"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Langkawi. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2024

𝗙𝗲𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮

 𝗙𝗲𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮


(Gambar bot Pulau Pandan daripada group Kangar Dalam Kenangan)

Perkhidmatan feri menggunakan bot berinjin motor yang pertama di antara Kuala Perlis dan Langkawi dimulakan oleh Tauke Un Chui.

Bot yang berbentuk seperti Feri Pulau Pandan dalam gambar di bawah digunakan. (Perkhidmatan Bot Pulau Pandan ini dalam tahun 1970an)

Tauke Un Chui menggunakan 2 buah bot tetapi hanya sebuah sahaja bot yg digunakan untuk perkhidmatan ini. Sebuah lagi bot dijadikan  bot gantian jika berlaku kerosakan pada bot utama.

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi pada masa itu mengambil masa lebih kurang 7 jam. Bot bertolak pada pukul 10 pagi dari Kuala Perlis dan akan tiba dalam pukul 5 petang di Langkawi. Keesokannya pula bot ini akan bertolak dari Langkawi pada pukul 10 pagi dan tiba di Kuala Perlis pada jam 5 petang. Jadi perkhidmatan feri Kuala Perlis dan Langkawi ini berselang sehari kerana menggunakan bot yang sama.

Dikatakan bahawa jeti feri di Langkawi ketika itu terletak di sekitar muara sungai berhampiran dengan kawasan Bukit Malut. Penumpang-penumpang yang turun akan meniti di atas titi kayu berlantai papan yg berselang lubang untuk ke daratan.

Kredit : Kim Ai

Isnin, 27 Jun 2022

Video:Ikan paus muncul di Langkawi

 

Langkawi: Tiga ekor ikan paus sedang makan ditemukan sekumpulan individu yang menaiki bot di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di sini, semalam.

Video berdurasi 1 minit dan 16 saat yang memaparkan penemuan mamalia laut itu di muat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @madylangkawi sebelum tular.

Selain menerusi aplikasi TikTok, video itu kemudian dikongsi pengguna internet dalam pelbagai media sosial lain termasuk Facebook dan Twitter.

Sehingga jam 7.30 malam ini, video yang dimuat naik Mady dalam aplikasi TikTok itu ditonton lebih 257,000 dan mendapat 20,700 tanda suka.

Suara latar dalam video itu menyebut, "Alhamdulillah jumpa lagi hari ni, kerja survey paus Langkawi."

TANGKAP layar dari video tular memaparkan tiga paus sedang makan di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di Langkawi. FOTO TiKTok madylangkawi
TANGKAP layar dari video tular memaparkan tiga paus sedang makan di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di Langkawi. FOTO TiKTok madylangkawi
Tinjauan di ruangan komen mendapati, Mady membalas pertanyaan netizen sambil memberitahu ikan paus yang dipaparkan dalam video itu sedang makan.

Beberapa pengguna Tiktok lain turut meluahkan rasa kagum dan teruja dengan penemuan ikan paus terbabit.

"Rezeki boss.. indahnya ciptaanNya," kata A'mmar Kibo.

"Wow...susah jumpa ni di perairan Malaysia," kata Syahmee Asmaa'.

"Wahhh.. Tak payah pergi oversea nak tengok paus... Dalam Malaysia pun ada rupanya.. Rezeki," kata Suriana Azri.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Daerah Langkawi, Azahar Ahmad, ketika dihubungi mengakui ikan paus sering ditemui di perairan pulau ini.

"Memang ikan ini (paus) lalu di perairan Langkawi tapi ia bermusim," katanya.

-myMetro

Rabu, 20 April 2022

Kembalikan nama asal lokasi bersejarah di Langkawi

 Peta menunjukkan nama Pulau Singa Besar, Selat Tyson dan Selat Bass di Langkawi, yang nama asalnya adalah Pulau Lada, Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah sebelum ditukar namanya oleh pentadbiran lalu.

Peta menunjukkan nama Pulau Singa Besar, Selat Tyson dan Selat Bass di Langkawi, yang nama asalnya adalah Pulau Lada, Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah sebelum ditukar namanya oleh pentadbiran lalu.

Alor Setar: Kerajaan negeri dan pihak berkaitan disaran kembali menggunakan nama beberapa lokasi bersejarah di Langkawi yang ditukar suatu ketika dahulu kepada nama asalnya demi memastikan warisan sejarah kawasan berkenaan terus dipelihara.

Aktivis sejarah, Mohd Herman Roslan berkata, nama tiga lokasi bersejarah yang didapati berlainan daripada rekod lama adalah Pulau Singa Besar yang dahulu dikenali sebagai Pulau Lada, Selat Tyson (Selat Dayang Bunting) dan Selat Bass (Selat Kuah).

Jelasnya, catatan seorang pegawai tentera Portugis bernama Barbosa pada 1516 menunjukkan Pulau Lada dan Pulau Langkawi pernah menjadi pusat penghasilan lada hitam terbesar di alam Melayu sehingga rempah-ratus itu turut dijual ke China.

"Malah Francis Light dalam catatannya pada 1786 merujuk Pulau Lada atau 'The Great Lada' sebagai kawasan didiami orang Melayu yang menjalankan aktiviti maritim, selain ia turut pernah menjadi pusat tentera laut Kedah ketika tempoh Perang Musuh Bisik antara 1821-1842.

"Kali terakhir Pulau Lada dicatatkan adalah pada surat permohonan lesen membalak pihak Inggeris kepada Pejabat Sultan Kedah pada 1940, namun surat sama yang dihantar kepada 'Kedah Forestry' mendapati rekod itu menukar nama Pulau Lada kepada Pulau Singa.

"Sejak itu versi Inggeris terpakai sehingga hari ini, sedangkan berdasarkan fakta sejarah, sepatutnya nama Pulau Lada perlu dikekalkan dan bukannya mengikut nama yang diberikan penjajah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pulau Singa atau kini dikenali sebagai Pulau Singa Besar tidak lagi didiami penduduk, sebaliknya kawasan itu kini menjadi hutan simpan selain dijadikan antara lokasi tarikan pelancong melihat habitat burung helang.

Mengulas lanjut, Mohd Herman yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) berkata, semakan pihaknya turut mendapati nama Selat Tyson dan Selat Bass mula digunakan secara meluas termasuk dalam aktiviti pelayaran selepas 1980.

Nama Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah masih terdapat di dalam peta topografi dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 1980, namun selepas itu ia ditukar kepada 'Tyson Straits' dan 'Bass Straits' tanpa diketahui punca ia berlaku.

"Sepatutnya nama lokasi bersejarah ini dikekalkan mengikut nama asal yang digunakan masyarakat terdahulu kerana kawasan ini menyimpan dan mempunyai lipatan sejarah panjang yang wajar dipertahankan," katanya.

Berikutan itu, beliau berharap kerajaan negeri atau jabatan berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi mengembalikan nama asal lokasi terbabit kerana tindakan menukar nama hanya menyebabkan sejarah sebenar hilang dan tidak diingati generasi muda.

-myMetro

Ahad, 25 Julai 2021

BUKIT MALUT, LANGKAWI - PENEMPATAN WARGA ASING MYANMAR YANG MISTERI?

 BUKIT MALUT - PENEMPATAN WARGA ASING MYANMAR YANG MISTERI? MARI VIRALKAN

800 rumah setinggan, 5000 -8000 warga asing. Ceroboh dan kuasai tanah dan perkuburan penduduk tempatan. Lokasi paling hitam di Langkawi dengan kes jenayah dan dadah yang semakin meningkat?

1. Penghuninya menceroboh tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah

2. Lokasi paling hitam di pulau peranginan ini, berikutan laporan kes jenayah serta berkaitan dadah yang kerap berlaku?

3. 800 kediaman dibina di kawasan itu dengan jumlah penghuninya dianggarkan di antara 5,000 hingga 8,000 orang menetap secara kekal

4. Penghuninya kurang bercampur dengan orang tempatan. Hampir separuh penghuni penempatan yang mendakwa berketurunan Melayu Burma di situ, dikatakan memiliki dokumen pengenalan diri?, MyKad, membolehkan mereka menjadi pengundi berdaftar.

5. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaluddin, ketika dihubungi BH, mengakui pihaknya tidak mempunyai kuasa ke atas penduduk Bukit Malut, sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN). (sumber Berita Harian)

“Ini kerana ramai dalam kalangan penduduk kawasan itu memegang kad Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Saya tidak boleh komen lanjut isu ini kerana bukan bidang kuasa JIM, cuma untuk makluman mereka tidak ada kena mengena dengan etnik Rohingya,” BH

6. Atas faktor keselamatan keluarga dan diri, selama ini kebanyakan penduduk Langkawi hanya mendiamkan isu itu, selain mendakwa penghuni Bukit Malut dilindungi pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh politik. (sumber Berita Harian)

7. Penduduk Kampung Bayas, Ulu Melaka, yang mahu dikenali sebagai Khairul, 50-an, mendakwa penempatan Bukit Malut mendapat ‘perlindungan’ sehingga ada dalam kalangan penghuninya berdaftar sebagai pengundi. (sumber Berita Harian)

8. Komander NTF mengesahkan setiap PATI yang berjaya merentas sempadan negara. Tekong atau Anggota Penguatkuasa menerima bayaran sehingga RM 15,000 bagi sempadan laut dan RM 800 untuk sempadan darat.

9. Titik Panas pendaratan PATI  Semananjung Tanah Melayu adalah di Utara Pulau Langkawi, Selatan Kuala Selangor dan Tanjung Piai.

10. NTF mengesahkan kekurangan aset pemantau seperti Bot Pemintas dan kelengkapan ISR seperti UAV dan kawalan radar adalah punca pencerobohan berlaku disebabkan kecuaian manusia pasti berlaku.

Bukit Malut ini ada Jerung Besar ke

Tanya je

MMP

SUMBER

TERPAKSA MEMBISU DEMI KESELAMATAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577145/terpaksa-membisu-demi-keselamatan

MISTERI BUKIT MALUT

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577141/misteri-bukit-malut

"If Mahathir had not come out of BN and formed Parti Pribumi Bersatu Malaysia, we would still be supporting BN but now we have an option to change. A lot of us will give our votes to him," Zakaria Mani, 28, said he came to Bukit Malut from Myanmar seven years ago

https://www.theedgemarkets.com/article/mahathirs-visit-gives-bukit-malut-villagers-hope

gambar sebenar bukit Malut dari

https://deenamik.com/blog/2019/03/tenggelamnya-bukit-malut-ditimbuni-lautan-sampah/