"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label UAE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UAE. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Jun 2021

Astaghfirullah: Duta UAE harap Israel jadi kuasa terbesar di Asia Barat

 

DUTA Emiriah Arab Bersatu (UAE), Muhammad Al-Khaja melawat pemimpin kumpulan paling rasis di Israel. -AGENSI

TEL AVIV: Satu rakaman video tersebar memaparkan Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE), Muhammad Al-Khaja melawat pemimpin kumpulan paling rasis di Israel.

Menerusi video itu, Muhammad menyatakan harapannya untuk melihat Israel menjadi kuasa terbesar di Asia Barat.

Rakaman yang disiarkan oleh saluran Kan Israel menunjukkan Muhammad berbual dengan kumpulan pengganas, Shas dan mendakwa dia melihat pembinaan masjid di Tel Aviv.

“Apabila saya sampai sini, saya terkejut melihat penduduk di sini, mereka sangat baik. Saya tidak sangka melihat masjid berada di Tel Aviv,” katanya.

Platform pemeriksaan fakta, Tayaqqun mengklasifikasikan kenyataan Muhammad sebagai ‘mengelirukan’ kerana tiada masjid yang dibina di Tel Aviv kecuali duta besar itu merujuk kepada Masjid Hasan Bek di kota Al-Manshiyyeh yang dipindahkan ke Jaffa.

Masjid itu merupakan sebahagian daripada kota yang mempunyai penduduk dan merupakan antara beberapa bangunan yang terselamat semasa peristiwa Nakbah, 1948.

Pihak berkuasa Israel memerintahkan supaya masjid itu dirobohkan 40 tahun lalu, namun tentangan daripada penduduk Palestin berjaya mengekalkan masjid itu sehingga hari ini.

Mohamed menjadi duta pertama UAE ke Israel sejak 14 Februari lalu. -AGENSI

Rabu, 30 Disember 2020

Pengkhianatan demi pengkhianatan oleh UAE terhadap perjuangan ummah.

Terkini, UAE sedang berkerjasama dengan Israel untuk menghapuskan UNRWA, sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelarian Palestin.

Ini adalah di antara kesan normalisasi Israel yang sehingga kini telah dilaksanakan oleh Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco.

Beberapa laporan berita menjangkakan bahawa proses ini akan diikuti oleh Oman, Kuwait dan Arab Saudi.

Semoga Allah selamatkan Malaysia dan Indonesia dari fitnah ini.

[ t.me/zainurrashid ]

https://www.middleeasteye.net/news/israel-and-uae-working-together-eliminate-unrwa-report

Khamis, 27 Ogos 2020

Perbezaan Antara Negara UAE Dan Turki




ABDUL MUEIN ABADI

HANYA dalam tempoh seminggu terdapat dua peristiwa geopolitik yang jelas memberi pengajaran kepada kita tentang kemuliaan dan kehinaan kekuasaan.

Peristiwa pertama melibatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengiktiraf Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

Peristiwa kedua adalah penemuan gas terbesar di Laut Hitam dalam sejarah Turki yang bakal menamatkan kebergantungannya kepada import tenaga dari negara asing.

Berkenaan peristiwa pertama, pengumuman UAE tersebut menjadikan Abu Dhabi sebagai negara Arab ketiga yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir (1979) dan Jordan (1994).

Malah, UAE bukan saja mengiktiraf Israel, tetapi juga sudah bersetuju untuk membuka kedutaan di Israel dan membenarkan Israel untuk membuka kedutaan di negara mereka.
Sebagai timbal balas, Israel berjanji kononnya akan ‘menangguhkan’ rancangan mereka untuk mengilhak (annex) Tebing Barat Palestin – satu rancangan yang mendapat restu dan sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang turut menaja pelan Deal of the Century.

Akan tetapi, apa yang rejim Zionis itu lakukan? Mereka sebaliknya bertindak mengebom Palestin setiap hari sejak UAE mengumumkan normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel.

Zionis Israel tentulah menganggap perkembangan itu sebagai kejayaan besar bagi mereka mengekalkan wilayah Palestin yang telah mereka rampas secara haram melalui Perang 1967.

Perkembangan itu turut memberi kesan kepada perjuangan Palestin untuk bernegara, mempertahankan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, apatah lagi untuk mendapatkan kembali wilayah mereka yang telah dirampas sejak 1948 dan 1967.

Bukan lagi rahsia, UAE sememangnya berkongsi pelbagai kepentingan dan pendirian Asia Barat kontemporari dengan Israel antaranya memusuhi Ikhwan Muslimin (yang berjaya ditumbangkan menerusi rampasan kuasa Mesir pada 2013).

Malah, UAE didakwa Turki sebagai bertanggungjawab menaja cubaan rampasan kuasa tentera yang gagal menjatuhkan kerajaan Islamis pimpinan Erdogan pada Julai 2016.

Tekanan

Kurang seminggu selepas tindakan UAE itu, penemuan simpanan gas berlaku di wilayah Turki, tepat pada saat Turki diserang hebat dari pelbagai segi kerana pendirian Islamis kerajaan pimpinan Erdogan di pentas antarabangsa.

Antara pendirian Turki itu adalah mengembalikan status Ayasofya warisan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai masjid serta menentang tindakan UAE untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Mata wang Lira Turki juga berada dalam keadaan tekanan khususnya selepas AS mengenakan beberapa sekatan ke atas Turki.

Malah, Turki juga disingkir daripada projek pesawat pejuang F-35 dari AS hingga kerugian tidak kurang setengah bilion dolar Anerika semata-mata kerana membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia.

Namun begitu, segala tekanan itu tidak menghalang Turki pimpinan Erdogan untuk terus memelihara tiga juta pelarian Syria dalam negaranya.

Segala sekatan dan tekanan ini juga tidak menghalang Turki daripada terus menaja pelbagai biasiswa pelbagai peringkat pendidikan kepada warga bukan Turki termasuklah rakyat Malaysia dan negara-negara Islam dan bukan Islam lain.

Lebih simbolik, penemuan 320 bilion meter padu gas di Laut Hitam itu dilakukan oleh kapal bernama Fatih – sempena gelaran nama penguasa Uthmaniyyah yang menakluki Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih.

Sebelum ini Turki bergantung pada bekalan dari Rusia dan Iran di mana tahun lalu sahaja import tenaga Turki adalah bernilai sebanyak AS$41 bilion.

Penemuan gas itu bakal memberi impak besar bukan sahaja ke atas trajektori kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik dan ketenteraan Turki. Ternyata, perbandingan Turki dengan UAE ibarat langit dan bumi.

Berita UAE mengiktiraf Israel dikecam hebat, manakala berita penemuan simpanan gas Turki disambut gembira oleh umat Islam di seluruh dunia.

* Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda