"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Rohingya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rohingya. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Januari 2022

Pengemis Rohingya: Budak 'kurang asam' ganggu orang ramai

 ANTARA rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak warga Rohingya yang meminda sedekah di jalanan di ibu kota. FOTO MEDIA SOSIAL

ANTARA rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak warga Rohingya yang meminda sedekah di jalanan di ibu kota. FOTO MEDIA SOSIAL

Kuala Lumpur: Usia mereka mungkin di bawah 12 tahun namun lagak berani ditunjukkan kanak-kanak dipercayai warga Rohingya ketika meminta sedekah di ibu kota mengundang reaksi pelbagai masyarakat.

Ada yang mengibaratkan golongan kecil itu sebagai samseng dan tidak kurang juga mengutuk kegiatan kanak-kanak berkenaan serta mendesak tindakan tegas diambil kerajaan.

Dalam video tular di media sosial, baru-baru ini, pengemis cilik itu kelihatan meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat di bandar raya ini termasuk di Jalan Sultan Ismail dengan mendekati kenderaan pengguna jalan.

Ketika ada pemandu yang merakam perbuatan mereka, terdapat kanak-kanak itu yang dilihat berang, malah mengetuk pintu kenderaan terbabit dan menunjukkan isyarat jari tanda marah.

Rakaman yang tular itu memperlihatkan situasi berbeza dialami orang berlainan namun masih membabitkan kelompok pengemis kanak-kanak itu.

Tinjauan di media sosial mendapati banyak kecaman diterima daripada warganet terhadap aktiviti pengemis cilik itu, malah mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.


Seorang pengguna Facebook (FB) berkongsi pengalaman buruknya berdepan kanak-kanak terbabit.

"Dulu butik saya di Seksyen 7, Shah Alam. Ramai mereka ini (pengemis cilik). Siap masuk butik kita minta duit. Kalau tak bagi dia keluar, ambil batu dan baling cermin pintu kedai kita.

"Memang dah melampau. Kerajaan kena pantau la. Kalau sudah bagi masuk (Malaysia), hantar la (warga Rohingya) buat kerja ke apa yang berfaedah," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menyedari kegiatan golongan itu yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi berlainan.

Katanya, tindakan segera akan diambil bersama agensi berkaitan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu pihaknya.

"Setakat ini kita tidak terima laporan daripada mana-mana pihak (termasuk individu mendakwa didekati pengemis cilik Rohingya)," katanya.-myMetro

Rabu, 29 Disember 2021

Long Tiger cuba lolos ke Thailand, Indonesia bersama pondan

Polis menahan Abdul Hamim Ab. Hamid atau Long Tiger selepas meloloskan diri baru-baru ini.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, lelaki keturunan Rohingya, yang ditangkap di sebuah rumah di Sungai Petani semalam, dipercayai cuba untuk meloloskan diri ke Thailand atau Indonesia.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan awal polis mendapati ‘Long Tiger’ berkenalan dengan seorang lelaki di Sungai Petani melalui Facebook sejak tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati Long Tiger berkenalan dengan lelaki yang membantunya bersembunyi di Sungai Petani melalui Facebook sejak tahun lalu.

“Polis percaya Long Tiger yang melarikan diri ke Kedah dalam perjalanan keluar dari negara ini, sama ada ke Thailand dan Indonesia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal apabila sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Sungai Petani dan menahannya bersama seorang pondan, kira-kira jam 3.15 petang semalam.

Dalam cubaan mengelak daripada ditangkap, ‘Long Tiger’ dilaporkan memanjat bumbung rumah itu, tetapi tergelincir dan jatuh.

Menurut Ayob Khan, siasatan polis juga membawa kepada penahanan dua lagi suspek berusia 36 dan 38 tahun kerana dipercayai bersekongkol dengan suspek pada jam 7.25 malam hingga 3 pagi tadi di Batu Pahat.

“Kedua-dua lelaki itu dipercayai membantu suspek dengan memotong gari tangannya selain membeli kad sim sebelum melarikan diri ke Kedah,” katanya.

Terdahulu, keempat-empat mereka ditahan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Januari.

Perintah reman terhadap Long Tiger dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.

Long Tiger sebelum ini meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, kira-kira jam 11.55 pagi.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.

-Agenda Daily

Ahad, 25 Julai 2021

BUKIT MALUT, LANGKAWI - PENEMPATAN WARGA ASING MYANMAR YANG MISTERI?

 BUKIT MALUT - PENEMPATAN WARGA ASING MYANMAR YANG MISTERI? MARI VIRALKAN

800 rumah setinggan, 5000 -8000 warga asing. Ceroboh dan kuasai tanah dan perkuburan penduduk tempatan. Lokasi paling hitam di Langkawi dengan kes jenayah dan dadah yang semakin meningkat?

1. Penghuninya menceroboh tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah

2. Lokasi paling hitam di pulau peranginan ini, berikutan laporan kes jenayah serta berkaitan dadah yang kerap berlaku?

3. 800 kediaman dibina di kawasan itu dengan jumlah penghuninya dianggarkan di antara 5,000 hingga 8,000 orang menetap secara kekal

4. Penghuninya kurang bercampur dengan orang tempatan. Hampir separuh penghuni penempatan yang mendakwa berketurunan Melayu Burma di situ, dikatakan memiliki dokumen pengenalan diri?, MyKad, membolehkan mereka menjadi pengundi berdaftar.

5. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaluddin, ketika dihubungi BH, mengakui pihaknya tidak mempunyai kuasa ke atas penduduk Bukit Malut, sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN). (sumber Berita Harian)

“Ini kerana ramai dalam kalangan penduduk kawasan itu memegang kad Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Saya tidak boleh komen lanjut isu ini kerana bukan bidang kuasa JIM, cuma untuk makluman mereka tidak ada kena mengena dengan etnik Rohingya,” BH

6. Atas faktor keselamatan keluarga dan diri, selama ini kebanyakan penduduk Langkawi hanya mendiamkan isu itu, selain mendakwa penghuni Bukit Malut dilindungi pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh politik. (sumber Berita Harian)

7. Penduduk Kampung Bayas, Ulu Melaka, yang mahu dikenali sebagai Khairul, 50-an, mendakwa penempatan Bukit Malut mendapat ‘perlindungan’ sehingga ada dalam kalangan penghuninya berdaftar sebagai pengundi. (sumber Berita Harian)

8. Komander NTF mengesahkan setiap PATI yang berjaya merentas sempadan negara. Tekong atau Anggota Penguatkuasa menerima bayaran sehingga RM 15,000 bagi sempadan laut dan RM 800 untuk sempadan darat.

9. Titik Panas pendaratan PATI  Semananjung Tanah Melayu adalah di Utara Pulau Langkawi, Selatan Kuala Selangor dan Tanjung Piai.

10. NTF mengesahkan kekurangan aset pemantau seperti Bot Pemintas dan kelengkapan ISR seperti UAV dan kawalan radar adalah punca pencerobohan berlaku disebabkan kecuaian manusia pasti berlaku.

Bukit Malut ini ada Jerung Besar ke

Tanya je

MMP

SUMBER

TERPAKSA MEMBISU DEMI KESELAMATAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577145/terpaksa-membisu-demi-keselamatan

MISTERI BUKIT MALUT

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577141/misteri-bukit-malut

"If Mahathir had not come out of BN and formed Parti Pribumi Bersatu Malaysia, we would still be supporting BN but now we have an option to change. A lot of us will give our votes to him," Zakaria Mani, 28, said he came to Bukit Malut from Myanmar seven years ago

https://www.theedgemarkets.com/article/mahathirs-visit-gives-bukit-malut-villagers-hope

gambar sebenar bukit Malut dari

https://deenamik.com/blog/2019/03/tenggelamnya-bukit-malut-ditimbuni-lautan-sampah/

Rabu, 14 Julai 2021

Long Tiger diberkas kurung bekas pekerja

Long Tiger

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Rohingya bergelar Long Tiger ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, itu ditahan di sekitar Muar pada pukul 9.45 malam.

Ayob Khan

“Penahanan suspek dibuat berhubung satu kejadian individu berkenaan mengurung seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang merupakan bekas pekerjanya.

“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol.

“Punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.-K! ONLINE