"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label MCMC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCMC. Papar semua catatan

Rabu, 13 Januari 2021

Kantoi: MCMC beli akaun remaja sampai kena 'cyber bully' di Twitter sampai tutup akaun

SEJAK malam tadi, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jadi bahan 'cyber bully' oleh netizen di media sosial sampaikan ia terpaksa menutup akaun.

Semua itu berlaku gara-gara 'kantoi' bahawa akaun rasmi @SKMM_MCMC itu rupa-rupanya dibeli daripada seorang remaja berusia 15 tahun sekitar tujuh tahun yang lalu.

Tweet MCMC

Ramai pengguna Twitter berjaya menyelongkar ciapan lama akaun twitter berkenaan dan menyiarkannya kembali seterusnya menjadi bahan kutukan dan ejekan orang ramai di laman media sosial itu.

Kebanyakan ciapan lama di akaun rasmi MCMC yang diselongkar kembali oleh netizen itu dilihat ada yang lucah, perkauman dan menjengkelkan.

Tambah melucukan, selepas menjadi bahan kutukan ramai, agensi itu mengeluarkan kenyataan rasmi mendakwa akaun rasminya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Susulan itu akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu,"


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelek dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan yang BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC," tulis kenyataan itu yang dikeluarkan oleh jabatan komunikasi korporat MCMC.

Kantoi

Seorang lelaki bernama Nazrul Hakim, berusia 22 tahun yang tinggal di Pahang tampil memberitahu bahawa dia adalah pemilik asal akaun berkenaan sebelum menjualkannya kepada seorang pihak ketiga.

Individu yang membeli akaun itu kemudian dikatakan telah menjualkannya kepada pentadbir halaman Twitter rasmi MCMC.

"Akaun Twitter itu mempunyai pengikut sekitar 50,000 ketika itu. Jadi ada seseorang yang tawarkan untuk beli akaun itu daripada saya," katanya.

Portal media tempatan melaporkan akaun Twitter itu telah dibeli pada harga RM1,300 daripada pemilik asal.

Penafian SKMM dengan mengatakan kononnya akaun Twitter rasmi Suruhanjaya itu telah diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab jelas sekali tidak membantu membersihkan imejnya.

Sebaliknya ia dilihat memandang rendah kebijaksanaan rakyat. Bagaimana akaun itu boleh diceroboh, tapi mampu menghantar ciapan bertarikh tujuh tahun lalu? "Backdated" tweet ke? 

Jika benar ada individu tidak bertanggungjawab menceroboh akaun Twitter berkenaan, individu itu adalah pihak MCMC sendiri yang menceroboh akaun remaja tersebut bukan sebaliknya.

Lebih baik MCMC mengaku sahaja bahawa pihaknya telah membeli akaun dari seseorang supaya dapat follower berpuluh ribu dalam masa yang singkat.

Jangan pandang rendah kebijaksaan rakyat.


Sumber — https://www.milosuam.net/