"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Bank Negara Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bank Negara Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2024

Bayar balik segera wang RM24.2 juta yang dicuri - Bank Negara

 Foto suspek yang dikatakan terbabit dengan siasatan kehilangan RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap pengguna.

Foto suspek yang dikatakan terbabit dengan siasatan kehilangan RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap pengguna.

KUALA LUMPUR: Semua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap membabitkan kerugian berjumlah RM24.2 juta, perlu mendapat bayaran balik dengan segera, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada masa sama, bank pusat itu turut memandang serius semua laporan berkaitan pengeluaran wang tunai tidak sah secara besar-besaran yang membabitkan pekerja institusi kewangan dan pihak luar.

"Integriti individu yang bekerja dengan institusi kewangan adalah perkara yang amat penting," kata BNM kelmarin sebagai menjawab pertanyaan Bernama berhubung perkembangan kes berkenaan.

Hingga kini, polis sudah menahan 14 individu, termasuk empat kakitangan bank bagi membantu siasatan kes itu.

Polis menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor, selepas mangsa menyedari pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Menjelaskan selanjutnya, BNM turut menegaskan bahawa semua institusi kewangan perlu melaksanakan kawalan yang kukuh untuk melindungi dana pelanggan serta integriti sistem kewangan.

"Ini termasuk sebagai contoh, keperluan untuk institusi kewangan menguatkuasakan kod etika yang kukuh.

"Institusi kewangan juga perlu menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan saringan terhadap bakal pekerja sebelum menerima mereka untuk berkhidmat," katanya.

Malah, BNM berkata, individu yang mempunyai rekod kesalahan serta tidak jujur adalah dilarang daripada berkhidmat dengan mana-mana institusi kewangan.

Bank pusat itu turut mengingatkan mana-mana institusi yang terbabit dalam siasatan berkaitan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan bertindak mengambil tindakan tatatertib yang tegas berdasarkan hasil siasatan dalaman.

"BNM juga menasihatkan pengguna untuk segera melaporkan sebarang transaksi tidak sah atau mencurigakan kepada bank masing-masing atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sebaik menyedari kejadian itu selain laporan kepada pihak polis," katanya. – BERNAMA

Isnin, 19 Julai 2021

PETISYEN: Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia

 

PETISYEN: Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia

𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

  1. Berhubung dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pertamanya, PEMBELA mengalu-alukan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding-perunding untuk tempoh 2014 hingga 2018.

Walaubagaimanapun, PEMBELA menuntut agar:-

i. Skop siasatan ini di luaskan sehingga 2020; dan ii. Hasil siasatan nanti dapat didedahkan kepada masyarakat umum bagi memastikan ketelusan dan tindakan yang sewajarnya diambil bagi memulihkan keyakinan pendeposit.

  1. Kenyataan itu juga telah menyatakan bahawa kerajaan akan menyenaraikan “Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan (prescribed Islamic financial institution) di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM)”. Cadangan ini katanya adalah bertujuan “…untuk menambahbaik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (LTH) secara menyeluruh.” Pindaan juga akan dibuat terhadap Akta Tabung Haji 1995.

  2. PEMBELA tidak ada masalah dan menyokong penuh segala usaha kerajaan bagi menambah baik pengurusan LTH. Namun cadangan untuk meletakkan LTH di bawah seliaan BNM akan memberikan implikasi yang negatif kepada masa depan dan nasib pendeposit serta menimbulkan beberapa persoalan penting yang memerlukan penjelasan iaitu:-

i. Tidak ada penjelasan terhadap frasa-frasa dari Akta Tabung Haji 1995 yang akan dipinda seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut. Ini membimbangkan rakyat kerana adakah nanti pindaan ini akan menjejaskan kepentingan lebih 9 juta pendeposit itu?

ii. LTH adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk bukan sahaja sebagai tempat orang Melayu menyimpan wang mereka tetapi juga satu institusi yang membina kekuatan ekonomi orang Melayu. Dengan meletakkan LTH di bawah BNM, adakah fungsi ini dapat dimainkan atau apakah ianya akan dikekang disebabkan oleh peraturan yang ada di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013?

iii. Umum mengetahui bahawa kakitangan BNM tidak semuanya orang Islam. Adakah akhirnya sebuah institusi Islam akan diurustadbir oleh orang bukan Islam? Apakah kepentingan umat Islam dapat difahami dan dijamin jika ianya ditadbir oleh bukan Islam?

iv. Status LTH adalah lebih besar dari hanya sebagai sebuah institusi kewangan seperti yang dijelaskan dalam perkara (ii) di atas. Apakah dengan menyenaraikan LTH sebagai sebuah “institusi kewangan Islam yang ditetapkan” akan merendahkan statusnya menjadi seperti sekadar sebuah bank? Walhal LTH sudahpun memiliki Bank Islam sebagai sebuah syarikat subsidiari?

v. Dengan menukarkan penyeliaan kepada BNM, adakah bermaksud bahawa pengurusan LTH sudah tidak lagi mampu untuk mengurustadbir LTH secara telus dan berintegriti? Jika benar, kenapa tidak diganti anggota-anggota Lembaga Pengarah yang ada dan melantik mereka-mereka yang benar-benar layak? Jika campurtangan politik menjadi isu, maka apakah tidak boleh diletakkan syarat di dalam Akta LTH bagi melarang penglibatan orang politik? Ertinya, ada langkah-langkah alternatif yang boleh dilakukan selain dari menyerahkan LTH kepada BNM.

vi. Apakah dengan penyeliaan oleh BNM nanti, LTH masih bebas untuk membuat pelaburan di dalam pelbagai sektor seperti hartanah, pertanian, ekuiti dan sebagainya demi memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan bangsa Melayu, atau apakah ianya akan disekat oleh BNM kerana pelbagai frasa-frasa yang terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 itu?

  1. Berdasarkan senario di atas, PEMBELA khuatir langkah ini akan memberikan impak yang negatif kepada nasib pendeposit. Oleh itu, PEMBELA mendesak agar kerajaan untuk menolak cadangan menyerahkan seliaan LTH kepada BNM bagi menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini.
Untuk menyokong petisyen dari PEMBELA sila klik link dibawah:

Hj. Aminuddin Yahaya Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 17 Julai 2021

Rabu, 26 Ogos 2020

Langkah-langkah untuk Membantu Individu, PKS dan Syarikat Korporat yang Terjejas oleh Wabak COVID-19


Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan beberapa langkah pengawalan dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat menangani kesan akibat wabak COVID-19. Langkah-langkah oleh Bank bertujuan untuk membolehkan institusi perbankan kekal fokus terhadap usaha menyokong ekonomi yang sedang menghadapi keadaan luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini. Langkah-langkah ini memberikan fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan mereka. Institusi perbankan berada pada kedudukan yang kukuh untuk berbuat demikian memandangkan adanya penampan kewangan yang besar yang telah terkumpul sejak sekian lama.
Penangguhan dan Penstrukturan Semula Kemudahan Pinjaman/ Pembiayaan
  1. Pinjaman/pembiayaan kepada individu dan PKSBagi membantu aliran tunai individu dan PKS yang berkemungkinan paling terjejas akibat COVID-19, institusi perbankan akan menawarkan penangguhan kepada semua pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk tempoh 6 bulan, berkuat kuasa pada 1 April 2020. Tawaran ini diberikan kepada pinjaman/pembiayaan dalam denominasi Ringgit yang mempunyai rekod pembayaran yang baik serta tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020. Bagi kemudahan kad kredit, institusi perbankan akan menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh 3 tahun (3-year term loan) dengan kadar faedah yang lebih rendah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.

    Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan. Oleh yang demikian, peminjam perlu memahami perkara ini dan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing tentang pilihan yang ada apabila menyambung semula jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka selepas tempoh penangguhan.

    Individu dan PKS yang tidak mahu atau tidak perlu menggunakan kemudahan ini boleh meneruskan pembayaran balik mereka seperti biasa mengikut struktur yang sedia ada.
     
  2. Pinjaman/pembiayaan kepada syarikat korporatInstitusi perbankan juga akan memudahkan permohonan syarikat korporat untuk menangguhkan atau menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka dengan cara yang membolehkan syarikat korporat berdaya maju mengekalkan pekerja dan menyambung semula aktiviti ekonomi dengan cepat apabila keadaan menjadi bertambah baik. Syarikat korporat perlu menghubungi institusi perbankan mereka untuk membincangkan pelan pembayaran balik dan penstrukturan semula kemudahan kredit syarikat korporat.

    Bank telah menyediakan fleksibiliti bertempoh masa yang bersesuaian untuk institusi perbankan melaporkan penangguhan/penstrukturan semula kemudahan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS), dengan mengambil kira gangguan bersifat sementara yang dihadapi oleh peminjam/pelanggan institusi perbankan.
Keadaan Mudah Tunai Lebih Daripada Mencukupi
Aktiviti pengantaraan kewangan dalam tempoh ini disokong oleh mudah tunai yang lebih daripada mencukupi dalam sistem perbankan. Bank akan terus membekalkan mudah tunai harian ringgit kepada bank-bank melalui pelbagai alat di bawah operasi pasaran terbuka Bank, termasuk pembelian terus sekuriti kerajaan, swap pertukaran asing (FX swaps), repo berbalik (reverse repo) dan kemudahan pinjaman  (standing facility). Bank juga telah mengambil langkah awalan untuk menambahkan  mudah tunai, melalui pengurangan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirements, SRR) sebanyak 100 mata asas baru-baru ini. Bersama-sama dengan fleksibiliti SRR tambahan yang diberikan kepada Peniaga Utama, langkah ini telah menambah kira-kira RM30 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan. Selain itu, jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem berjumlah RM160 bilion. Daripada jumlah ini, kira-kira RM100 bilion yang ditempatkan di Bank. Jumlah yang dipinjamkan kepada Bank di bawah operasi pasaran terbuka boleh digunakan untuk memenuhi keperluan mudah tunai sistem perbankan. Bank akan terus memantau rapi perkembangan ini dan memastikan mudah tunai dalam sistem kewangan adalah mencukupi sepanjang masa.
Langkah-langkah Penyeliaan dan Kehematan Tambahan
Sistem perbankan negara berada pada kedudukan yang kukuh ketika berdepan kesemua cabaran tersebut. Hal ini kerana terdapat penampan modal lebihan yang melebihi paras minimum pengawalseliaan sebanyak RM119.7 bilion pada akhir Januari 2020. Bagi membolehkan institusi perbankan menyokong keperluan pelanggan mereka serta mengurus secara proaktif risiko yang berbangkit daripada perkembangan semasa, Bank telah mengkaji semula pelan aktiviti pengawalan dan penyeliaannya bagi tahun 2020 untuk memudahkan pematuhan dan meringankan beban operasi institusi perbankan. Sebagai sebahagian daripada kajian semula ini, inisiatif dasar dan penyeliaan akan ditumpukan semula pada pemantauan dan respons terhadap perkembangan risiko serta memastikan institusi perbankan akan terus menjadi salah satu tunjang kepada ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, institusi perbankan akan dibenarkan untuk menggunakan penampan modal dan penampan mudah tunai mereka yang terkumpul sejak sekian lama bagi menyokong kegiatan pemberian pinjaman. Bagi tujuan ini, institusi perbankan boleh menggunakan penampan modal mereka sebanyak 2.5%,  serta beroperasi di bawah paras purata nisbah perlindungan minimum mudah tunai pada 100% dan menggunakan rizab pengawalseliaan yang dikumpulkan semasa tempoh pertumbuhan pinjaman kukuh. Bank menjangkakan institusi perbankan akan mengembalikan semula penampan mereka kepada paras yang baik dalam tempoh yang wajar selepas 31 Disember 2020.
Pelaksanaan Nisbah Pendanaan Stabil Bersih (NSFR) yang dirancang untuk dimulakan pada 1 Julai 2020 akan diteruskan. Walau bagaimanapun, paras minimum NSFR akan diturunkan kepada  80% dan institusi perbankan dikehendaki mematuhi keperluan 100% bermula dari 30 September 2021.
Bank Negara Malaysia akan melanjutkan tempoh masa bagi semua rundingan kertas perbincangan yang sedang berjalan dan draf dedahan sehingga 30 Jun 2020 dan selanjutnya. Institusi perbankan juga diberikan fleksibiliti terhadap tarikh penghantaran laporan pengawalan mereka untuk mengambil kira usaha yang diambil Kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.
Dengan semua fleksibiliti yang diberikan dan sistem perbankan terus berdaya tahan, hasil sokongan amalan pengurusan risiko dan kehematan yang teguh, institusi perbankan di negara ini berada pada kedudukan yang kukuh untuk mengambil langkah tindak balas yang selaras dengan keperluan negara dalam tempoh yang mencabar ini. Fleksibiliti ini merupakan sebahagian daripada langkah baharu yang akan disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua 2020, untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh individu dan sektor perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19, selain mengekalkan pekerja dan