"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

Memaparkan catatan dengan label England. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label England. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2024

Final Euro 2024: Oyarzabal julang La Roja, England terus kemarau piala

 KETUA pasukan Sepanyol, Alvaro Morata memegang trofi Euro sambil diraikan rakan sepasukannya. FOTO AFP

KETUA pasukan Sepanyol, Alvaro Morata memegang trofi Euro sambil diraikan rakan sepasukannya. FOTO AFP

Berlin: Pemain gantian, Mikel Oyarzabal, menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk memberikan kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England dalam final Euro 2024 sebentar tadi.

Ia adalah rekod buat La Roja dengan muncul pasukan paling banyak menjuarai Euro iaitu sebanyak empat kali, manakala skuad bimbingan Gareth Southgate mengalami kekalahan dalam final kedua berturut-turut.

Oyarzabal melakukan kombinasi dengan Marc Cucurella dalam satu serangan balas pantas untuk gol kemenangan berkenaan, menjadikan Sepanyol juara selepas memenangi kesemua tujuh perlawanan yang mereka lalui sepanjang kejohanan ini.

Selepas separuh masa pertama yang sangat berhati-hati di mana Sepanyol menguasai penguasaan bola tetapi lawan mereka hanya mendapat satu percubaan tepat, Sepanyol memecah kebuntuan hanya dua minit selepas permainan disambung.

Bintang remaja Lamine Yamal mencipta ruang di sebelah kanan dan memberikan hantaran kepada Nico Williams, untuk menjaringkan gol ketika England ketinggalan untuk perlawanan keempat berturut-turut.

Sepanyol kemudian melancarkan serangan bertali arus ketika pertahanan England yang sebelum ini kebal mula goyah.

Southgate, bertindak dengan memasukkan Ollie Watkins, wira pemain gantian di separuh akhir, menggantikan Harry Kane yang kurang berkesan selepas sejam permainan, manakala Cole Palmer, pemain paling kreatif mereka dalam sebulan terakhir, turut dimasukkan 10 minit kemudian.

Langkah itu hampir membuahkan hasil apabila Jude Bellingham menghantar bola kepada Palmer, dan pemain gantian itu menyudahkan dengan rembatan rendah yang tepat dari jarak 20 meter pada minit ke-73.

Penyokong England yang jauh melebihi jumlah peminat Sepanyol, meletus dengan sorakan dan suasana pagi tadi berubah sepenuhnya.

Namun, Sepanyol berjaya mengharungi tekanan dan Oyarzabal, yang dimasukkan pada minit ke-68, berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Masih ada masa untuk lebih drama di hujung perlawanan apabila penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, menepis tandukan Declan Rice dari sepakan sudut dan Dani Olmo menyekat percubaan susulan Marc Guehi di garisan gol.

-myMetro 

Final Euro 2024:Sepanyol 2 England 1

 Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal (tengah) menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas England pada final Euro 2024 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERS

Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal (tengah) menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas England pada final Euro 2024 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERS

BERLIN: Sepanyol menjuarai kejohanan Euro 2024 selepas menundukkan England 2-1 pada perlawanan akhir di Olympiastadion di Berlin sebentar tadi.

Final

Di Berlin

Sepanyol 2 (Nico Williams 47, Mikel Oyarzabal 86) England 1 (Cole Palmer 73)

Pemain Sepanyol, Nico Williams (kiri) menjaringkan gol pembukaan pada final Euro 2024 menentang England di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERS
Pemain Sepanyol, Nico Williams (kiri) menjaringkan gol pembukaan pada final Euro 2024 menentang England di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERS

Pemain England, Cole Palmer (kanan) menjaringkan gol penyamaan menentang Sepanyol pada final Euro 2024 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERS
Pemain England, Cole Palmer (kanan) menjaringkan gol penyamaan menentang Sepanyol pada final Euro 2024 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERS

– AFP

Khamis, 11 Julai 2024

England temu Sepanyol final Euro 2024

 Pemain England meraikan kejayaan menundukkan Belanda 2-1 pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP

Pemain England meraikan kejayaan menundukkan Belanda 2-1 pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP

DORTMUND, Jerman: England mara ke final Euro 2024 selepas jaringan minit akhir oleh pemain gantian, Ollie Watkins membantu pasukan itu meraih kemenangan 2-1 ke atas Belanda di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan Sepanyol yang menewaskan Perancis juga dengan keputusan sama, awal pagi Isnin ini.

Belanda mendahului seawal minit ketujuh selepas Xavi Simons menghukum kesilapan Declan Rice yang hilang penguasaan bola menerusi percubaan jarak jauh.

Three Lions bangkit memberi tentangan namun sama seperti ketika berdepan Switzerland yang menyaksikan mereka memerlukan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir apabila Harry Kane dikasari oleh Denzel Dumfries.

Penyerang Bayern Munich itu menyempurnakan sepakan penalti kontroversi yang disifatkan Gary Neville sebagai 'memalukan' selepas semakan mengambil masa lama menerusi video bantuan pengadil (VAR) sebelum percubaan Phil Foden hampir meletakkan mereka di depan.

Ketika perlawanan seakan diheret ke masa tambahan, Watkins yang menggantikan Kane menyambut hantaran Cole Palmer sebelum menyudahkannya ke dalam gawang Belanda untuk gol kemenangan mereka. – AGENSI

Pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries menyelamatkan bola di atas garisan susulan percubaan pemain England, Phil Foden pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP

Penjaga gol England, Jordan Pickford gagal menyelamatkan percubaan Xavi Simons bagi gol pembukaan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP
Penjaga gol England, Jordan Pickford gagal menyelamatkan percubaan Xavi Simons bagi gol pembukaan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP

Penyerang England, Ollie Watkins (kiri) dan pertahanan Marc Guehi meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP
Penyerang England, Ollie Watkins (kiri) dan pertahanan Marc Guehi meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP

-BH Online 

Isnin, 8 Julai 2024

Euro 2024: Rasa kesal menyelubungi Akanji

 Reaksi pemain Switzerland, Manuel Akanji selepas sepakan penentuan penaltinya berjaya diselamatkan  penjaga gol England,  Jordan Pickford. Foto: REUTERS

Reaksi pemain Switzerland, Manuel Akanji selepas sepakan penentuan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol England, Jordan Pickford. Foto: REUTERS

DUSSELDORF (Jerman): Murat Yakin berkata Manuel Akanji merasakan jiwanya 'kosong' selepas gagal menyempurnakan sepakan penentuan penalti yang menyebabkan Switzerland tersingkir daripada kempen Euro 2024.

Switzerland tewas di tangan England menerusi penentuan penalti sekali gus meranapkan impian mereka untuk mara ke separuh akhir pertama mereka di kejohanan utama.

Switzerland tewas 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 dengan England dan sepakan pertama Switzerland diambil Akanji adalah satu-satunya yang tidak menembusi gawang dalam aksi berkenaan.

"Tidak ada kata-kata menggembirakan dapat membantunya, ada kekosongan dan kesedihan yang mendalam. Semua orang perlu berusaha untuk menempuhnya tetapi kami boleh berbangga dengan diri sendiri.

"Manu berkata dia mahu mengambil sepakan pertama, kamu memberikan pemain tanggungjawab dan kamu tidak boleh marah kepada pemain," kata Yakin.

Switzerland hampir melangkah mara ke pusingan empat terbaik apabila Breel Embolo meletakkan pasukan di hadapan pada baki 15 minit terakhir perlawanan.

Bukayo Saka selepas itu menyamakan kedudukan selang lima minit kemudian.

"Sudah tentu ia mengecewakan apabila kami sudah menunjukkan usaha dan meraih peluang.

"Saya sangat sedih bagi pihak pemain dan negara... selepas mempamerkan prestasi yang baik, kami terpaksa meninggalkan kejohanan.

"Kami sudah melihat cara kami bermain menentang pasukan besar, kami tidak perlu berselindung lagi.

"Kami memberikan saingan sengit kepada pasukan besar jadi kami tidak boleh terlalu merendah diri. Akan ada yang menang dan kalah... malangnya hari ini kami bukanlah pasukan yang menang," katanya. - AFP

Isnin, 12 Julai 2021

EURO2020: Itali juara kalahkan England melalui sepakan penalti

Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA
Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA

LONDON: Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi.

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

Keputusan:

Italy 1 (Bonucci 67) England 1 (Shaw 2)

*Itali menang 3-2 selepas sepakan penentuan

Senarai pemenang Euro:

2020: Itali

2016: Portugal

2012: Sepanyol

2008: Sepanyol

2004: Greece

2000: Perancis

1996: Jerman

1992: Denmark

1988: Belanda

1984: Perancis

1980: Jerman Barat

1976: Czechoslovakia

1972: Jerman Barat

1968: Itali

1964: Sepanyol

1960: Soviet Union

- AGENSI/AFP

EURO2020: Penyokong England bergasak di luar stadium sebelum final

 Penyokong England bergaduh sesama sendiri ketika menuju Stadium Wembley.

Penyokong England bergaduh sesama sendiri ketika menuju Stadium Wembley.

LONDON: Penyokong England didapati bergaduh sesama sendiri di Wembley Way hanya beberapa jam sebelum final Kejuaraan Eropah 2020 menentang Itali, pagi ini.

Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan itu, namun polis pantas menyuraikan keadaan.

Ribuan penyokong sudah pun berpusu-pusu ke Stadium Wembley dan suasana panas dapat disaksikan membabitkan satu kumpulan di luar Box Park yang berdekatan dengan venue final itu.

Beberapa penyokong Three Lions dilihat bertumbuk antara satu sama lain selain ada yang mencekak leher penyokong lain.

Difahamkan, keadaan kembali tenang susulan kehadiran polis di luar stadium itu.- Agensi

Khamis, 8 Julai 2021

Euro 2020:Siapalah yang 'bangang' suluh laser? [VIDEO]

 JELAS kelihatan cahaya berwarna hijau di muka Schmeichel ketika sepakan penalti diambil Kane. FOTO Agensi

JELAS kelihatan cahaya berwarna hijau di muka Schmeichel ketika sepakan penalti diambil Kane. FOTO Agensi

London: Kasper Schmeichel berjaya menyelamatkan sepakan penalti Harry Kane walaupun terdapat penyokong 'bodoh' menyuluh laser ke muka penjaga gol Denmark itu.

Menerusi ulang tayang jaringan yang terhasil daripada tindakan susulan Kane selepas sepakannya berjaya diselamatkan, jelas sekali kelihatan cahaya berwarna hijau diarahkan ke mata Schmeichel.

Bagaimanapun, Schmeichel tenang dan tidak mempedulikan tindakan berkenaan dan masih mampu menampan sepakan Kane, sebelum penyerang England itu melakukan tindakan susulan yang menghasilkan jaringan buat tuan rumah.

Suasana di Wembley sangat luar biasa namun tidak ada siapa yang mahu melihat insiden sedemikian dilakukan oleh penyokong.

Mereka sepatutnya tidak boleh melakukan tindakan sedemikian untuk mengganggu fokus pemain di atas padang.

-myMetro

Ahad, 4 Julai 2021

EURO2020: Pengalaman pemain bawa England ke separuh akhir

 Marcus Rashford (kanan) bersaing dengan pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko. - Foto EPA

PreviousNext

ROM: Harry Kane percaya pengalaman yang lebih baik dimiliki England di kejohanan besar membantu pasukan memperoleh kejayaan selepas meledak dua gol dalam perlawanan yang menyaksikan mereka membenam Ukraine 4-0 untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

Anak buah Gareth Southgate juga mempunyai sejarah mara ke pusingan empat terbaik di Piala Dunia 2018, namun tewas di tangan Croatia, 2-1.

Namun, Kane menjelaskan kejayaan pasukan Inggeris di kejohanan kelab teratas Eropah sejak tiga tahun lalu turut memainkan peranan bagi mengakhiri penantian 55 tahun untuk meraih kemenangan di kejohanan besar menjelang pertembungan separuh akhir dengan Denmark di Wembley, Rabu ini.

Harry Maguire (tengah) meraikan go kedua jaringannya. - Foto EPA

Harry Maguire (tengah) meraikan go kedua jaringannya. - Foto EPA

"Kami sudah bermain untuk kelab kami dalam perlawanan besar. Final Liga Juara-Juara, perebutan gelaran Liga Perdana. Tugas masih belum selesai, tetapi kami berada di landasan tepat," kata Kane.

"Kami meletakkan visi sebelum Piala Dunia di mana kami mahu menjadi sebuah pasukan.

"Piala Dunia adalah sesuatu yang hebat, tetapi kami gagal, kami meraih satu lagi separuh akhir di Liga Negara-Negara dan kami perlu terus bergerak dan itu adalah perkara yang perlu dilakukan pada Rabu."

Kane sebelum ini dikritik atas prestasinya dalam peringkat kumpulan selepas hanya mampu melakukan satu percubaan tepat.

Namun, penyerang Tottenham Hotspur itu kini sudah mempunyai tiga gol dalam dua perlawanan terbarunya selepas meledak dua gol di Rom.

Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko (kiri) diasak pemain England pada aksi suku akhir UEFA EURO 2020 di Rome. - Foto AFP
Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko (kiri) diasak pemain England pada aksi suku akhir UEFA EURO 2020 di Rome. - Foto AFP

"Banyak yang diperkatakan mengenai saya dan prestasi saya, tetapi fokus saya sentiasa terhadap perlawanan seterusnya bagi mengepalai pasukan ini menuju ke final," kata kapten England itu.

"Terdapat banyak tekanan ke atas kami. Sudah tentu kami adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, tetapi terdapat banyak tekanan dan harapan." - AFP

PEMINAT England meraikan kemenangan pasukan mereka pada penghujung perlawanan bola sepak suku akhir EURO 2020 antara England dan Ukraine, di hadapan Stadium Olimpik di Rom. Foto AFP
PEMINAT England meraikan kemenangan pasukan mereka pada penghujung perlawanan bola sepak suku akhir EURO 2020 antara England dan Ukraine, di hadapan Stadium Olimpik di Rom. Foto AFP

Pemain tengah Jordan Henderson (kanan) ledak gol keempat England. - Foto AFP
Pemain tengah Jordan Henderson (kanan) ledak gol keempat England. - Foto AFP

Sebahagian penyokong Ukraine yang menonton menerusi skrin besar di Kiev. - Foto AFP
Sebahagian penyokong Ukraine yang menonton menerusi skrin besar di Kiev. - Foto AFP
-BH Online

Rabu, 30 Jun 2021

EURO2020: Sterling, Kane wira England singkir Jerman ke suku akhir

 Penyerang England Raheem Sterling meraikan jaringan pembukaan ketika aksi 16 terakhir Euro 2020 menentang Jerman di Wembley. - Foto AFP

Penyerang England Raheem Sterling meraikan jaringan pembukaan ketika aksi 16 terakhir Euro 2020 menentang Jerman di Wembley. - Foto AFP

LONDON: England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley.

Kemasukan Jack Grealish menggantikan Bukayo Saka di pertengahan babak kedua ternyata memberi impak apabila pemain itu terbabit dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75.

Jerman mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya tersasar.

Penyerang England, Raheem Sterling (tengah) ledak pertama. - Foto AFP

Penyerang England, Raheem Sterling (tengah) ledak pertama. - Foto AFP

England memastikan kemenangan pada minit ke-86 menerusi Harry Kane yang meledak gol pertamanya di kejohanan kali ini.

Sterling pula meledak tiga gol dalam empat perlawanan di pentas Euro 2020 dan masih berpeluang untuk memburu Kasut Emas kejohanan.

England akan bertemu pemenang di antara Ukraine dan Sweden yang akan bertembung sebentar lagi. - AGENSI

Penyerang England, Harry Kane meledak gol kedua. - Foto AFP
Penyerang England, Harry Kane meledak gol kedua. - Foto AFP

Harry Kane meraikan gol jaringannya dihadapan penyokong. - Foto AFP
Harry Kane meraikan gol jaringannya dihadapan penyokong. - Foto AFP

Pemain England meraikan gol jaringan Raheem Sterling (kanan). - Foto AFP
Pemain England meraikan gol jaringan Raheem Sterling (kanan). - Foto AFP