"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengiktirafan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengiktirafan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Oktober 2024

Tuan Guru Hadi Awang tersenarai dalam The 500 Most Influential Muslims 2025

 harakahdaily.net

October 13, 2024
KUALA LUMPUR: Yayasan Permata Ummah mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah diiktiraf oleh The 500 Most Influential Muslims sebagai salah seorang ulama paling berpengaruh di peringkat antarabangsa bagi tahun 2025.

Menurut yayasan itu, ini merupakan kali kesepuluh Tuan Guru tersenarai sejak pertama kali pada tahun 2016.

Dalam senarai itu, Tuan Guru berdiri sebaris dengan ulama terkemuka lain seperti Mufti Ismail ibn Musa Menk, Shaykh Dr. Aaidh ibn Abdullah al-Qarni, Dr. Zakir Abdul Karim Naik, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, Imam Omar Suleiman, Sheikh Dr. Muhammad bin Yahya al-Ninowy, Abdullah Gymnastiar, dan Sheikh Nuh Keller.

“Pengiktirafan ini adalah hasil sumbangan dan jasa Tuan Guru yang signifikan di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Kami juga merakamkan penghargaan kepada The Royal Islamic Strategic Studies Centre (MABDA المركز الملكي للبحوث والدراسات الإسلامية) atas pengiktirafan ini,” kata yayasan itu dalam satu catatan di laan Facebooknya.

Ahad, 31 Julai 2022

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

 Wow Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP. Selain pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai lalu, ASEAN NCAP turut mengumumkan keputusan penilaian yang dibuat terhadap model serba baharu Perodua Alza 2022.

Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Alza baharu merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.

Bagi kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS).

Keputusan itu telah mendapat pujian daripada Ketua Pengarah MIROS, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.

Beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP berbangga kini jenama tempatan sangat mengambil berat dalam menjaga keselamatan para penggunanya serta pengguna jalan raya lain.

“Dengan pelancaran Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan semangat berterusan mereka untuk keselamatan pengguna jalan raya—bukan sahaja untuk keselamatan pelanggan dan keluarga mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain. Oleh itu, saya menggalakkan lebih banyak pengeluar kenderaan untuk menunjukkan minat yang sama juga dengan membangunkan kereta yang mempunyai teknologi keselamatan yang diperlukan sambil kita bekerjasama memenuhi sasaran mengurangkan separuh kematian jalan raya di rantau ini.”

Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan kelengkapan standard 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang. Selain itu, model itu turut dipasang dengan sistem Autonomous Emergency Braking (AEB), teknologi Auto High Beam dan Pedestrian Protection sebagai standard di semua variannya.

Ia juga menawarkan teknologi bantuan keselamatan terkini lain sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD) yang dipasang pada kedua-dua belah kenderaan, Lane Departure Warning (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Lane Keep Assist (LKA).

-MH Daily

Selasa, 29 Jun 2021

FIFA iktiraf 89 gol Mokhtar Dahari

 FIFA sahkan 89 gol dijaringkan Mokhtar sepanjang mewakili Malaysia.

FIFA sahkan 89 gol dijaringkan Mokhtar sepanjang mewakili Malaysia.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya mengesahkan legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari meledak 89 gol antarabangsa bersama skuad kebangsaan sepanjang kariernya.

Pengesahan itu muncul selepas badan induk bola sepak dunia itu mengeluarkan senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di laman Twitter mereka, hari ini.

Perkembangan itu turut menyaksikan Mokhtar yang lebih dikenali sebagai 'Supermokh' berada dalam kelompok tiga pemain teratas senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Jumlah sebenar jaringan gol antarabangsa yang di ledak Mokhtar sebelum ini menjadi perdebatan apabila ada yang mendakwa dia meledak 86 gol daripada 131 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Malah, terdapat juga laporan sebelum ini yang memetik beberapa sumber statistik bahawa Mokhtar menjaringkan 85 gol buat Harimau Malaya sepanjang kariernya.

Berdasarkan laporan BH Sukan, minggu lalu, beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Pencapaian 89 gol itu dikatakan dilakar sehingga tahun 1991 sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun itu.

Berdasarkan rekod terbabit, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan. 

Pendahulu senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kini dikongsi pemain Iran, Ali Daei dan Cristiano Ronaldo dari Portugal yang meledak 109 gol.

Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman:

1. Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo 109 gol

2. Mokhtar Dahari (Malaysia) 89 gol

3. Ferenc Puskas (Hungary) 84 gol

4. Godfrey Chitalu (Zambia) 79 gol

5. Hussein Saeed (Iraq) 78 gol

6. Pele (Brazil) 77 gol

7. Ali Mabkhout (Emiriah Arab Bersatu) 76 gol

8. Sandor Kocsis (Hungary), Kunishige Kamamoto (Jepun), Bashar Abdullah (Kuwait), Lionel Messi (Argentina) 75 gol -BH Online

Selasa, 2 Februari 2021

Atlet Terunggul Sepanjang Zaman, Nicol kebanggaan negara – PM



Kejayaan Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia semalam begitu membanggakan negara.

Bagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, kemenangan tersebut diharapkan dapat menjadi motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang mengharumkan nama negara dalam apa juga bidang yang diceburi.

“Tahniah Nicol. Anda kebanggaan negara. Saya ingin berkongsi rasa bangga bersama seluruh peminat sukan tanah air, khususnya skuasy atas kejayaan bekas Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia semalam.

“Kemenangan itu membuktikan sumbangan, keringat dan aksi beliau selama ini terus diperhatikan dunia walaupun bekas pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut itu telah menggantung raket,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berharap kejayaan Nicol akan menjadi pembakar semangat kepada generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan sukan tersebut dan pemain pelapis yang sedang mengembangkan prestasi untuk melangkah lebih jauh.

Katanya, dengan iltizam yang betul dan usaha yang bersungguh-sungguh tidak mustahil semua rakyat Malaysia mampu menjadi Ratu Skuasy Negara

 “Tahniah Nicol, Syabas Malaysia,” kata Muhyiddin.

Nicol diiktiraf sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman selepas memperoleh undian tertinggi.

Pengiktirafan itu diberikan oleh The World Games selepas Nicol berjaya memperoleh 318,943 undian mengalahkan 23 pesaingnya yang lain.

Nicol merupakan satu-satunya atlet di Asia yang tercalon untuk merebut gelaran Atlet Terunggu Sepanjang Zaman itu.

Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia iaitu selama sembilan tahun sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily pada 2015.

Beliau mengecapi kesemua kejuaraan termasuk lapan kali bergelar juara dunia selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.

Nicol bersara daripada dunia skuasy pada Jun 2019 selepas berkecimpung dalam dunia sukan itu selama 27 tahun.

Beliau bermain skuasy seawal lima tahun dan memulakan karier sebagai pemain pada 1992 apabila merangkul pingat perak dalam Kejohanan Remaja Pulau Pinang.

Beliau merangkul gelaran dunia pertama tujuh tahun kemudian pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 1999 di Antwerp, Belgium ketika berusia 15 tahun.

Kejayaannya itu meletakkan dirinya sebagai juara remaja dunia wanita termuda dalam sejarah dan kemudiannya menjulang gelaran dunia pada 2005 sekali gus meletakkannya di ranking pertama dunia buat kali pertama pada Januari 2006 ketika berusia 23 tahun dan rakyat Malaysia dan Asia pertama berada di kedudukan nombor satu dunia.

Selama 112 bulan berada di kedudukan pertama dunia, Nicol yang dikenali dengan panggilan Duracell Bunny disebabkan kelincahan pemain berfizikal kecil itu bagaimanapun menghadapi kesukaran kebelakangan in.

Kemuncaknya apabila terkeluar daripada kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama tahun 2018 apabila berdepan saingan pemain lebih muda.-SM



Selasa, 15 Disember 2020

Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf 7 Menteri terbaik Asia

 

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf 7 Menteri terbaik Asia

KUALA LUMPUR– Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf sebagai antara tujuh Menteri Alam Sekitar terbaik Asia.

Pengiktirafan kepada Menteri Alam sekitar dan Air Malaysia itu diberikan Majalah Asia Business Info.

Tuan Ibrahim Tuan Man disenaraikan bersama Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar, Menteri Alam Sekitar Singapura, Masaqos Zulkifli dan Menteri Alam Sekitar India, Prakash Javadekar.

Turur tersenarai Menteri Alam Sekitar Iran, Isa Kalantari, Menteri Alam Sekitar New Zealand, Hon David Parker dan Menteri Alam Sekitar Korea Selatan, Cho Myung-rae.

Mengikut kedudukan, Tuan Ibrahim Tuan Man diletakkan di kedudukan nombor enam daripada tujuh Menteri terbaik.

Pastinya pengiktirafan ini membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekaligus mengharumkan nama negara.

Rentas7.com

Isnin, 26 Oktober 2020

Dr Noor Hisham antara trio hero Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah

BERNAMA

Singapura: Pada pertengahan April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai 'antara doktor terbaik dunia' oleh sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani Covid-19 di Malaysia.

Enam bulan berlalu dan dengan Malaysia sedang mengharungi gelombang ketiga pandemik itu, reputasi beliau tetap gah.

Kali ini nama beliau dinyatakan dalam tajuk berita portal The Independent, Singapura yang dibaca: "Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci - Covid's heroic trio" (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci - Trio Wira COVID).

Wacana itu ditulis oleh Tan Bah Bah, editor perunding portal berita tersebut dan juga merupakan bekas penulis kanan The Straits Times.

Dalam kolumnya 'Sense And Nonsense', Tan memulakan dengan: "Tidak dapat dinafikan, hero asal pandemik Covid-19 ialah mendiang Dr Li Wenliang, pakar Oftalmologi yang merupakan orang pertama memberi amaran kepada pihak berkuasa kesihatan di Wuhan tentang virus itu Disember lepas.

"Tatkala Beijing berjaya mengawal situasi di wilayah Hubei dan lain-lain kawasan di China, negara-negara lain yang bergelut menentang virus itu turut melahirkan wira masing-masing.

"Seorang daripada mereka memainkan peranan penting di sebuah negara yang akan menghadapi pilihan raya pada 3 November ini yang keputusannya bakal membawa kesan di seluruh dunia," tulis Tan, merujuk kepada Dr Anthony Stephen Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat.

Seorang lagi ialah Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield.

Tan seterusnya berkata, tiga pakar kesihatan awam negara itu kini menjadi perhatian antarabangsa, selain Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu, Tan menulis: "Hampir setiap petang sejak beberapa bulan lepas, rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung taklimat Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham.

"Beliau tenang memperincikan perkembangan terkini, dan secara bersahaja saling beralih di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Beliau merupakan jurucakap negara tentang usaha Malaysia membendung penularan virus itu."

Tan juga berkata, usaha Dr Noor Hisham 'tidak berhenti setakat itu. Beliau juga membuat hantaran Twitter dari hati.'

"Kita perlukan perpaduan untuk menentang pandemik ini, bukan saling bertelagah. Barisan hadapan kita berjuang di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24/7. Keletihan mental dan fizikal kini dirasai. Sesetengahnya sudah bersedia untuk mengalah. Belajarlah dari Sabah," demikian hantaran Twitter Dr Noor Hisham yang dipetik oleh Tan.

"Malaysia mengalami peningkatan mendadak sekarang disebabkan, antaranya pilihan raya Sabah," kata Tan dalam artikelnya itu.

Tan juga berkata di New Zealand, individu yang setara dengan Dr Noor Hisham ialah Dr Bloomfield yang memenangi hati dan minda rakyat negara tersebut dengan kepimpinannya yang tenang sepanjang pelaksanaan sekatan.

Editor perunding itu turut menyifatkan Dr Fauci sebagai 'tidak mudah gelabah'.

Artikel penuh boleh diakses menerusi https://theindependent.sg/drs-noor-hisham-bloomfield-and-fauci-covids-he....

The Independent yang bermula pada 9 Ogos 2013 merupakan platform berita yang dimiliki dan dioperasikan oleh wartawan, dan portal ini melaporkan isu-isu semasa, ekonomi dan politik di Singapura secara mendalam dan bebas.

-myMetro