"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Filem Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem Melayu. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2024

(1957) Filem ‘Pontianak’ merupakan filem seram Melayu pertama dalam bentuk hitam putih yang dihasilkan dalam sejarah perfileman Melayu


 (1957) Filem ‘Pontianak’ merupakan filem seram Melayu pertama dalam bentuk hitam putih yang dihasilkan dalam sejarah perfileman Melayu dan diarahkan oleh B. N Rao pada tahun 1957. 

Selepas ditayangkan di 2 Negara; Singapura dan Malaysia, filem ini telah mendapat sambutan luar biasa peminat-peminat filem Melayu yang menonton kisah mengenai wanita yang terlanggar sumpahan dan menjelma menjadi Pontianak. 

Disebabkan mendapat sambutan luar biasa, filem tersebut mendapat tayangan  selama 3 bulan. 

Setelah itu, filem ‘Pontianak’ kemudian disambung untuk 2 lagi filem baru yang seterusnya; ‘Dendam Pontianak’ (1957) dan ‘Sumpah Pontianak’ (1958). 

2 filem sekuel Pontianak ini masih diarahkan oleh B. N Rao. Namun sayangnya, diceritakan bahawa filem-filem Pontianak tersebut dikategorikan sebagai HILANG kerana reel filemnya telah dibuang oleh seorang pemilik studio atas beberapa sebab. Atas sebab apa tu ya? 

Maria Menado merupakan pelakon wanita pertama yang melakonkan watak Pontianak bagi ketiga-tiga filem tersebut. Menerusi tiga filem tersebut, beliau perlu melakonkan 3 watak sekaligus; sebagai wanita cantik, menjadi wanita hodoh dan menjelma menjadi Pontianak. Watak ikonik tersebut juga telah mencipta kemasyhuran buat Maria Menado sebagai salah seorang seniwati handalan. 

Beberapa tahun kemudian, industri perfileman melayu kemudian terus menghasilkan beberapa buah filem seram yang menjadikan Pontianak sebagai watak/subjek utama dan dilakonkan oleh beberapa orang pelakon-pelakon wanita termasuk yang malar segar di era terkini adalah lakonan Maya Karin.

Sumber: Facts.bn

Credit 

#FoIMPAK  

#FilemMelayu 

#FilemHilang?

Khamis, 6 Jun 2024

Filem P.Ramlee:"Macam Mana P. Ramlee Cipta 6 Jahanam?"

 "Macam Mana P. Ramlee Cipta 6 Jahanam?"

Semasa P. Ramlee ingin mengarahkan filem 6 Jahanam, beliau ingin mencipta watak kepada setiap pelakon yang membawa peranan 6 Jahanam tersebut dengan keadaan yang berbeza. 

P. Ramlee ingin menggambarkan kesemua watak 6 Jahanam ini sebagai benar-benar ganas supaya mereka nampak betul-betul jahat.

Pada suatu hari, P. Ramlee telah memanggil keenam-enam pelakon yang terlibat bersama beberapa orang tukang gunting rambut yang didatangkan khas olehnya ke Studio Merdeka. 

P. Ramlee telah meminta tukang gunting rambut itu memotong rambut keenam-enam pelakon itu dengan gaya yang berbeza. Ada yang botak, ada juga yang botak separuh, dan ada yang gondol.

Keenam-enam pelakon itu hanya menurut sahaja kehendak P. Ramlee. Untuk makluman semua, di Studio Merdeka bukan mudah bagi pelakon-pelakon baru untuk mendapat peluang berlakon dalam filem P. Ramlee kerana beliau sangat teliti dalam pemilihan pelakon untuk filem-filemnya. 

Bagi mereka semua, betapa beruntungnya mendapat tawaran berlakon dalam filem P. Ramlee, jadi setakat botak atau gondol kepala tidak menjadi masalah besar.

Keenam-enam pelakon yang terlibat untuk dipotong rambutnya ialah Ahmad Dadida (Karambit), Osman Botak (Paragas), Sharif Baboo (Mumbala), Ibrahim Sabtu (Jagindas), Kamal Idris (Katipang), dan J.B Yusoff (Sujama).

Watak Laksamana Damburi yang dilakonkan oleh seniman Yusof Latiff pula pada awalnya ditawarkan kepada S. Roomainoor. Namun, S. Roomainoor menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu terlibat dengan mana-mana penggambaran pada waktu itu. 

Oleh itu, P. Ramlee segera menerbangkan Yusof Latiff dari Singapura untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ramai juga yang tidak tahu bahawa filem ini diadaptasi daripada filem koboi, The Bravados (1958) yang mengisahkan seorang suami yang membalas dendam atas kematian isterinya.

Walaupun begitu, filem ini mendapat kritikan hebat daripada Utusan Malaysia kerana mutu pengarahannya.

Namun berpuluh tahun kemudian, filem ini telah menjadi filem 'cult' dan diminati generasi muda masa kini.

Oleh: Azizul Farhan

Sumber 

___

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara? 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme

Rabu, 22 Mei 2024

"Watak Kassim Selamat Buta Disebabkan Bapa P. Ramlee?"

 "Watak Kassim Selamat Buta Disebabkan Bapa P. Ramlee?"

Dalam filem Ibu Mertua Ku kita semua telah disajikan dengan sebuah naskah berat karya dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 

Cerita asal dari Allahyarham Ahmad Nisfu ini telah berjaya menjentik emosi peminat filem Melayu dari dahulu sehingga kini. 

Melalui filem Ibu Mertua Ku, P.Ramlee telah diiktiraf sebagai Bakat Serba Boleh (Most Versatile Telent) di Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963. 

Anugerah Bakat Serba Boleh ini hanya dimiliki oleh P.Ramlee sahaja di dalam dunia. Kategori ini tidak pernah lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah filem dalam dunia selepas P.Ramlee menerimanya sehingga sekarang.

Apa yang saya ingin kongsikan adakah anda semua tahu mengapa P.Ramlee "membutakan" watak Kassim Selamat di dalam filem ini? 

Sebenarnya watak Kassim Selamat yang buta matanya disebabkan menangis setiap hari kerana meratapi pemergian isterinya Sabariah (lakonan Sarimah) dalam filem ini adalah merujuk kepada kisah benar yang berlaku kepada ayahanda P.Ramlee sendiri iaitu Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim.  

Selepas P.Ramlee meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948, Teuku Nyak Puteh dikatakan sering kali berduka dan menangis kerana merindukan anak tunggalnya itu. 

Walaupun pada peringkat awal beliau merestui kepergian P.Ramlee dalam mengejar cita-citanya, tetapi jiwanya merintih sepi dipeluk rindu yang mendalam. 

Oleh kerana beliau seringkali menangis dan berduka, perkara ini telah mengakibatkan mata beliau menjadi buta. 

Dalam satu kejadian lain, Teuku Nyak Puteh pernah meminta rakan-rakannya membawa beliau ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan P.Ramlee. 

Walaupun beliau tidak dapat menonton filem berkenaan kerana matanya buta, dapat mendengar suara anaknya itu sudah cukup bagi melepaskan rindunya terhadap P.Ramlee.

Sejak P.Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang atas sebab kekangan jadual kerja yang padat. 

Pada masa yang sama P.Ramlee sedang berada di puncak kemasyhuran bermula dari tahun 1950. 

P.Ramlee hanya sempat mengirim wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya Syeikh Ali.

Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P.Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang menemui keluarganya pada tahun 1953. 

P.Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang menimpa ayahandanya itu. 

Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya. 

Teuku Nyak Puteh meninggal dunia pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun.

Begitulah pendekatan seorang seniman agung dunia Melayu dalam berkarya. 

P. Ramlee sentiasa melihat keadaan yang berlaku disekelilingnya dan mentauladani pengalaman yang pernah beliau lalui untuk menyatakan dan menterjemahkan seninya kepada masyarakat. 

P. Ramlee menjadikan filem sebagai wadah dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur benci, membakar semangat, membaja kasih sayang dan membenih rasa cinta. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Gagak di rimba yang masih bertakhta di belantara seni.

Alam nan luas

Banyak gunung dan banyak jurang

Wahai anak, dan banyak jurang

Gunung tinggi engkau daki

Jurang dalam engkau jauhi

Kalaulah aku boleh MEMANDANG

Aku pandu engkau berjuang

Kalaulah besar anakku sayang

Sesal ayah kerana tidak dapat memandang.

Oleh: Azizul Farhan

Sumber: The Patriots Studios 

___

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara? 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan menemui anda ketika PBAKL di reruai Patriots yang bernombor 4026, 4027, 4051, 4052, 4061, 4062, 4075 dan 4076 di Dewan Tun Razak 4, PWTC!

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/

Khamis, 2 Mei 2024

Filem SHERIFF NARKO INTEGRITI (2024) ; Lakonan Zul Ariffin (Sheriff) 'tapau' kehadiran semua karakter lain dgn sempoi & stylo.

 Filem SHERIFF NARKO INTEGRITI (2024) ; Lakonan Zul Ariffin (Sheriff) 'tapau' kehadiran semua karakter lain dgn sempoi & stylo.

Ramai org sdh tau sinopsis dan barisan pelakon filem ni jadi sy share sikit ttg 'pengalaman rasa' sy selaku penonton sepanjang menonton filem ni

Start ja filem ni, dia ikat kau tonton sampai hujung. Terpaksa tahan hajat ke toilet.

Stail penceritaan agak unik, penonton awal2 tahu who's who dan hanya menunggu bagaimana kesudahan namunnn plot-twist bertubi-tubi yg dihidang buat kita fikir semua kemungkinan yg sempat kita hadirkan dlm fikiran.

Lakonan? Zul Ariffin mmg kelaslah dalam cerita ni, sangat entertaining Demikian juga konsistensi lakonan Shafiq Kyle sempat buat sy terkagum. Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit  tokan dadah  agak tenggelam kecuali pada babak gaduh. Elizabeth Tan wow lakonannya di hujung2 cerita sgt impactfull. 

Adegan kejar mengejar agak kelangkabut namun diceriakan oleh gelagat humor oleh dua pegawai polis cina & india ala gerak khas 😁

Adegan serbuan, tembak menembak kurang menarik namun tetap gah oleh kecanggihan pakaian, peralatan n senjata yg digunakan. 

Adakah imej pulis terjejas oleh filem ni? Bagi sy tidak. Banyak dailog yg mengangkat imej pulis dlm ni dan filem ni berjaya justify salahlaku pulis yg dipaparkan lebih kepada faktor sebagai individu dan bukan organisasi. Skrip filem ni bagus. Garapannya terlalu filem hingga kita x sempat fikir ada ka kejadian begini dlm organisasi pulis. Dailognya familiar, mudah meresap ke otak.

📷 Rawlins GLAM

#SheriffNarkoIntegriti 

Stars 4/5

Credit 

Jumaat, 26 April 2024

Filem Sheriff kutip RM22.1 juta selepas 7 hari tayangan

MV5BN2FjMTY4OWUtMzkxOC00NjI4LTg2N2QtZjIyYzY2ZWQzNTY0XkEyXkFqcGdeQXVyMTUzMDA3Mjc2

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

 KUALA LUMPUR – Filem bercorak aksi thriller, Sheriff terus mendominasi pawagam seluruh negara apabila meraih kutipan sebanyak RM22.1 juta selepas tujuh hari tayangan.

Penerbit eksekutif filem berkenaan merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad bersyukur kerana menerima maklum balas luar biasa daripada penonton.

Melihat respon penonton yang sudah menonton filem Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan plot twist yang di luar jangkaan.

“Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam. Kutipan RM22.1 juta meletakkan Sheriff sebagai filem tempatan nombor satu tahun ini.

“Sekiranya sambutan menggalakkan ini berterusan, insya-Allah Sheriff akan mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa.

“Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Filem yang turut mengangkat subjek ‘polis tangkap polis’ terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq Kyle iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Datuk Aaron Aziz semakin berleluasa.

Nazri terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul Ariffin adalah anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes Meth Killer dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. – MalaysiaGazette