"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label A Kadir Jasin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A Kadir Jasin. Papar semua catatan

Ahad, 4 Disember 2022

Prospek kuasa eksekutif Anwar mengerikan, kata Kadir Jasin

 

Tokoh wartawan veteran A Kadir Jasin berpandangan Anwar Ibrahim yang kini merupakan perdana menteri dan menteri kewangan mempunyai kuasa eksekutif yang besar dan merupakan satu propek yang ngeri.

Mengulas mengenai pembentukan kerajaan, Kadir menyorot bahawa Anwar sendiri menjustifikasikan pelantikan ahli parlimen yang mempunyai kes mahkamah menggunakan alasan "innocent until proven guilty" (tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya).

"Kebimbangan kita adalah hujah itu akan menjadi ‘self-fulfilling prophesy’. Ertinya, orang yang menggunakan hujah itu mungkin mahu pendapatnya itu menjadi kenyataan.

"Dan sebagai perdana menteri, Anwar mempunyai kuasa eksekutif yang cukup besar untuk menjadikan apa yang dia mahu jadi, terjadi. Satu prospek yang ngeri," katanya dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.

Tulisan itu dilihat sebagai mengulas pelantikan jemaah menteri kerajaan pimpinan Anwar yang antara lain melantik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan pelantikan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industeri meskipun tewas pada PRU ke-15.

Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Anwar juga sebelum ini berulang kali mengkritik Najib Razak kerana memegang portfolio kewangan di kementerian ketika menjadi perdana menteri.

Sementara itu Kadir berkata, kerajaan apa pun yang diterajui Anwar, ciri-ciri yang baik hendaklah diutamakan.

Tegasnya kerajaan perpaduan tidak bermaksud angkat muat, tidak kira permata atau kaca, yang berakhlak atau tidak.

"Yang kalah dilantik menteri. Yang menang diketepikan. Ketidakadilan boleh meleraikan muhibah dan perpaduan.

"Kerajaan perpaduan, kerajaan campuran atau apa-apa pun nama yang diberikan, bukan saja harus memuaskan hati perdana menteri, menteri-menteri dan para penyokong mereka tetapi wajib ada integriti," jelasnya.

Lebih daripada itu kata Kadir, kerajaan harus memuaskan hati atau, sekurang-kurangnya menenangkan perasaan 14.82 juta rakyat jelata yang keluar mengundi.

"Malangnya, atas alasan kerajaan perpaduan, pelantikan kontroversial yang dulu dielakkan oleh kerajaan Pengerusi Perikatan Nasional) Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri Yaakob dilakukan," katanya.

-Ibnu Hasyim 

Sabtu, 14 November 2020

Jangan potong gaji menteri 10% tapi 30% - A Kadir Jasin

 Jangan potong gaji menteri 10% tapi 30%

Jangan potong gaji menteri 10% tapi 30%

A. Kadir Jasin

  1. Seandainyalah Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) hendak tunjuk keprihatinan dan simpati kepada rakyat jelata dalam masa krisis Covid-19 ini, tak payahlah potong gaji sampai 30% macam ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, cadangkan.
  2. Potong 20% macam kerajaan negara kafir New Zealand buat pun dah cukup baik. Busuk-busuk pun buat macam kerajaan Pakatan Harapan (PH). Sebaik saja ambil alih pemerintahan pada bulan Mei 2018, kerajaan PH potong gaji Jemaah Menteri sebanyak 10% dan kurangkan bilangan Menteri. Masa itu Covid-19 belum ada lagi.
  3. Tak guna cakap pasal prihatin rakyat atau laungkan slogan demi agama, bangsa dan negara kalau nak berkorban sikit pun liat.
  4. Betul, kalau potong 30% pun Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin, dan Menteri-menterinya serta ahli keluarga mereka tidak akan kebuluran.
  5. Ikut butiran perisytiharan harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), pendapatan bulanan Muhyiddin RM 104,841.65. Potong 30% iaitu RM 31,452.49 masih tinggal RM 73,389.15. Itu belum kira aset yang dia isytihar antara RM 10 juta dan RM 15 juta.
  6. Menteri merangkap ahli Parlimen dapat gaji dalam RM 55,000 sebulan. Potong 30% atau RM 16,500, masih ada RM 38,500.
  7. Dalam satu tampalan media sosial pada 11 Mac lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dedahkan yang Menteri juga dibayar elaun bercutian RM 70,000 setahun dan elaun makan dan minum RM 180 sehari. Kalau pindah rumah dapat RM 10,000 dan belanja sekali beli pinggan mangkuk RM 42,000. Ditakdirkan kena berhenti, dibayar saguhati RM 150,000. Ini semua duit cukai rakyat jelata miskin dan kaya.
  8. Negara kafir macam New Zealand mereka tak ada slogan demi agama, bangsa dan negara tapi kerajaan mereka tak rasuah dan tak boros. Politikus Melayu-Islam Malaysia tak sah kalau tak laung slogan “Demi agama, bangsa dan negara.”
  9. Jadi tidak hairanlah kalau New Zealand duduk tempat nombor satu dalam Indeks KeIslaman (Islamicity Index) kerana mengamalkan ciri-ciri Islam dalam kehidupan sehariannya sedangkan kita yang mengaku negara Islam jatuh nombor 45. Malahan kalah dengan Singapura di tempat ke-28.
  10. Macam mana nak dapat pengiktirafan kalau mandat rakyat jelata dikhianati dan beza gaji Perdana Menteri dengan pendapatan purata rakyat jelata sangat besar berbanding negara-negara maju. Pendapatan Muhyiddin adalah 13 kali ganda pendapatan purata isi rumah Malaysia pada tahun 2019.
  11. Bukan itu saja. Apabila PN rampas kuasa dan tubuh Kabinet raksasa dengan 32 Menteri dan 37 Timbalan Menteri, rakyat jelata kena tanggung perbelanjaan tambahan RM 7.18 bilion untuk penstrukturan semula Jemaah Menteri. Demikianlah borosnya kerajaan Melayu-Islam PN ini.