"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Jakim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jakim. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2021

Jakim semak dakwaan padam fatwa Amanat Hadi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyemak terlebih dahulu dakwaan pihaknya memadam fatwa berkaitan “Amanat Haji Hadi” di laman sesawangnya.

"Saya semak dulu,” kata Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jakim, Zakaria Othman ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan Jakim apakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Haji Hadi.

 "Apakah benar @MyJakim telah memadam fatwa amanat Haji Hadi yang telah difatwa haram pada 2002?

"Jangan permainkan Abdul Aziz Jusoh rmainj," soal pemilik akaun anti-PAS @apanakdikato di Twitter.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan maklumat yang dikongsi pengguna di atas. 

Bagaimanapun, carian Malaysiakini di laman web semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF) mendapati tiada rekod berkaitan fatwa itu dipaparkan.

Laman kelolaan Jakim itu berfungsi merakam fatwa daripada seluruh negeri di Malaysia, mengelaskannya mengikut kategori dan merekodkan statusnya sama ada diwartakan atau tidak.

Sejak dilontarkan pada tahun 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu mengundang kritikan kerana dianggap memecah-belahkan umat Islam.

Laporan media menyebut Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan “Amanat Hadi” sebagai sesat.

Mohd Asri Zainul Abidin 

Hadi, ketika bersama pembangkang, pada 2013 mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai amanat yang difatwakan bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah.

Memetik fatwa pada 21 November 1984, Bernama melaporkan, jika terdapat tuduhan atau anggapan oleh anggota atau penyokong PAS atau sesiapa sahaja terhadap anggota Umno, pemimpin atau pegawai kerajaan beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya (Umno menuduh PAS), ia adalah tidak benar dan sia-sia.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Dr Abdul Shukor Husin berkata, anggota Umno atau sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah tetap Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam negara ini.

Fatwa itu turut menyatakan tuduhan mengatakan seseorang yang beragama Islam sebagai kafir adalah perbuatan haram yang perlu diberhentikan serta-merta dan hendaklah bertaubat kepada Allah.

Amanat itu antaranya menyebut PAS menentang Umno kerana didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah.

“Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka,” menurut amanat itu.

Malaysiakini sudah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas Menteri Agama, Zulkifli Mohamad, timbalannya Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Jakim, Abdul Aziz Jusoh berhubung status fatwa itu.-mKini