"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Arak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arak. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2020

Selepas Patriot, Kini Giliran Adik Ipar Tun M Pula Yang Membantah Larangan Jual Arak

 


Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (bersara) Hashim Mohd Ali tampil membantah sekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun depan.

Menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jeneral (bersara) Mohamed Arshad Raji, Hasim berkata walaupun bukan urusannya untuk mempromosikan pengambilan alkohol, kerajaan mesti menghormati hak orang bukan Islam.

Katanya, ini kerana masyarakat Malaysia hidup di negara yang berbilang agama dan selama beberapa generasi, tidak ada masalah dalam penjualan minuman keras di kedai-kedai ini.

"Angkatan Tentera Malaysia juga berbilang kaum dan terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Pembelian dan meminum liquor terbuka untuk pegawai dan tentera bukan Islam dari kedai Pernama (Perbadanan Perwira Niaga Malaysia) tidak pernah menjadi masalah.

"Sebenarnya, ini membolehkan pegawai kanan memantau tingkah laku pembelian dan minum anggota tentera bersenjata bukan Islam di bawah pengawasan mereka," kata Hashim pada satu kenyataan hari ini.

-mindarakyat

ps:Admin terasa amat sedih bila orang Islam mempertahankan perkara sebegini.Susah untuk diucapkan.Astaghfirullah

Selasa, 3 November 2020

Dari Mabuk, jadi perogol dan peliwat.



PETALING JAYA: Seorang pemilik restoran makanan Arab berasal dari Asia Barat ditahan polis dipercayai merogol dan meliwat kenalan wanita yang baru dikenalinya di Ara Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek yang berusia 31 tahun ditahan pada jam 10.19 pagi sebaik polis menerima aduan daripada mangsa pada jam 9.38 pagi.

Katanya, mangsa seorang wanita warga asing berusia 25 tahun dan bekerja sebagai operator perkhidmatan pelanggan bagi syarikat pelancongan.

"Mangsa mendakwa baru mengenali suspek yang juga pemilik restoran makanan Arab di tempat tinggalnya pada 28 Oktober lalu.

"Suspek dikatakan datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam, kelmarin dengan membawa makanan dan minuman keras.

"Kira-kira jam 12.30 tengah malam, suspek dalam keadaan mabuk mengajak mangsa melakukan hubungan seks namun ditolak menyebabkan lelaki itu berang dan menampar muka mangsa sebelum merogolnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, suspek turut meliwat mangsa selain mengajak mangsa mandi bersama dan menganggap mangsa sebagai isterinya.

"Suspek kemudian tertidur di rumah mangsa dan wanita itu mengambil kesempatan keluar ke balai polis membuat laporan.

"Susulan laporan polis mangsa, suspek ditangkap ketika dia tertidur sebelum direman tujuh hari sehingga 8 November ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan Seksyen 323 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan," kata beliau.

Tambah beliau, siasatan lanjut kini sedang dijalankan dan pihak kedutaan suspek dan mangsa dimaklumkan berhubung kejadian itu.

Ibnu Hasyim

Sabda Rasulullah SAW:

 اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ  Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.” Riwayat al-Hakim (4/145)

Begitu juga, hadith daripada Uthman RA secara mauquf: اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِثِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak kerana ia punca segala kejahatan dan kerosakan.”  Riwayat al-Nasaie (8/315)

Ahad, 25 Oktober 2020

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

 


KUALA LUMPUR – Pertama sekali, terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mengetengahkan isu ini.

Keduanya, mohon kerajaan bertindak segera menyelesaikan kekeliruan ini dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang gagal mematuhi syarat penjualan arak.

Minimum keras harus dijual di bahagian tersendiri yang terasing dan jelas agar pengguna tidak terkeliru.

Ini bukan sahaja soal orang Islam tetapi melibatkan juga mereka yang tidak minum arak pada mana-mana jua agama.

Ketiga, mohon anda semua sebarkan maklumat ini segera agar orang ramai dan masyarakat sedar kekeliruan yang berlaku.

Minuman ini walaupun asasnya cuka tetapi mengandungi kandungan alkohol sehingga 4.5 peratus.

Jumlah yang agak tinggi dan boleh menyebabkan mabuk.

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

“Tindakan peniaga yang meletakkan Apple Fox di ruangan makanan biasa boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna Muslim yang tidak mengenali Apple Fox adalah arak,” katanya.

#Sumber : – Mynewshub.TV 

MR :  Negara kita makin celaru walaupun nama negara Islam dan umat Islam 

-mindarakyat