Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
BENARKAH KITAB SAHIH BUKHARI PALING SAHIH SELEPAS QURAN?
SOALAN :
Benarkah orang berkata kitab sahih Bukhari adalah kitab kedua paling sahih di atas muka bumi selepas kitab Quran?
JAWAPAN :
Memang benar kedudukan kitab hadith Sahih Bukhari itu adalah kitab hadith yang paling sahih dalam semua kitab hadith yang wujud di dunia ini dan menjadi kitab kedua paling sahih selepas Al-Quran.
Dan sungguhnya telah ijmak sekelian ulamak bahawasanya kitab hadith Sahih Bukhari itu ialah yang paling sahih.
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Kathir :
وأجمع العلماء على قبوله - يعني صحيح البخاري - وصحة ما فيه وكذلك سائر أهل الإسلام
Artinya : “Dan telah ijmak oleh para ulamak atas menerimanya yakni Sahih Bukhari dan sahih sekelian hadith di dalamnya dan seperti demikian juga sekelian ahli islam.” (Kitab Bidayah Wa Nihayah)
Dan berkata Imam As-Subki :
وأما كتابه الجامع الصحيح فأجل كتب الإسلام بعد كتاب الله
Artinya : “Dan adapun kitab Imam Bukhari yaitu Al-Jami’ As-Sahih maka ialah sebesar-besar segala kitab Islam selepas Al-Quran.” (Kitab Tabaqat Al-Kubra)
Kemudian berkata Imam Ibnu As-Solah :
وكتاباهما أصح الكتب بعد كتاب الله العزيز ثم قال: ثم إن كتاب البخاري أصح الكتابين وأكثرهما فوائد
Artinya : “Dan kedua kitab Bukhari dan Muslim itu ialah kitab yang paling sahih selepas Al-Quran. Kemudian beliau berkata : Bahawasanya kitab Sahih Bukhari lebih sahih dan lebih banyak faedahnya.” (Kitab Ulum Al-Hadith)
Dan berkata Imam Nawawi :
اتفق العلماء رحمهم الله على أن أصح الكتب بعد الكتاب العزيز الصحيحان البخاري ومسلم وتلقتهما الأمة بالقبول وكتاب البخاري أصحهما وأكثرهما فوائد
Artinya : “Telah sepakat oleh ulamak atas sungguhnya kitab yang paling sahih selepas kitab Allah ialah Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang sekelian umat menerima keduanya. Dan adalah kitab Sahih Bukhari itu yang paling sahih dan paling banyak faedah.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Jika seorang perempuan yang memakai gincu pada bibirnya kemudian apabila masuk waktu solat dia terus mengambil wuduk tanpa menanggalkan dulu gincu itu adakah sah wuduknya atau tidak?
JAWAPAN :
Setengah dari syarat sah wuduk ialah tidak ada sesuatu yang menghalang air basuhan kena ke atas anggota wuduk.
Dan adalah dua bibir itu ialah termasuk anggota muka yang zahir yang wajib sampai air ketika mengambil wuduk.
Oleh kerana itu jika ketika membasuh mukanya ada suatu yang menghalang dari air kena pada bibirnya seperti bedak atau lilin atau getah atau cat atau sisik ikan atau gincu maka basuhan tersebut adalah tidak sah dan jadilah wuduknya itu tidak sah.
Orang yang solat dengan keadaan air basuhan wuduk tidak kena pada sebahagian anggota wuduk yang wajib basuhnya nescaya solatnya itu tidak sah dan wajib atasnya mengulangi solat tersebut.
Telah diriwayatkan daripada Khalid bin Ma’dan daripada sebahagian sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam :
Artinya : “Sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam pernah ternampak seorang lelaki yang sedang solat dan pada belakang tumitnya ada sebesar syiling yang tidak kena air. Maka Nabi sollallahu alaihi wasallam menyuruhnya untuk mengulangi semula wuduk dan solatnya. (Hadith Abu Daud)
Telah berkata oleh Imam Nawawi :
إذا كان على بعض أعضائه شمع أو عجين أو حناء وأشباه ذلك فمنع وصول الماء إلى شيء من العضو لم تصح طهارته سواء أكثر ذلك أم قل
Artinya : “Apabila adalah di atas sebahagian anggota wuduknya lilin atau lemak atau pewarna atau yang seumpamanya maka jadi ia menghalang sampai air kepada suatu dari anggota wuduknya nescaya tidak sah bersucinya itu samada banyak yang menghalang itu atau sedikit.”(Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzab).
Dan tiada khilaf pada tidak sahnya wuduk yang tidak rata air pada anggotanya.
Berkata Imam Nawawi :
أَنَّ مَنْ تَرَكَ جُزْءًا يَسِيرًا مِمَّا يَجِب تَطْهِيره لَا تَصِحّ طَهَارَته، وَهَذَا متفق عليه. انتهى
Artinya : “Sungguhnya barangsiapa yang meninggalkan satu juzuk yang kecil dari anggota yang wajib dibasuhnya nescaya tidak sah bersucinya itu. Dan ini telah disepakati oleh ulamak atasnya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Kesimpulannya orang perempuan yang mengambil wuduk tanpa menanggalkan terlebih dulu gincu pada bibirnya dan air basuhan wuduk tidak kena pada bibirnya kerana ditutupi oleh gincu nescaya wuduknya itu tidak sah dan solat yang dikerjakan dengannya itu juga tidak sah.
Adakah harus seorang Islam duduk pada satu majlis yang ada pada majlis itu minuman arak sekalipun dia tidak meminumnya?
JAWAPAN :
Hukum duduk semeja dengan orang yang minum arak adalah haram dan turut sama mendapat dosa sekalipun tidak minum arak yang dihidangkan kerana dia termasuk orang yang bersetuju dengan perkara maksiat.
Dan majlis yang dihidangkan arak atau diminum akan arak dinamakan majlis maksiat.
Diriwayatkan daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. katanya :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم يَقُولُ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلا يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ
Artinya : “Wahai sekelian manusia sungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan dia duduk pada majlis yang dihidangkan padanya akan arak.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Dan daripada Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
Artinya : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan sekali-kali dia duduk pada hidangan yang diminum padanya akan arak.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Artinya : “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ yang berarti “Sungguhnya kamu sekelian ketika itu adalah sama dengan mereka” menunjukkan atas wajib menjauhi ahli maksiat apabila terbit dari mereka perbuatan munkar. Dari kerana sungguhnya barangsiapa yang tidak menjauhi mereka itu maka dia dikira redha dengan perbuatan mereka. Redha dengan kekufuran itu adalah kekufuran.
Allah telah berfiman yang artinya “Sungguhnya kamu sekelian ketika itu adalah sama dengan mereka”. Maka sekelian mereka yang duduk pada majlis maksiat dan tidak mengingkarkan atas mereka jadilah dia serta mereka itu bersamaan pada dosanya. Wajiblah bahawa dia ingkarkan atas mereka itu apabila mereka berkata-kata dengan perkara dosa dan melakukan perbuatan dosa. Maka jika tidak mampu atas mengingkari atas mereka maka wajiblah dia berdiri meninggalkan mereka sehingga tidaklah dia termasuk dalam firman Allah tersebut.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)
Berkata Imam Al-Munawi :
وإن لم يشرب معهم؛ لأنه تقرير على المنكر
Artinya : “Dan sekalipun dia tidak minum bersama mereka kerana sungguhnya dia adalah termasuk membenarkan atas perkara mungkar.” (Faidhul Qadir)
Berkata Saidina Abdullah bin Umar Al-Khattab radhiyallahu anhuma:
استحب أن يقرأ على القبر بعد الدفن أول سورة البقرة وخاتمتها
"Sunat membacakan awal dan akhir surah Al-Baqarah di atas kubur selepas dikebumikan jenazah" (HR. al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, 4/93)
Penilaian ulama:
1) Berkata Imam Nawawi di dalam Al l-Azkar ia adalah hasan.
2) Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ia adalah hasan.
3) Berkata As-Syeikh Mansur Al-Bahuti, telah sahih ia daripada Ibnu Umar bahawa mewasiatkan ia apabila dikebumikan agar dibacakan di sisi kuburnya pembuka dan penutup surah Al-Baqarah.
4) Berkata Abd Al Haq, Imam Ahmad mengingkari riwayat ini dan kemudian menarik balik kerana telah sampai sanad tersebut kepadanya.
Sokongan ulama:
1) Bertanya Imam Al Hasan bin Muhammad Al Za'farani kepada Imam As-Syafie mengenai bacaan Al-Quran di sisi kubur. Imam Al Syafie jawab: "Dibolehkan."
2) Berkata Imam Asy-Sya'biy: "Bahawa kaum Al-Anshar, apabila berlaku kematian di kalangan mereka. Maka mereke bergiliran ke kubur untuk membacakan Al-Quran di kubur."
3) Berkata Imam As-Syafie:
ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرءان وان ختموت القرءان كله كان حسنا
"Dan disunatkan membacakan sebahagian Al-Quran di kubur dan sekiranya dikhatamkan keseluruhannya adalah lebih baik."
(Dinaqalkan oleh Imam An Nawawi melalui kitab Riyadh As-Solihin, ms. 386)
Kesimpulan:
Imam Ibnu Qudamah menyatakan bawa amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran adalah bermanfaat kepada si mati dengan ijmak kaum muslimin:
“Dalilnya itu ialah barang yang kami telah sebutkan dahulu itu. Dan juga bahawasanya itu adalah ijmak kaum muslimin. Maka, walau waktu bila dan di mana pun mereka berkumpul dan membaca al-Quran dan mereka menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang sudah mati daripada kalangan mereka dengan tiada sesiapa yang mengingkarinya. Dan kerana hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya si mati itu diazabkan dengan tangisan daripada keluarga kepadanya”.” (Rujuk al-Mughni Ibnu Qudamah)
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah? Hal ini kerana telah viral isu dua artis veteran terkenal telah berkahwin dan melafazkan seperti di atas ketika qabul. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.”
(Surah al-Najm: 45)
Yakni Allah SWT menciptakan setiap daripada makhluk itu termasuklah haiwan, berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina. (Lihat Ruh al-Ma‘ani, 14/68)
Kita sendiri dapat melihat bagaimana sebaik-baik manusia, yakni para rasul dan anbiya’ juga turut mengahwini wanita-wanita dan tidak mengamalkan hidup membujang. Hal ini secara jelas mengangkat martabat perkahwinan itu sendiri sebagai sunnah para rasul dan nabi terdahulu. Ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.”
(Surah al-Ra‘d: 38)
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا
Maksudnya: “Dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?”
(Surah al-Nisa’: 21)
Oleh yang demikian, seseorang yang melangkahkan kaki dalam alam berumahtangga perlu tahu bahawa Allah SWT tidak mengangkat martabat sesuatu itu melainkan padanya kebaikan serta kelebihan, dan keduanya bergerak seiring dengan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap pasangan.
Dalam menjawab soalan di atas, para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas). Hal ini seperti perkataan seorang wali kepada bakal suami (pengantin lelaki): “زَوَّجْتُكَ ابْنَتِي” (Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku) atau “أَنَكَحْتُكَ” (Aku nikahkan engkau). Kemudian pengantin lelaki itu menjawab: “ قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيْتُ” (Aku redha) kerana sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas) itu lebih menunjukkan kepada penyabitan dan penegasan, berbeza halnya dengan sighah mustaqbal (kata masa akan datang).
Melainkan di sisi ulama al-Syafi‘iyyah, mereka berpendapat bahawa tidak cukup pengantin lelaki itu hanya mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) sahaja atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja. Bahkan pengantin lelaki mesti mengucapkan: “قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيتُ نِكَاحَهَا” (Aku redha nikahnya). Sekiranya dia tidak menyebutkan sedemikian, maka tidak sah nikahnya menurut mazhab (pendapat muktamad al-Syafi‘i).
Manakala di sisi jumhur fuqaha’ — al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan satu pendapat al-Syafi‘iyyah — bahawa memadai/cukup pengantin lelaki mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja dan sah pernikahan tersebut dengan sedemikian. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 41/238).
Selain daripada itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menjelaskan, ucapan pengantin lelaki sekadar, “Aku terima,” adalah tidak sah menurut mazhab Syafi‘i (pendapat muktamad) kerana tidak terdapat padanya secara jelas perkataan perkahwinan atau pernikahan, dan niatnya sendiri tidak mencukupi. Manakala menurut satu pendapat lagi yang menyatakan perkahwinan dengan sedemikian itu adalah sah kerana ia kembali kepada apa yang diwajibkan (diucapkan) oleh wali seperti yang dijanjikan secara lafaz (sarih) sebagaimana pendapat yang paling sahih dalam bandingannya iaitu akad jual beli. Akan tetapi menurutnya lagi, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, di mana ia dianggap sebagai kinayah dan akad pernikahan tidak sah dengan kinayah berbeza halnya dengan akad jual beli. Namun, ada pendapat menyatakan bahawa perkahwinan tidak boleh terjadi melalui cara ini sama sekali, dan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah sah secara mutlak. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/230).
Sesungguhnya, wacana ilmiah di kalangan para ulama dan cendikiawan Islam adalah amat baik serta membina makrifah serta kefahaman yang lebih mendalam dan meluas. Kami bersetuju bahawa pandangan yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita keluasan fiqh itu sendiri. Inilah yang disebutkan oleh Umar bin ‘Abd al-‘Aziz:
Maksudnya: “Aku tidak suka bila sahabat Rasulullah SAW tidak berbeza pandangan, sebab kalaulah ia cuma satu pandangan, maka orang ramai akan berada dalam kesempitan. Sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah pemimpin yang menjadi ikutan. Kalaulah seseorang mengambil pandangan salah seorang dari mereka (kerana ada khilaf berlaku), dia akan berada dalam keluasan.” (Lihat al-I‘tisam oleh al-Syatibi, 2/577).
Kesimpulannya
Oleh yang demikian, berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat bahawa ucapan balas/jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah. Ini adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali/merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan. Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.
Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita, Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing. Ini bertepatan dengan kaedah menyebutkan:
حُكْمُ الحَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ
Maksudnya: “Keputusan hakim mengangkat perselisihan.”
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Maksudnya:“Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah kami dengan izin-Mu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki.”
Bertarikh: 16 Oktober 2023 bersamaan 1 Rabiulakhir 1445
Saya mahu bertanya tentang ke manakah ruh orang beriman selepas dicabut olih malaikat Izrail yang mana jasadnya belum dikebumikan?
JAWAPAN :
Para ulamak ahlu sunnah menyebut bahawa sekelian ruh orang mukmin selepas dicabut olih malaikat maut akan di bawa naik ke langit dan Allah Taala memerintahkan supaya ruh tersebut ditunjukkan tempatnya di syurga nanti.
Kemudian ditulis nama ruh tersebut di dalam ‘Illiyyin dan adalah para penduduk langit semua diberitahu dengan ruh orang mukmin yang baru naik ke langit itu.
Kemudian dibawa turun ruh itu ke bumi untuk menyertai jasadnya ketika datang malaikat yang akan menyoalnya.
Berkata Imam Abu Al-Hasan Al-Qabisi :
الصحيح من المذهب، والذي عليه أهل السنة، أنها ترفعها الملائكة فإن كانت من أهل السعادة قال لهم: سيروا بها وأروها مقعدها من الجنة. فيسيرون به في الجنة على قدر ما يغسل الميت. فإذا غسل الميت وكفن ردت وأدرجت بين كفنه وجسده، فإذا حمل على النعش فإنه يسمع كلام الناس، من تكلم بخير ومن تكلم بشر. فإذا وصل إلى قبره وصلي عليه، ردت فيه الروح وأقعد ذا روح وجسد، ودخل عليه الملكان الفتانان على ما يأتي.
Artinya : “Bermula yang sahihnya dari mazhab dan yang berjalan atasnya olih Ahlu Sunnah bahawasanya dibawa naik akan ruh itu ke langit. Maka jika adalah ruh itu dari orang yang bahagia Allah akan berkata kepada malaikat : Bawa kamu sekelian akan ruh ini dan tunjukkan tempat duduknya di syurga. Lalu mereka membawa ruh itu berjalan di syurga atas kadar masa dimandikan mayat. Maka apabila selesai dimandikan mayat dan dikafan lalu diletakkan ruh itu di antara kafan dan jasadnya. Maka apabila ruh itu diletak atas pengusung maka ruh itu mendengar akan perkataan manusia siapa yang berkata dengan kebaikkan dan siapa yang berkata dengan keburukkan. Maka apabila telah sampai kepada kuburnya dan telah disembahyakannya maka dikembalikan ruh itu (kepada jasadnya) dan didudukkannya dan masuklah dua orang malaikat yang menyoalnya atas barang yang akan datang(sebutnya).” (Kitab At-Tazkirah Imam Al-Qurtubi)
Dan ‘Amr bin Dinar meriwayatkan :
ما من ميت يموت إلا روحه في يد ملك، ينظر إلى جسده كيف يغسل، وكيف يكفن، وكيف يمشي به فيجلس في قبره
Artinya : “Tidak ada daripada seorang yang telah mati melainkan ruhnya berada pada tangan malaikat. Melihat ruh itu kepada jasadnya bagaimana dia dimandikan dan dikafankan dan bagaimana dibawa berjalan dengannya dan kemudian didudukkan dikuburnya.”
Sandarannya ialah beberapa hadith yang menyebut akan yang demikian itu antaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. daripada Nabi saw bersabda :
“Sungguhnya seorang mukmin itu apabila adalah ia pada ketika hendak terputus daripada dunia dan berhadap kepada akhirat turunlah kepadanya malaikat daripada langit dengan wajah yang putih seolah-olah wajah mereka itu matahari. Bersama para malaikat itu satu kafan dari kafan-kafan syurga dan satu wangian dari wangian-wangian syurga sehingga mereka duduk sejauh mata memandang daripadanya. Kemudian datang malaikat maut alaihi salam sehingga duduk ia di sisi kepalanya lalu berkata : Wahai ruh yang suci keluarlah kamu kepada keampunan Allah dan redha-Nya. Maka keluar ruh tersebut dalam keadaan mengalir seperti mengalirnya titisan air dari bekas minuman. Lalu malaikat itu mengambilnya dan membawanya dengan penuh perhatian sehinggalah diletakkan ruh itu pada kafan dan pada wangian itu. Dan keluar bau harum daripadanya sebagai haruman yang paling harum dibumi. Maka dibawa naik dengan ruh itu dan tidaklah melewati akan malaikat-malaikat melainkan mereka akan berkata : Ruh siapakah ini yang sangat elok ini. Maka berkata malaikat yang membawanya : Inilah ruh sifulan bin sifulan dengan sebaik-baik namanya yang mereka namakannya di dunia sehingga sampai mereka di langit yang ketujuh maka Allah berfirman : Tulis kamu sekelian kitab hamba-Ku ini pada ‘Illiyyin dan kembalikan ruh ini ke dunia kerana sungguhnya Aku yang telah menjadikannya dari tanah dan kepada tanah ia dikembalikan dan daripadanya akan dikeluarkan pada kali yang lain. Kemudian dikembalikan ruh tersebut kepada jasadnya lalu datanglah dua orang malaikat lalu mendudukkannya.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Assalamualaikum tuan, apakah hukumnya solat seseorang dalam keadaan mulutnya tertutup seperti memakai topeng yang menutup mulut atau menutupnya dengan serban.
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ السَّدْلِ فِي الصَّلاَةِ وَأَنْ يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang meleretkan pakaian di dalam solat serta (melarang) seseorang lelaki itu menutup mulutnya (di dalam solat).
Riwayat Abu Daud (643)
Hadis di atas secara jelas menunjukkan terdapatnya sighah larangan ke atas perbuatan menutup mulut semasa solat. Cumanya para ulama berbeza pandangan samada larangan tersebut membawa kepada hukum haram ataupun makruh.
Imam Al-Khattabi Rahimahullah dalam syarahannya ke atas hadis ini berkata: Antara adat orang arab adalah menutup mulut mereka dengan menggunakan serban, maka mereka ditegah dari melakukan perbuatan tersebut di dalam solat. Melainkan orang yang sedang solat itu menguap, maka dia menutup mulutnya pada waktu tersebut berdasarkan hadis yang menyebutkan tentangnya. Rujuk Ma’alim Al-Sunan, Al-Khattabi (1/179).
Ini membawa erti, perbuatan menutup mulut di dalam solat secara umumnya adalah dilarang. Namun di sana terdapat pengecualian ketika seseorang itu menguap maka dia dituntut untuk menutup mulutnya dan perbuatan tersebut tidaklah dilarang meskipun dalam keadaan sedang menunaikan solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Dan dimakruhkan bagi seseorang yang solat dengan memakai baju yang terdapat gambar padanya, juga makruh seorang lelaki solat dalam keadaan menutup mulut, dan (makruh juga) seorang perempuan yang solat dengan memakai niqab.[1] Lihat Al-Iqna’, Al-Khatib al-Sharbini (1/124).
Secara asasnya, para ulama ada mengulas mengenai beberapa faktor yang menjadi asas larangan perbuatan menutup mulut di dalam solat. Antaranya:
Pertama: Ia merupakan perbuatan kelompok Majusi.
Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Syaukani yang berkata: Telah berkata Ibn Hibban: Kerana ia (menutup mulut) adalah antara perbuatan kelompok Majusi. Beliau berkata lagi: Sesungguhnya larangan menutup mulut di dalam solat adalah apabila ia dilakukan dalam tempoh yang lama. Bukanlah ia turut dilarang ketika menguap dengan kadar yang mampu menahan (menguap). Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani.
Kedua: Ia menghalang kesempurnaan bacaan al-Quran serta sujud.
Kata Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari: Golongan Arab dahulu menutup mulut mereka dengan serban mereka. Mereka menjadikan bahagian hujung serban tersebut di bawah leher mereka. Lalu mereka menutup mulut mereka supaya tidak dimasuki udara yang bercampur dengan debu disebabkan panas atau sejuk. Kerana ia menghalang kesempurnaan bacaan (dalam solat) serta menghalang kesempurnaan sujud. Lihat Mirqat al-Mafatih, Mulla Ali al-Qari (2/636).
Meskipun begitu, terdapat para fuqaha lainnya yang membenarkan menutup mulut di dalam solat sekiranya terdapat hajat keperluan yang menggesa kepadanya. Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibn Qudamah bahawa Imam Ibn Abd al-Bar berkata: ‘’Para ulama telah ijma bahawa hendaklah seorang wanita itu membuka wajahnya ketika solat dan ketika ihram. Ini kerana menutup wajah dan mulut akan mengganggu terkenanya dahi dan hidung (ke tempat sujud). Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melarang akan hal tersebut. Namun sekiranya ada hajat seperti terdapatnya ajnabi (lelaki asing) maka tidak makruh. Begitulah juga dengan lelaki, akan hilang kemakruhan (menutup mulut semasa solat) apabila ada hajat kepadanya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/432).
Kesimpulan
Sebagai penutup, setelah kami meneliti beberapa pandangan di atas maka kami memperincikan jawapan kepada persoalan ini seperti berikut:
Hukum menutup mulut di dalam solat tanpa sebarang sebab adalah makruh. Ini kerana, larangan di dalam hadis tersebut tidak menetapkan sebarang hukuman sama ada duniawi atau ukhrawi sehingga menjadikan perbuatan tersebut haram.
Begitu juga perbuatan tersebut tidaklah memberi kesan kepada kesahihan solat. Ini kerana larangan ke atas perbuatan menutup mulut di dalam solat datang dari jihah munfakkah (sudut yang berasingan) dari solat. Dalam erti, ia tidak memberi kesan kepada rukun mahupun syarat sah solat.
Sekiranya seseorang itu menutup mulutnya di dalam solat kerana ingin mengelakkan habuk atau debu yang bertebaran, kami lebih cenderung mengatakan bahawa ianya diharuskan. Ini kerana terdapatnya hajat dan keperluan kepada hal tersebut.
Akhir kalam, semoga pencerahan ini memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.