"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Azmin Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Azmin Ali. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Jun 2021

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

 

Tangkap layar laman petisyen yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan.

PETALING JAYA: Satu petisyen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan mendapat lebih 170,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan semalam oleh pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 200,000 tandatangan.

Setakat pukul 9.00 pagi hari ini, petisyen itu telah mengumpul sebanyak lebih 170,000 tandatangan warganet.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik,” kata petisyen itu, menurut laporan Sinar Harian.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa pelaksanaan ‘total lockdown’.

Azmin sebelum ini menegaskan, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan selepas kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Beliau berkata, sebanyak 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

“Kementerian-kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0,” katanya.

Tambah beliau, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan selepas terdapat dakwaan CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Azmin berkata, 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh -FMT

Jumaat, 4 Jun 2021

Petisyen desak Azmin letak jawatan kumpul 105,000 tandatangan

Sebuah kempen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan telah mendapat lebih 100,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 150,000 tandatangan.

Setakat berita ini dikemaskini jam 10.56 pagi, petisyen itu telah mengumpul 105,000 tandatangan warganet.

"Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik," kata petisyen itu.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa total lockdown PKP Penuh berlangsung.

Azmin semalam berkata Miti juga mengambil maklum mengenai aduan beberapa pihak yang mendakwa CIMS 3.0 dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada berada dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Jelasnya, Miti bukanlah pihak tunggal yang memberikan kebenaran beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh sekarang.

Menurut Azmin ada pelbagai kementerian lain terbabit dalam saringan sektor industri yang mengemukakan permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 kendalian Miti.

Terdahulu, Hantaran Facebook "saya dah tutup pintu depan" yang dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri kelmarin mengundang perhatian.

Walaupun kemudian dinafikan Ismail ada maksud lain disebalik hantaranya itu, ada pihak melihatnya sebagai sindiran berkaitan kebenaran operasi kilang ketika sekatan pergerakan penuh pada masa ini.

Sumber Malaysiakini di Putrajaya semalam mendakwa berlaku ketegangan antara Ismail dengan Azmin Ali dalam mesyuarat kabinet sebelum ini.

Ketegangan itu didakwa sumber berpunca daripada tindakan saat akhir Miti untuk mengawal permohonan bagi kebenaran untuk beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada masa ini.

Ditambah pula dengan isu syarikat arak beroperasi ketika PKP yang akhirnya Ismail Sabri arahkan ia ditutup, kata sumber lagi. – Mkini


Kredit: https://cin-ca.blogspot.com


Khamis, 3 Jun 2021

Bior betik: Dari 95K meningkat kepada 128K syarikat diluluskan beroperasi.Total Lockdown ke?

DARIPADA 95,142 SUDAH MENINGKAT KEPADA 128,150, VIRUS COVID19 PUN AKAN TERUS KETAWA

Pada 1 Jun lalu, kita didedahkan dengan laporan media yang mengatakan sebanyak 95,142 syarikat telah diberi kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh PKP penuh atau total lockdown yang berkuatkuasa sehingga 14 Jun depan.

Ketika itu, ramai yang terkejut lalu bising mempertikaikan mengapa MITI memberi banyak kelulusan sebegitu rupa.

Bukankah sekarang total lockdown?

Angka kes Covid19 yang dilaporkan pada hari tersebut ialah 7,105.

Susulannya, kerajaan dipertikaikan sama ada benar-benar serius mahu memerangi Covid19 atau sebaliknya dengan tindakan memberi kebenaran kepada begitu banyak syarikat-syarikat untuk beroperasi itu.

Total lockdown apa namanya kalau 95,142 syarikat terus beroeprasi dengan 1.2 juta pekerja sentiasa bergerak ke sana sini?

Hari ini, 3 Jun kita didedahkan pula dengan laporan media yang mengatakan syarikat yang dibenarkan beroperasi telah meningkat kepada 128,150 jumlahnya.

Jumlah pekerja yang terbabit pula dianggarkan 1.6 juta.

Hari ini juga kes Covid19 yang dilaporkan m ialah sebanyak 8,209.

Ehhh…kerajaan jenis apa kita ada ini, makin banyak kes makin banyak lagi syarikat dibenarkan beroperasi?

Dengan jumlah syarikat yang dibenarkan beroperasi terus meningkat daripada 95,142 kepada 128,150 hanya dalam tempoh tiga hari, berapa pula jumlahnya pada tiga hari akan datang?

Minggu depan dan 10 hari akan datang, adakah jumlah kebenaran yang diberi akan terus meningkat?

 Jika begitu, macam mana mahu melawan wabak yang sedang menggila?

Kenapa tidak dilakukan total lockdown sepenuhnya sepertimana PKP 1.0 dengan semua pihak mesti berkorban selama dua minggu ini untuk duduk di rumah dan sama-sama memutuskan rantaian Covid19?

Apa yang nyata, tidak sebagaimana PKP 1.0 dahulu di mana kerapkali kedengaran seruan daripada pihak kerajaan agar rakyat sedia berkorban demi keselamatan nyawa, tetapi perkara itu tidak lagi kedengaran dalam total lockdown kali ini.

Malang sekali, kerajaan sendiri kali ini nampaknya tidak sedia berkorban dengan memahami betul-betul erti total lockdown dan sekatan penuh yang mereka laksanakan itu.

Jika begini kecenderungan kerajaan, sementara pemberian vaksin kekal lembab serta mengecewakan, virus Covid19 bukan saja lebih mungkin terus bermaharajalela di sekitar kita, bahkan akan mentertawakan semua pemimpin yang gagal dalam menangani krisis ini, meski sudah diberi isyarat dengan jumlah kematian yang semakin meningkat.


 (ShahbudinHusin 03/06/2021)

Rabu, 28 April 2021

Azmin bersyukur hujan turun ketika berumrah di Mekah, namun diserang kaw-kaw oleh netizen


Walaupun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menunjukkan beliau bersyukur kerana hujan turun ketika beliau berada di Tanah Suci Mekah semalam, netizen tidak pernah memberi peluang kepada beliau. 

Mereka menyerang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kaw-kaw ketika membalas kicauan Azmin di Twitter malam tadi yang memaklumkan hujan turan di Mekah selepas sekian lama panas.x 

“Jadi nak cakap kau membawa rakmat ke tu? Ahahha,” tulis pengguna Twitter yang menggunakan nama Mujakosuki ketika membalas kicauan Azmin.

 Azmin malam tadi berkicau di Twitter dengan menulis, “Allahuakbar hujan turun membasahi bumi Mekah. Sudah lama difahamkan tidak hujan di sini. Syukur dengan nikmat Allah SWT.”

“Sebenarnya sana aman dan damai. Nampak je Azmin, Tuhan pun menangis… Dapat merasakan derita rakyat Malaysia,” balas KB @ Kenabcdefgh melalui Twitter beliau bagi menjawab kicauan Azmin itu.

 Tindakan Azmin yang menunjukkan gambar beliau membersihkan lantai Masjidil Haram yang terkena hujan juga dikecam oleh netizen. 

Pengguna Twitter yang menggunakan nama So’od menulis, “Apa tujuan tunjuk2 tu.” 

Hampir kesemua netizen yang membalas balik kicauan Azmin itu menyerang bekas timbalan presiden PKR yang belot dan bersama-sama menubuhkan kerana Perikatan Nasional melalui Langkah Sheraton yang dinamakan Langkah Syaiton oleh Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu itu.

Azmin telah ke Mekah untuk menunaikan umrah dalam misinya untuk menarik pelaburan dari negara-negara Arab itu. 

Ekoran itu, netizen yang menggunakan nama My Birthplace berkata, “Kalian je boleh umrah dengan duit rakyat atas nama lawatan sambil bekerja. Rakyat nak rentas daerah dan negeri nak cari makan pun tak (boleh).” 

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan Azmin dengan tragedi merebaknya Covid-19 lepas pilihan raya negeri Sabah dan kes tersilap waktu azan Maghrib di sebuah masjid di Gombak.

 “Dulu aman je Sabahan. Korang gi sana, terus Covid spike (meningkat). 

“Then (lepas itu) Gombak, dalam keluar SOP tak dibenarkan berbuka puasa (di masjid) korang langgar gak.

 “Sampaikan bilal terkejut gi Azan awal. Habis satu kampung batal puasa,” tulis IwanXtreme melalui twitternya yang turut menjawab kicauan Azmin itu. Ia dipercayai merujuk kepada tindakan Azmin membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kawasan pilihan raya beliau dan solat di Masjid Al Amaniah, Gombak baru-baru ini. 

Sebuah gambar yang disiarkan ekoran kunjungan Muhyiddin ke Masjid Al-Amaniah, Gombak baru-baru ini. 

Ia dipercayai majlis moreh selepas solat Terawih yang sebenarnya melanggar SOP Masjid di Selangor.

 Dalam kunjungan itu, moreh (makan selepas solat Terawih) bersama perdana menteri diadakan di masjid itu ketika semua masjid di Selangor dilarang dari mengadakan moreh untuk mengelak jangkitan Covid-19. 

Ekoran itu, Muhyiddin dan Azmin didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.

 Sebuah masjid di Gombak juga tersalah mengumandangkan Azan Maghrib lebih awal sehingga menyebabkan ramai yang terbatal puasa mereka kerana berbuka lebih awal dari waktunya. 

Kebencian kepada Azmin sangat ketara terutama di kalangan pengguna Twitter sehingga #KerajaanGagal menjadi paling rending selama lima hari berturut-turut baru-baru ini. -Kerengge


Sabtu, 30 Januari 2021

‘Perlakuan seksual tak bermoral’ Anwar dorong saya tinggalkan PKR, kata Azmin

 


PETALING JAYA:
 Bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa ‘perlakuan tidak bermoral’ Anwar Ibrahim antara punca mendorongnya meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.

Dalam jawapannya terhadap saman dikemukakan pengundi Gombak terhadapnya berkata beliau akan mengemukakan bahan bukti yang tidak pernah didedahkan kepada umum ketika perbicaraan kes itu kelak.

Pengundi terbabit mendakwa beliau melanggar tanggungjawab fidusiari dengan menyertai PPBM, seterusnya mengakibatkan kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.

Azmin berkata keputusan itu dibuat selepas menganggap Anwar tidak layak memimpin PKR atau menjadi perdana menteri seterusnya.

Beliau memetik beberapa dakwaan kuat terhadap Anwar membabitkan amalan seksual yang tidak bermoral sebagai seorang Muslim.

Azmin berkata, dua individu iaitu Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam mendedahkan mereka ‘mangsa’ perlakuan yang tidak bermoral itu.

“Dakwaan salah laku seksual dibuat terhadap Anwar sejak beliau kembali memimpin PKR,” katanya.

Anwar menafikan semua tuduhan salah laku seksual itu, manakala Aidil Azim kemudian mendakwa dimanipulasi untuk mengatakannya.

Azmin turut mendakwa Anwar menyebabkan perbalahan dalam kalangan pemimpin PH kerana sering mendesak mereka menjadikannya perdana menteri secepat mungkin

“Saya sudah tidak lagi mampu kekal dengan PKR dan PH kerana ada perbalahan berhubung pangkat PM antara kami, dan ini tidak boleh diselesaikan secara baik,” katanya.

Azmin menambah beliau teguh memegang pendirian bahawa Dr Mahathir Mohamad patut terus memimpin Malaysia.

Azmin juga berkata PH ‘goyah’ selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan memasuki semula arena politik, susulan PH mengambil alih pentadbiran persekutuan.

“Sejak itu beliau menunjukkan sifatnya yang sebenar iaitu keinginan menjadi perdana menteri, dan bukannya agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini,” tambahnya.

Azmin turut mendakwa pengampunan Anwar yang diberikan selepas 9 Mei 2018 adalah ‘cacat’ kerana tidak cukup anggota dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan untuk mendengar rayuan itu.

Tambahnya, beliau akan menghubungi Yusoff dan Aidil untuk memberi keterangan bagi pihaknya apabila kes saman oleh pengundi terbabit dibicarakan kelak.

“Saya akan mengemukakan bahan bukti yang tidak pernah didedahkan kepada umum ketika perbicaraan kelak,” katanya.

Sepuluh pengundi itu meminta perisytiharan bahawa Azmin, sebagai pemegang amanah, mempunyai kewajipan fidusiari sebagai wakil rakyat.

Mereka juga menuntut perisytiharan bahawa Azmin melakukan penipuan terhadap mereka dan telah melanggar sumpah perlembagaannya di bawah Artikel 59 (1), dibaca bersama Jadual 6 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif mendakwa Azmin menyebabkan kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020 apabila bergabung dengan PN, termasuk Barisan Nasional dan orang yang diakui Azmin sendiri “terbabit dalam amalan rasuah”.

-mindarakyat

Selasa, 26 Januari 2021

Covid19:Penutupan penuh ekonomi boleh diganti dengan langkah lain - Azmin

 Penutupan penuh ekonomi boleh diganti dengan langkah lain - Azmin

Antara yang boleh difikirkan untuk menggantikan penutupan penuh ialah mengetatkan SOP dan memperkenalkan panduan lebih jelas bagi aktiviti ekonomi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan berkenaan cadangan penutupan penuh aktiviti ekonomi bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, antara yang boleh dipertimbangkan bagi menggantikan penutupan penuh itu ialah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan memperkenalkan panduan lebih jelas mengenai aktiviti ekonomi.
"Kita juga boleh mempertingkatkan saringan yang bersasar serta mengatur semula kos kit ujian RTK-Antigen bagi menjadikannya lebih berpatutan dan pada skala yang lebih besar, terutama untuk industri.
"Turut boleh dipertimbangkan ialah memperketat SOP untuk acara sosial selain larangan penuh perjalanan rentas negeri untuk sementara waktu.
"Selain itu, (turut boleh dipertimbangkan adalah) sektor ekonomi dan perniagaan dibuka dengan peraturan yang lebih ketat," katanya dalam kenyataan itu.
Kerajaan, kata Azmin, akan sentiasa berusaha untuk memastikan pemulihan ekonomi namun ia tidak akan mengambil masa yang singkat.
Pemulihan ekonomi akan memakan masa yang lama sebelum benar-benar menunjukkan pertumbuhan positif selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tambahnya.
-Astro Awani

Sabtu, 5 September 2020

Ketua Wira PUTRA buat laporan polis terhadap Azmin Ali


Ketua Wira Putra, parti yg diasaskan oleh Ibrahim Ali membuat laporan polis & SPRM ke atas Azmin Ali utk membuka kertas siasatan berikutan maklumat setebal 69 mukasurat tentang kekayaan luarbiasa dimiliki Azmin, anak2nya & pegawai khasnya, Muhamad Hilman Idham yg melibatkan transaksi bernilai RM1.74 trillion yg tular di media sosial ketika ini.....

Selasa, 25 Ogos 2020

Guan Eng dakwa Azmin lupa daratan dan pakar kelentong

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Lim Guan Eng pada 
Istiadat Keberangkatan Tiba Melafaz Sumpah Jawatan Seri 
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 turut hadir 
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran 
Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY 
SALIM,

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin lupa bahawa segala tender terbuka yang diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah dibentangkan kepada Kabinet.

Guan Eng turut berkata Azmin telah menjadi pakar kelentong apabila menafikan bahawa segala projek rundingan terus diluluskan Kabinet.

“Dia sudah lupa daratan. Dulu dia buat macam itu, sekarang dia buat lain. Takkan dia lupa apa yang dibentangkan di Kabinet.

“Dia sudah jadi pakar kelentong,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Azmin semalam ketika mencelah sesi penggulungan di Dewan Rakyat berkata, Guan Eng tidak pernah membentangkan senarai projek rundingan terus yang bernilai RM6.61 bilion ke Kabinet.

“Kita ada Menteri Kewangan yang berikan butiran, bukti yang jelas bahawa di zaman PH pun berlaku perkara sama.

“Jumlah RM6 bilion (projek rundingan terus) dan tidak betul bahawa Bagan (Lim Guan Eng) kata Kabinet tahu, …mana ada pembentangan senarai-senarai projek rundingan terus itu.

“Bagan tidak pernah bentangkan senarai projek dalam Kabinet …tidak pernah,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Semuanya bermula tatkala sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul mendedahkan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera. – MalaysiaGazette

Menteri Kanan dan Menteri MITI hentam Menteri Ekonomi dulu.

Kerja Azmin dalam seminggu ni, ... asyik salahkan menteri PH dulu. Tapi tembak kaki sendiri... haha.
Grinning face with smiling eyes
Menteri Kanan dan Menteri MITI hentam Menteri Ekonomi dulu. Dia sedar tak ni ...



sumber:





Face with tongue

Azmin punca kerajaan PH gagal, kata Mat Sabu

Azmin punca kerajaan PH gagal, kata Mat Sabu
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar dakwaan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal selepas menjadi kerajaan Persekutuan selama 22 bulan.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu tidak lebih hanya mengakui kelemahan sendiri malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebenarnya punca kegagalan kerajaan PH.
“Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal, dialah sebabnya, dia jadi menteri 22 bulan. Kita datang maki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang maki kerajaan dulu,” katanya.
Mohamad berkata demikian ketika Ceramah Perdana PH membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi malam tadi lapor Sinar Harian.
Terdahulu, Azmin yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kempennya dilaporkan meminta pengundi Slim menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan menganggap kerajaan PH sebagai gagal.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, itu mendakwa ramai rakyat negara ini akan mati dijangkiti koronavirus (Covid-19) sekiranya PH masih memerintah kerana Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu enggan mengeluarkan peruntukan.
-Perak Today

Isnin, 24 Ogos 2020

Azmin Ali melampau buat tuduhan jahat, PH akan ambil tindakan tegas

Pakatan Harapan (PH) akan mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina PH dalam cubaanya meraih sokongan semasa ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, semalam.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa lebih banyak kematian berlaku sekiranya PH terus mentadbir negara sepanjang penularan pandemik Covid-19.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, kenyataan Menteri Kanan Perikatan Nasional (PN) itu sebagai melampau dan sama sekali tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, tiada satu pun kematian direkodkan semasa pentadbiran PH, malah beliau meninggalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika itu dengan 22 kes pulih daripada keseluruhan 24 kes.

“Untuk rekod, tidak ada kematian sehingga kami meninggalkan Putrajaya pada 24 Februari. Ketika itu, 22 kes pulih sepenuhnya dari 24 kes positif. Manakala dua kes lagi masih ditempatkan di dalam wad dan bukan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Tuduhan mengatakan bahawa andainya PH terus memerintah akan ramai yang mati adalah tuduhan jahat, sangat tidak bertanggungjawab dan satu penghinaan.

“Majlis PH mungkin akan buat tindakan susulan sebaik sahaja kita bermesyuarat kerana tuduhan itu sangat jahat mengaitkan tentang kematian rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu, Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendakwa pentadbiran PH sebagai gagal dan akan menyebabkan lebih banyak kematian berlaku sekiranya terus berkuasa kerana Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan enggan mengeluarkan peruntukan.


Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat itu juga berkata, peluang telah diberikan selama 22 bulan untuk memerintah kerajaan Persekutuan namun PH tetap gagal.

Selasa, 18 Ogos 2020

Azmin untung bila wajahnya tidak jelas - Puad Zarkashi


Selepas kumpulan Mohamed Azmin Ali dilaporkan akan menyertai Bersatu secara rasmi pada 22 Ogos ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Puad Zarkashi mempersoalkan kemampuan mereka meraih sokongan sama seperti ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya, dengan menyertai Bersatu, Azmin akhirnya menunjukkan wajah sebenar, sedangkan, Azmin sebenarnya lebih beruntung ketika wajahnya tidak jelas.

Sebagai contoh, Puad mengimbau bagaimana ketika bersama PH, Azmin yang tidak sehaluan dengan partinya PKR masih mendapat empat jawatan menteri, sedangkan penyokong pro-Anwar hanya mendapat tiga jawatan menteri.

Begitu juga, kata Puad, semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN), Azmin dilantik menjadi menteri kanan walaupun tidak mempunyai sebarang parti.

“Azmin nampaknya sentiasa untung bila wajahnya tidak jelas.

“Tetapi apabila menyertai Bersatu barulah wajah Azmin nampak jelas. Cuma bila wajah sudah jelas, bolehkah Azmin menang lagi di Gombak?

“Setelah menyertai Bersatu, bukan mudah bagi Azmin dan kumpulannya meraih sokongan solid (padu) orang Cina seperti di PRU-13 dan 14,” katanya.

Untuk rekod, Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak selama tiga penggal.

Pada PRU 2018, Azmin menang di Gombak dengan majoriti 48,721 undi, dalam pertarungan tiga penjuru menentang Umno-BN dan PAS. Bersatu yang ditubuhkan empat tahun lalu, belum pernah teruji di kerusi Gombak.

Gombak adalah kerusi majoriti Melayu dengan seramai 77 peratus pengundi Melayu, manakala pengundi Cina dan India masing-masing sekitar 11 peratus pengundi.

Selain Gombak, Azmin juga menang kerusi DUN Bukit Antarabangsa, yang terletak di kawasan parlimen Gombak sejak PRU 2008.

Kata Puad, penyertaan kumpulan Azmin ke dalam Bersatu akan menjadikan Bersatu mempunyai dua orang menteri kanan.

Selain Azmin, Perdana Menteri Muhyiddin Yasin melantik Mohd Radzi Md Jidin dari Bersatu, Ismail Sabri Yaakob dari Umno-BN, dan Fadillah Yusof dari GPS sebagai menteri kanan, masing-masing mengendalikan kluster pendidikan dan sumber manusia, keselamatan dan infrasturktur.

Beberapa hari lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata kumpulan Azmin- seramai 10 ahli parlimen bekas PKR- akan secara rasmi menyertai Bersatu pada 22 Ogos ini.

"Kita cuma sebahagian daripada Bersatu. Sebab itu di Parlimen kami diletakkan sebagai ahli Bersatu. Ini cuma formaliti yang belum dibuat oleh kami.

“Pada 22 Ogos akan ada majlis besar untuk umumkan penyertaan kami dalam Bersatu," katanya dipetik Harian Metro.

Pada 7 Ogos, Ahli Parlimen Santhara Kumar memberitahu media yang dia sudah menyertai Bersatu atas kerelaannya sendiri.

Bekas ahli Parlimen PKR lain yang akan menyertai Bersatu ialah Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Kata Puad, menyertai Bersatu bermakna Azmin akan menyertai Muafakat Nasional - bersama Umno-BN dan PAS, justeru nasihatnya buat Azmin: “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”.

“Jangan nak mengaum pula macam harimau.

“Rakyat nampak wajah sebenar Azmin. Ketua Polis Negara sahaja yang kata wajah Azmin masih kabur,” katanya tanpa mengulas kenyataanya itu.

Puad dipercayai merujuk sebuah kes video intim yang dikaitkan dengan Azmin tahun lalu. Polis kemudian menghantar klip video berkenaan untuk dianalisis oleh pakar forensik digital di AS.

Peguam Negara memutuskan tiada pertuduhan dibuat atas alasan pakar “gagal” mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah, sementara polis berkata kes itu bukan ditutup, tetapi menunggu sekiranya terdapat sebarang bukti baru.-mKini