"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kompaun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kompaun. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Disember 2021

Covid19: Pentingkan keuntungan’ teruskan operasi, kilang kotak ingkar arahan tutup diserbu

 

Siasatan mendapati wakil syarikat memberikan alasan kilang tersebut terpaksa dibuka demi memenuhi permintaan pelanggan.

PETALING JAYA: Bukan saja ingkar arahan penutupan operasi, sebuah kilang kotak di Jasin, Melaka turut mengarahkan 112 pekerja yang merupakan kontak rapat 30 kes positif Covid-19 tetap datang bekerja.

Kilang tersebut sepatutnya memberhentikan operasi selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengeluarkan notis penutupan selama tujuh hari, susulan 30 daripada 170 pekerja yang disaring dikesan positif Covid-19, semalam.

Bagaimanapun, tindakan tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu sepasukan penguat kuasa JKN bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Muhamad berkata, kilang kotak itu diarahkan tutup sehingga 5 Januari depan, namun pihaknya mendapat maklumat ia masih beroperasi.

Katanya, pihaknya juga mendapati syarikat tersebut meminta pekerja yang merupakan kontak rapat kes, bekerja pada hari ini, menurut laporan Utusan Online.

Berikutan itu, katanya syarikat tersebut dikenakan kompuan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati wakil syarikat memberikan alasan kilang tersebut terpaksa dibuka demi memenuhi permintaan pelanggan.

“Kita amat kecewa kerana pihak syarikat lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan dan nyawa orang ramai.

“Mereka memberikan alasan meneruskan operasi untuk memastikan tempahan dapat disiapkan,” jelasnya.

Katanya lagi, kesemua 112 pekerja terbabit telah dipakaikan gelang kuarantin bagi mengawal pergerakan mereka.-FMT

Isnin, 11 Oktober 2021

Kompaun menanti individu belum vaksin rentas negeri tanpa lagi amaran -Polis

 

Kuala Lumpur: Polis akan mengeluarkan kompaun kepada individu belum divaksin, yang didapati melakukan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu oleh kerajaan bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan tegas itu akan diambil menerusi pemeriksaan pasukan pemantau di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Menurutnya, polis akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selain memastikan tiada individu belum menerima vaksin Covid-19 mengambil kesempatan.

"Kerajaan umum mereka yang mahu merentas negeri perlu lengkap vaksin, maka mereka perlu patuhi perkara itu.

"Polis tidak akan beri amaran lagi sebaliknya terus keluarkan kompaun kepada mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain pemantauan di kawasan R&R, Hazani berkata, polis turut melakukan pemantauan di pusat beli-belah dan tempat tumpuan awam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi yang berkuat kuasa hari ini.

Pada sidang media itu, Ismail Sabri berkata, pemeriksaan SOP tetap dilaksanakan pihak berkuasa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

-myMetro

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale berikutan aktiviti rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa hari ini. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale berikutan aktiviti rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa hari ini. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Khamis, 29 Julai 2021

Langgar SOP: Usahawan 'ceramah' gelandangan dikompaun

 RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular

RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular

Kuala Lumpur: Usahawan dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis mengesan video berdurasi 49 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka.

"Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'ubah hidup' kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.

"Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada lelaki terbabit kerana melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Katanya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kegagalan mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan.-myMetro

Isnin, 12 Julai 2021

Ingkar SOP ziarah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000

 Pengeluaran kompaun itu disahkan Ketua Polis Dang Wangi Mohammad Zainal Abdullah.


Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa melambai kepada media dalam sebuah sidang media.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dikompaun RM2,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana mengunjungi kediaman bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lalu.

Pengeluaran kompaun itu disahkan Ketua Polis Dang Wangi Mohammad Zainal Abdullah.

Menurut Zainal, Annuar diambil tindakan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Kompaun dikenakan sebanyak RM2,000,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan menerima kompaun dikeluarkan pihak polis.

Pejabatnya berkata “beliau menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin.”

Sabtu lalu, tular ciapan Twitter Annuar menziarahi kediaman Abdullah.

Annuar berkata beliau dan isteri mengambil peluang menziarahi Abdullah dan isteri bekas perdana menteri itu, Jeanne Abdullah.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dikecam pengguna internet kerana melakukan ziarah ketika perintah kawalan pergerakan diperketatkan dilaksanakan.

-Malaysia Now

Rabu, 23 Jun 2021

Langgar SOP: 7 selebriti dikompaun berjumlah RM19,000

 Gambar tular menunjukkan beberapa selebriti tidak mematuhi SOP PKPB ketika menghadiri majlis di sebuah hotel di ibu negara, April lalu.

Gambar tular menunjukkan beberapa selebriti tidak mematuhi SOP PKPB ketika menghadiri majlis di sebuah hotel di ibu negara, April lalu.

KUALA LUMPUR: Tujuh selebriti yang disiasat berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis di sebuah hotel, di sini, 29 April lalu, dikenakan kompaun berjumlah RM19,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tindakan kompaun itu diputuskan Pejabat Peguam Negara yang mengembalikan kertas siasatan kepada pihaknya, semalam.

"Pejabat Peguam Negara memutuskan enam individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

"Mereka ialah Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Nur Iman Alysaa Sahabuddin.

"Kesemua mereka gagal memakai pelitup muka ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di ibu negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, kompaun RM10,000 pula dikeluarkan ke atas penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli daripada syarikat penganjur majlis, kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang tempoh majlis itu berlangsung.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit dikompaun, kelmarin, kerana gagal mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan ketika menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini, BH melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung pelanggaran SOP PKPB susulan tular gambar memaparkan beberapa selebriti tidak memakai pelitup muka pada majlis itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.-BH Online

Rabu, 28 April 2021

Langgar SOP:Neelofa tawar bantu bayar kompaun peniaga burger

Neelofa (kanan) bersedia untuk membantu Wan Mohd Faisal membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepadanya. -  Foto NSTP
Neelofa (kanan) bersedia untuk membantu Wan Mohd Faisal membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepadanya. - Foto NSTP

Kota Bharu: "Saya menghargai tawaran Neelofa yang mahu membantu menyelesaikan kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada suami," kata Norlaili Shafien, 37.

Bagaimanapun, Norlaili berkata, buat masa ini dia dan suami berbincang untuk menunggu jumlah kompaun sebenar yang dikenakan kepada mereka.

"Jika jumlah yang perlu dibayar terlalu banyak dan kami tidak mampu membayarnya, maka kami akan menerima tawaran itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norlaili, isteri kepada peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih masa di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, pada 11.10 malam kelmarin.

Katanya, peguam Noor Neelofa menghubunginya pada 5.30 petang tadi yang memaklumkan selebriti terkenal itu mahu membayar jumlah kompaun dikenakan kepada mereka.

"Peguam berkenaan meminta saya menghubunginya kembali jika saya bersetuju untuk menerima tawaran itu.

"Saya berterima kasih kepada Neelofa kerana sudi membantu kami, namun buat masa ini saya dan suami mahu menunggu keputusan rayuan kompaun," katanya.

Selain Noor Neelofa Mohd Noor, 32, Norlaili berkata, Pencetus Ummah (PU) Azman juga turut menghubunginya pada 5 petang tadi.

"PU Azman juga mahu menghulurkan bantuan untuk membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepada kami.

"Saya terharu dengan tawaran itu kerana pada masa yang sama kami juga menerima panggilan daripada penyanyi rap, Caprice pada 10.30 malam tadi.

"Selain tiga selebriti ini, kami menerima lebih 100 panggilan daripada rakyat negara ini dan kesemuanya mahu membantu," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka terlalu ramai yang prihatin untuk memberi bantuan dan simpati dengan nasib menimpa dia dan suami.

Media semalam melaporkan, seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa yang ditetapkan.

Wan Mohd Faisal yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan 11.10 malam kelmarin.-myMetro

Selasa, 27 April 2021

Langgar SOP:Tiga parti tampil nak bantu peniaga burger dikompaun RM50,000

 Kebimbangan seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan, yang dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) mendapat perhatian parti-parti politik yang mahu membantunya.

Sejak berita yang menimpa Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, disiarkan semalam, beberapa pihak berkunjung ke rumahnya dan menyatakan kesediaan untuk membantu khususnya membabitkan khidmat bantuan guaman.

Peguam yang mewakili Amanah Kelantan, Alawi Mohd Rashid berkata, pihaknya mendapati terhadap dua kes dikompaun dengan jumlah besar itu termasuk Wan Mohd Faisal.

Sehubungan itu katanya, Amanah Kelantan menawarkan khidmat guaman percuma kepada mereka untuk membuat rayuan terhadap kompaun tersebut.

"Sekiranya mereka didakwa di mahkamah, kami akan sediakan pasukan peguam bagi membantu mereka," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Wan Mohd Faisal dikenakan kompaun dengan nilai RM50,000 atas alasan berniaga melebihi masa dihadkan dalam tempoh PKP.

Sementara itu Pemuda Umno Kelantan turut terpanggil untuk membantu peniaga tersebut sekali gus turut menawarkan khidmat guaman percuma.

Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor (bawah) berkata pihaknya bersedia memberi bantuan guaman kepada Wan Mohd Faisal dalam berdepan saman tersebut.

"Ini sejajar dengan khidmat bakti Pemuda Umno yang sentiasa berkhidmat untuk kebajikan rakyat.

"Barisan peguam Pemuda Umno Kelantan, akan meneliti kes saman ini bagi pihak Wan Mohd Faisal. Pemuda Umno Kelantan melalui peguam akan membantu merayu pengurangan kompaun dengan menyediakan surat representasi peguam kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan," katanya dalam kenyataan media.

Perkara sama turut dinyatakan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Kelantan, Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz (bawah), bagi membantu peniaga burger tersebut.

Menurutnya, Armada Kelantan bersama Wan Mohd Faisal mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan, hari ini.

-mkini

Neelofa, suami, 20 ahli keluarga kena kompaun RM60,000


Usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000.00 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.

Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan.

Gambar kontroversi Neelofa dan suami  bercuti di Langkawi ketika sekatan rentas negeri dilaksana

Tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kompaun itu, kata polis.

Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000.00, juga tanpa diskaun, atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.-mkini

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz

Ahad, 14 Mac 2021

Covid19:Kompaun RM10,000 kerana letak pelitup di dagu

 


BAGAN SERAI: Polis mengesahkan satu notis kompaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar, yang tular adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya menahan dan mengeluarkan notis kompaun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

"Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompoun kepada lelaki terbabit di bawah Seksyen 21A (1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi pihaknya menyeru orang ramai agar terus patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditanya mengenai jumlah saman, beliau menegaskan pengurangan saman hanya ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.

-myMetro