"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2024

Sawah padi di Perak kering kontang, pesawah rugi.Bantuan kerajaan diperlukan segera

 Keadaan permandangan Tasik Bukit Merah dari Kampung Selamat yang kering kontang. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

Keadaan permandangan Tasik Bukit Merah dari Kampung Selamat yang kering kontang. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

Bagan Serai: "Kami hanya harap bantuan bencana sahaja, jika tidak kami semua akan rugi."

Demikian jawapan Ketua Unit Peladang Parit Haji Ali, Muslan Napiah, 49, ketika ditanya berkaitan tanaman padi yang diusahakan yang kini kering kontang dan terbantut tumbesaran akibat kemarau.

Muslan berkata, sawah padi yang mereka usahakan kini berusia antara 14 hingga 30 hari, namun keadaannya seperti tanah kering yang merekah.

"Bekalan air dari Empangan Bukit Merah tidak mampu disalirkan ke terusan dan kini ia dihentikan untuk kegunaan pertanian.

"Boleh dikatakan, setiap hari kami guna pam sendiri untuk salirkan air ke petak sawah, namun ia kering semula," katanya ditemui di Parit Haji Ali, hari ini.

Menurutnya lagi, pelbagai usaha dibuat pihak berkaitan termasuk membekalkan pam bergerak ke kawasan tanaman padi, namun pam terbabit turut tidak mampu mengepam air ke sawah berikutan air parit juga menyusut.

"Kami amat berharap pembenihan awan segera dibuat, jika tidak pesawah akan rugi.

"Selain itu, pesawah amat mengharapkan kemarau ini dikategorikan dalam bantuan bencana bagi membolehkan pesawah menerima bantuan setimpal untuk membiayai pelbagai kos termasuk sewa," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak Datuk Sham Mat Sahat berkata, mesyuarat yang diadakan baru-baru ini bersama beberapa agensi berkaitan memutuskan yang pembenihan awan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memulihkan paras air di Empangan Bukit Merah.

Menurutnya, selain itu, beliau turut meminta pesawah mencarum dalam Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) bagi membolehkan pesawah yang berdepan masalah padi, termasuk bencana alam yang menjejaskan tanaman, mendapat bantuan sepatutnya.

"Skim berkenaan belum lagi dilaksanakan dan dijangka dirasmikan pada Oktober ini.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku pada hari ini di sini, akan turut diambil-kira," katanya.

Selasa lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian terpaksa menghentikan bekalan pengairan untuk kegunaan sektor pertanian disebabkan paras air di Empangan Bukit Merah menyusut kepada paras 6.096 meter.

Paras empangan itu yang menjadi sumber utama air bagi kegunaan domestik dan pertanian, terutama sawah padi di Kerian serta kegunaan perindustrian di Taiping, semakin menyusut berpunca daripada cuaca panas.

-myMetro 

Sabtu, 12 Disember 2020

DAP sahkan berunding dengan Umno, tapi gagal tubuh kerajaan baharu di Perak

 


PETALING JAYA : 
DAP mengesahkan parti itu mengadakan rundingan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri perpaduan di Perak, namun usaha itu gagal kerana, antara lain, Umno enggan memperuntukkan jawatan EXCO kerajaan negeri kepadanya.

“Dalam perundingan itu, Umno membuat pelbagai tawaran termasuk menawarkan jawatan EXCO kepada PKR dan Amanah, tetapi bukan kepada DAP,” kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

“Jikalau tawaran sebegini diterima, Pakatan Harapan (PH) Perak akan berpecah kerana perpaduannya akan dilemahkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata PH Perak enggan tunduk kepada syarat Umno dan memberi kata dua kepada parti itu untuk tidak meminggirkan mana-mana ahli komponen PH, jika mahu mencapai persetujuan menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.

Nga berkata Umno juga menolak tuntutan DAP supaya memeterai perjanjian bahawa Umno komited memastikan kerajaan baharu yang bakal ditubuh berasaskan integriti, tata urus baik dan tidak berkompromi dalam menegakkan keadilan.

Beliau berkata sehingga 8 Dis, rundingan telah berterusan antara PH dan UMNO namun tidak berhasil “kerana Umno tidak dapat menerima syarat dan terma yang ditetapkan PH.”

Nga berkata akhirnya, Umno kembali kepada PN dan memulakan rundingan dengan PAS dan PPBM yang menghasilkan kerajaan PN di bawah pimpinan Umno di negeri itu.

Pendedahan terbuka Nga itu mengesahkan laporan esklusif FMT minggu lalu yang memetik sumber Barisan Nasional sebagai mengesahkan berlakunya rundingan antara Umno dan PH, termasuk DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Rundingan itu diadakan ekoran peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar setelah 24 daripada 25 ADUN Perak dan 24 ADUN PH menolaknya dalam satu undian di Dewan Undangan Negeri.

Tindakan Umno menolak Faizal yang juga timbalan presiden PPBM menimbulkan kemarahan parti itu manakala sekutunya PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu Perak.

Perkembangan itu mendorong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa pihaknya sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana pihak, walaupun di luar kerangka Perikatan Nasional.

Dalam kenyataan hari ini, Nga berkata DAP menyatakan kesudian bekejasama dengan Umno hanya selepas Zahid membuat kenyataan itu.

Beliau berkata partinya juga mengambil kira titah Sultan Nazrin Shah mahukan kerajaan negeri yang stabil dan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Baginda juga mahukan penyelesaian segera kepada kemelut politik demi kepentingan negeri,” tambah Nga.

Nga berkata dalam episod kemelut Perak itu, Umno dan PPBM membuktikan kepada negara bahawa “mereka adalah pemimpin lemah dan tanpa prinsip.”

Beliau berkata defisit kepercayaan antara dua parti itu amat serius dan tidak boleh diperbaiki.

Menurut beliau, kredibiliti PAS juga terjejas kerana membuat pusingan U, setelah mengumumkan sebelum ini, ia tidak mahu terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu Perak.

Nga berkata dalam usaha memeterai kerjasama dengan Umno, DAP berjaya membuktikan ia bukan parti “anti Melayu or anti Islam” tetapi hanya menentang rasuah.

“Oleh kerana Umno memilih untuk terus bersama kleptrokrat, PH akan terus mara tanpa mengikat sebarang kerjasama dengan mereka,” tambahnya.

-mindarakyat

Selasa, 8 Disember 2020

Lepas guling MB, Umno mahu 'damai' dengan Bersatu

 


Di tengah-tengah kemelut politik di Perak, Umno membuka jalan untuk berdamai dengan Bersatu supaya meneruskan kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.

Ini beberapa hari selepas Adun Umno tidak mengundi menyokong usul percaya Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.

Lantaran itu, Faizal mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata dia telah menulis kepada rakan sejawatnya dalam Bersatu dan PAS awal hari ini agar mempertahankan kerajaan PN di Perak.

"Saya telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin Hassan) dan Setiausaha Agung Bersatu (Hamzah Zainudin) pada Selasa 8 Dis 20 berhubung keputusan mesyuarat khas MT Umno malam 7 Dis 20.

"Bahawa kerajaan PN yang terdiri daripada Adun Umno, PAS dan Bersatu di Perak perlulah diteruskan," katanya pada ciapan di Twitter.

Ahmad Maslan berkata kedua pemimpin itu telah menjawab suratnya pada petang hari ini.

"Intipati jawapan surat setiausaha agung PAS dan setiausaha agung Bersatu ialah keputusan berhubung kerajaan PN di Perak akan dibincang dengan pimpinan parti mereka dengan segera.

"Saya optimis dan positif. Semoga PAS dan Bersatu akan bersama Umno di Perak. Diharap segalanya akan selesai dengan baik dalam sedikit masa lagi," katanya.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Bersatu Perak masih belum memutuskan sama ada akan menyokong Umno atau tidak untuk membentuk kerajaan negeri baru.

-mindarakyat

PN Belum Pasti Sokong UMNO di Perak

 


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu.

Menurut kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara BERSATU dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Bersatu kecewa dengan usul yang dibuat oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Kenyataan media yang dikeluarkan turut tidak memberi sebarang komitmen menyokong Menteri Besar dari UMNO.

Bersatu menyatakan semua keputusan yang bakal diambil BERSATU berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung.

PAS tak jadi mengadap Sultan Perak

 


PAS hari ini membatalkan rancangan mereka untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Wakil parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang ini.

Memetik Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Bernama melaporkan keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk pimpinan parti. 

Sementara itu sumber dari istana pula memberitahu asalnya PAS dijadual mengadap Sultan Nazrin pada jam 3 petang namun menarik balik janji temu itu dengan alasan mereka mendapat arahan pimpinan tertinggi parti.

Untuk rekod sebelum ini Sultan Nazrin mengeluarkan titah agar Adun Perak datang mengadap baginda untuk mempersembahkan pendirian masing-masing terhadap calon menteri besar yang dicadangkan Umno.

Presiden Umno pula berkata dia "amat yakin" calon yang dikemukakan akan mendapat sokongan mencukupi untuk dilantik mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

"Itulah yang kita persembahkan (kepada Sultan Nazrin) dan saya amat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi," katanya.

-mindarakyat

GANDINGAN BERSATU DAN PAS BUKAN SAJA BOLEH TOLAK SHARANI, MALAH BILA2 MASA BOLEH JATUHKAN MB UMNO

 Dalam mesyuarat Majlis Tertingginya semalam, Bersatu membuat pendirian sebarang keputusannya mengenai penubuhan kerajaan baru di Perak akan dibuat bersama dengan Pas.

Ini bermakna, dengan Bersatu mempunyai 5 Adun dan Pas 3 Adun, gabungan kedua-duanya memiliki jumlah 8 Adun kesemuanya.

Walaupun besar kemungkinan Bersatu akan menerima pembentukan kerajaan baru itu nanti, tetapi bersamanya parti itu dengan Pas dalam ketetapannya memberi erti suatu keadaan yang bahaya dan tidak selamat buat UMNO.

Bersama UMNO yang mempunyai 25 Adun, persetujuan Bersatu yang bergabung dengan Pas dengan sendirinya memperlihatkan kerajaan baru boleh dibentuk semula berdasarkan gabungan tiga parti itu mempunyai jumlah 33 Adun daripada 59 Adun keseluruhannya.

Dengan berpadunya Bersatu dan Pas dalam kerajaan baru itu nanti, setidak-tidaknya dua bahaya sedang menanti UMNO:-

Pertama, Bersatu dan Pas boleh berkeras menolak calon Menteri Besar yang telah diputuskan UMNO, Sharani Mohamad.

Hujah bahawa Sharani telah mengetuai dan merancang pengkhianatan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja boleh saja menjadi alasan yang cukup kuat bagi Bersatu dan Pas untuk sepakat menolak Adun Kota Tampan itu.

Penolakan Bersatu dan Pas itu tentu saja akan membuatkan Sharani terhalang daripada mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Sebagai tawar menawar, Bersatu dan Pas boleh pula meletakkan syarat bahawa sokongan mereka hanya akan diberikan untuk membentuk kerajaan baru jika Adun UMNO selain Sharani yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar.

Keadaan ini mungkin akhirnya membuka peluang kepada Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir atau Adun Rungkup, Shahrul Zaman Yahya untuk dinamakan sebagai calon baru Menteri Besar Perak.

Kedua, melalui penggabungan Bersatu dan Pas itu juga akan mejadikan mereka sebagai “king maker” dalam kerajaan baru yang diterajui UMNO nanti.

Melalui 8 kerusi daripada 33 kerusi yang membentuk kerajaan negeri, Bersatu dan Pas bukan saja boleh menuntut pengagihan jawatan yang seimbang dalam pelbagai posisi, malah bila-bila masa boleh meletakkan Menteri Besar dalam ugutan mereka.

Kalau Menteri Besar UMNO enggan tunduk kepada kemahuan mereka, tidak mustahil nantinya sokongan akan ditarik dan akan menyebabkan jatuh lagi kerajaan negeri.

Akhirnya, meskipun melalui usul undi percaya yang dirancang berjaya membuatkan UMNO menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang diidam-idamkan, pergantungan nyawa talian hayat tetap kepada Bersatu dan Pas.

Paling malang, mungkin ini akan membuatkan Sharani terlepas rezeki sekali lagi untuk menjadi Menteri Besar Perak, setelah sebelum ini dikhabarkan sudah tiga kali ditimpa nasib yang sama.

 (Shahbudindotcom 08/12/2020)


Susulan ‘Langkah Perak’, masa depan Muafakat Nasional penuh persoalan

 

PPBM, Umno, PAS, Hamzah Zainudin, Ahmad Zahid Hamidi, Perak, menteri besar, Muhyiddin Yassin

PETALING JAYA: Adakah nasib Muafakat Nasional di hujung tanduk? Persoalan ini timbul susulan kenyataan terbaru PPBM lewat malam semalam mengenai penyingkiran timbalan presiden parti itu sebagai menteri besar Perak oleh Umno.

Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata parti itu akan meningkatkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) demi “kestabilan politik peringkat nasional dan negeri”.

Beliau tidak merujuk langsung kepada kerjasama dengan UMNO, mahu pun Muafakat Nasional yang menggabungkan PPBM, PAS, dan Umno dalam kenyataan itu.

Agak ketara PPBM amat marah dengan tindakan 24 daripada 25 Adun Umno menolak usul percaya terhadap terhadap Ahmad Faizal Azumu di DUN Perak Jumaat lalu, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebagai MB.

Ada yang bertanggapan kemarahan itu reda berikutan perkembangan di Johor dua hari kemudian.

Meskipun berpeluang mencantas MB daripada Umno, Hasni Mohamad, 13 ADUN PPBM dan PAS mendokong Belanjawan Johor 2021, sekali gus membolehkan ia diluluskan sebulat suara dan kedudukan Hasni tidak terjejas.

Antara mereka, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaku ADUN Gambir.

Malam semalam, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM.

Nada kenyataan yang dikeluarkan selepas perjumpaan itu menunjukkan PPBM masih terkilan dengan apa yang berlaku di Perak.

“MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap usul keyakinan majoriti ADUN terhadap (Faizal) yang diusulkan oleh Umno tetapi tidak disokong oleh Umno dan Pakatan Harapan,” menurut kenyataan PPBM.

Kenyataan rasmi PAS pula berhubung kemelut di Perak adalah parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu di Perak.

Umum menjangkakan kerajaan baharu Perak akan ditunjangi UMNO yang mempunyai jumlah ADUN paling ramai di DUN Perak.

‘Penolakan’ UMNO oleh PPBM itu berlaku pada malam sama UMNO menyatakan komitmen mempertahankan kerajaan PN di Perak, sekali gus menolak spekulasi ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dijadualkan ke Ipoh hari ini untuk menghadap Sultan Perak bagi menyampaikan pencalonan parti untuk jawatan menteri besar Perak baharu.

Sudah tentu fokus adalah sama ada semua lapan ADUN PPBM dan PAS akan menyokong calon UMNO jika diperkenan Istana sebagai menteri besar baharu.

Zahid diuar-uarkan akan mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Saarani Mohamad.

Muafakat Nasional atau MN ditubuhkan untuk meningkatkan kerjasama UMNO, PAS, dan PPBM supaya tiga parti Melayu itu tidak bersaing sesama mereka dan memastikan pertandingan dua penjuru menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, hubungan PPBM dan UMNO dilihat begitu rapuh ketika ini, manakala PAS tersepit antara dua ‘sahabatnya’ tetapi dilihat lebih cenderung kepada PPBM.

Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa, Dewan Tertinggi BN dan Jawatankuasa Perunding MN masing-masing dijadualkan bermesyuarat hari ini dan esok.

Berdasarkan kenyataan tegas PPBM yang tersurat dan tersirat terhadap Umno malam tadi, serta pendirian PAS tidak mahu menyertai kerajaan baharu Perak, masa depan MN yang dianggotai tiga parti itu penuh persoalan yang mendebarkan ahli dan penyokong mereka.-FMT

Hubungan antara kaum lebih kukuh jika UMNO-PH bekerjasama

 

Baldip Singh

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyifatkan kerjasama yang mungkin terbentuk antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) akan mengubah landskap politik di negara ini.

Naib Pengerusinya, Baldip Singh berkata, jalinan hubungan antara UMNO dan DAP yang berada dalam gabungan PH akan turut memecahkan benteng persepsi perkauman selama ini.

Menurutnya, ia juga akan mengukuhkan hubungan antara kaum di negara ini yang perlu diakui selama ini terhalang oleh parti politik.

"Percampuran parti DAP dan UMNO ini bermakna pecahlah segala permusuhan antara dua kaum utama di Malaysia yang selalu dilaga-lagakan bagi mencapai agenda sendiri bagi parti masing-masing.

"Pembentukan kerajaan campuran bersama kedua-dua parti itu juga menjadikan kerajaan Perak sangat kukuh, sekali gus mengelak usaha-usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar," katanya kepada Sinar Harian.

 Baldip berkata, pembentukan kerajaan bersama itu juga akan menjadikan pentadbiran lebih stabil berbanding kerajaan dengan majoriti mudah.

Beliau berkata, kerajaan Perak sebelum ini beberapa kali tumbang akibat majoriti rapuh disebabkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menggadaikan prinsip mereka dengan melompat parti.

Menurutnya, pertukaran kerajaan dalam masa singkat menyebabkan perancangan untuk membangunkan negeri terbantut.

"Ramuan kerajaan campuran ini perlu diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak termasuk rakyat demi kebaikan bersama dan kemajuan negeri," katanya.

-SH Online

Isnin, 7 Disember 2020

Komen Azam Abd Rahman berkaitan politik Perak sekarang


Ada kawan tanya pandangan saya politik semasa negeri Perak. Saya cuba mengelak tetapi saya terus didesak. Baiklah, ini pandangan peribadi yang saya setujui:

PRU-12 UMNO menang 28 kerusi PAS 6 kerusi. Masa tu UMNO mula cari PAS sebelum ini UMNO mana ada nak cakap pasal Melayu Islam dan kesatuan Umah. UMNO buat  perundingan untuk bolehkan UMNO kekal kuasa tubuhkan kerajaan kononnya 100 peratus Melayu dengan 34 kerusi.  Ini janji manis kepada PAS. Tapi ada geng PAS  (kini AMANAH) berpendirian “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan Islam yang zalim” (ini padangan politik syiah). Mereka memilih untuk bersama DAP tubuh kerajaan tapi hanya bertahan 11 bulan dan geng AMANAH sampai hari ini jadi Barua DAP. Yang saya pelik kini UMNO pun nak ikut jadi barua DAP juga.

PRU-13 UMNO menang 27 kerusi, paling banyak tetapi tidak dapat menubuhkan kerajaan. Sekali lagi UMNO cari PAS kerana PAS boleh diperkudakan. PAS menang tiga kerusi sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu Islam bersama UMNO. Macam biasa bila tersempit UMNO akan cari PAS dan cakap pasal kesatuan UMah demi Melayu.

Selepas perundingan kononnya ada puak UMNO sebar 3 ADUN PAS tandatangani Akuan Bersumpah (SD) bersama menubuhkan kerajaan. Tapi, selepas itu PAS buat kejutan dengan menarik diri daripada rundingan kerana PAS kekal dengan PH dan tak nak khianati PH.

Cerita tokok tambah kononnya PAS tanda tangan SD 2 jam kemudian membatalkan adalah karangan untuk membodohkan ahli UMNO supaya UMNO percaya kepada pemimpin korupsi mereka.  PAS sokong Pakatan Harapan dan dilantik MB Perak dikalangan PAS walaupun PH yang didominasi DAP menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 22 bulan setelah UMNO cuba beli ADUN.

Pada Mac 2020, setelah kerajaan PH jatuh, UMNO dan PAS yang bergabung atas nama Muafakat Nasional telah bersetuju menamakan ADUN mana yang bilangan kerusi lebih sebagai Menteri Besar pada PRU-15 nanti.

UMNO bersama PAS setuju untuk terima BERSATU bagi membolehkan PN mengambil alih kerajaan Perak daripada PH.  UMNO telah tanda tangan perjanjian ini dan bersetuju MB Perak dikalangan PPBM kerana dia sanggup tinggalkan MB dengan PH untuk bersama PN/

Kali ini, UMNO cuba dikhianati perjanjian penubuhan kerajaan PN di Perak.

Ada golongan tamak haloba dalam UMNO mengambil usaha menukar Menteri Besar dilakukan, UMNO membelakangi MN mereka tak maklum dan bincang dengan PAS sedangkan dalam MN mereka berjanji untuk bersama dengan PAS dalam apa keadaaan, kononnya sehidup semati demi MN. UMNO memang 'kencing' macam PH juga.

PAS menjadi parti pertama mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak akan menyertai UMNO menubuhkan kerajaan baharu kerana UMNO langgar penjanjian. PAS menunjukkan prinsip tegas bersama MN dan teguhkan PN.

Ternyata di Perak, UMNO adalah pengkhianat sebenar terhadap penubuhan kerajaan Melayu Islam. Merekalah belati yang menikam rakan dari belakang. Sejarah menunjukkan UMNO  khianati PAS sejak tahun 1973 penubuhan perikatan dengan PAS. Sejarah mengungkap UMNO hanya perlu PAS bila tersempit, tapi tak pernah bincang tentang kesatuan Melayu bila UMNO ada kuasa.

Untuk rekod apabila UMNO rasa tertekan dengan isu Perak, mereka mula mengarang karangan panjang tentang kesalahan Peja menjual tanah. Kenapa sebelum ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PN atau pun MN?

Pada pemahaman saya maksudnya lebih kurang begini, UMNO bagi alasan yang suci murni atau 'innocent' untuk 'menghalalkan' perbuatan UMNO di Perak.

Masa UMNO bertindak ia atas sebab lain, tapi bila nampak macam ia memberi kesan buruk, atau kalau dalam mahkamah ia boleh menjerumus kepada keputusan bersalah, maka UMNO mencipta alasan baharu yang bertujuan menyucikan tindakan UMNO di Perak dengan menyalahkan PAS dan PPBM.

Feqah politik UMNO adalah menghalakan cara. Mana perjuangan Islam UMNO? Mana penyatuan ummah yang UMNO laungkan bersama PAS?

Azam Abd Rahman


-mindarakyat

Ahad, 6 Disember 2020

Annuar: 'Kita keliru siapa teman, siapa lawan'

 


"Sebahagian dari kita keliru siapa teman, siapa lawan, siapa (kafir) zimmi siapa harbi, siapa sejati, siapa munafik, yang mana kepentingan nasional, yang mana agenda personal," kata Setiausaha Agung BN, Annuar Musa.

Mengulas lanjut, Annuar berkata usaha menyatukan Melayu adalah satu pemikiran di luar kotak dengan mengerahkan seluruh kekuatan pemikiran politik, sebelum menjayakannya.

"Usaha penyatuan Melayu dan Muafakat Nasional (MN) adalah satu pemikiran luar kotak yg telah mengerah seluruh kekuatan pemikiran politik,sebelum menjayakannya.

"Sementara keputusan MN bersetuju membentuk Perikatan Nasional (PN) juga melalui proses yang sama. Kedua-duanya telah membuahkan hasil yang bukan kecil buat orang Melayu,umat islam dan negara keseluruhannya.

"Kita tahu pihak musuh telah mengerah seluruh kekuatannya dari dalam dan luar untuk gagalkan permuafakatan ini. Jarum halus mencucuk sana sini termasuk di alam maya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Meskipun tidak menyentuh tentang krisis kerajaan Perak, tulisan Annuar dipercayai merujuk kepada kemelut politik semasa yang melanda negeri itu.

Hubungan Umno dengan rakan sekutunya dalam PN dan MN ketika ini goyang apabila Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu tewas dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lalu.

Sejurus selepas itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengumumkan yang parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baru Perak.

Sementara itu, Annuar berkata situasi politik kini adalah usaha pihak lawan untuk melemahkan penyatuan yang terbina sebelum ini.

"Kini mereka menghidu kejayaan menjelang PRU15...

"Insya- Allah akan bangkit satu saf yang menegakkan perjuangan dan kebenaran. Dasar parti dan piagam permuafakatan perlu dipertahankan," katanya.

Annuar sebelum ini turut berhadapan sasaran kritikan rakan partinya, malah ada yang menuduhnya sudah menjadi 'jurucakap Bersatu' di dalam Umno.

Antaranya Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa akar umbi Umno sebenarnya 'sudah muak' dengan Annuar Musa.

Kata Nur Jazlan, tindakan pengurusan Umno melantik Ahmad Maslan sebagai setiausaha agung Umno untuk menggantikan Annuar, baginya merupakan satu isyarat penolakan pemimpin dan ahli Umno terhadap Annuar.

Kenyataan setiausaha agung Umno itu juga sering kali dipertikai di dalam partinya sendiri. Misalnya, apabila Annuar memaklumkan PAS bertegas supaya Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi kemudian mengatakan kenyataan itu sebagai "tidak tepat."

Terdahulu, Annuar memaklumkan Umno tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.

Sabtu, 5 Disember 2020

Tiada kejutan jika UMNO bersekongkol dengan DAP di Perak - Srikandi Muda

 


KUALA LUMPUR:
 Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkejut sekiranya UMNO sanggup bersekongkol dengan DAP demi kuasa dalam kemelut politik di Perak.

Pengerusinya, Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor berkata, ia sifat parti itu yang tidak mampu diubah walaupun ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lepas.

"Kita menzahirkan rasa kesal ke atas apa yang berlaku di negeri Perak. Ia membuktikan bahawa parti-parti yang dianggap rakan seperjuangan untuk memartabatkan orang Melayu di negeri Perak telah berpaling tadah dan memberi ruang kepada kerajaan bukan Melayu untuk berkuasa.

"Ia juga menggambarkan kerakusan kuasa oleh kumpulan mereka yang tamak haloba," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, ADUN Chenderiang yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya di Sidang Dewan Undangan Negeri pagi Jumaat dengan 48 menolak manakala 10 lagi ADUN menyokong dan satu undi berkecuali.

Dalam pada itu, Ema Syuhaili berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa undi percaya hanya untuk menukar Menteri Besar Perak adalah tidak relevan sama sekali.

"Hal ini kerana Perkara 16 (6) Undang Tubuh Negeri Perak (dan Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan) memperuntukkan; apabila Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti Dewan, dia hendaklah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar (atau menasihatkan untuk bubar Dewan).
"Apabila Menteri Besar telah meletakkan jawatan, maka Kabinet atau Exco secara automatiknya akan terbubar dengan sendiri.

"Maka, kerajaan yang didominasi Melayu untuk membela orang Melayu di Perak telah runtuh sama sekali oleh perbuatan 'tangan-tangan UMNO' yang terlalu ghairah untuk berkuasa." tegasnya.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa parti politik di negeri Perak untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawab Sultan Nazrin untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

-mindarakyat

Tumbangnya MB Perak amaran daripada Umno, kata penganalisis

 

Penganalisis berkata, jatuhnya Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semalam mungkin merupakan cara Umno menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap PPBM.

PETALING JAYA: Tumbangnya Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak mungkin bermakna Umno memberi amaran kepada perdana menteri, kata seorang penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ia mungkin merupakan cara Umno menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap PPBM dan parti itu tidak seharusnya memandang ringan perkembangan tersebut.

“Peringkat pertama Belanjawan 2021 mungkin telah diluluskan di Dewan Rakyat, tetapi Umno mungkin ada cara lain untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Umno masih boleh bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan perdana menteri melalui akuan bersumpah.
Awang Azman Pawi.
Langkah itu katanya, juga merupakan mesej kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun supaya membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

“Mereka mahu menegaskan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membenarkan usul percaya terhadap menteri besar, maka kenapa pula perkara sama tidak dibenarkan di Dewan Rakyat,” katanya.
Sivamurugan Pandian.
Sementara itu Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia juga berkata, PPBM perlu memperkuatkan hubungannya dengan Umno.

“Faizal mungkin kalah kerana perbalahan dalaman, bukannya disebabkan oleh pembangkang,” katanya, merujuk kepada Faizal yang tewas di DUN selepas 48 ahli dewan mengundi menolak usul undi percaya kepadanya semalam.

10 undi menyokong Faizal sementara satu undi rosak.

Usul itu dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru Abdul Manaf Hashim yang mewakili Umno.
Azmi Hassan.
Namun bekas pensyarah Azmi Hassan berkata, kemelut di Perak tidak mencerminkan rasa tidak puas hati Umno terhadap PPBM di peringkat nasional.

“Semasa 22 bulan pemerintahan di bawah Pakatan Harapan (PH) pun, menteri besar itu berdepan masalah dengan PH,” kata Azmi, selain menambah bahawa ini mungkin disebabkan stail kepimpinan Faizal tidak serasi dengan orang lain.

“Beliau mungkin dilihat cenderung mencetuskan pecah belah untuk kekal berkuasa dan keadaan itu tidak boleh diterima orang lain,” katanya.

Azmi menasihati Muhyiddin sebagai presiden PPBM supaya melantik pemimpin yang lebih baik untuk memperkuatkan partinya.-FMT

Setelah khianat PN Perak, kini Umno ‘pujuk’ PAS, minta terus bersama di Perak

 

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, mahukan PAS dan PPBM terus bersama Umno menerajui Perak setelah Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terpaksa berundur sebagai menteri besar.

Ahmad berkata walaupun Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, terpaksa meletak jawatan, barisan exco kerajaan negeri harus dikekalkan bawah pimpinan menteri besar baharu.

“Umno juga berpendirian bahawa PPBM dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak,” katanya.

Ahmad berkata demikian setelah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menegaskan parti itu tidak akan menyertai kerajaan negeri baharu yang bakal ditubuhkan.

Jelas Ahmad, usul undi percaya di DUN Perak hanya melibatkan jawatan menteri besar dan tidak mengubah status kerajaan negeri pimpinan PN bawah teraju bersama Umno, PPBM dan PAS.

Sejumlah 24 daripada 25 ADUN Umno menolak Faizal dalam undi percaya belah bahagi manakala semua tiga Adun PAS menyokong beliau.

Dengan jumlah Adun paling ramai dalam DUN, kerajaan baharu Perak dijangka dipimpin oleh Umno.

-ibnuhasyim

Jumaat, 4 Disember 2020

PPBM kesal dengan situasi di Perak, akan buat keputusan samada tinggalkan UMNO


PETALING JAYA: PPBM kesal atas tindakan ADUN Umno yang tidak menyokong usul percaya terhadap Ahmad Faizal Azumu, sekaligus memaksa timbalan presiden parti itu berundur sebagai menteri besar Perak.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, paihaknya mengambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti terhadap Faizal ditolak oleh Umno dan Pakatan Harapan.

“PPBM sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“PPBM akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama PAS dan teman-teman parti anggota PN yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hamzah, hanya seorang daripada 25 Adun Umno yang menyokong usul percaya kepimpinan Faizal itu. Kesemua tiga Adun PAS turut memberi sokongan kepada beliau.

Turut menyokong Faizal adalah 2 Adun Bebas dan 4 Adun PPBM.

“Biro politik PPBM dalam mesyuaratnya petang ini menzahirkan rasa amat kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini,” kata Hamzah.

 Pentadbiran Faizal tumbang selepas beliau hilang sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, apabila usul undi percaya dibentangkan untuk undian belah bahagi pagi tadi.


Sebanyak 48 ADUN tidak menyokong berbanding 10 yang menyokong dan 1 undi rosak.

-tuncarlos.com

Ahmad Faizal Azumu gagal dapat sokongan undi percaya sidang DUN Perak

 

Ahmad Faizal Azumu
 

Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar. 

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri untuk menyokongnya.

Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.

"I miss you guys sometimes actually, seriously (Sebenarnya kadang-kadang saya rindukan kamu semua, betul," katanya.

Dia dijadual membentangkan belanjawan negeri pada hari ini. Bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku tadi, ia terpaksa ditunda kepada Rabu depan.

Tempoh itu perlu bagi membolehkan speaker dan Ahmad Faizal mengadap Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum apa yang berlaku dalam DUN hari ini.

Ahmad Faizal juga menjanjikan peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan secara lancar.

"Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda," katanya.

Mohamad Zahir kemudian menangguhkan sidang DUN Perak sehingga ke jam 2 petang pada 9 Dis ini.-mKini