"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Macau Scam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macau Scam. Papar semua catatan

Selasa, 19 April 2022

Pengurus syarikat rugi lebih RM1.2 juta diperdaya 'Macau Scam'

Gambar hiasan. - Foto 123RF

ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM1.2 juta selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket 'Macau Scam' oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil daripada sebuah syarikat insurans pada Oktober tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa, seorang wanita berumur 46 tahun berasal dari Kulim itu menerima panggilan telefon daripada individu bernama 'Sabrina' yang meminta mangsa membuat pembayaran polisi berjumlah RM70,000.

"Mangsa yang menafikan pembelian polisi insurans itu kemudiannya telah diminta membuat laporan polis serta talian mangsa telah disambungkan ke Balai Polis Pudu. Mangsa telah bercakap dengan tiga individu yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Adam, Inspektor Mazlan dan Inspektor Yong.

Individu berkenaan telah memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan kes pembunuhan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Pendakwa Raya bernama Puan Mastura bahawa dia membuat penangguhan waran tangkap namun mangsa perlu memberi kerjasama kepada pihak polis dan melaporkan aktiviti hariannya.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa mengaku telah mendedahkan maklumat akaun bank dan kad kredit Bank Islam dan Bank Rakyat miliknya kepada suspek selain mendedahkan jumlah wang yang ada di dalam setiap akaun bank termasuk akaun Tabung Haji yang berjumlah lebih kurang RM1 juta.

Suspek telah mengarahkan mangsa membuat pindahan dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Islam sebanyak RM900,000 dan Bank Rakyat sebanyak RM200,000.

Mangsa sedar dirinya ditipu apabila membuat semakan ke atas dua akaun miliknya pada 11 April lalu dan mendapati wang telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga berjumlah lebih RM1.2 juta," katanya.

Elias berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Lunas, Kulim, semalam dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis ingat menasihatkan masyarakat supaya jangan sesekali percaya dengan sebarang panggilan yang diterima mengaku dari mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan.

Sebelum membuat sebarang pembayaran semak status akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my>semakmule atau menghubungi CCIS Response Center di talian 03-26101559/1599," katanya. - Bernama

Ahad, 16 Januari 2022

RM118,000 milik guru lesap diperdaya Macau Scam

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata mangsa diarahkan menggadaikan barang kemas miliknya dengan mangsa memindahkan RM16,000 ke akaun bank.

PETALING JAYA: Seorang guru wanita di Sibu menanggung kerugian RM118,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar dari syarikat insurans.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata dalam kejadian berlaku pada 28 Okt lalu, mangsa berusia lewat 50-an menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri dari sebuah syarikat insurans mendakwa mangsa ada membuat tuntutan insurans sebanyak empat kali.

Katanya, mangsa yang menafikan perkara itu telah disambungkan dengan pihak ‘polis Bukit Aman’.

“Mangsa telah bercakap dengan seorang yang berpangkat ‘Inspektor’ dan telah dimaklumkan terlibat dengan pengubahan wang haram sebanyak RM1.8 juta dan kemudian dihubungkan dengan seorang ‘peguambela’ bagi tujuan membantu mangsa membersihkan nama,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Collin berkata, pada 7 Nov lalu, mangsa telah membuka akaun bank dan menyerahkan gambar kad ATM dan nombor pin kepada suspek dan pada 15 Nov, mangsa diarahkan membuat pinjaman kepada sebuah bank di Sibu dan pinjaman sebanyak RM75,000 itu, telah diluluskan pada 23 Nov.

Menurutnya, pada hari sama, mangsa telah memindahkan wang tersebut ke dalam akaunnya melalui kaunter bank tersebut.

“Pada 9 Dis 2021, mangsa diarahkan dan telah membuat pinjaman kepada sebuah lagi bank dan pinjaman sebanyak RM27,000 telah diluluskan. Pada hari yang sama mangsa telah memindahkan wang tersebut ke akaun bank miliknya.

“Pada 13 Dis, mangsa diarahkan dan telah menggadaikan barang kemas miliknya berjumlah RM20,000 yang dikreditkan ke akaun bank miliknya. Pada 16 Dis mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM16,000 ke akaun bank,” ujarnya.

Collin berkata, mangsa telah diarahkan untuk tidak memaklumkan perkara ini kepada sesiapa dan semua dokumen transaksi telah dibuang.

“Namun, pada 12 Jan 2022, mangsa telah menceritakan perkara tersebut kepada suaminya dan telah sedar dirinya ditipu dan berikutan itu mangsa mengalami kerugian sebanyak RM118,000,” katanya.

Menurutnya, modus operandi suspek memperdaya mangsa membuka akaun bank untuk mangsa memindahkan wang bagi tujuan pembersihan nama dari kes pengubahan wang haram yang tidak wujud.

-FMT

Rabu, 31 Mac 2021

2 Datuk Seri, 6 Datuk Antara 118 Ahli Geng Nicky Ditahan

 


Kuala Lumpur: Seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Soon Hee, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah itu, 42 lelaki membabitkan 27 warga tempatan serta 15 warga China serta enam wanita termasuk tiga warga China ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Dua belas lagi individu membabitkan 11 warga China termasuk seorang wanita serta seorang wanita Myanmar ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/69, manakala lapan lagi lelaki tempatan ditahan kerana didapati positif dadah.

"Dua puluh lima lelaki dan 25 wanita warga tempatan pula dibebaskan selepas proses dokumentasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Abdul Hamid berkata, pihaknya merampas wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta dalam serbuan berkenaan.

"Selain itu, kami juga merampas pelbagai barangan lain seperti jam tangan berjenama yang akan dinilai semula oleh pakar bagi mendapatkan nilaian sebenar.

"Kami juga sudah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta dan 35 kenderaan bernilai RM8.86 juta membabitkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia serta Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

"Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, operasi khas itu dijalankan susulan maklumat risikan yang diperoleh pada pertengahan Januari lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor selepas Operasi Pelican 2.0 membabitkan kegiatan Macau Scam.

Katanya, hasil siasatan dilakukan mendedahkan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian menggunakan 'akaun keldai' dan mempunyai transaksi kewangan dengan syarikat milik Winner Dynasty Group.

Hasil daripada dapatan itu, pihak task force mengembangkan lagi siasatan dan mendapati terdapat sejumlah 'keldai akaun' yang mempunyai kaitan dengan syarikat dan individu bersekutu dengan Syarikat Winner Dynasty Group.

"Keldai akaun berkenaan dipercayai terbabit dengan aktiviti jenayah komersial seperti along, pelaburan tidak wujud dan tipu jual beli dalam talian," katanya.

Katanya, semakan mendapati terdapat lima syarikat yang bersekutu dengan Winner Dynasty Group berserta pengarahnya dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis Johor mengesan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersil.

Ayob Khan dipetik berkata, Soon Hee, 33, yang beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Menurutnya, Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan di Puchong, Selangor dan menahan 12 individu termasuk seorang lagi yang bergelar Datuk Seri.

Selain itu, polis Johor juga mengesan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Md Azar Izwam Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial berhubung kes sama berkaitan Soon Hee ~ MyMetro

Harian Metro juga melaporkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah mendedahkan Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai melarikan diri dengan membawa 'bekalan' lapan beg yang dipenuhi wang tunai.

"Maklumat diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati Nicky mempunyai wang berjumlah RM40 juta di dalam akaun milik peribadinya," katanya.

Beliau berkata, Nicky Liow mempunyai hubungan rapat dengan dua adiknya yang bergelar Datuk Seri serta Datuk masing-masing berusia 28 dan 30 tahun.

"Semakan juga mendapati Nicky mempunyai 12 rekod berkaitan kesalahan jenayah termasuk mendatangkan kecederaan, ugutan dan dadah. 


Juga dilaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Beliau berkata, ada 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan individu dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket ini adalah pegawai dan anggota polis selain agensi penguat kuasa lain.

"Mereka ini (anggota penguat kuasa) bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan daripada sindiket berkenaan.

"Saya akan memperhalusi dan menyiasat akaun bank bagi menyiasat kaedah pembayaran dibuat dan lain-lain perkara untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.

"Saya akan ambil tindakan kerana tiada isu mahu cover (lindung) dan tiada apa mahu dimalukan. Ini hakikatnya.

"Betapa teruknya keadaan ini. Sampai bila? Saya tidak akan jemu dengan perkara ini. Teruskan bersihkan elemen ini di mana penjenayah masuk dalam PDRM, atur tindakan dapat perlindungan. 

Polis bocor maklumat, ambil duit perbuatan jijik 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nicky Liow diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan V Prakash di talian 0125209767 atau mana-mana balai polis berdekatan... terima kasih..

-Anak Sungai Derhaka

Isnin, 4 Januari 2021

Sindiket Macau Scam beli hartanah, labur mata wang kripto RM336 juta

Polis berkata, modus operandi terbaru yang digunakan sindiket Macau Scam itu memasukkan wang ke beberapa lapisan dan sebahagian hasil penipuan turut dilaburkan dalam mata wang kripto. (Gambar AFP)

JOHOR BAHRU: Polis membongkar satu sindiket berkaitan Macau Scam yang dikesan menggunakan hasil penipuan untuk membeli hartanah dan melabur dalam mata wang kripto berjumlah RM336 juta.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti sindiket itu diketahui selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa penipuan di Pontian dan Nusa Bestari membabitkan kerugian RM2.31 juta.

“Hasil siasatan lanjut ke atas syarikat pemaju itu mendedahkan sejak Jun 2020, syarikat pemaju itu menerima pembayaran sebanyak RM25 juta daripada 91 akaun (18 akaun individu dan 73 akaun syarikat).

“Pembayaran ini sebahagian daripada harga pembelian 100 unit kondominium mewah dan komersil di Georgetown, Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah mewujudkan beberapa lapisan akaun keldai untuk melakukan transaksi kewangan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Modus operandi yang digunakan ini adalah yang terbaru bagi sindiket penipuan Macau Scam.

“Selain memasukkan wang ke beberapa lapisan, sebahagian wang penipuan turut disalurkan untuk jual beli mata wang kripto.”

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor menahan 12 pengarah syarikat terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 29 hingga 68 tahun di sekitar Pulau Pinang serta Kuala Lumpur antara 3 hingga 21 Dis lalu.

“Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan atas jaminan polis dan kita sedang mengesan tiga suspek dikehendaki.”

Tiga suspek itu ialah tiga beranak warga tempatan dan dalang utama, iaitu bapa berusia 55 tahun yang mempunyai rekod jenayah dan dipercayai melarikan diri ke Thailand, serta dua anaknya berumur 32 dan 30 tahun dipercayai masih berada dalam negara.

Dalang utama itu dikesan membeli hartanah terbabit daripada sebuah syarikat pemaju terkemuka di Pulau Pinang menggunakan nama dua syarikat dikendalikannya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu hingga 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda atau kedua-duanya.-FMT

Sabtu, 26 Disember 2020

Cemas dituduh gubah wang haram, pesara guru rugi RM2j ditipu Macau Scam

 

Ainee Abd Ghani

SEREMBAN: Cemas apabila dikatakan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, pesara guru berusia 66 tahun terpaksa menangung kerugian hampir RM2 juta ditipu Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Lukut, Port Dickson semalam setelah sedar tertipu dan melakukan kira-kira 103 transaksi ke lapan buah akaun milik pelbagai individu.

Malah, menurutnya, mangsa turut menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat yang merupakan akaun bersama anaknya kepada ahli sindiket Macau Scam berkenaan iaitu seorang lelaki yang datang ke rumah mangsa menaiki sebuah kereta yang diparkir jauh dari rumahnya.

“Mangsa itu kerugian kira-kira RM 1.8 juta, ahli sindiket turut membuat 45 kali pengeluaran secara tunai menggunakan kad ATM yang diserahkan itu dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM80,000.

“Mangsa mula menerima panggilan telefon pada 28 Oktober lalu daripada seorang lelaki tidak dikenali dengan nombor telefon 017-2605149 memperkenalkan diri sebagai Sarjan Albert Lai daripada IPK Pahang dan dimaklumkan terlibat dengan penipuan dan pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, pada 31 Oktober lalu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya Inspektor Yong dari Bukit Aman yang meminta butiran maklumat akaun simpanan yang dimiliki mangsa.

Menurutnya, individu tersebut juga mengarahkan mangsa mengeluarkan kesemua wang di deposit tetap ke dalam akaun simpanannya dengan tujuan untuk siasatan pihak polis.

“Mangsa juga diminta merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan ahli keluarga untuk menjamin keselamatan anak-anak. Mangsa yang percaya dengan penipuan berkenaan telah mengikut semua arahan yang diberikan termasuk menyerahkan sekeping kad ATM akaun bersama dengan anaknya,” katanya.

Aibee berkata, dalam tempoh berurusan bermula 6 November hingga 26 November, mangsa telah membuat 103 transaksi ke dalam lapan akaun milik pelbagai akaun.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 38 transaksi berjumlah  RM793,949.63 ke dalam akaun Muhammad Ariff Palili satu transaksi berjumlah RM30,000 atas nama Mohd. Syahid Saen, 25 transaksi berjumlah RM560,766.41 ke atas nama Oh Chiew Mei dan satu transaksi berjumlah RM25,000 ke atas nama Muhamad Hanif.

“Diikuti satu transaksi berjumlah RM24,998.89 ke atas nama Bong, 28 transaksi berjumlah RM210,000 ke atas nama Chew Ah Yap, satu transaksi berjumlah RM50,000 ke atas nama Mohd. Hafiz dan lapan transaksi berjumlah  RM49,999.90 atas nama Siti Faizatul Husna Azman,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -UTUSAN ONLINE

Ahad, 6 Disember 2020

Skim Penipuan, Labur-labur Lebur Dalam Talian -PDRM

 


‘Like and share’ boleh dapat duit

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan skim pelaburan baharu dalam talian yang mendakwa dapat menjana pendapatan dengan menggunakan pelbagai platform media sosial.

Antara platform skim pelaburan baharu itu yang sedang disiasat dikenali sebagai ‘Queqiabao’, ‘Test Fight’ dan ‘Like and Share’, Zan Zan Le’ dan ‘Isharefans’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaakob berkata sepanjang Oktober dan November, sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka melibatkan platform-platform pelaburan haram berkenaan dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM689,146.

“Kebanyakan mangsa mendapat maklumat daripada iklan di laman sosial Facebook dan mereka diberikan nombor telefon untuk dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Seterusnya mereka diberikan satu pautan yang mereka perlu memberikan nombor telefon beserta nombor akaun bank.

Melalui aplikasi yang diberi secara percuma pada awalnya, mangsa dikehendaki melakukan tugasan ’like and share’ di Laman Tik Tok atau YouTube dengan setiap ’like and share’ akan menerima  bayaran RM1.00 dengan 20 kali ‘like and share’ sehari dan keuntungan akan dibayar ke dalam akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
 
Beliau berkata bagi menambah tugasan dan keuntungan lebih tinggi, mangsa ditawarkan pakej dengan nilai bayaran dari RM99 hingga RM9,999.

Kebanyakan mangsa telah mendapat keuntungan pada peringkat awal namun menyedari mereka ditipu apabila jumlah keuntungan yang dijanjikan untuk pengeluaran  tidak dapat dilakukan sementara pautan yang diberikan kepada mangsa juga telah ditutup,  katanya.

Zainuddin berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas satu premis beralamat di KL Eco City, Khamis lepas tetapi didapati telah tutup sejak 9 November lalu.

Beliau berkata pihaknya juga turut mengesan tujuh akaun bank berasingan melibatkan skim pelaburan terbabit.

Dalam pada itu beliau menasihati orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan dalam talian di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa perlu berusaha.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, Senarai Amaran Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk melabur,” katanya. – BERNAMA

Selasa, 3 November 2020

Empat cara scammer Macau Scam menipu mangsa yang perlu anda ketahui

RAMAI yang sudah menjadi mangsa 'scammer' atas talian atau juga dikenali sebagai Macau Scam. Kerugian beratus juta ringgit telah dicatatkan.

Kalau kita lihat pelbagai lapisan masyarakat berjaya diperdaya oleh sindiket penipuan ini. Dari orang kebanyakan sampailah kepada golongan profesional yang sepatutnya bijak untuk mengelak dari ditipu.


Justeru sangat penting untuk mengetahui bagaimana Macau Scam beroperasi agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya.

Macau Scam
Antara perkakas digital yang dirampas oleh pihak polis dari penjenayah Macau Scam

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (Jenayah Siber dan Multimedia), SAC Victor Sanjos, terdapat empat cara yang digunakan oleh sindiket penipuan ini untuk menipu mangsa.
Katanya sindiket berkenaan bergantung kepada kealpaan masyarakat dan memperdayakan mereka dengan menyamar sebagai anggota pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah jenayah.

"Cara yang digunakan adalah dengan menawarkan cabutan bertuah, menyamar sebagai pegawai polis atau penjawat awam, menyamar sebagai pegawai Bank Negara, dan juga meminta wang tebusan dalam kes penculikan," katanya.

Mendedahkan bagaimana cara mereka beroperasi, menurut beliau, sindiket ini menggunakan teknik penipuan melalui Voice Over Internet Protocol (VoIP) supaya mereka dapat menggunakan sebarang nombor telefon bagi memperdayakan mangsa.

Berikut empat cara scammer Macau Scam menipu mangsa seperti yang didedahkan oleh Victor Sanjos, jika anda berada dalam empat situasi berikut sila berhati-hati jangan sampai terperangkap.
1. Penipuan cabutan bertuah

Dalam kes cabutan bertuah, pemanggil akan memaklumkan kononnya mangsa telah memenangi wang tunai jutaan dollar dari Hong Kong dan mereka akan memberikan nombor telefon untuk dihubungi mangsa sekiranya mahu mendapatkan hadiah wang tunai itu.

Mangsa seterusnya akan diminta untuk menjelaskan cukai dengan cara pemindahan wang ke akaun bank tertentu. Kononnya mangsa akan menerima wang jutaan ringgit selepas menjelaskan bayaran cukai terlebih dahulu, dan sebaik sahaja wang dipindahkan mereka akan menghilangkan diri.

2. Menyamar sebagai anggota polis

Sindiket Macau Scam ini akan menyamar sebagai pegawai polis, dan menuduh mangsa telah melakukan jenayah tertentu. Bagi menyelesaikan kes tersebut mangsa perlu memindahkan semua wang dalam akaun mangsa ke dalam satu akaun bank.

Kononnya tindakan ini bagi mengelakkan akaun bank mangsa daripada dibekukan.
3. Menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara

Pemanggil akan menyamar sebagai seorang pegawai dari Bank Negara. Pegawai bank ini akan mendakwa kononnya mangsa telah menggunakan kad kredit melebihi amaun yang dibenarkan.

Bagi mengelakkan akaun dibekukan mangsa akan diminta untuk memindahkan kesemua wang ke dalam satu akaun bank.

4. Menyamar sebagai penculik dan mahukan wang tebusan.

Mangsa akan dihubungi oleh sindiket yang menyamar sebagai penculik, kononnya saudara atau ahli keluarga mangsa telah diculik. Bagi membebaskan mereka mangsa perlu memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga. Dalam sesetengah kes mereka juga menggunakan alasan lain seperti kes langgar lari.
Jadi jika anda terkena empat situasi yang disenaraikan di atas, maka berhati-hatilah, antara langkah yang patut anda lakukan ialah, letak telefon dan jangan layan panggilan mereka.

Salah satu langkah pencegahan yang baik untuk diamalkan ialah, jangan angkat telefon dari nombor yang tidak dikenali.



Sumber — https://www.milosuam.net/

Peguam Aliff Syukri Merayu kpd SP.RM Pulangkan Semula Aset-aset yg Dibekukan

 


Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta.

Ini milik sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis.

Tujuannya untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Menurut sumber, selain itu rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM.

“750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket terbabit termasuk akaun selebriti disita

Dan susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.

Susulan itu tiga lagi lelaki ditahan kemudian bagi membantu siasatan.

Peguam Aliff Syukri Rayu SP RM Pulanhkan Aset-aset yg Dibekukan

Dua peguam usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merayu Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM).

Ini supaya melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa undang-undang itu sebelum ini.

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kedua-dua peguam berkenaan

Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang diramp4s dan dis1ita pada 1 Oktober lepas dilepaskan.

Katanya, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan terbabit yang juga jutawan kosmetik itu.

Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Har4m dan Pembiayaan Kegnsan (Akta 613).

Terdahulu, Aliff Syukri telah menafikan dakwaan beliau terbabit dalam kes peni1puan Mac4u Sc4m.

Beliau sebaliknya memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Cov1id-19.

Selebriti kontr0versi itu meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu ke atas perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.

     

Sebelum ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan meny1ita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.

Turut dirampas, sebanyak 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti jvdi dalam talian tempatan.

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.

Sumber : MalaysiaGazette