"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Bekalan Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bekalan Air. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2022

Ban pecah, 75,000 berdepan gangguan air di Kedah

 

Syarikat Air Darul Aman (Sada) memaklumkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja kecemasan berhubung insiden tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.

ALOR SETAR: Kira-Kira 75,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dan Pokok Sena berdepan gangguan bekalan air berikutan insiden ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan terusan tengah pecah di Pokok Sena dekat sini tengah hari tadi.

Menerusi akaun Facebooknya, Sada memaklumkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja kecemasan berhubung insiden tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.

Menurut SADA, sebanyak 60,000 akaun dianggarkan terjejas di daerah Kota Setar mulai 4.15 petang dan 15,000 akaun di kawasan Pokok Sena mulai 4.45 petang.

Di Kota Setar, antara kawasan terjejas ialah seluruh Pekan Langgar, sepanjang Jalan Langgar ke Bandar Alor Setar, Pekan Kepala Batas, sepanjang Jalan Gunung, Jalan Sungai Baru dan Jalan Pantai Johor ke Simpang Empat.

Istana Negeri Kedah, kediaman menteri besar, Hospital Sultanah Bahiyah, Penjara Alor Setar, Hospital Lama Alor Setar, Kompleks Bangunan Kerajaan Anak Bukit dan Wisma Darul Aman pula merupakan antara premis dijangka mengalami gangguan bekalan air.

SADA memaklumkan gangguan bekalan air itu dijangka berterusan sehingga kadar aliran dan paras air sungai kembali normal.

Sementara itu, Pengerusi Mada Ahmad Tarmizi Sulaiman dalam kenyataan memaklumkan insiden runtuhan ban kanan Terusan Tengah berlaku di struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas Mada pada 12.15 tengah hari.

Beliau berkata, insiden itu disebabkan hujan lebat semalam di kawasan terbabit yang menyebabkan aliran sungai tidak terkawal dan berlaku peningkatan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap.

Hujan ini menyebabkan kenaikan paras air iaitu melebihi paras limpah di Alor Limpah Lengkuas Sifon pada 8.01m menyebabkan kegagalan struktur alur limpah di Sifon Lengkuas. Kejadian ini dijangka memberi kesan kepada penggunaan bekalan air terawat penduduk sekitar,” katanya.

Tarmizi juga berkata Mada dan Sada telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja pembinaan sekatan sementara di Sungai Bukit Pinang bagi mengawal paras air di Terusan Tengah supaya operasi LRA Sada tidak terjejas.

Katanya, kerja pembaikan ban sementara akan dijalankan malam ini oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak Mada.-FMT