"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Nur Sajat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Sajat. Papar semua catatan

Isnin, 14 Jun 2021

Sajat dikehendaki polis, bantu kes tukar maklumat kad pengenalan

NUR Sajat. FOTO arkib NSTP
NUR Sajat. FOTO arkib NSTP

Ampang Jaya: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sajad, 36, diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Katanya, pihak polis turut mengesan seorang lelaki berkaitan kes penipuan pelaburan saham yang sedang dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.

"Suspek, Cheah Kok Hau yang beralamat terakhir di No 18 Jalan 5, Taman Kandan Batu 8, Jalan Puchong, Puchong, Selangor, didapati tidak hadir pada prosiding perbicaraan kes itu di mahkamah hari ini.

"Kedua-dua individu berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954," katanya.

-myMetro

Khamis, 15 April 2021

Manusia bertopengkan syaitan, kebanyakannya munafik – Nur Sajat

SAJAT kini hidup dalam persembunyian.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi yang masih hilang jejak, Nur Sajat terus memuat naik kenyataan kontroversi menerusi Instagramnya.

Terbaharu, Nur Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menyifatkan kebanyakan manusia bersifat munafik.

“Biarlah tiada agama daripada ada agama, rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakannya ramai munafik. Manusia bertepungkan syaitan,” tulisnya melalui Insta Story.

ANTARA luahan Sajat dalam Instagramnya.

Tulis Sajat juga, orang cerdik agama yang membuatkan dirinya menjauhi dari agama Islam.

“Orang agama yang minta sangat aku jauh dari agama Islam. Lagi aku pertahankan, lagi mereka buli aku. Orang-orang acah alim, semua sibuk maki, hina, herdik dan beri sindirian yang menghina.

“Aku dengan cara aku dan aku tak percaya mana-mana dah. Bagi aku semua itu karut,” ujarnya.

Untuk rekod, sudah Sajat sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sehingga kini, usahawan itu masih belum berjaya dijejaki sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu. Pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat berada di luar negara. – K! ONLINE


Selasa, 6 April 2021

Sajat bersembunyi di Thailand

MUHAMMAD Sajjad Kamaruz Zaman. FOTO arkib NSTP
MUHAMMAD Sajjad Kamaruz Zaman. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, Sajat kini sedang bersembunyi di Thailand.

Ditanya bagaimana dia lolos ke negara jiran itu, sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laluan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun dia menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan bahawa Sajat kini sedang berada di negara jiran namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

"Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berkongsi maklumat berkaitan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.-myMetro

Ahad, 4 April 2021

Pulanglah Sajat, kamu bukannya hadapi kes berat di mahkamah - Ketua Polis Negara

Polis hairan dengan tindakan Sajat melarikan diri memandangkan dia tidak berdepan pertuduhan atau hukuman berat.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman agar segera keluar dari tempat persembunyiannya dan seterusnya berhadapan dengan kes yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, ketika ini, pihak polis masih belum mendapat sebarang perkembangan tentang kedudukan dan keberadaan usahawan kontroversi terbabit yang dipercayai sedang berada di luar negara.

Tambah beliau, pihaknya turut berasa hairan dengan tindakan yang dilakukan Nur Sajat ketika ini iaitu dengan melarikan diri memandangkan dia tidak menghadapi sebarang pertuduhan atau hukuman yang berat di mahkamah.

Abdul Hamid turut menjelaskan bahawa polis sebelum ini telah berjaya mengesan keberadaan Nur Sajat dan cuba untuk menahannya namun terdapat beberapa kekangan terutama kewujudan lorong tikus di sempadan negara telah menggagalkan usaha tersebut.

 "Saya harap dia bertanggungjawab, itu private life dia, saya tahu, (tetapi) janganlah apabilah dia berada di luar negara ke, tempat persembunyian, dia masih lagi hendak mencuit perasaan orang ramai (dengan kenyataan dan tindakan yang dilakukannya), (saya minta dia) balik (dan) pergi ke mahkamah,

"Dia sudah memang di luar negara, masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan, hanya kita tahu lebih kurang dia di mana. Kita ada teknik mengesan misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok, kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Seksyen K9 Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM di Langkawi pada Ahad.

Rabu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Muhammad Sajjad berada di luar negara, namun pemantauan sedang dilakukan.

-AstroAwani

Jumaat, 2 April 2021

Di Mana Mereka Bersembunyi Agaknya?

 


KUALA LUMPUR – Dalam beratus orang yang dicari, tiga individu kini menjadi tumpuan pihak berkuasa tempatan kerana mempunyai waran tangkap ekoran gagal hadir ke mahkamah dan terlibat dengan kes jenayah komersial terbesar di negara ini.

Mereka ialah usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, pe­ngasas Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, dan ketua sindiket pe­ngubahan wang haram terbesar, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

Ketiga-tiga mereka ini dicari kerana sehingga kini pihak berkuasa masih belum menemui mereka sama ada kekurangan maklumat mahupun ada tali barut yang memberi maklumat mengenai operasi yang dilakukan.

Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Sajat dicari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengeluarkan waran tangkap ekoran kegagalannya hadir pada prosiding sebutan semula kerana berpakaian wanita di khalayak ramai.

Eu Boon pula dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam.

Ini bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan: “Saya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mahasiswa di Lembah Klang menggunakan Sugarbook bagi mencari sugar daddy.”

Nicky pula dicari kerana menjadi ketua penjenayah komersial terbesar negara. Kumpulan itu berjaya dilumpuhkan baru-baru ini, namun Nicky berjaya lolos kerana ada tali barut dalam pa­sukan polis yang membocorkan maklumat itu kepadanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, usaha mengesan Nicky masih giat dijalankan walaupun berjaya menangkap anggota sindiket termasuk adiknya di sekitar Lembah Klang.

“Dia dipercayai masih berada dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. Abdul Hamid berkata, Geng Nicky juga bahaya kerana disyaki melantik gengster sebagai pengawal peribadi.

“Saya dimaklumkan sindiket ini buas serta ganas kerana me­lakukan tindakan memukul, mengugut pekerja-pekerjanya yang didapati cuba keluar daripada kegiatan sindiket mereka.

“Hampir kesemua aset yang diperoleh juga dibeli secara tunai untuk mencuci wang haram,” katanya yang menganggarkan aset Nicky bernilai RM1 bilion merangkumi saham, hartanah, mata wang digital dan wang tunai.

Dalam pada itu, Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, usaha memburu Sajat tidak terhenti dan tiada tempoh masa ditetapkan untuk memberkasnya.

“Kita ada pergi ke rumahnya dan tanya ibu bapanya, namun mereka tidak tahu. Kita yakin akan menangkapnya nanti.

“Dia yang menghilangkan diri bukan kami. Dakwaan dia (menerusi video di Instagram) pihak berkuasa tidak mencarinya tidak tepat. Kita ada, dia yang hilang,” katanya.

Tambahnya, MAIS mengambil serius berhubung waran tangkap itu walaupun tidak meletakkan ranking ke atas kes tersebut.

“Saya yakin dia akan sedar dan datang sendiri. Kita bincang untuk kebaikan diri dia dan agama Islam. Islam itu adil dan bukan hendak terus aniaya seseorang, datanglah apa nak takut.

“Jabatan Agama Islam Se­langor dan Polis Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan apa kes sekalipun termasuk berkaitan Muhammad Sajjad,” katanya.

Sajat dikenakan waran tangkap sejak 23 Februari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas gagal hadir prosi­ding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Nicky lolos sebab pegawai tali barut


Tindakan polis Johor menggerakkan 220 pegawai dan anggotanya untuk menyiasat secara mendalam sindiket Geng Nicky berjaya membongkar penglibatan jahat mereka dalam jenayah komersial terbesar di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembongkaran bermula apabila polis Johor menyiasat kes penipuan jual beli telefon bimbit secara online di negeri itu sehingga dapat mengenal pasti dalangnya dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi Ops Pelican 3.0.

Katanya, operasi selama sembilan hari bermula 20 Mac lalu di Lembah Klang berjaya melumpuhkan Geng Nicky yang aktif sejak 2014.

“Sebanyak 70 serbuan dilakukan bagi mengesan dan menangkap anggota Geng Nicky yang berpusat di sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor. Seramai 118 individu telah diperiksa.

“Dalam operasi itu, kita menahan 48 individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Imigresen (12) dan narkotik (8),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Abdul Hamid, selain tangkapan, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 beserta satu kelopak berisi sembilan butir peluru.

Tambahnya, pihaknya turut merampas sejumlah matawang RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta.

“Sebanyak 41 akaun mengandungi RM4 juta serta 35 kenderaan bernilai RM8,863,759 melibatkan 21 individu dan 16 entiti Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001,” katanya.

Ujar Abdul Hamid, operasi itu dilancarkan susulan maklumat yang diperoleh polis Johor pada Januari lalu selepas Ops Pelican 2.0 melibatkan Macau Scam yang menggunakan akaun tumpangan dan transaksi wang milik Winner Dynasty Group.

“Kita juga mendapati seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa dan beberapa orang kenamaan mempunyai hubungan dengan sindiket tersebut. Meraka akan ditangkap kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan mendedahkan, operasi me­nyerbu sindiket itu telah dibocorkan oleh seorang pegawai seminggu awal menyebabkan suspek utama berjaya lolos.

“Akibat daripada kebocoran itu, dia berjaya memindahkan sejumlah besar wang keluar daripada premis-premis mereka. Kita yakin dia masih berada dalam negara ini walaupun berjaya lari ketika serbuan itu,” katanya.

Sumber: K!

kredit:Anak Sungai Derhaka

Isnin, 29 Mac 2021

Sajat nafi menyorok daripada JAIS, pihak berkuasa

 


Sajat

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.

Menurut video berdurasi 2:21 minit yang dimuat naik menerusi media sosial itu, Sajat menafikan beliau melarikan diri daripada pihak berkuasa.

 “Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?

 “Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” katanya menerusi video berkenaan.

Nur Sajat mendakwa beliau mendiamkan diri disebabkan keadaan beliau yang tidak sihat.

“Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” ujarnya

 Bagaimanapun, sepanjang menjawab soalan netizen, Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam video tersebut.

Nur Sajat sebelum ini dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

-SH Online

Isnin, 22 Mac 2021

Selepas Coach Yin Bernikah, Ini Yang Berlaku Kepada IG Sajat


 JuruIatih kesihatan yang sebelum ini pernah didakwa menjadi kekasih usahawan ksmetik, Nur Sajad selamat mendirikan rmah tangga dengan wanita pilihan hatinya.

Menerusi gambar majlis pernikahan Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Mohd Adanan telah dikongsikan beliau di Instagram dan menarik perhatian ramai.

Lengkap mengenakan busana sedondon berwarna putih, isteri Coach Yin dikenali sebagai Yeen Azmin turut berkongsi berita itu di laman Instagramnya hari ini.

Menerusi perkongsian itu, majlis pernikahan pasangan tersebut telah berlangsung di sebuah kawasan di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Difahamkan kisah pasangan ini mula tular sejak tahun lalu akhirnya selamat bergelar suami isteri.

Menerusi IG juga, difahamkan Yeen Azmin atau nama sebenarnya Azreen Nazmin turut berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan bekerja di negeri pantai timur itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan berita pernikahan pasangan tersebut dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Coach Yin dan isterinya.

Pada masa sama, netizen turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Selain itu, mereka juga bersyukur kerana Coach Yin akhirnya kembali ke ‘pangkal jalan’ dan memilih wanita ‘tulen’ untuk dijadikan pasangan hidup.

Sebelum dia turut memberi bayangan akan mengahwini Azreen.

Terdahulu pada tahun 2017, Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah selepas dikatakan pernah menjadi kekasih kepada Nur Sajad, namun hubungan mereka berakhir sekitar Januari tahun lalu.

Kisah hubungan cinta membabitkan Coach Yin dan Nur Sajad mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan pelbagai k0ntroversi sepanjang pasangan itu menjalin hbngan.

Dalam pada itu, polis sudah mengenal pasti lokasi persmbunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat yang dikenakan war4n t4ngkap kerana tidak hadir sebutan semula kes di mahkamh berhubung isu mengh1na Islam.

Terdahulu, media melaporkan Mahkam4h Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan war4n t4ngkap terhadap Sajat kerana ggal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Difahamkan Nur Sajad bersmbunyi sebaik war4n t4ngkap dikeluarkan m4hkamh.

 Ini yang terjadi kepada IG Sajad, ntizen komen tanya pasal perkhwinan Coach Yin

Sementara itu, berdasarkan semakan terbaru di Instagram Sajat, seakan tiada apa yang pelik atau status ditulisnya mengenai pernikahan bekas kekasihnya, Coach Yin.

Namun dalam satu entri yang dimuatnaik oleh Sajat yang berkongsi produk beliau, rata-rata warganet datang meninggalkan komen.

Bukan bertanyakan pasal produk, sebaliknya ntizen datang bertanyakan Sajat pasal perkhwinan Coach Yin.

 

Malah ramai juga yang mempers3nda Sajad dengan mengatakan bekas kekasihnya itu sudah berkhwin dengan wanita tulen.

” Coach yin dah kawin. Tak ucap congrats ke?” tanya Mizi.

” Nak tanye tak sedih ke coach yin dah khwin?” komen Nurin.

” Coach yin dh khwin..sajad bila lagi?” tulis Rasyidah.

 

Sumber:k0smo dan IG Yeentishrin


Credit>Apple Hijau


Rabu, 3 Mac 2021

Pejabat Mufti pandang serius kenyataan Sajat

 MUHAMMAD Sajjad Kamaruzzaman (Nur Sajat) semasa hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Oktober 2019. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu keluar agama Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, kenyataan yang berbaur ancaman murtad itu dilihat boleh memberi kesan mendalam terhadap umat Islam negara ini.

“Kita memandang serius dan bimbang segelintir masyarakat berasa keliru dengan anggap perbuatan itu normal dan tidak menyalahi agama,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin warganet gempar apabila tular video pengakuan Nur Sajat menerusi media sosial seolah-olah mahu murtad.

Dia mendakwa kecewa apa yang berlaku kepada dirinya setelah Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenakan waran tangkap kerana tidak hadir kes hina Islam.

Ini disusuli tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara dekat sini namun gagal menemuinya dipercayai bersembunyi di lokasi lain.

Luqman berkata, kenyataan kontroversi yang dikeluarkan individu sedemikian dikhuatiri akan membuka kepada pintu-pintu keburukan lain dalam masyarakat.

-Utusan Online


Selasa, 2 Mac 2021

Sajat murtad umum keluar dari Islam?



PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, sekali lagi didakwa membuat kejutan seolah-oleh berniat mahu menukar agama melalui sebuah video.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.


“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Saya sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak jadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” ujarnya melalui video berkenaan.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Selang beberapa hari kemudian iaitu pada 27 Februari, satu serbuan ke kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara telah dilakukan petugas JAIS dengan bantuan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya namun dia gagal ditemui dan disyaki cuba bersembunyi di lokasi lain.

Justeru itu, Polis Selangor bersedia bekerjasama dengan JAIS bagi membantu mengesan Nur Sajat. – Kosmo

Isnin, 19 Oktober 2020

Sajat bertelekung - Mujahid perlu bertanggungjawab, kata defendan

 


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkannya membabitkan isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.

Perkara itu dinyatakan oleh ketiga-tiga defendan iaitu wartawan Harakah Aziz Muda, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob serta penerbit laman sesawang harakahdaily dan akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd menerusi penyataan pembelaan yang difailkan pada 28 Sept lepas.

Mereka berkata Mujahid sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat khususnya pengamal media berhubung isu itu.

Ketiga-tiga defendan juga mendakwa mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai penulis dan pengamal media untuk membuat laporan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Mujahid, plaintif dalam kes saman fitnah itu.

"Defendan menegaskan bahawa mereka berada di bawah tanggungjawab politik, moral dan sosial untuk menyebarkan pandangan berbeza dalam masyarakat khususnya berkaitan isu pendekatan ‘Rahmatan Lil Alamin (Rahmat ke Sekalian Alam)’ dan juga konsep 'Amar Maaruf Nahi Munkar' (Suruhan berbuat baik dan larangan berbuat mungkar)," menurut penyataan pembelaan itu.

Menurut ketiga-tiga defendan, mereka tidak pernah mempunyai apa-apa niat jahat terhadap bekas menteri itu dalam penerbitan artikel berkenaan kerana ia adalah berdasarkan ulasan saksama.

Penyataan pembelaan itu diperoleh pihak media menerusi peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili ketiga-tiga defendan ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid, memberitahu pemberita bahawa saman tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 23 Okt secara e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Atikah Muhammad bagi mendapatkan pemfailan dokumen.

Beliau berkata pihaknya juga telah memfailkan jawapan bagi penyataan pembelaan defendan pada 16 Okt lepas.

Mujahid memfailkan saman itu pada 12 Ogos lepas dan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Mujahid mendakwa pada 7 Feb lepas, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan’ serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnahnya dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Feb lepas menerusi artikel ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH.’

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti ‘Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)’ dan plaintif juga didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.

Mujahid mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

Plaintif menuntut perintah agar defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya atas kenyataan fitnah itu dan ia perlu diiklan atau diterbitkan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

Penyataan tuntutan Mujahid juga meminta defendan menarik balik artikel yang diterbitkan itu serta memberi aku janji tidak akan menulis dan melaporkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya serta memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus memberi komen berunsur fitnah terhadap dirinya.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama