"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Akta Hasutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta Hasutan. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2022

Lukisan beruk: Fahmi dakwa akan disoal siasat petang ini

Fahmi Reza kuasasiswa satire royal ape #Beruk beruk graphic artwork design

KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman petang ini untuk disoal siasat berhubung lukisan seekor beruk memakai tengkolok dan pakaian bangsawan berwarna kuning.

Fahmi mendakwa, beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan grafik yang dikongsinya di media sosial sejak 15 jam lalu.

“Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi.

“Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ni juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM!” katanya ringkas di media sosial.

Fahmi memuat naik lukisan beruk yang turut memakai darjah kebesaran dan keris itu di Facebook dan Twitternya.

Baju, tengkolok, keris, pingat dan warga kuning yang terdapat pada grafik tersebut kelihatan seperti pakaian yang selalu dipakai oleh sultan dan raja-raja Melayu.

Di Facebook, grafik tersebut mendapat 888 perkongsian dan 3,200 komen daripada warganet.

Rata-rata warganet tidak setuju dengan tindakan Fahmi berkongsi lukisan berkenaan yang disifatkan biadab terhadap institusi diraja.

As a citizen, institusi diraja kena hormat bro, walaupun I keturunan Cina tetapi I suka sangat tengok ibadat diraja, budaya diraja, pakaian diraja dan lain-lain. Ini adalah sejarah dan tradisi negara kita yang unik dan tidak dapat ditemui di negara lain,” kata 王偉.

Fahmi berkongsi grafik tersebut tidak lama selepas tular Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membeli karya seni lukisan beruk dan katak sedang bersidang dalam Dewan Rakyat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Selangor Royal Office, Sultan Selangor menzahirkan rasa berkenan baginda untuk membeli karya itu dan menggantungnya di bilik kerja peribadi baginda. – MalaysiaGazette

Selasa, 3 November 2020

Lokman Noor Adam direman kes ugutan terhadap PM

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam direman sehari bagi membantu siasatan berhubung sebuah video disyaki (berbaur ugutan) terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang JSJ Bukit Aman telah memulakan siasatan berhubung satu laporan polis terhadap Lokman, semalam.

"Kita melakukan siasatan ke atas sebuah video yang telah dimuat naik oleh Lokman kerana disyaki mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas gajet dipercayai digunakan untuk memuat naik video tular itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan Lokman, semalam.

Difahamkan, Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.

-SH Online

Isnin, 2 November 2020

Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman dan disiasat bawah 3 akta termasuk hasutan

 


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof diarahkan memberi keterangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) di Bukti Aman pada jam 5.30 petang ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, kami akan panggil (Mujahid). Siasatan melibatkan isu lama pada bulan Mac 2020, ada laporan dibuat terhadap beliau,”katanya ketika dihubungi.

Pada Mac 2020 lalu difahamkan satu laporan polis dibuat terhadap Mujahid dan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung kenyataan mereka yang didakwa mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai perdana menteri kelapan.

Laporan polis yang dilihat oleh laman Buletin TTKM itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang pada 7 Mac 2020 .

Sementara itu, Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dan naib Presiden Amanah ketika dihubungi turut mengesahkan dia akan hadir ke Bukit Aman petang ini.

Bagaimanapun, Mujahid berkata dia tidak dapat mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana tidak dimaklumkan tentang siasatan terhadapnya.

“Saya sendiri tidak dimaklumkan secara khusus berhubung kes tersebut, tapi dia sebut unit siasatan jenayah terkelas. Saya pun tertanya-tanya juga," katanya.

-mindarakyat

Mujahid disiasat di bawah 3 akta, termasuk hasutan 

Faiz Zainudin 

 KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa antara lain disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya pada Mac di Parit Buntar yang mempertikai pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

 Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu bahawa selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, beliau juga disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. 

 “Saya dipanggil bantu siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia atas ucapan yang saya buat pada Mac di Parit Buntar. 

 “Siasatan ke atas saya (juga) didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai diambil keterangan hari ini. 

 Ahli Parlimen Parit Buntar itu mempersoalkan kenapa siasatan itu dibuat selepas beberapa bulan, selain polis mengambil masa lama untuk membuka kertas siasatan. 

 “Saya pelik kerana Akta Hasutan itu setahu saya semasa saya dalam PH kita tak guna walaupun ada, malang hari ini saya tak tahu kenapa akta ini dipakai.

 “Ucapan saya buat di kawasan saya pada Mac setelah jatuhnya kerajaan PH dan setelah selesai Muhyiddin (dilantik) sebagai PM.  
“Saya tidak tahu kenapa ia memakan masa sangat panjang. Kini baru dibuat siasatan,” katanya.

 Mujahid, yang hadir bersama peguam beliau, selesai memberi keterangan pada jam 7.20 petang tadi.

 Beliau disoal siasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) lebih sejam setelah tiba di Bukit Aman pada jam 5.30 petang. 

 Mac lepas, media melaporkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang terhadap Mujahid dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataan mereka yang dianggap mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8. 

 Ini berikutan kemelut politik yang berlaku ketika itu dan membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

-Kerengga