"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Twitter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Twitter. Papar semua catatan

Rabu, 29 Disember 2021

Wow.....banyaknya balak ...macam gerabak keretapi

 Boleh tanya sikit. Nak dapat batang balak sebanyak ini, berapa bukit perlu digondolkan dan berapa ribu batang pokok harus ditebang? Pakcik tanya jer!

Rabu, 28 April 2021

Azmin bersyukur hujan turun ketika berumrah di Mekah, namun diserang kaw-kaw oleh netizen


Walaupun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menunjukkan beliau bersyukur kerana hujan turun ketika beliau berada di Tanah Suci Mekah semalam, netizen tidak pernah memberi peluang kepada beliau. 

Mereka menyerang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kaw-kaw ketika membalas kicauan Azmin di Twitter malam tadi yang memaklumkan hujan turan di Mekah selepas sekian lama panas.x 

“Jadi nak cakap kau membawa rakmat ke tu? Ahahha,” tulis pengguna Twitter yang menggunakan nama Mujakosuki ketika membalas kicauan Azmin.

 Azmin malam tadi berkicau di Twitter dengan menulis, “Allahuakbar hujan turun membasahi bumi Mekah. Sudah lama difahamkan tidak hujan di sini. Syukur dengan nikmat Allah SWT.”

“Sebenarnya sana aman dan damai. Nampak je Azmin, Tuhan pun menangis… Dapat merasakan derita rakyat Malaysia,” balas KB @ Kenabcdefgh melalui Twitter beliau bagi menjawab kicauan Azmin itu.

 Tindakan Azmin yang menunjukkan gambar beliau membersihkan lantai Masjidil Haram yang terkena hujan juga dikecam oleh netizen. 

Pengguna Twitter yang menggunakan nama So’od menulis, “Apa tujuan tunjuk2 tu.” 

Hampir kesemua netizen yang membalas balik kicauan Azmin itu menyerang bekas timbalan presiden PKR yang belot dan bersama-sama menubuhkan kerana Perikatan Nasional melalui Langkah Sheraton yang dinamakan Langkah Syaiton oleh Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu itu.

Azmin telah ke Mekah untuk menunaikan umrah dalam misinya untuk menarik pelaburan dari negara-negara Arab itu. 

Ekoran itu, netizen yang menggunakan nama My Birthplace berkata, “Kalian je boleh umrah dengan duit rakyat atas nama lawatan sambil bekerja. Rakyat nak rentas daerah dan negeri nak cari makan pun tak (boleh).” 

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan Azmin dengan tragedi merebaknya Covid-19 lepas pilihan raya negeri Sabah dan kes tersilap waktu azan Maghrib di sebuah masjid di Gombak.

 “Dulu aman je Sabahan. Korang gi sana, terus Covid spike (meningkat). 

“Then (lepas itu) Gombak, dalam keluar SOP tak dibenarkan berbuka puasa (di masjid) korang langgar gak.

 “Sampaikan bilal terkejut gi Azan awal. Habis satu kampung batal puasa,” tulis IwanXtreme melalui twitternya yang turut menjawab kicauan Azmin itu. Ia dipercayai merujuk kepada tindakan Azmin membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kawasan pilihan raya beliau dan solat di Masjid Al Amaniah, Gombak baru-baru ini. 

Sebuah gambar yang disiarkan ekoran kunjungan Muhyiddin ke Masjid Al-Amaniah, Gombak baru-baru ini. 

Ia dipercayai majlis moreh selepas solat Terawih yang sebenarnya melanggar SOP Masjid di Selangor.

 Dalam kunjungan itu, moreh (makan selepas solat Terawih) bersama perdana menteri diadakan di masjid itu ketika semua masjid di Selangor dilarang dari mengadakan moreh untuk mengelak jangkitan Covid-19. 

Ekoran itu, Muhyiddin dan Azmin didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.

 Sebuah masjid di Gombak juga tersalah mengumandangkan Azan Maghrib lebih awal sehingga menyebabkan ramai yang terbatal puasa mereka kerana berbuka lebih awal dari waktunya. 

Kebencian kepada Azmin sangat ketara terutama di kalangan pengguna Twitter sehingga #KerajaanGagal menjadi paling rending selama lima hari berturut-turut baru-baru ini. -Kerengge


Rabu, 13 Januari 2021

Kantoi: MCMC beli akaun remaja sampai kena 'cyber bully' di Twitter sampai tutup akaun

SEJAK malam tadi, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jadi bahan 'cyber bully' oleh netizen di media sosial sampaikan ia terpaksa menutup akaun.

Semua itu berlaku gara-gara 'kantoi' bahawa akaun rasmi @SKMM_MCMC itu rupa-rupanya dibeli daripada seorang remaja berusia 15 tahun sekitar tujuh tahun yang lalu.

Tweet MCMC

Ramai pengguna Twitter berjaya menyelongkar ciapan lama akaun twitter berkenaan dan menyiarkannya kembali seterusnya menjadi bahan kutukan dan ejekan orang ramai di laman media sosial itu.

Kebanyakan ciapan lama di akaun rasmi MCMC yang diselongkar kembali oleh netizen itu dilihat ada yang lucah, perkauman dan menjengkelkan.

Tambah melucukan, selepas menjadi bahan kutukan ramai, agensi itu mengeluarkan kenyataan rasmi mendakwa akaun rasminya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Susulan itu akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu,"


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelek dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan yang BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC," tulis kenyataan itu yang dikeluarkan oleh jabatan komunikasi korporat MCMC.

Kantoi

Seorang lelaki bernama Nazrul Hakim, berusia 22 tahun yang tinggal di Pahang tampil memberitahu bahawa dia adalah pemilik asal akaun berkenaan sebelum menjualkannya kepada seorang pihak ketiga.

Individu yang membeli akaun itu kemudian dikatakan telah menjualkannya kepada pentadbir halaman Twitter rasmi MCMC.

"Akaun Twitter itu mempunyai pengikut sekitar 50,000 ketika itu. Jadi ada seseorang yang tawarkan untuk beli akaun itu daripada saya," katanya.

Portal media tempatan melaporkan akaun Twitter itu telah dibeli pada harga RM1,300 daripada pemilik asal.

Penafian SKMM dengan mengatakan kononnya akaun Twitter rasmi Suruhanjaya itu telah diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab jelas sekali tidak membantu membersihkan imejnya.

Sebaliknya ia dilihat memandang rendah kebijaksanaan rakyat. Bagaimana akaun itu boleh diceroboh, tapi mampu menghantar ciapan bertarikh tujuh tahun lalu? "Backdated" tweet ke? 

Jika benar ada individu tidak bertanggungjawab menceroboh akaun Twitter berkenaan, individu itu adalah pihak MCMC sendiri yang menceroboh akaun remaja tersebut bukan sebaliknya.

Lebih baik MCMC mengaku sahaja bahawa pihaknya telah membeli akaun dari seseorang supaya dapat follower berpuluh ribu dalam masa yang singkat.

Jangan pandang rendah kebijaksaan rakyat.


Sumber — https://www.milosuam.net/

Isnin, 2 November 2020

Kajian:Tiga ahli politik Malaysia paling dibenci di Twitter

 


KAJIAN yang dijalankan oleh Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence (KLSAI), mendapati 3 orang ahli politik paling dibenci di halaman media sosial Twitter.

Kajian itu dibuat berdasarkan 300,000 ciapan di Twitter di antara 21 hingga 25 Oktober lalu menerusi kaedah 'web scraping' dengan menggunakan pelbagai bots bagi mengeluarkan teks-teks ciapan pengguna twitter selama 5 hari.

"300K ciapan yang berasaskan politik, dalam jangka waktu di antara 21 sehingga 25 Oktober, telah diekstrak dan dianalisis. Pelbagai kod dan penjejak telah digunakan untuk mengekstrak kesemua ciapan-ciapan berkaitan, dan sentimen terhadap ciapan-ciapan ini telah dianalisis, termasuk bahasa yang biasa digunakan," lapor The Vibes memetik kenyataan institusi tersebut.
Ciapan berkaitan dengan Azmin, yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 90.63 peratus negatif, diikuti oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (75.56% negatif) dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (65.6% negatif).

Ahi politik paling dibenci di Malaysia

"Mungkin ahli politik tidak pedulikan rakyat secara serius, namun rakyat memerhatikan mereka. Ketika ketegangan untuk melaksanakan darurat, orang ramai berpendapat itu merupakan langkah Azmin dan Muhyiddin untuk kekal berkuasa," kata kenyataan itu.

Ciapan-ciapan lain menuding kepada ketiadaan Perikatan Nasional selepas pilihanraya negeri Sabah 26 September di mana kumpulan masyarakat dan penduduk terpaksa berusaha sendiri di tengah-tengah gelombang ketiga Covid-19.

Menurut KLSAI, sekiranya pilihanraya umum diadakan, PN kemungkinan besar sukar untuk mempertahankan Putrajaya.

"Berdasarkan situasi ini, jika kerajaan mahu mengadakan pilihanraya dengan wang cukai rakyat, Muhyiddin dan pasukannya akan gagal teruk."

"Netizen juga meluahkan betapa mereka memerlukan seorang pemimpin, bukan sekadar seorang Perdana Menteri, dan sebab itulah tanda pagar #MuhyiddinOut menjadi trend selama beberapa hari."

Berkenaan dengan Tun Mahathir pula, pengguna media sosial percaya bahawa beliau merupakan punca kepada "Langkah Sheraton," dalam bulan Februari yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan.


Sumber — https://www.milosuam.net