"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Bulan Kemerdekaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Kemerdekaan. Papar semua catatan

Isnin, 31 Ogos 2020

"Merdekakah Kita?". Jawapan yang biasa adalah "secara fizikalnya kita merdeka, tetapi pemikiran masih terjajah".

Mungkin ramai yang terlupa atau ada yang tidak tahu pun, bahawa tarikh 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi hakikat inilah yang kita perlu ingat dan hargai, bahawa asal negara ini adalah Tanah Melayu dan kita perlu berbangga dengannya.

Banyak kecemerlangan yang dikecapi bersama sebagai satu negara yang berdaulat, dan banyak juga peristiwa pahit getir yang kita lalui bersama. Maka, pengalaman-pengalaman ini sepatutnya mematangkan diri, menguatkan identiti dan semakin izzah dengan apa yang ada.

Namun, saban tahun ramai yang membangkitkan persoalan "Merdekakah Kita?". Jawapan yang biasa adalah "secara fizikalnya kita merdeka, tetapi pemikiran masih terjajah". Itu benar, dan saya tidak mahu mengulanginya lagi kerana kita semua faham akan hakikat tersebut.

Saya ingin membawa persoalan; selepas 63 tahun Tanah Melayu merdeka, sebanyak manakah kita mampu membina bangsa mengikut acuan sendiri? Ini kerana masih banyak perkara yang kita gagal laksanakan sebagai sebuah bangsa yang merdeka.

Lihat sahaja bagaimana hasrat nenek moyang kita dulu, mereka sanggup menukar tulisan Bahasa Melayu dari sistem tulisan Jawi kepada Rumi hanya untuk meraikan kaum-kaum lain bagi memudahkan mereka menerima bahasa kebangsaan. Tetapi lihatlah hari ini. Bukan setakat ramai yang masih gagal berbahasa kebangsaan, malah tulisan Jawi dipijak-pijaknya pula. Lebih teruk, tulisan-tulisan selain Rumi pula mula diletakkan di papan-papan tanda dengan alasan ada rakyat yang tidak boleh memahami Bahasa Melayu dalam Rumi.

Lihat pula bagaimana nenek moyang kita bertoleransi dengan menghapuskan sekolah aliran Melayu untuk dijadikan satu sistem pendidikan untuk semua tetapi tidak diendahkan pun. Bukan setakat gagal mengikut aspirasi sekolah satu aliran, malah sekolah vernakular semakin banyak dan semakin diperkasakan melalui pelbagai peruntukan, tatkala sekolah-sekolah kebangsaan di pendalaman masih banyak yang daif.

Itu belum lagi kita bicara mengenai tanah-tanah Rezab Melayu yang sudah kurang dari 10 peratus. Puas kita merayu-rayu untuk kerajaan bertindak, tetapi nampaknya sia-sia. Tiba-tiba apabila bangsa lain ceroboh tanah, dibiarkan sahaja dan akhirnya sampai tahap dibela lagi.

Ditambah lagi dengan pelaksanaan undang-undang berkenaan Islam, seringkali gagal dilakukan dengan alasan "tidak cukup ahli parlimen Melayu". Tetapi apabila tiba pilihanraya, kerusi-kerusi Melayu digadainya pula kepada bukan Melayu. Wakil-wakil rakyat Melayu pula ramai yang hanya fikir bagaimana mahu kekal kuasa dan memperkasa parti masing-masing sahaja.

Oleh itu, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk berfikir sejenak, sampai bilakah kita mahu dicengkam dengan helah-helah politik yang sebenarnya banyak terbukti kepincangannya? Kita perlu bijak berfikir, tidak terlalu naif dan taksub serta berani bersuara sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Kalau ditanya kepada saya; apakah impian kemerdekaan yang saya inginkan? Maka saya akan berkata; "Saya inginkan SISTEM POLITIK BAHARU DENGAN PEMIMPIN BAHARU!”.

Selamat Hari Kemerdekaan !

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
31 Ogos 2020

#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat
____

▪️Berjuang bersama kami: ahli.isma.my/register
▪️Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya
▪️Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya

PARA ULAMA' & PERANAN MEREKA DLM PERISTIWA KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957.


Didalam peristiwa bersejarah Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957, terdapat 3 ulama' besar yang telah memainkan peranan penting.


1. Syeikh Abdullah Fahim. Seorang ulama' besar dalam ilmu falak yang telah menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


2. Syeikh Ahmad al-Linggi. Mufti Negeri Sembilan yang pertama ini telah diminta untuk membacakan doa di hari bersejarah tersebut.


3. Tuan Guru Tan Sri Haji Hassan Azahari. Yang pada ketika itu baru berusia 29 tahun telah diamanahkan untuk melaungkan azan keramat di Dataran Merdeka sebagai satu seruan kepada rakyat supaya mentaati Allah dan Rasul.

Selain daripada mereka, sebenarnya ramai lagi alim ulama' yang telah berjuang berhabis habisan sehingga ada yang gugur syahid menentang penjajah semata-mata untuk mencapai kemerdekaan. Amatlah wajar bagi kita semua untuk mengetahui kisah hidup alim ulama' Melayu kita ini dan perkenalkan mereka pada anak cucu.

Pernah seorang menyebut, kita perlu ambil tahu siapa masyeikh-masyeikh besar di tanah arab. Ya betul, namun ulama' Melayu kita sendiri sepatutnya, kita mesti lebih ambil tahu lagi.

Tanpa mereka, kita bukan siapa-siapa.

====================

*Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said* (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957
Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

 SEJARAH & AKHIR ZAMAN

Khamis, 20 Ogos 2020

Semangat patriotik seorang penoreh getah! Kita macam mana?!

BIARPUN dirinya bergelar seorang penoreh getah, namun semangat patriotik bagi menyambut Hari Kebangsaan harus dipuji apabila dia sanggup menghabiskan wang hasil menoreh kerana membeli jalur gemilang untuk hiasan pada kereta miliknya. : KitaReporters
Wan Mustafa sedang memasang Jalur Gemilang di kereta miliknya

Lagi cerita-cerita berkaitan bendera:

Wan Mustafa Wan Hasan, 55, dari Kampung Gerai, dekat Jertih, Terengganu, tidak kisah menghabiskan wang dan masa untuk memasang bendera Jalur Gemilang pada kereta kerana semangat kemerdekaan beliau sanggup berbuat apa sahaja biarpun diketawakan oleh orang lain.
Penoreh getah bersemangat patriotik Wan Mustafa Wan Hasan 

Malah, usahanya memasang Jalur Gemilang pada kenderaan miliknya bukanlah perkara baharu, sebaliknya aktiviti seumpama itu diakukan sejak 2014 sehingga sekarang.
"Bukan niat saya untuk menunjuk, tetapi semangat patriotik yang membara dalam jiwa mengilhamkan saya untuk terus memasang bendera sebagai tanda menghargai jasa pejuang terdahulu yang banyak berkorban demi negara," katanya.
Wan Mustafa berkata, setiap tahun apabila tiba bulan Ogos beliau akan membeli Jalur Gemilang untuk dihias pada kereta kerana ia sudah sebati dengan jiwanya.
Bersemangat.. Wan Mustafa dibantu oleh isteri dan anak perempuan memasang 63 Jalur Gemilang pada kereta miliknya

Tambahan pula,katanya, aktiviti yang dilakukan itu turut mendapat sokongan ahli keluarga termasuk isteri dan anak yang sama-sama membantu memasang bendera Malaysia berkenaan.
Katanya, pada setiap tahun, beliau membeli Jalur Gemilang mengikut tahun kemerdekaan dan pada tahun ini, beliau terpaksa membeli 63 keping Jalur Gemilang mengambil sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63.
Kreatif.. kereta milik penoreh getah Wan Mustafa menarik perhatian penduduk daerah Besut

“Saya rela tidak membeli keperluan lain pada setiap bulan Ogos dan hasil jualan getah akan disimpan untuk belanja membeli Jalur Gemilang,” katanya.
Pada tahun ini, katanya, beliau memperuntukkan RM300 untuk persediaan membeli Jalur Gemilang yang dipasang pada kereta.
“Sebuah kereta Proton Iswara berusia 19 tahun menjadi pilihan untuk dihias pada setiap tahun,” katanya.
Wan Mustafa memeriksa Jalur Gemilang yang dipasang bagi mempastikan tidak terbalik

Katanya, dia mempunyai lebih banyak idea untuk menghiasi keretanya dengan Jalur Gemilang, namun ia terbatas akibat kekangan kewangan.
“Inilah cara saya menanam rasa cinta dan apresiasi terhadap negara yang mampu dilakukan demi untuk Malaysia tercinta,” katanya.
Wan Mustafa berkata, paling seronok apabila beliau memandu kereta yang penuh dengan jalur gemilang ramai yang memberi tumpuan kepadanya, malah ada yang mengangkat tangan dan membunyikan hon.
Katanya, pernah juga ketika melalui sekatan jalan raya, anggota polis yang menjalankan tugas memberi tabik hormat kepadanya mungkin juga sebagai tanda menghormati Jalur Gemilang.
Walaupun dia tidak mengharapkan apa-apa penghargaan daripada pihak tertentu di atas aktiviti yang dilakukan, namun beliau tetap bersemangat dan akan meneruskan kretiviti tersebut pada setiap tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara. - KitaReporters