"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label AnginTimur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AnginTimur. Papar semua catatan

Ahad, 18 Februari 2024

Perlis Sudah 30 Hari Tanpa Hujan

KANGAR: Fenomena El Nino yang melanda menyaksikan Perlis sudah merekodkan 30 hari tanpa hujan dengan suhu melebihi 36 darjah Celsius.

Situasi tersebut turut menyaksikan paras air di Empangan Timah Tasoh menyusut sekitar 0.02 meter sehari dan dijangka mampu bertahan sekitar tiga bulan sahaja jika cuaca panas berterusan.

Pada masa ini, bacaan paras air di empangan yang menjadi sumber bekalan air domestik, pertanian dan kawalan banjir itu menunjukkan penurunan mencapai tahap 28.57 meter meliputi jumlah 25.5 juta meter padu.

Kadar tersebut adalah berkurangan berbanding paras air normal di empangan tersebut yang sepatutnya sekitar 29.1 meter.

Selain itu, cuaca panas berke­naan juga menjejaskan industri padi di negeri ini dengan hasil dijangka merosot sehingga 50 peratus daripada lima tan metrik perhektar kepada sekitar dua ke tiga tan metrik sahaja. Setakat ini, kira-kira 90 peratus pesawah di Perlis masih belum menuai hasil.

Cuaca panas melampau itu juga menyebabkan terdapat kawasan sawah padi di negeri ini mula merekah dan kering kontang.

Antaranya di kawasan sawah padi di Kok Klang, Chuping di sini yang merupakan antara titik panas di negeri ini menyaksikan terdapat sawah yang merekah dan tanah kering kontang.

Sebagai rekod, pada 9 April 1998, Chuping telah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia iaitu 40.1 darjah Celsius.

Di hutan-hutan pula, pemandangan pada musim kemarau ini juga menyaksikan pokok-pokok terdiri dari kaum bukan damar bertukar warna keperangan, merah dan kuning.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengasas Perlis Nature Xplorer (PNX), Sya­mil Abd. Rahman berkata, monsun timur laut yang melanda Perlis sedang berada pada kemuncaknya dengan bacaan suhu tertinggi 36.9 darjah Celsius direkodkan pada 8 Februari lalu di Chuping menjadikan ia rekod suhu tertinggi di Malaysia setakat ini bagi tahun ini.

Katanya, pada masa ini, mukim Chuping masih memegang rekod sebagai titik terpanas Semenanjung Malaysia dengan bacaan suhu 40.1 darjah Celsius pada 9 April 1998.

“Serentak itu, rekod jadual hari tanpa hujan melebihi tujuh hari tertinggi di Malaysia ketika ini turut dicatatkan di Perlis dengan bacaan 30 hari tanpa hujan dari Stesen Meteorologi Auksiliari Kuala Perlis (Batu Putih).

“Pusat Iklim Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan rekod kemas kini sehingga semalam, jadual bilangan hari tanpa hujan dari beberapa stesen meteorologi antaranya Chuping (28 hari) dan Langkawi (28 hari).

“Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda, dijangkakan suhu maksimum harian negara boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat dan cuaca panas ini akan berlarutan sehingga penghujung bulan Mac sebelum fasa perubahan monsun berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Syamil menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang menyebabkan risiko kebakaran hutan yang menjadi habitat hidupan liar.

“Semasa tinjauan PNX di salah satu kawasan hutan yang menjadi habitat kepada spesis kucing batu dan spesis pokok dipterokarpa pamah mendapati bekas kebakaran telah berlaku,” katanya.

“Cuaca panas ini juga mengundang kepada risiko kebakaran khususnya di kawasan-kawasan hutan,” katanya. 

Gambar : CUACA panas melampau khususnya di Chuping semalam yang merupakan antara titik panas di Perlis berisiko terdedah dengan kebakaran. 

Artikel Asal : https://www.utusan.com.my/nasional/2024/02/perlis-sudah-30-hari-tanpa-hujan/

Sumber : Utusan Malaysia

Like & Follow Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#TMP20242025

#PakatMaiPerlis

#PerlisDamaiDanMenawan