"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emas. Papar semua catatan

Isnin, 27 Julai 2020

Harga emas cecah paras tertinggi dalam sejarah

Harga emas berpotensi melepasi RM300 segram - Foto Bloomberg

 Harga emas yang mencecah paras tertinggi dalam sejarah hari ini berpotensi melepasi AS$2,000 (RM8,503.50) seauns atau kira-kira RM300 segram, disebabkan tekanan lebih besar ke atas ekonomi.

 Penganalisis Kanan Penyumberan MineLife, Gavin Wendt, berkata tumpuan ketika ini beralih kepada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu ini dengan wujudnya ramalan pelaksanaan langkah seterusnya dalam memacu ekonomi termasuk kemungkinan kadar faedah pada paras negatif.

 "Situasi ini akan memberi tekanan lebih banyak dan menolak emas melepasi paras AS$2,000 seauns

  "Wujud kebimbangan mengenai data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih buruk daripada jangkaan pada suku kedua mencetuskan penjualan dolar," katanya.

 Wendt berkata, selain kelemahan dolar AS menjadi pemangkin utama peningkatan emas, momentum positif logam berharga itu juga dipacu daya tarikannya sebagai aset selamat di tengah-tengah pergolakan perdagangan AS-China.

 "Kenaikan kukuh memang tidak dapat dielakkan sama seperti mana pasca krisis kewangan global," katanya.

Harga emas mencecah paras tertingginya kepada AS$1,944.71 (RM8,268.43) seauns atau sekitar RM291.66 segram hari ini, mengatasi paras tertinggi AS$1,921.18 (RM8,168.60) atau RM288.14 segram yang dicatatkan pada 2011.

 Penganalisis berkata, lonjakan harga logam berharga itu dicetuskan oleh kebimbangan mengenai ketegangan antara China dan AS serta peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

Katanya, kekurangan isyarat jelas dan kemajuan dalam pakej rangsangan baharu di Washington juga mencetuskan impak positif kepada emas. "

"Langkah Fed melaksanakan langkah pelonggaran monetari besar-besaran menyaksikan dolar AS lebih rendah sekali gus melonjak harga emas. "

"Pelabur juga mula mempertimbang kesan ekonomi jangka panjang disebabkan COVID-19 dan kini kurang memasuki pasaran ekuiti selepas pasaran saham mencatat kenaikan," katanya.

Sabtu, 25 Julai 2020

Tahukah anda: 5,500 tan Emas didagangkan sehari!

Matawang Kita semakin menjunam?


Setiap hari, sejumlah 5,500 tan metrik ( $212B ) emas diniagakan di London , menjadikannya pasaran terbesar borong emas "over the counter" (OTC) utk emas di dunia.

Dari satu sudut, lebih banyak emas didagangkan di London setiap hari berbanding jumlah emas fizikal yg disimpan di Fort Knox ( 4176 tan metrik).

Fort Knox adalah salah satu lokasi simpanan emas fizikal dunia selain dari New York Federal Reserve. Pada satu-satu masa jumlah emas yg didagangkan menhampiri jumlah rizab emas AS ( 8,133.5 tan ) boleh bertukar tangan.


Bagaimana ini boleh berlaku?

PERNAH TAK DENGAR PERKATAAN LONDON GOLD MARKET?

LONDON GOLD MARKET adalah pasaran terbesar borong emas "over the counter" (OTC) utk emas di dunia.


Pasaran London berfungsi sebagai penentu utk harga spot emas di seluruh dunia disamping lokasi kepada "London Bullion Market Association" (LBMA) dan juga harga lelongan emas harian.

JUMLAH DAGANGAN EMAS
===================
Jumlah dagangan emas harian London = 5,500 tan

Jumlah hasil perlombongan emas harian dunia = 9 tan
===================

Pelik tak nilai diatas? Kalau masih tak faham, cuba baca berulang kali.

Jumlah dagangan emas harian di London adalah 600 kali lebih banyak berbanding dgn jumlah hasil lombongan emas dunia dalam sehari!

Soalan :
Bagaimana sejumlah 5,500 tan sehari atau 2,007,500 tan emas setahun didagangkan di London sedangkan emas fizikal yg dilombong seluruh dunia hanyalah sekitar 9 tan sehari atau 3,285 tan setahun????

Emas yg didagangkan melebihi emas yg dilombong!

Rasa2 apa jawapannya?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Jawapan:
Sebenarnya dagangan emas di London hanyalah bersandarkan atau berdasarkan kertas yg tak berguna atau nombor-nombor digital di komputer!

Kita lebih percayakan no digital atau kertas-kertas dan memberi lebih perasaan percaya kepada sesuatu yg bukan diatas tempatnya!

Sistem ini PASTI AKAN RUNTUH secara perlahan atau tiba-tiba..

Rasulullah SAW dah bagi hint lebih 1400 tahun yg lalu....

=========================================================================================================================================================

KESIMPULAN

5,500 tan emas DINIAGAKAN sehari di pasaran emas London. Tahu tak London tu dimana?


Hampir kesemuanya dagangan emas di London adalah menggunakan 'paper money', 'Digital numbering' atau mungkin 'passbook' tanpa melihat depan mata emas fizikal wujud atau tidak (Do they care?). Sudah semestinya mereka tak peduli emas fizikal wujud atau tidak. Hehehehe.
-
95% emas yang DIDAGANGKAN di London tidak mempunyai "Legal Title'.

Pendek kata - pemilik kepada akaun emas tersebut seakan tidak wujud. Senang cerita umpama banyak perkara atau nama yg disembunyikan!

Manakala hanya 5% sahaja yg benar2 mempunyai pemiliknya (on paper).
-
Tahu tak, terkecuali "ETF gold" (Exchange Traded Fund) - tempat ala-ala orang niaga komoditi, bond sambil pandang monitor tu, emas fizikal yg disimpan di Bank of England, hanya 300 tan emas fizikal yg benar-benar ada disimpan di peti besi/peti kebal di seluruh London.

Dengan 5,500 tan emas yg didagangkan sehari di London, yang mengarutnya hanya 300 tan sahaja emas fizikal untuk menjadi sandaran kepada 5,500 tan emas dagangan sehari!
-
ok. Faham tak point yang dibentangkan diatas? kalau tak faham, cuba baca berulang-ulang kali.
Cuba baca tajuk sekali. ok?

======================================================================================================

EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT!

"Mereka" mencuba pelbagai cara untuk menipu. Dari awal kepada penipuan currency (masa tu 'mereka' cakap setiap keping duit kertas yg dicetak disandarkan pada emas), kemudiannya tahun 1973  'mereka' cancel sandaran emas dan dari situlah bermulanya era mencetak wang berleluasa.

Apa keperluan atau kepentingan utk faham artikel ini?

SUPAYA ANDA FAHAM SEJARAH!

Penggunaaan dan penciptaan wang kertas atas skrin komputer tanpa sandaran apa-apa akan menjadikan ekonomi runtuh dengan teruk.

Pada masa tersebut, duit digital mahupon kertas anda yg banyak tu akan menjadi nombor semata-mata tanpa ada nilai.

Untuk kita elak dari menggunakan sistem sekarang memang mustahil kerana kita adalah sebahagian dari SISTEM yang 'mereka' rancangkan sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Namun, kita mungkin boleh sediakan payung sebelum hujan.
Bayangkan, apa yang berlaku apabila satu hari semua orang berduyun-duyun datang ke kaunter London untuk claim 5,500 tan emas dalam bentuk fizikal sedangkan hanya 300 tan shj yang ada?

Tak faham lagi? Bayangkan apa yang berlaku sekiranya seluruh rakyat Malaysia walk in ke kaunter bank masing-masing pada hari ini (hari yang sama). Apa yang berlaku?

Jika anda faham, anda pasti tahu apa yg akan terjadi.....

Info: https://www.youtube.com/watch?v=23-sxbaSOX8&t=270s

https://www.youtube.com/watch?v=zrlXvccIPgU&t=1041s

https://www.youtube.com/watch?v=SQpnziNP8_4&t=48s


keturunan Firaun memerintah dunia: https://www.youtube.com/watch?v=wCu9hlyfHhI&t=1s

#back_to_Allah