Rabu, 3 Julai 2024

Nilai Kekayaan Bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer Kini Mengatasi Bill Gates

 Nilai kekayaan bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer kini dilihat telah pun mengatasi pengasas Microsoft sendiri, Bill Gates. 

Melalui angka terbaru yang dikemaskini, Steve Ballmer mempunyai nilai kekayaan mencapai $158 bilion, sementara Bill Gates pula sebanyak $157 bilion.

 Ini juga selari dengan kedudukan Steve Ballmer sebagai pemegang saham individu Microsoft tertinggi.

Terdapat beberapa sebab mengapa pegangan Steve Ballmer mengatasi Bill Gates, termasuk disebabkan beberapa portfolio pelaburan Bill Gates yang tidak membawa kepada keuntungan yang tinggi seperti pegangan saham Microsoft. 

Disamping itu, Bill Gates juga turut menyumbang sejumlah kekayaan untuk tujuan derma.

Bill Gates setakat ini telah menderma lebih $60 bilion dibawah Gates Foundation. 

Steve Ballmer turut tidak ketinggalan dan sedia membentuk Ballmer Group yang memberi dana untuk organisasi dan individu dalam membentuk dan memperluas akses ekonomi di Amerika Syarikat.

Steve Ballmer sebelum ini telah menjadi CEO Microsoft pada tahun 2000 sehingga 2014, dimana dibawah beliau Microsoft telah membeli Nokia, membangunkan Windows Phone, dan turut memberikan fokus lebih kepada para pembangun. 

-amanz.my

0 ulasan:

Catat Ulasan