan yang dilakukan oleh terhadap anggota tentera kerana melanggar prinsip peperangan Sun Tzu. 

Impaknya, Chin Peng sering diganggu mimpi ngeri kerana melakukan kezaliman. 

Chin Peng mencatatkan juga bahawa perasaan dendamnya terhadap anggota pasukan keselamatan bermula apabila isteri dan anaknya yang berada dalam kandungan dibunuh oleh pasukan tentera ketika sedang menerima rawatan doktor di sebuah klinik swasta di Temerloh, Pahang.

Chin Peng juga dalam catatan diarinya turut menjelaskan bahawa tidak sampai seminggu selepas kejadian serang hendap di Ulu Legong, dia dihantar ke Pusat Rawatan Khas di Beijing. 

Setelah beberapa bulan menerima rawatan, dia dimasukkan dalam kategori pesakit luar dan didiagnosis sebagai minor mental breakdown.

 Sejak hari itu, Chin Peng diberikan satu suntikan penenang setiap hari dan dinasihatkan tidak kembali ke Malaysia selagi belum pulih sepenuhnya. 

Selepas hampir lapan bulan menerima rawatan, Chin Peng dibebaskan dan kembali semula ke dunia komunis. 

Kesempatan juga digunakan oleh Chin Peng untuk menziarahi saudara-maranya di Jiang Dou dan Amoy iaitu tanah kelahiran bapanya.

 Akhirnya Chin Peng mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia. 

Dia sampai ke Siam dan tidak balik ke Markas Besar PKM di Betong ataupun kampung halamannya yang terletak di Kampung Koh, Sitiawan. 

Dia menukar identiti dan tinggal di kawasan Pahang Barat bagi mengukuhkan kem sebelum bertolak ke lokasi lain seperti Bukit Fraser dan Genting Highlands. 

Dia juga menziarahi Min Yuen di kawasan ladang yang terletak di pinggir hutan sekitar Bentong, Sungai Ruan, Raub dan Sanglee. 

Rutin harian ini diteruskan oleh Chin Peng bagi mengelakkan gangguan mental yang dialaminya kesan peristiwa di Ulu Legong. 

Selepas dua tahun, Chin Peng dikunjungi oleh Chan Ka Kui, Ketua Pasukan Elit, PKM.

 Chan Ka Kui mahu Chin Peng berada di jajaran Gubir yang dirasakan lebih selamat berbanding Pahang Barat. 

Chin Peng juga menukilkan bahawa ketika berusia 21 tahun, dia diberikan kepercayaan menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting PKM. 

Setelah hampir setahun Chin Peng mengikuti Lai Tak dan mendapat sepenuh kepercayaan, maka cita-cita untuk mengambil kepimpinan PKM terus menguasai dirinya. 

Sekitar penghujung tahun 1946, Lai Tak mengetuai operasi bagi menyimpan wang parti di sebuah bank sekitar Selangor. 

Kesempatan ini digunakan oleh Chin Peng dengan bantuan Chan Ka Kui untuk membunuh Lai Tak. 

Chin Peng menggunakan pistol penyerap bunyi dan menembak Lai Tak di kepala sehingga menyebabkan otak Lai Tak hancur bersepai. 

Mayatnya ditanam di satu lokasi rahsia. 

Chan Ka Kui kembali ke markas pusat dan melaporkan bahawa Lai Tak hilang bersama wang parti.

 Chin Peng berpura-pura sedih dan mengetuai operasi menjejaki Lai Tak selama empat kali dan akhirnya mengetuai upacara sembahyang bagi mendoakannya. 

Dalam catatan diarinya dinyatakan bahawa hampir lapan bulan Chin Peng berehat di sebuah rumah rakan lamanya iaitu Chong Woo di Pekan Kuala Kubu Baharu dan bukannya mencari Lai Tak. 

Chin Peng akhirnya membuat kenyataan bahawa Lai Tak melarikan wang parti melebihi satu juta ringgit dan didapati berfoya-foya dengan wanita kabaret serta kereta sport di Singapura. 

Wang parti tersebut dibahagikan di antara Chin Peng, Chan Ka Kui dan dua orang anggota unit elit. 

Justeru itu, Chin Peng dilantik menggantikan Lai Tak sebagai Ketua PKM pada tahun 1947 ketika berumur 25 tahun.

Paparan serang hendap di Ulu Legong hanya merupakan secebis kezaliman komunis.

Tindakan tersebut memberikan gambaran yang tepat mengenai ideologi dan kezaliman komunis dalam usaha menubuhkan Republik Komunis Malaya. 

Dalam menelusuri episod penting buku ini, beberapa tindakan zalim komunis tidak dinyatakan oleh pengulas bagi menjaga sensitiviti kaum keluarga perajurit negara yang terkorban.

 Secara keseluruhannya penulis buku ini berjaya menggarap plot penceritaan dengan gaya bahasa yang mudah dan santai. 

Buku ini juga bertambah menarik apabila disajikan dengan pelbagai teknik seperti imbas kembali dan imbas muka dalam penulisan bagi menggambarkan peristiwa komunis di Tanah Melayu. 

Akan tetapi, karya ini boleh disusun mengikut kronologi bagi memudahkan kefahaman khalayak. 

Namun secara keseluruhannya, matlamat asal penulis untuk menggarap pengorbanan perajurit tentera darat dalam mempertahankan bumi bertuah Malaysia sangat signifikan.

Mohamed Ali Haniffa (PhD)

Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, 

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Ahad, 27 Disember 2020

2020 menghampiri penghujung, apa jadi pada kapsul masa ditanam Tun M?

 

Tahun 2020 hampir tamat, kalau tak dapat saksikan sendiri tahun ini, harapnya tahun depan tercapailah hasrat jutaan rakyat Malaysia melihat kandungan kapsul masa ini. - Gambar Astro AWANI


BENDERA berkibar di angkasa

Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan
Itu merupakan lirik lagu Wawasan 2020 yang pernah masyhur suatu masa dahulu.
Melodi ciptaan Akhbar Nawab dan dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Roy itu secara ringkasnya menceritakan harapan rakyat Malaysia untuk melihat kemajuan pada tahun 2020.
Wawasan 2020 merupakan ilham bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mensasarkan Malaysia mencapai negara maju pada tahun tersebut.
Lalu, tidak hairanlah apabila generasi yang pernah membesar dengan lagu Wawasan 2020 itu sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk sampai ke tahun yang dianggap menyimpan '1001 rahsia'.
Selang peralihan masa, pejam celik pejam celik, kita sudah tiba ke penghujung tahun 2020.
Realitinya, apa yang kita semua harus akui, 2020 tidak 'seindah' yang digambarkan.
Penularan pandemik COVID-19 terutamanya telah meragut sepenuhnya kebahagiaan sebilangan besar masyarakat dunia umumnya dan rakyat Malaysia khususnya.
Mengupas mengenai kedatangan 2020, artikel ini mahu membawa perhatian pembaca mengenai satu perkara yang pernah menjadi tanda tanya iaitu kapsul masa yang pernah ditanam oleh Dr Mahathir - arkitek landskap pembangunan dan kepesatan Malaysia.
“Tahukah anda ada beberapa kapsul masa sepatutnya dibuka pada tahun ini, ada yang ditanam oleh Dr Mahathir Mohamad?
"Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim?"
Malah, sebenarnya ada yang sepatutnya dibuka pada 2018 iaitu di Menara Kuala Lumpur dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang namun difahamkan masih belum dibuka sehingga sekarang.
Begitupun, artikel ini menjurus kepada kapsul masa ditanam Dr Mahathir di Putrajaya atau lokasi tepatnya di Taman Putra Perdana.
Terletak di Putrajaya, ramai menanti untuk melihat sendiri apakah isi kandungan kapsul masa yang disimpan di monumen ini yang kini menjadi mercu tanda Putrajaya.
Terletak di Putrajaya, ramai menanti untuk melihat sendiri apakah isi kandungan kapsul masa yang disimpan di monumen ini yang kini menjadi mercu tanda Putrajaya.
Ramai yang tahu kisah kapsul tersebut dan ramai tidak sabar-sabar untuk melihat apakah kandungan di dalam kapsul itu.
Bayangkan, genap 25 tahun menunggu, sudah pasti keterujaannya terserlah tapi sayangnya, ketika tahun 2021 sudah semakin hampir mengetuk pintu, namun kapsul itu masih belum dibuka.
Harapan dibawa pula ke tahun hadapan.
IMBASAN 2020
Justeru, penulis bersama rakan setugas dari Astro AWANI, Fahmey Azhar dan Faiz Firdaus meluangkan masa melawat beberapa kawasan yang ada tertanam kapsul masa.
Tiga lokasi kami pergi iaitu Menara Kuala Lumpur, Taman Putra Perdana di Putrajaya dan Bangunan Bursa di ibu kota.
Namun, sudah tentu tumpuan terarah kepada kapsul masa di Putrajaya yang ditanam pada tahun 1995, sepatutnya dibuka pada 2020 sebagai simbolik kepada sambutan jubli perak Putrajaya.
Tumpuan terarah kepada kapsul masa di Putrajaya yang ditanam pada tahun 1995, sepatutnya dibuka pada 2020 sebagai simbolik kepada sambutan jubli perak Putrajaya.
Tumpuan terarah kepada kapsul masa di Putrajaya yang ditanam pada tahun 1995, sepatutnya dibuka pada 2020 sebagai simbolik kepada sambutan jubli perak Putrajaya.
Ia ditanam sempena Majlis Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 dan dijadualkan dibuka pada 29 Ogos lalu, namun majlisnya ditangguh disebabkan COVID-19.
Tinjauan ke lokasi ditempatkan mercu tanda berkenaan, kami mendapati kawasan sekitarnya dijaga rapi, ada juga beberapa pengunjung di sana merakamkan gambar kenangan.
Ada satu binaan di sana menceritakan perihal kapsul masa itu dan ia tertulis, beberapa salinan kertas Kabinet berkaitan pembangunan Putrajaya, salinan Perjanjian Putrajaya, salinan enakmen Putrajaya Perlaksanaan Fungsi 1995 dan beberapa dokumen lain.
Pada Januari 2020, Dr Mahathir dalam satu majlis di Putrajaya berkata:
“Saya amat gembira kerana dapat juga melihat Putrajaya ini berumur 25 tahun. Sebenarnya saya tidak mimpi untuk lihat acara seperti ini.
“Tetapi kerjasama, perpaduan kestabilan dan keamanan negara ini sehingga dapat kita bangunkan sebuah ibu kota pentadbiran yang gilang-gemilang. Sayangilah Putrajaya dan sayangilah Malaysia negara kita bersama,” katanya.
Dalam kapsul masa tersebut, tersimpan pelbagai salinan dokumen berkaitan Putrajaya yang hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum.
Dalam kapsul masa tersebut, tersimpan pelbagai salinan dokumen berkaitan Putrajaya yang hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum.
Menurut laporan daripada The Star pada Julai lepas, Presiden Perbadanan Putrajaya (PjC), Datuk Seri Dr Aminuddin Hassim berkata, 90 peratus program yang dirancang untuk perayaan jubli perak di Putrajaya dibawa ke tahun depan kerana kekangan COVID-19.
“Kami berusaha untuk mengelakkan kejadian yang melibatkan pengumpulan orang dalam jumlah besar hingga akhir tahun ini,” katanya.
Berdasarkan kenyataan itu, kita boleh menjangkakan ia dibuka pada tahun hadapan, tak dapat juga kita saksikan ia dibuka pada tahun ini.
Sudah pasti ramai mengharapkan Dr Mahathir sendiri akan membuka kapsul masa yang ditanamnya pada 1995 itu.
Sudah pasti ramai mengharapkan Dr Mahathir sendiri akan membuka kapsul masa yang ditanamnya pada 1995 itu.
Begitu jugalah nampaknya yang akan berlaku kepada kapsul masa di Bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur yang ditanam bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kapsul tersebut, tertera nama Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan merasmikan tapak bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur.
Sehingga kini, tak nampak lagi tanda-tanda ia akan dibuka walaupun dikatakan, ia dijadualkan dibuka pada tahun ini.
Kapsul masa yang tertera nama Anwar Ibrahim ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan terdapat di bangunan Bursa Kuala Lumpur. – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Kapsul masa yang tertera nama Anwar Ibrahim ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan terdapat di bangunan Bursa Kuala Lumpur. – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Ada lagi satu kapsul masa dijadualkan dibuka pada tahun ini iaitu kapsul masa Wawasan 2020, lokasinya terletak di dalam pusat beli-belah popular di Melaka, Dataran Pahlawan.
Astro AWANI pada Januari lepas melaporkan, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, perlu bagi pihak berkuasa, kerajaan negeri dan Muzium Melaka membuka kapsul tersebut bersama Muzium Negara dan Arkib Negara.
Majlis tersebut boleh dijadikan seperti sebuah Deklarasi Nasional, kata Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW) itu.
“Amanat yang hendak disampaikan adalah, kecemerlangan pada masa itu akan dibaca. Ia macam wasiat.
“Dahulu, masa saya jadi Ketua Menteri Melaka, wasiatnya bahawa amanat dalam kapsul ini hendaklah dibacakan kepada rakyat Malaysia dalam tahun 2020,” ujarnya.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada lagi satu kapsul masa diletakkan di The Mall pada 1987, akan dibuka 100 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2087.
Namun, The Mall tidak bertahan lama dan kini ia berubah wajah, dikenali sebagai Sunway Putra Mall dan difahamkan kapsul itu berada di dalam pejabat pengurus besar bangunan itu.
Usahlah dipandang pada 2087 itu tapi yang 2020 ini pun, rasanya ramai tak sabar untuk melihat sendiri kandungan kapsul masa itu.
Tahun 2020 hampir tamat, kalau tak dapat saksikan sendiri tahun ini, harapnya tahun depan tercapailah hasrat jutaan rakyat Malaysia.
Selamat menyambut kedatangan 2021, marilah kita sama-sama berdoa agar kehidupan kita pada tahun hadapan jauh lebih baik daripada apa yang kita lalui pada 2020.
Sumber : astro awani