"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Poligami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poligami. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2024

Besar 'modal' belanja raya Safuan untuk tiga isteri

 MOHD Safuan Abd Rahman bersama tiga isteri dan sembilan anaknya. FOTO ihsan Mohd Safuan Abd Rahman

MOHD Safuan Abd Rahman bersama tiga isteri dan sembilan anaknya. FOTO ihsan Mohd Safuan Abd Rahman

Bangi: Ketika suami lain 'berhabis' wang untuk membeli keperluan keluarga menjelang Aidilfitri, Mohd Safuan Abd Rahman juga tidak terkecuali malah perlu berbelanja lebih lagi kerana memiliki tiga isteri dan sembilan anak.

Mohd Safuan yang menetap di Seksyen 4, di sini, berkata, sebagai ketua keluarga, dia perlu berlaku adil, jadi perlu membelikan setiap isteri dan anak dengan pakaian baru tanpa pilih kasih.

Dia yang mencari rezeki sebagai ketua kumpulan jualan sebuah syarikat hartanah berkata, tahun lalu, dia masih ada dua isteri namun kini sudah ada tiga dengan pasangan terbarunya, Nurnajiha Khalidi, 27, hamil lapan bulan.

Jadi, Mohd Safuan tidak boleh terlepas pandang dan mengakui sudah membeli keperluan raya untuk semua anak dan isteri supaya tidak kalut serta menghabiskan lebih RM3,000 tahun ini untuk pakaian saja.

Bercerita lanjut, Mohd Safuan berkata, walaupun ahli keluarganya ramai namun dia tidak sampai menabung kerana mempunyai pendapatan stabil hasil jual beli hartanah.

"Cuma, nak tak nak memang kena sediakan duit lebih berbanding hari biasa kerana sambut raya setahun sekali.

"Tahun lepas, isteri pergi berbelanja sendiri namun tahun ini, kami semua pergi bersama kerana ada sesi fotografi selepas membeli-belah.

"Memandangkan anak saya ramai, jadi ada masalah juga nak cari saiz juga corak yang sama, jadi tak sedondon dengan semua kerana baju raya itu bukan ditempah. Tapi warnanya kami beli lebih kurang sama.

"Setiap seorang (isteri dan anak) dapat sepasang baju dan semuanya dibeli di tempat yang sama iaitu dekat sebuah gedung tekstil," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berhubung giliran pulang beraya pula, Mohd Safuan berkata, ketiga-tiga isterinya berasal dari tempat berbeza dengan yang pertama, Siti Nur 'Aisyah Adris, 37, dari Senawang, Negeri Sembilan; kedua, Nur Izyan Liyana Jamaludin, 37, dari Bangi dan ketiga, Nurnajiha Khalidi pula dari Muar, Johor.

"Jadi untuk berlaku adil, malam raya dan raya pertama kami semua akan ke rumah keluarga saya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Raya kedua dan seterusnya ikut giliran mengikut urutan isteri.

"Setakat ini, semua isteri faham dan terima…cuma mereka memang pulang beraya di rumah masing-masing dan tak ada ziarah kampung satu sama lain," katanya.

Mohd Safuan bersyukur rumah tangganya harmoni walaupun mengakui bukan mudah isteri hendak terima kehidupan berpoligami pada awalnya.

"Itu normal namun lama-kelamaan keadaan bertambah baik.

"Sebagai suami dan bapa, saya cuba bahagiakan mereka malah akan bawa semua berjalan pada hujung tahun.

"Tapi disebabkan kami ramai jadi tak boleh naik satu kereta tetapi dua atau tiga mengikut kesesuaian," katanya.

-myMetro 

Rabu, 28 Februari 2024

Nikah Siam:50% akan jadi janda selepas 3 bulan?

 


Pengalaman aku, 50% akan jadi janda selepas 3 bulan pernikahan. Selepas setahun, yang kekal hanyalah 10% dari 300 pasangan.

Puncanya ?

1. Larat nak muhong bini pertama ada outstation.

2. Larat nak check in hotel sejam dua untuk bersama isteri kedua.

3. Isteri kedua dah naik angin kerana haknya terabai dan dia ibarat perempuan simpanan.

Kekadang bila aku baca berita bagi angka janda-janda diseluruh Malaysia, aku hanya tersenyum. Saat paling bahagia nikah di Siam cuma 3H2M.

Hari pertama, hari akad nikah

Hari kedua hari daftar di konsulat

Hari ketiga adalah hari nak balik.

Hari berikutnya adalah hari laki reply mesej masa tengah dok berak atau waktu di pejabat. 

Pernikahan di Siam, yang untungnya adalah lelaki.

1. Tak payah keluar belanja hantaran

2. Bagi mas kahwin paling rendah

3. Dapat bini dengan bajet paling ciput.

Pengalaman aku dok tengok, kekadang semua belanja pihak perempuan yang keluarkan.

Lelaki cuma keluar belanja beli ubat hijau.

Aku bukan anti berpoligami. Tapi aku anti mereka yang penaya anak dara orang. 

Kalau melibatkan darah daging aku, kalau aku tak tabuh mereka yang terlibat, jangan sebut nama aku.

Cuba fikirkan bila orang bawa lari anak kita atau kaum kerabat kita ? Apa perasaan kita ?

Tentu marah.

Kredit:Fb Cikgu Joe Satun

Selasa, 13 Julai 2021

Aidil Adha: Suami beli lembu sado untuk ibadah korban tiga isteri

 HAFIZATUL Najmi Pizat dari Kampung Gomuk, Tepoh bersama isteri pertamanya (kanan), isteri kedua (dua dari kiri) dan isteri ketiganya dengan lembu baka charolais yang akan dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

HAFIZATUL Najmi Pizat dari Kampung Gomuk, Tepoh bersama isteri pertamanya (kanan), isteri kedua (dua dari kiri) dan isteri ketiganya dengan lembu baka charolais yang akan dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Nerus: Lelaki membeli seekor lembu sado baka Charolais seberat 800 kilogram untuk dikorbankan buat tiga isterinya pada sambutan Hari Raya Adiladha ini.

Hafizatul Najmi Pizat, 33, berkata dia memang sudah lama berniat untuk menyembelih ternakan terbaik untuk isteri-isterinya Roslina Mohd Jam Marti, 31, Wan Nur Khairul Nazrah, 29, dan Nur Atikah Mohd Nazri, 25.

"Pada setiap tahun saya akan masuk bahagian korban untuk tiga isteri, cuma sebelum ini hanya menyembelih lembu berharga RM3,000 hingga RM4,000 seekor sahaja.

"Cuma pada tahun ini saya berniat meningkatkan sedikit pengorbanan dengan membeli seekor lembu baka yang lebih besar berharga RM8,000.

"Ia sekali gus akan memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk dan orang yang memerlukan," katanya ketika ditemui di kandang lembu Feetlot miliknya, di sini, hari ini.

Menurutnya, lembu baka itu akan dikorbankan pada hari ketiga Aidiladha dan dagingnya akan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kampung Gomuk, Tepoh, di sini.

"Saya berasa gembira kerana dapat menyediakan lembu terbaik untuk dikorbankan di atas nama tiga isteri pada tahun ini.

"Mungkin itu sebagai tanda cinta dan sayang kepada tiga isteri yang selama ini sudah banyak berkorban untuk keluarga termasuk menjaga lapan anak kami," katanya.

Bercerita mengenai petua hidup bahagia berpoligam, katanya, suami perlu sentiasa bertanggungjawab dan adil dalam menguruskan keluarga.

"Bukan sahaja baik terhadap tiga isteri, tetapi perlu juga mesra dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan ahli keluarga semua isteri.

"Apabila mempunyai kemampuan dalam semua segi, hidup berpoligami akan menjadi harmoni dan tidak menimbulkan fitnah," katanya.

Sementara itu, isteri pertamanya, Roslina berkata, dia bersyukur kerana mempunyai suami penyayang dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai ketua keluarga.

"Walaupun hidup bermadu, saya, suami, dua madu dan anak-anak hidup dalam suasana harmoni.

"Suami sangat adil dalam segala segi sehingga tiada apa yang boleh membuatkan kami berasa tidak puas hati," katanya.

-myMetro

Selasa, 4 Mei 2021

‘Anak 28 orang , semuanya tak sekolah, 4 bini duduk sekali, sewa rumah pun Zakat yang bayar…’

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian mengenai sebuah keluarga besar ini yang dipercayai tinggal di kawasan Klang, meluahkan rasa terkejut. Mana tidaknya, bilangan anak-anak sahaja sudah mencapai 28 orang, hasil dari perkahwinan bapa mereka bersama empat orang isteri.

Menurut sumber, keluarga berkenaan terpaksa menyewa dua buah rumah bagi menempatkan keseluruhan ahli keluarganya. Sewa rumah pula ditanggung oleh pihak zakat. Anak sulung keluarga itu dikatakan telah melarikan diri sehingga tidak dapat dikesan.

anak 28 orang

Dua buah rumah itu hanya mempunyai empat bilik yang setiapnya setiap satunya menempatkan isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat. Menjelang sebelah malam, anak-anak perempuan katanya disuruh tidur dalam balik, manakala anak-anak lelaki tidur berselerakan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung.

Aktivis kebajikan, Nurul Ima Rahman, dan pasukannya  datang menyantuni keluarga itu pada jam 12 tengah hari. Pintu diketuk dengan kuat. Setelah hampir lima minit, barulah pintu dibuka kerana penghuninya baru bangun dari tidur.

Untuk lima minit yang kedua, mereka terpaksa menunggu seketika untuk dipelawa masuk, sebab masing-masing kelam kabut mengemaskan rumah.

 “Maaflah, rumah bersepah sikit,” kata isteri pertama.

Perbualan pun bermula di antara mereka. Ima sempat bertanya apakah anaknya sudah menjejakkan kaki ke sekolah. Namun si bapa menjawab, “Belum, takpelah ingat nanti nak masukkan ke tahfiz je semua”.

“Oh baguslah,” kata Ima sambil menunjukkan telefon bimbitnya akan gambar sebuah sekolah tahfiz di Klang, milik sepupunya.

“Tahfiz ini milik sepupu saya, kalau kami aturkan anak-anak masuk ke sini boleh tak?” soal Ima.

“Tak nak! Anak-anak saya semua hanya akan masuk ke Pondok Pasir Tumboh, di Kelantan. Pondok terbaik di Malaysia,” pantas ayahnya menjawab.

Jawapan si bapa membuatkan Ima terpana seketika dan berkata, “Kelantan? Jauh tu, ada sesiapa kenal ke kat tahfiz tu?”

“Takde, tetapi tu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dah lahirkan ramai orang-orang hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. Nanti anak-anak saya semua akan sambung belajar di Cairo,” katanya.

Ima bertanya mengenai persiapan/persediaannya, tetapi si bapa menyerahkan tanggungjawab itu kepada isterinya.

“Nantilah, tunggu isteri saya uruskan sekolah kerajaan,” katanya.

Di fikiran Ima, sekiranya anak-anak keluarga ini ditempatkan di madrasah, sudah tentu makan minumnya terjaga, soal ibadahnya sempurna dan ada tempat tidur yang selesa. Namun, hasrat untuk membantu itu terpaksa dipendamkan kerana kengganan si bapa untuk menerima bantuan seperti itu.

“Maaf, saya tidak berniat untuk post benda-benda negatif terutamanya di bulan Ramadhan. Kalau anda ada cara sesuai untuk bantu anak-anak ini dapat pendidikan dan nilai hidup yang lebih baik, bantulah. Sedih melihat wajah mereka,” ujarnya.

Difahamkan, sebelum ini Ima dan rakan-rakannya datang menyantuni keluarga itu. Kali kedua kedatangan mereka sudah tentu mengharapkan ada perubahan yang positif, tetapi dia enggan menceritakan lebih lanjut, sebaliknya biarlah Allah sahaja yang tahu.

“Saya sangat sedih dengan sikap seorang bapa. Yang membawa pengaruh besar dalam hidup anak-anak. Anak-anak dia comel-comel belaka. Memang sayu sungguh fikirkan anak-anak itu semua hidup dalam keadaan sempit, kotor dan sikap ibu bapa mereka pula begitu.

“Bukan niat saya nak mengundang kata-kata tidak baik dari orang lain. Cumanya kalau asbab post sis itu dapat buat Ustaz Ebit Lew atau orang-orang hebat yang lain, ada kepakaran untuk menangani kes sedemikian, rasa bersyukur sangat-sangat,” katanya yang menegaskan bukan isu poligami atau kemiskinan yang hendak dikongsikan.

Sumber: Nurul Ima Rahman

Isnin, 18 Januari 2021

Kunci Mulut Sebelum Ini,Suami Ziela Jalil Bersuara...

 

Datuk Ziela Jalil, Sebulan rahsia pernikahan.. Al-hamdulillah.

 

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar mendirikan rumah tangga pada 17 Februari 2019 di sebuah masjid di ibu negara selepas enam tahun kenal.

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Belum pernah ada sepatah pun kenyataan keluar dari mulut Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar selepas berkahwin secara rahsia dengan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil seperti yang tersebar, baru-baru ini.

Sebaliknya, hanya Ziela sahaja yang tampil ke depan mengesahkan berita perkahwinan sejak dua tahun lalu, sekali gus berkongsi rahsia hidup bermadu.

Enggan melihat isterinya menangkis cemuhan masyarakat seorang diri, akhirnya Syed Osman bersedia ditemubual bagi menamatkan spekulasi tidak benar, selain berkongsi detik perkahwinan yang mencetuskan kontroversi itu.

Mengulas persoalan mengapa merahsiakan perkahwinan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri dalam laman Twitter, Syed Osman berkata, beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

"Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya. Siapa yang tahu, tahulah...

"Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.

"Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama," katanya ketika ditemubual menerusi program kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar, madu dan anak-anak tiri.

Dalam temubual eksklusif itu, Syed Osman yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud bersikap jujur apabila mengakui majlis pernikahan yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.

"Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.

"Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.

"Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik," ujar lelaki berusia 55 tahun itu.

Dalam temubual sebelum ini, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkongsi detik awal perkenalannya dengan suami bermula pada 2013. Namun, waktu itu, ia tidak membabitkan soal hati dan perasaan kerana suaminya itu berminat membeli keretanya.

Namun, jodoh mereka kuat apabila bertemu semula selepas enam tahun. Mereka hanya mengambil masa selama lima minggu untuk membuat keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan yang sah.

Mengulas perkara itu, Syed Osman berkata, dia tidak menyangka pertemuan yang tidak dirancang akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

"Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan.

"Dan selepas itu, kami banyak bertemu dalam majlis agama dan saya pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Saya mengenali Ziela sebagai selebriti yang sudah berhijrah. Beliau juga ada asas dalam pengetahuan agama, itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.

"Mungkin orang luar melihat keputusan bernikah selepas lima minggu berkenalan sebagai tindakan terburu-buru. Saya sendiri tidak menyangka ia berlaku secepat ini, tetapi itulah dinamakan takdir dan jodoh," ungkapnya.

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar tidak mahu terlalu menghebohkan berita perkahwinan kerana mahu menjaga hati isteri pertama.

Sebagai seorang yang mengamalkan poligami, Syed Osman berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Namun, itu juga bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil dalam melunaskan kewajipan terhadap kedua-dua isteri.

"Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.

"Saya akui, rumah tangga juga ada pasang dan surut apabila memiliki dua isteri. Tetapi, saya berpegang teguh pada pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

"Ini pengalaman pertama saya berpoligami dan masih dalam proses pembelajaran. Saya hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri. Alhamdulillah, mereka amat memahami perasaan saya," luah Syed Osman.

Meskipun berbeza bidang, namun Syed Osman berkata, dia tidak sesekali menyekat Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Sdn Bhd untuk terus aktif dalam dunia seni.

"Saya tak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang seni. Cuma pesan saya, dia kena tahu menjaga batasan selepas bergelar isteri, sama ada ketika berlakon atau berada dalam majlis," katanya.

Perkahwinan Syed Osman bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata. Ziela pula pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Megat Junid pada 1991 dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga memiliki seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.