"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Info Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kerajaan. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2024

Pertindihan cuti umum:Tiada cuti gantian automatik pada 17 September 2024

GAMBAR hiasan.

GAMBAR hiasan.

 Kuala Lumpur: Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 September depan walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia yang masing-masing pada 16 September.

Menurut pengumuman di laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

"Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu," menurut pengumuman itu.

-myMetro 

Ahad, 24 April 2022

Rupanya Banyak Betul Duit Dalam Bank! | Cara Tuntut Wang Guna Egumis

 


Apa Itu eGUMIS?

eGUMIS adalah sistem semakan bagi  memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian / online.). Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi pada suku tahun kedua, tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab tak dapat dielakkan. Bermula 1 Januari 2020, eGUMIS kini sudah boleh diakses sepenuhnya untuk menyemak WTD.

Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Antarannya:

    • Gaji / Upah / Komisen / eGaji
    • Dividen
    • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
    • Simpanan tetap
    • Deposit / Cagaran
    • Keuntungan yang telah diisytiharkan
    • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
      • Akaun Simpanan
      • Akaun Semasa
      • Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Sistem eGUMIS ANM Login Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:

    1. Layari pautan berikut https://egumis.anm.gov.my/
    2. Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
    3. Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
    4. Tukar semula kata laluan anda.
    5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
    6. Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Semakan secara manual, anda perlu membaca panduan penuh di sini. Disana juga anda boleh memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.

Bagaimana Cara Mohon Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Online?

Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:

    1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
    2. Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
    3. Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
    4. Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
    5. Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.

Tempoh pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Contoh Wang Tak Dituntut Yang Berjaya Dituntut

Ramai telah menggunakan sistem eGUMIS. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga cuma mendapat RM20, RM50.eGUMIS

 

 

eGUMIS

Soalan Lazim FAQ eGUMIS

 1. Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

    • Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat semaka eGUMIS online?

    • Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

3. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

    • Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.

* Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :

03- 2056 8052
03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur

-portalinfo.my

Khamis, 6 Mei 2021

Pembayaran Fasa 2 BPR 2021 Bermula 7 Mei

BPR Fasa 2 bila masuk? Ni nak bagitau tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 2 akan mula diberikan pada 7 Mei 2021 (Jumaat) ini seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Tarikh Pembayaran BPR 2021 Fasa 2

Pembayaran fasa 2 BPR 2021 memperuntukan RM2.75 bilion akan diberikan secara berperingkat seperti sebelum ini. Jumlah bayaran BPR 2021 Fasa 2 juga katanya ada penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. 

Pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150)

Seperti yang telah dijadualkan juga, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan.

Tarikh pembayaran BPR 2021 fasa 2

Penerima yang mempunyai akaun bank akan mula terima pada 7 Mei sehingga 12 Mei. Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh diambil melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Mei 2021.

Permohonan baru BPR 2021

Tempoh permohonan baru BPR 2021 untuk rayuan boleh dibuat bermula 15 sehingga 30 Jun 2021. Pemohon perlu mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pemohon boleh membuat semakan status kelulusan dan jumlah bayaran BPR 2021 mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

Pagi ni saya baru check, DALAM PROSES PENGKREDITAN untuk pembayaran fasa 2 BPR 2021. Ada juga yang dah masuk dalam akaun masing-masing bergantung pada bank.

Tarikh Pembayaran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021

Fasa 1 : 24 Februari 2021
Fasa 2 : 7 Mei 2021
Fasa 3 : 2021

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah

RM1,200 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,800 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 :  24 Februari 2021 (RM300)
Fasa 2 : 7 Mei 2021 (RM150-RM400 Baki bayaran pada fasa seterusnya)
Fasa 3 : 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000

RM800 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,200 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 24 Februari 2021 (RM300)
Fasa 2 : 7 Mei 2021 (RM150-RM400 Baki bayaran pada fasa seterusnya)
Fasa 3 : 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000

RM500 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM750 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 24 Februari 2021 (RM500)
Fasa 2 : 7 Mei 2021 (RM150-RM400 Baki bayaran pada fasa seterusnya)
Fasa 3 : 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Warga Emas Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah (Bujang/Tiada Pasangan)

RM300-RM600 (Bayaran Akhir)

Nota: Pembayaran akan dibuat sekali gus (one-off) bermula pada tarikh yang ditetapkan.

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah Berusia 21 Tahun Keatas

RM200-RM350 (Bayaran Akhir)

Jadual Pembayaran
One-Off : 24 Februari 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat sekali gus (one-off) bermula pada tarikh yang ditetapkan.

-azhafizah.com