"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Laman Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman Sosial. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mei 2021

Rangkaian pornografi kanak-kanak terbesar di dunia diserbu.

 

BERLIN: Polis Jerman menutup satu laman pornografi kanak-kanak dalam talian terbesar di dunia dan berjaya menangkap empat anggotanya dalam serbuan pada pertengahan April lalu.

Menurut Polis Persekutuan, pentas yang dinamakan sebagai 'Boystown' itu beroperasi sejak 2019, mempunyai lebih dari 400,000 ahli dan diwujudkan untuk bertukar bahan pornografi kanak-kanak di seluruh dunia.

Forum itu membenarkan pengguna berkomunikasi dengan orang lain dan berkongsi kandungan gambar serta video grafik, merangkumi penderaan seksual yang serius terhadap kanak-kanak.

Tiga lelaki berusia antara 40 dan 64 tahun ditangkap dalam tujuh serbuan di Jerman, sementara seorang lagi suspek ditahan di Paraguay atas permintaan pihak berkuasa Jerman

Suspek di wilayah Concepcion di Paraguay, yang juga warganegara Jerman, akan diekstradisi kembali ke Jerman berdasarkan waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan oleh mahkamah di Frankfurt.

Tiga daripada lelaki itu dituduh sebagai pengurus laman itu, memberikan sokongan teknikal dan nasihat kepada anggota mengenai cara mengelakkannya ditemui oleh pihak berkuasa, sementara yang lain adalah pengguna paling aktif.

Kata penyiasat, operasi berbulan-bulan oleh Jerman itu diselaraskan oleh Europol dan disokong oleh penguatkuasa undang-undang di Belanda, Sweden, Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.

Kedua-dua pentas 'Boystown' dan laman sembang lain dibawa keluar dari talian selepas serbuan itu. - AFP

Selasa, 16 Februari 2021

Tahniah:SKMM sekat laman web Sugarbook

 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman cari teman, Sugarbook hari ini selepas menyatakan ia akan menyiasat aplikasi berkenaan.

Laman web perkhidmatan itu didapati tidak dapat diakses melalui beberapa penyedia perkhidmatan internet, manakala penyedia lain memaparkan notis SKMM yang menyatakan: "Laman web ini tidak tersedia di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara".

Setakat ini, SKMM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sekatan tersebut.

Sugarbook menawarkan perkhidmatan mencari teman antara wanita muda yang digelar sebagai 'sugarbaby' dan lelaki yang lebih tua.

Minggu lalu, Sugarbook menjadi perhatian selepas mendakwa semakin ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut 10 universiti yang menawarkan diri sebagai 'sugarbaby' di laman aplikasi itu.

SKMM hari ini berkata ia akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Suruhanjaya itu turut menyatakan PDRM akan mengambil tindakan lanjut sekiranya terdapat unsur kegiatan pelacuran.

Sugarbook mencetuskan kontroversi pada 2019 selepas papan iklan elektronik mengenai perkhidmatan itu dipaparkan di Kuala Lumpur.

Ini menyebabkan DBKL mengarahkan iklan itu ditarik balik, namun perkhidmatan aplikasi tersebut masih terus dapat diakses.

-mindarakyat

Rabu, 13 Januari 2021

Kantoi: MCMC beli akaun remaja sampai kena 'cyber bully' di Twitter sampai tutup akaun

SEJAK malam tadi, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jadi bahan 'cyber bully' oleh netizen di media sosial sampaikan ia terpaksa menutup akaun.

Semua itu berlaku gara-gara 'kantoi' bahawa akaun rasmi @SKMM_MCMC itu rupa-rupanya dibeli daripada seorang remaja berusia 15 tahun sekitar tujuh tahun yang lalu.

Tweet MCMC

Ramai pengguna Twitter berjaya menyelongkar ciapan lama akaun twitter berkenaan dan menyiarkannya kembali seterusnya menjadi bahan kutukan dan ejekan orang ramai di laman media sosial itu.

Kebanyakan ciapan lama di akaun rasmi MCMC yang diselongkar kembali oleh netizen itu dilihat ada yang lucah, perkauman dan menjengkelkan.

Tambah melucukan, selepas menjadi bahan kutukan ramai, agensi itu mengeluarkan kenyataan rasmi mendakwa akaun rasminya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Susulan itu akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu,"


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelek dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan yang BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC," tulis kenyataan itu yang dikeluarkan oleh jabatan komunikasi korporat MCMC.

Kantoi

Seorang lelaki bernama Nazrul Hakim, berusia 22 tahun yang tinggal di Pahang tampil memberitahu bahawa dia adalah pemilik asal akaun berkenaan sebelum menjualkannya kepada seorang pihak ketiga.

Individu yang membeli akaun itu kemudian dikatakan telah menjualkannya kepada pentadbir halaman Twitter rasmi MCMC.

"Akaun Twitter itu mempunyai pengikut sekitar 50,000 ketika itu. Jadi ada seseorang yang tawarkan untuk beli akaun itu daripada saya," katanya.

Portal media tempatan melaporkan akaun Twitter itu telah dibeli pada harga RM1,300 daripada pemilik asal.

Penafian SKMM dengan mengatakan kononnya akaun Twitter rasmi Suruhanjaya itu telah diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab jelas sekali tidak membantu membersihkan imejnya.

Sebaliknya ia dilihat memandang rendah kebijaksanaan rakyat. Bagaimana akaun itu boleh diceroboh, tapi mampu menghantar ciapan bertarikh tujuh tahun lalu? "Backdated" tweet ke? 

Jika benar ada individu tidak bertanggungjawab menceroboh akaun Twitter berkenaan, individu itu adalah pihak MCMC sendiri yang menceroboh akaun remaja tersebut bukan sebaliknya.

Lebih baik MCMC mengaku sahaja bahawa pihaknya telah membeli akaun dari seseorang supaya dapat follower berpuluh ribu dalam masa yang singkat.

Jangan pandang rendah kebijaksaan rakyat.


Sumber — https://www.milosuam.net/

Isnin, 2 November 2020

Kajian:Tiga ahli politik Malaysia paling dibenci di Twitter

 


KAJIAN yang dijalankan oleh Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence (KLSAI), mendapati 3 orang ahli politik paling dibenci di halaman media sosial Twitter.

Kajian itu dibuat berdasarkan 300,000 ciapan di Twitter di antara 21 hingga 25 Oktober lalu menerusi kaedah 'web scraping' dengan menggunakan pelbagai bots bagi mengeluarkan teks-teks ciapan pengguna twitter selama 5 hari.

"300K ciapan yang berasaskan politik, dalam jangka waktu di antara 21 sehingga 25 Oktober, telah diekstrak dan dianalisis. Pelbagai kod dan penjejak telah digunakan untuk mengekstrak kesemua ciapan-ciapan berkaitan, dan sentimen terhadap ciapan-ciapan ini telah dianalisis, termasuk bahasa yang biasa digunakan," lapor The Vibes memetik kenyataan institusi tersebut.
Ciapan berkaitan dengan Azmin, yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 90.63 peratus negatif, diikuti oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (75.56% negatif) dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (65.6% negatif).

Ahi politik paling dibenci di Malaysia

"Mungkin ahli politik tidak pedulikan rakyat secara serius, namun rakyat memerhatikan mereka. Ketika ketegangan untuk melaksanakan darurat, orang ramai berpendapat itu merupakan langkah Azmin dan Muhyiddin untuk kekal berkuasa," kata kenyataan itu.

Ciapan-ciapan lain menuding kepada ketiadaan Perikatan Nasional selepas pilihanraya negeri Sabah 26 September di mana kumpulan masyarakat dan penduduk terpaksa berusaha sendiri di tengah-tengah gelombang ketiga Covid-19.

Menurut KLSAI, sekiranya pilihanraya umum diadakan, PN kemungkinan besar sukar untuk mempertahankan Putrajaya.

"Berdasarkan situasi ini, jika kerajaan mahu mengadakan pilihanraya dengan wang cukai rakyat, Muhyiddin dan pasukannya akan gagal teruk."

"Netizen juga meluahkan betapa mereka memerlukan seorang pemimpin, bukan sekadar seorang Perdana Menteri, dan sebab itulah tanda pagar #MuhyiddinOut menjadi trend selama beberapa hari."

Berkenaan dengan Tun Mahathir pula, pengguna media sosial percaya bahawa beliau merupakan punca kepada "Langkah Sheraton," dalam bulan Februari yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan.


Sumber — https://www.milosuam.net

Isnin, 19 Oktober 2020

Ruginya Kalau Ada Apps Telegram Tapi Tak Guna 5 Bot Ini

Telegram ni selain fungsi untuk chat (personal / group) atau sebarkan (channel), ianya ada banyak fungsi bot yang kita boleh gunakan.

Ni 5 Telegram Bot yang wajib korang perlu ada!

#No1 PDF Telegram Bot : @office2pdf_bot Sesuai untuk : i) Suka menulis di notes handphone dan nak jadikan eBook ii) Ada banyak gambar produk dan nak jadikan katalog iii) Nak convert documents, spreadsheets, presentation malah plain messages ke PDF pon boleh!



#No2 Ekstrak teks dari gambar : @photototextbot @imageToText_bot Ini maksudnya bagi siapa yg nak convert perkataan dlm sesuatu gambar itu jadi ke dlm bentuk teks atau mesej. So kalau nak convert tu cari la gambar yg ada banyak text, then sesuai sgt guna bot ini!



#No3 Download lagu : @vkm_bot Search je nak lagu apa, atau search siapa penyanyi. Nanti keluar semua list lagu yang kita search tu. Dia akan bagi option untuk kita pilih. Lepas itu boleh la download dengan bahagia!


#No4 Subtitle movie : @subtitle_dl_bot Subtitle bot ini utk kita cari subtitle movie & ada semua jenis bahasa. Lepas download & nak tengok movie di handphone, boleh pakai ini - mx player - vlc (Nanti akan keluar option untuk open subtitle) Laptop pakai : - potplayer - gom

#No5 Nak jadikan audio to text : Letsay ada orang hantar voice note dekat kita, dan ianya penting, kita boleh guna je voicybot ini untuk jadikan ia dalam bentuk teks. Dah jimatkan masa kita kan? Oh ya selain english, bahasa melayu pon boleh tau.

 #Bonus6 Tukar tulisan ke tulisan jawi :

@jawigram_bot Kalau siapa nak belajar cara menulis dalam jawi, boleh je belajar melalui jawigram ni. Ianya sangat membantu kita untuk belajar dengan lebih mudah!