"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Dr Aziz Bari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Aziz Bari. Papar semua catatan

Rabu, 13 Januari 2021

Pilihan raya boleh diadakan ketika darurat – Aziz Bari

 



IPOH - Proklamasi darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana beberapa siri pilihan raya di negara ini pernah dilaksanakan ketika darurat.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, jika diimbau Pilihan Raya Umum (PRU) pertama negara pada tahun 1955 diadakan sewaktu darurat apabila tempoh darurat yang diisytiharkan itu antara tahun 1948 sehingga 1960.

Menurutnya, begitu juga PRU kedua yang turut diadakan ketika darurat pada tahun 1959 dan ini membuktikan bahawa darurat bukan halangan untuk diadakan pilihan raya.

"Darurat secara teknikal iaitu Perkara 150 memberikan kuasa yang luas untuk kerajaan melakukan perkara tanpa ke Parlimen ataupun kerajaan boleh buat undang-undang tanpa ke Parlimen atau Parlimen boleh buat undang-undang atas perkara-perkara yang tidak boleh dibuat dalam keadaan biasa. Itu darurat sebenarnya.

"Darurat bukan untuk menggantung pilihan raya. Saya tak pasti kenapa sekarang menjadi satu kefahaman yang begitu. Rakyat Malaysia jangan lupa sejarah. Bukan hujah yang kuat darurat ini untuk menidakkan pilihan raya. Jangan ingat darurat ini boleh menutup segala-galanya," katanya menerusi sesi Facebook Live pada Selasa.

Sementara itu, Abdul Aziz berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu menimbangkan semula keputusan proklamasi darurat kerana dibimbangi memberi kesan lebih buruk kepada negara.

Menurutnya, baginda perlu melihat keabsahan kerajaan yang ada dan meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada masih memiliki majoriti atau sebaliknya.

Beliau berkata, proklamasi darurat itu akan memberikan kuasa mutlak tanpa batasan kepada kerajaan yang gagal membuktikan keabsahannya untuk membuat undang-undang tanpa perlu dibentangkan di Parlimen.

Jelasnya, sewaktu darurat juga tiada unsur semak dan imbang apabila kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan tambahan pula proklamasi darurat itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Apa yang menjadi masalah kepada darurat ialah kerajaan boleh langgar sekatan-sekatan yang ada di dalam Perlembagaan. Itu sebenarnya yang kita risau darurat ini, bukan soal kuasa tentera, soal ketenteraman awam, bukan itu.

"Ini bukan biasa. Dari segi undang-undang, darurat bukan perkara biasa. Yang menjadi masalah, kuasa itu menjadi kuasa terlalu luas dan mutlak, tiada batasan. Kita tak boleh nak menyekat sesuatu. 

Perkara-perkara ini boleh dilakukan secara dekri sahaja oleh kerajaan yang memerintah," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan pelayar, Abdul Aziz menjelaskan proklamasi darurat tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah kerana perkara itu telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Katanya, penyelesaian kepada darurat ini hanyalah di bawah Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk menarik balik pengisytiharan berkenaan.

"Kita doa supaya Yang di-Pertuan Agong tarik balik pengisytiharan darurat. Baru boleh balik kepada keadaan asal. Kalau tidak, kuasa itu meluas sehingga boleh menggantung Perlembagaan.

"Mungkin rakyat boleh hantar petisyen meminta raja-raja mencari penyelesaian. Saya rasa akhirnya nanti raja-raja ini yang akan membuat keputusan. Raja-raja harus ke depan ketika negara kita terjebak dalam suasana yang tidak menentu seperti ini," katanya. – Sinar

Credit: https://cin-ca.blogspot.com/