"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Raja Buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja Buah. Papar semua catatan

Rabu, 30 Jun 2021

Jual durian kampung 6kg hanya RM10

Shahmi Azani (kiri) dan isteri, Shaidatul Fatini menunjukkan buah durian kampung bersaiz besar yang dijual pada harga RM10 di Kampung Smat Jal, Tumpat.

TUMPAT – Niat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati durian ketika ini, seorang penjual di Kampung Semat Jal di sini menjual raja durian kampung pada harga RM10 untuk enam kilogram.

Jualan durian yang boleh dimuatkan dalam satu plastik besar itu dilakukan oleh Shahmi Azani Mohd. Tanazi, 27, untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi menikmati buah itu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, jualan durian semurah RM10 itu dilakukan dalam tempoh lima hari bermula kelmarin sehingga Jumaat ini.

“Pendekatan ini dilakukan selepas saya turut menerima rungutan orang ramai yang tidak mampu membeli, namun teringin makan durian.

“Disebabkan simpati dengan nasib mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi ketika ini, maka saya ambil keputusan untuk menjual durian pada harga yang murah agar semua orang dapat menikmatinya,” katanya ketika ditemui semalam.

Shahmi Azani berkata, dia yang merupakan pemborong durian di kawasan itu akan menjual sebanyak 12 tan buah setiap hari bemula pukul 8 pagi sehingga pukul 7 petang.

Katanya, bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah bekalan durian, malah ada ketika buah durian akan habis seawal pukul 2 petang.

 “Bekalan pelbagai jenis durian termasuk IOI ganja dan kunyit akan sampai setiap hari. Kebiasaannya, saya menjual durian pada harga berpatutan antara RM3 sekilogram sehingga RM35 sekilogram mengikut gred buah itu.

“Semua bekalan durian ini dibawa dari luar Kelantan iaitu kawasan ke kebun di Tangkak, Johor, Jelebu (Negeri Sembilan) dan Banting (Selangor),” katanya.

Shahmi Azani yang juga ahli kumpulan Pemburu Buah Group, berkata, dia turut mendapat sokongan isterinya, Shaidatul Fatini Shamsudin, 29, untuk terus menjalankan perniagaan itu sejak lebih 11 tahun lalu.

Katanya, dia tidak pernah berkira dengan pelanggan dan disebabkan itu juga gerainya menjual buah durian itu pada harga yang amat berpatutan.-K! ONLINE.

Isnin, 14 Jun 2021

Durian: Tupai King Bakal Mencabar Populariti Musang King

 

SEBERANG PERAI – Pulau Pinang melahirkan varieti baharu durian selepas nama Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari lalu yang bakal mencabar populariti Musang King.

Varieti yang lebih popular de­ngan nama durian Tupai King itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Duri Hitam kerana rasanya yang unik.

Pengarah Pertanian negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, varieti dengan nombor pendaftaran D214 itu diperakui secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pertanian pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, pendaftaran tersebut dibuat oleh seorang pengusaha kebun durian di Su­ngai Ara, Bayan Lepas dekat sini pada Mei tahun lalu.

“Setakat ini, dusun pengusaha berkenaan mempunyai 46 pokok dan peminat durian boleh mula merasa durian Tupai 226 yang telah rasmi itu ketika musim durian pada hujung bulan ini dan Julai nanti.

“Namun, kuantiti penge­lu­arannya terhad ketika ini kerana masih belum banyak pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Bukit Mertajam.

Beliau berkata, durian Tupai King dengan kulit berwana hijau keperangan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat (bujur se­perti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam.

“Ia mempunyai purata berat 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan purata berat isi 0.7 kg.

“Isinya berwarna jingga keku­ningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kema­nisan dengan bacaan purata brix 39,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Muhaimin berkata, pihaknya mencatatkan pengeluaran hasil durian di negeri ini secara konsisten tiga tahun ke­belakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020).

“Dengan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan racun kawalan perosak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini sama se­perti tahun lalu,” tambahnya.

Anggaran harga cecah RM100 sekilogram

Harga bagi seki­logram durian Tupai 226 atau Tupai King dijangka mencecah anggaran RM100.

Individu yang mendaftarkan varieti itu, Chew Chee Wan, 53, berkata, durian itu dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan res­pons diberikan penggemarnya.

Tupai King sudah ada pe­langgan setia sejak 10 tahun lalu, dan rata-rata ‘hantu’ durian me­ngakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan.

“Selepas semakin komersial nanti, saya jangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat,” katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas.

Katanya, pada musim durian tahun lalu dia menjual Tupai King pada harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100).

“Saya jangka harga durian Tupai King tahun ini mencecah RM100 sekilogram,” katanya.

Katanya, pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak pokok durian itu sejak lebih lima tahun lalu.

“Ketika ini, hanya saya yang mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dan tahun lalu menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada 16 pokok yang sudah matang.

“Saya jangka lima tahun lagi, ia akan banyak seperti durian lain selepas pokok yang ditanam pekebun mula mengeluarkan hasil,” katanya ~ K!

Rabu, 2 Jun 2021

Lambakan raja buah: Peniaga jangka rugi RM80,000


 GEORGETOWN - Penghujung Jun hingga Ogos yang lazimnya kemuncak musim raja buah tidak lagi menjadi berita gembira kepada pemilik dusun dan gerai durian di Balik Pulau susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Bahkan, tiada lagi pemandangan keterujaan para peminat durian dari seluruh pelosok negara yang datang ke Pulau Pinang untuk menikmati raja buah itu, sama ada di gerai-gerai tepi jalan atau pun menikmatinya di dusun.

Sejajar dengan penguatkuasaan total lockdown, ia merupakan tahun kedua mereka dijangka mengalami kerugian apabila sekatan daerah dan negeri dikuatkuasakan selama dua minggu.

Pemilik dusun durian, Shamsol Abdul Aziz, 34, mengakui bakal menanggung kerugian sekitar RM80,000 dengan kos pembelian baja sebanyak RM120,000.

Menurutnya, dia sanggup membuat pelaburan membeli baja berkualiti untuk semua pokok durian di dusunnya seluas 1.6 hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau dengan harapan tahun ini memperoleh hasil yang berlipat kali ganda.

Setelah mengalami kerugian tahun lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya melabur dengan membeli baja berkualiti untuk menghasilkan lebih banyak buah.

"Bagaimanapun, apa yang dirancang pada tahun ini tidak seperti yang diharapkan. Negara sedang melaksanakan 'total lockdown' buat kali ketiga menyebabkan penjualan durian terbantut kerana sekatan merentas daerah dan negeri.

"Saya jangkakan akan mengalami kerugian sekitar RM80,000 kerana tahun ini, hasil dianggarkan sebanyak 17 tan berbanding tahun lalu, sekitar 11 tan sahaja. Selain baja, faktor cuaca juga memainkan peranan dalam penghasilan buah," katanya ketika ditemui di gerainya di Tanjung Tokong, pada Selasa.

Memiliki 18 jenis durian di dusunnya, Shamsol menganggarkan perniagaannnya merosot antara 60 hingga 70 peratus tahun ini.

"Dengan peningkatan penghasilan buah tahun ini, saya jangkakan perniagaan saya mungkin merudum melebihi 50 peratus kerana masalah pemasaran. Tahun lalu, saya rugi antara RM60,000 hingga RM70,000.

"Setakat ini, saya buka dua gerai iaitu satu di sini (pulau) dan satu lagi di seberang. Sehingga hari ini, Pulau Pinang masih membenarkan penggerai beroperasi. Sebelum ini, saya buka enam gerai selain pelanggan boleh menikmati durian di dusun," ujarnya.

Lambakan durian dan pelaksanaan 'total lockdown' menyebabkan Shamsol bakal mengalami kerugian sekitar RM80,000 tahun ini.

Bagi mengurangkan kerugian pada tahun lalu, Shamsol menjual isi durian, termasuk jenis Black Thorn dan Musang King ke kilang-kilang yang menghasilkan ais krim selain pengusaha tempoyak pada harga yang murah.

"Saya berharap kerajaan negeri mengizinkan penjual durian mendirikan gerai di tepi jalan untuk berniaga tahun ini. Saya berusaha sebaik mungkin menjual durian dalam talian tetapi ia kurang memberangsangkan.

"Saya ada menyertai platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) namun hasil jualan tidak serancak berbanding menjual di gerai.

"Pelanggan lebih suka melihat sendiri buah durian daripada membeli dalam talian kerana mereka lebih puas hati dengan cara itu," jelasnya.

Menyentuh harga pula, Shamsol yang sudah sedekad berkecimpung dalam perniagaan durian memberitahu, harga durian merudum antara RM5 hingga RM10 sekilo.

"Kita terpaksa turunkan harga kerana lambakan durian. Durian jenis D604 yang sebelum ini berharga RM38 sekilogram kini hanya RM28. Jika kita tidak turunkan harga, tiada pembeli dan buah akan rosak.

"Meskipun kini adalah masanya untuk peminat durian menikmati buah kegemaran mereka, malang ia sebatas untuk penduduk Pulau Pinang sahaja," luahnya.

Di Balik Pulau, terdapat lebih 200 dusun durian yang dimiliki oleh penduduk tempatan.

-SH Online