"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Orang Asli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Orang Asli. Papar semua catatan

Ahad, 21 Julai 2024

DAP fokus tarik pengundi Orang Asli di Nenggiri

 Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani berkata, jentera pilihan rayanya telah dikerah berkempen menyokong calon BN untuk PRK 17 Ogos nanti.



Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani berkata, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang di Nenggiri. (Gambar JAPEN)

PETALING JAYA
DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri.

Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani.

Pengundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita,katanya kepada FMT.

 Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN.

Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor.

Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan.

Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula reda’

Diminta mengulas kebimbangan orang Melayu mengenai DAP, Azaha berkata, sentimen itu mula reda susulan penerimaan parti Melayu lain, seperti Umno dan PAS, terhadapnya.

“Orang Melayu mula terima DAP susulan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kemudian dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) bersama Amanah dan PKR.

Dalam kerajaan perpaduan juga, (DAP) bersama Umno,

 katanya.

Beliau berkata, di Kelantan, DAP turut dianggotai orang Melayu dan Orang Asli, malah cawangan DAP di Kelantan ditubuhkan oleh orang Melayu.-FMT

Isnin, 26 April 2021

Gadis suku Temuan dedah rahsia cantik

 

Katriana mengenakan busana tradisi suku Temuan yang dimodenkan.

SEREMBAN - Siapa sangka, hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang gadis keturunan orang asli dari suku Temuan ini akhirnya menjadikan masyarakat kaum itu mula dikenali.

Kecantikan dan keistimewaan masyarakat kaum suku Temuan ini mula terserlah apabila gadis muda bernama, Katriana Aziz, 22, berani tampil menunjukkan kejelitaannya melalui video TikTok yang kini mula tular di media sosial.

Sekali pandang, raut wajah anak muda ini persis wanita Melayu yang mempunyai kacukan Cina atau Filipina, namun bagi Katriana dia langsung tidak mempunyai sebarang darah kacukan.

"Saya berasal dari Kampung Belihoi, Seremban. Ibu dan bapa saya tiada kacukan kerana mereka adalah masyarakat orang asli, cuma datuk saya yang di sebelah ibu adalah keturunan Melayu.

"Kami tiada darah kacukan, tetapi mana-mana saya pergi orang akan ingat saya gadis Melayu Cina dari Sabah atau Sarawak. Ada juga ingat saya gadis Filipina, tetapi bila beritahu saya gadis orang asli, mereka tidak percaya malah ada yang mahu melihat sendiri kad pengenalan," katanya yang petah berbahasa Melayu.

Katriana

Katriana berkata, antara amalan pemakanan yang dititikberatkan adalah memakan ulam-ulaman bagi mengekalkan kecantikan kulit agar nampak sentiasa segar dan berseri.

"Kebanyakan sayur dan ulam-ulaman hanya diambil dari kebun milik ibunya," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, dia kini sudah memiliki lebih 51,000 pengikut di TikTok dan laman sosial.

Bagaimanapun, kepada netizen di luar sana, mereka hanya mampu menggigit jari kerana hati gadis jelita ini sudah dimiliki oleh abang askar dikenali sebagai Darrel.

Tambah graduan jurusan pelancongan ini, dia mahu menggunakan media sosial bagi membantu masyarakat lain mengenali budaya, makanan, adat dan pakaian orang asli terutama dari suku Temuan.

Katriana bersama sepupunya membuka akaun TikTok sejak enam bulan lalu bagi mempromosikan budaya serta adat masyarakat suku Temuan.

Video yang dimuat naik itu dibuat secara spontan apabila dia bertemu dengan tiga lagi sepupunya iaitu Adrieana Roland, 16, Klarq Alek, 22, dan Theresa Alek, 25.

Video berkenaan tular sejak Isnin lalu apabila ramai netizen menyangka mereka adalah gadis Filipina, kacukan Cina atau Sabah susulan raut wajah yang jelita.

-SH Online

Khamis, 26 November 2020

Senoi Praaq digelar 'pembunuh senyap' oleh CIA - PGA

 


Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) kerana ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh.

Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dan rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Selasa, adalah anggota pasukan itu yang merupakan sebahagian daripada Batalion 3 PGA, berpangkalan di Bidor, Perak.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Supt Rosman Kasman memberitahu Bernama, sejarah gelaran itu bermula apabila Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’, ditugaskan ke selatan Thailand pada 1960 untuk memujuk lebih 3,000 Orang Asli yang tinggal di sana membantu dalam pemburuan pemimpin komunis Soo Ah Chye di sana.

Beliau berkata pada 1964, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Lt. Kol. R.O.D. Noone yang merupakan pengasas Senoi Praaq, bersama-sama sekumpulan anggota Senoi Praaq telah dihantar ke Pleiku, Vietnam atas permintaan pemimpin negara berkenaan ketika itu bagi melatih kumpulan masyarakat asli di sana.

Mereka diminta melatih cara-cara menentang komunis secara ‘heart and mind’ sebagaimana yang dijalankan dengan jayanya di negara ini semasa melawan komunis ketika darurat, katanya.

"Mereka bertanggungjawab membentuk pasukan Montagnard Scouts di bawah MSP (Mountain Scout Program) kendalian CIA dengan kerjasama BRIAM (British Advisory Mission).

"Di sanalah mereka mendapat gelaran 'The Silent Killer' oleh CIA dan mereka juga pernah digunakan secara rahsia dalam menjalankan misi-misi sulit di Laos," kata Rosman.

Menurutnya, setelah 11 bulan menjalankan misi-misi sulit itu, pasukan Senoi Praaq tersebut pulang ke tanah air dan di sepanjang perjalanan tersebut mereka menggempur musuh.

"Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan balik dan peristiwa itu telah disematkan dalam sebuah buku berjudul Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite," katanya.

Beliau berkata penubuhan unit elit tersebut pada Mei 1956 oleh Noone dibuat atas arahan pihak British berdasarkan keperluan untuk mengadakan satu kumpulan Orang Asli beroperasi di kawasan hutan pedalaman bagi memenangi hati Orang Asli yang dipercayai terpengaruh oleh propaganda komunis pada ketika itu.

Beliau berkata selain itu, pada 1957, British Army 22 Special Air Service Regiment (SAS) telah memberi pengiktirafan kepada pasukan Senoi Praaq dengan pemakaian 'Beret Merah' atas kejayaan cemerlang unit tersebut dalam setiap operasi membanteras komunis.

Menurutnya, sejak penubuhan unit Senoi Praaq itu, pelbagai kejayaan dilakar dan mereka banyak terlibat dalam pelbagai operasi, antaranya Op Bamboo yang merupakan operasi tertua dilaksanakan oleh pasukan keselamatan negara yang dilancarkan pada Oktober 1959 di Perak dan berakhir pada 2 Dis 1989 susulan pemeteraian perjanjian damai.

"Seperti mana yang kita ketahui, penugasan Op Bamboo bertujuan mengekang pergerakan dan memusnahkan ancaman musuh nombor satu negara ketika itu iaitu komunis. Di sinilah kepakaran Senoi Praaq diperlukan bagi membantu menjejaki komunis-komunis di dalam hutan tebal," katanya.

Sungguhpun ancaman komunis telah berakhir, khidmat Senoi Praaq sentiasa diperlukan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air di sempadan negara selain menyertai misi mencari dan menyelamat orang hilang di hutan.

"Antaranya, pasukan Senoi Praaq ini terlibat dalam misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin yang hilang di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas, selain digunakan bagi mengesan pemburu haram yang merosakkan flora dan fauna pada Oktober tahun lepas," katanya.

- Bernama