"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kahwin Muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kahwin Muda. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Januari 2021

Kahwin Muda:'Sudah ketentuan jodoh kami tiba usia remaja'

 

TANAH MERAH: "Kami tak sangka bergelar suami isteri pada usia remaja begini, Allah sudah tentukan jodoh kami tiba awal," itu jawapan pengantin remaja, Nurin Irdina Mohd Muhizan dan Ahmad Faris Umar Alwi, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Ketika ditemui di rumah Ahmad Faris Umar dekat Taman Kenanga di sini, pasangan pengantin yang baharu 10 hari melangsungkan perkahwinan itu, kelihatan berseri dan masih malu-malu dengan inai masih merah di jari pengantin perempuan.

Nurin Irdina berkata, dia dan suami berkenalan lapan bulan lalu dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan itu diketahui keluarga Ahmad Faris Umar.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1) itu, berkata keluarga Ahmad Faris Umar kemudian datang bertemu keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan.

"Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian, namun saya tidak membantah malah sedikit teruja.

"Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan. Malah segala-galanya kelihatan dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu kami sah bergelar suami isteri," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini, hari ini.

Nurin yang juga anak sulung daripada lima beradik, berkata walaupun sudah berhenti sekolah, namun dia tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Remaja Dan Bersekolah, Perkahwinan Pasangan Di Kelantan Ini Curi Perhatian Netizen

Perkahwinan remaja itu tular sejak semalam, apabila video dan foto mereka mengenakan busana pengantin dipaparkan media sosial, hingga mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung pada usia muda.

Dalam foto yang dikongsikan menerusi laman sosial itu, pasangan itu mengenakan songket berwarna biru ketika majlis persandingan dan resepsi yang diadakan di sebuah restoran milik keluarga Ahmad Faris Umar di sini.

Ahmad Faris Umar yang juga bekas Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Rahmaniah Paloh di sini, berkata perkenalannya dengan isteri pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian.

Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina, berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.

"Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju.

"Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Sebelum ini saya bekerja dengan ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah, namun kini akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam talian bersama isteri," kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56, berkata keputusan mengahwinkan anak bongsunya itu dipersetujui suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan pasangan itu.

Beliau berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan menghalalkan hubungan.

"Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membimbangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua," katanya.

Ahmad Faris dan isterinya, Nurin Irdina diapit ibu masing-masing, Zalaha Hassan, 56 (kiri) dan Nor Fadilah Che Ahamad, 33 (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Taman Kenanga, Tanah Merah, hari ini.
Ahmad Faris dan isterinya, Nurin Irdina diapit ibu masing-masing, Zalaha Hassan, 56 (kiri) dan Nor Fadilah Che Ahamad, 33 (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Taman Kenanga, Tanah Merah, hari ini.

Khamis, 31 Disember 2020

Masih Remaja Dan Bersekolah, Perkahwinan Pasangan Di Kelantan Ini Curi Perhatian Netizen

 


Cinta itu tidak mengenal usia. Sudah pastinya pasangan yang bercinta mahu mengakhiri hubungan dengan sebuah ikatan yang sah.

Terbaharu, video perkahwinan pasangan muda di Kelantan yang dimuat naik pengguna TikTok @hariafiqah1 telah mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, pengantin perempuan tersebut baru sahaja berumur 15 tahun manakala pengantin lelaki berusia 17 tahun.

Berikutan itu, video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dan merasakan perkahwinan tersebut terlalu awal disebabkan pasangan tersebut masih muda dan bawah umur. Malah, para netizen turut sempat bergurau dan bayangkan babak pasangan tersebut untuk ke sekolah.

kahwin 1

kahwin 2

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin tersebut dan setakat hari ini, video tersebut telah mencecah 1.2 juta tontonan. Apakah pendapat anda akan isu perkahwinan pada usia yang muda?

-thevocket.com