"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Swab Test. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Swab Test. Papar semua catatan

Isnin, 19 Julai 2021

Kit ujian kendiri Covid-19 mula dijual 19 Julai ini

 Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19 keluaran MeDKAD akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini.

Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19 keluaran MeDKAD akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini.

Kuala Lumpur: Kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 buatan Malaysia yang pertama, 'Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19', akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini, kata MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD).

Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak berkata, kit Salixium itu dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung.

Kit ujian pantas mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan dan hasilnya dinilai oleh jalur yang dapat dilihat dengan jelas, ia akan mengesahkan kewujudan antigen.

"Kewujudan atau ketiadaan antigen SARS-CoV-2 dalam persampelan akan ditunjukkan menerusi jalur berwarna merah jambu/ungu di kit tersebut. Sekiranya sampel berkenaan tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna akan muncul, menunjukkan hasil ujian adalah negatif," katanya dalam kenyataan.

"Sebagai pengawalan prosedur, jalur warna kit yang kelihatan itu mengesahkan persampelan yang betul tanpa mengira sama ada wujud atau tiada antigen SARS-CoV-2 dalam sampel tersebut," katanya.

Sebanyak 242 sampel air liur atau calitan hidung diuji dengan Salixium dan keputusan menunjukkan bahawa sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus manakala ketepatannya ialah 100 peratus, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MeDKAD, Ezuan Yaacob berkata, MeDKAD mempunyai saintis dan pakar perubatannya sendiri yang mempunyai kemampuan untuk bukan sahaja bagi membangunkan kit ujian mereka sendiri tetapi untuk bekerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan dan luar negara untuk memastikan keberkesanan produk tersebut.

Selain Malaysia, MeDKAD merancang untuk menembusi pasaran di negara-negara lain di Asia, Eropah dan Timur Tengah kerana Salixium juga telah digunakan secara meluas di Perancis, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu terutama di Dubai.

Ditubuhkan pada tahun 2016 dan beribu pejabat di Shah Alam, Selangor, MeDKAD adalah syarikat teknologi kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada syarikat untuk menguruskan manfaat perubatan mereka dengan lebih baik.

-myMetro

Rabu, 30 September 2020

Staf pejabat MP Lembah Pantai positif Covid-1 9,Fahmi buat Swab Test

Fahmi menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur pagi ini. - Foto FB Fahmi Fadzil. 

 KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilaporkan menjalani swab test selepas salah seorang kakitangan di pejabatnya yang baru pulang dari Sabah disahkan positif koronavirus (Covid-19). 

 Menurut Fahmi, beliau dan kesemua kakitangan pejabatnya bertindak ke Klinik Kesihatan Tanglin di sini bagi menjalani saringan Covid-19 pada pagi tadi sebelum kuarantin di rumah. 

 "Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu telah disahkan positif Covid-19. 

Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh (Selangor) untuk rawatan dan isolasi. 

 "Memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini kami jalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin di rumah," kongsinya di laman sosial Facebooknya di sini hari ini. 

 Susulan itu, katanya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai terpaksa ditutup sehingga tempoh kuarantin selesai. Kata beliau, langkah tersebut bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai.

 "Unit dekontaminasi akan dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini.

 "Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat (Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai) boleh menghubungi kami melalui laman FB ini atau melalui e-mel," katanya. -SH Online