"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tabung Haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Haji. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Oktober 2025

Semakan Tawaran Haji 2026 / 1447H (THiJARI) Tabung Haji


semakan haji

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai pada hari Jumaat, 24 Oktober 2025

Sehubungan itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada semasa, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun seterusnya. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan rayuan serta syarat-syarat menunaikan haji bagi bakal jemaah tahun 2026 / 1447H.

Tarikh Semakan Tawaran Haji 2026

Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui portal THiJARI mulai Jumaat, 24 Oktober 2025. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2026/1447 Hijrah secara berperingkat.

Pendeposit yang telah mendaftar disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal tersebut.

Cara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI

Semua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut.

Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Login ke Portal THiJARI di pautan berikut: https://www.thijari.com.my
  2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa pendaftaran awal
  3. Pilih Menu PERKHIDMATAN HAJI
  4. Klik SEMAK TAWARAN HAJI
  5. Anda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini

*Pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

semakan tawaran haji 2025
semakan tawaran haji 2025

Anda juga akan menerima SMS seperti berikut sekiranya nombor telefon yang didaftarkan masih aktif :

Proses Semakan & Penerimaan Tawaran

Setelah menerima tawaran, bakal jemaah perlu:

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti yang berdaftar dengan TH dan KKM.
  • Mencukupkan bayaran haji.
  • Melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

Rujuk video di bawah untuk panduan lebih terperinci:


Sumber: Tabung Haji

Syarat Menunaikan Haji 2026 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah telah menetapkan beberapa syarat kesihatan baharu bagi musim haji tahun 1447H/2026M. Syarat ini wajib dipatuhi oleh semua bakal jemaah untuk memastikan kelulusan visa haji dan kelancaran ibadah.

1. Syarat Utama Untuk Layak Menunaikan Haji

Bakal jemaah dianggap layak sekiranya memenuhi dua syarat asas:

  • Bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal.
  • Berupaya menjalankan ibadah haji secara berdikari (tanpa bantuan orang lain).

2. Golongan Yang Tidak Layak Menunaikan Haji

Seseorang tidak layak untuk menunaikan haji sekiranya mempunyai salah satu daripada keadaan kesihatan berikut:

  • Kegagalan buah pinggang kronik (perlu menjalani dialisis).
  • Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius (NYHA Kelas III/IV).
  • Penyakit paru-paru kronik yang memerlukan bantuan oksigen.
  • Penyakit hati kronik atau kegagalan fungsi hati.
  • Masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif dan motor.
  • Warga emas dengan dementia atau kelemahan fizikal melampau.
  • Kehamilan berisiko tinggi.
  • Penyakit berjangkit aktif (contohnya Tuberkulosis – Tibi).
  • Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan (seperti kemoterapi).

Semakan Tawaran Haji 2026 / 1447H (THiJARI) Tabung Haji

semakan haji
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai pada hari Jumaat, 24 Oktober 2025

Sehubungan itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada semasa, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun seterusnya. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan rayuan serta syarat-syarat menunaikan haji bagi bakal jemaah tahun 2026 / 1447H.

Tarikh Semakan Tawaran Haji 2026

Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui portal THiJARI mulai Jumaat, 24 Oktober 2025. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2026/1447 Hijrah secara berperingkat.

Pendeposit yang telah mendaftar disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal tersebut.

Cara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI

Semua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut.

ADVERTISEMENT

Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Login ke Portal THiJARI di pautan berikut: https://www.thijari.com.my
  2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa pendaftaran awal
  3. Pilih Menu PERKHIDMATAN HAJI
  4. Klik SEMAK TAWARAN HAJI
  5. Anda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini

*Pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

semakan tawaran haji 2025
semakan tawaran haji 2025

Anda juga akan menerima SMS seperti berikut sekiranya nombor telefon yang didaftarkan masih aktif :

Proses Semakan & Penerimaan Tawaran

Setelah menerima tawaran, bakal jemaah perlu:

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti yang berdaftar dengan TH dan KKM.
  • Mencukupkan bayaran haji.
  • Melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

Rujuk video di bawah untuk panduan lebih terperinci:

ADVERTISEMENT

Sumber: Tabung Haji

Syarat Menunaikan Haji 2026 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah telah menetapkan beberapa syarat kesihatan baharu bagi musim haji tahun 1447H/2026M. Syarat ini wajib dipatuhi oleh semua bakal jemaah untuk memastikan kelulusan visa haji dan kelancaran ibadah.

1. Syarat Utama Untuk Layak Menunaikan Haji

Bakal jemaah dianggap layak sekiranya memenuhi dua syarat asas:

  • Bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal.
  • Berupaya menjalankan ibadah haji secara berdikari (tanpa bantuan orang lain).

2. Golongan Yang Tidak Layak Menunaikan Haji

Seseorang tidak layak untuk menunaikan haji sekiranya mempunyai salah satu daripada keadaan kesihatan berikut:

  • Kegagalan buah pinggang kronik (perlu menjalani dialisis).
  • Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius (NYHA Kelas III/IV).
  • Penyakit paru-paru kronik yang memerlukan bantuan oksigen.
  • Penyakit hati kronik atau kegagalan fungsi hati.
  • Masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif dan motor.
  • Warga emas dengan dementia atau kelemahan fizikal melampau.
  • Kehamilan berisiko tinggi.
  • Penyakit berjangkit aktif (contohnya Tuberkulosis – Tibi).
  • Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan (seperti kemoterapi).

3. Langkah Kesihatan Oleh Tabung Haji (TH)

  • TH menyediakan klinik kesihatan di semua bangunan penginapan jemaah di Makkah dan Madinah, termasuk farmasi yang dikendalikan oleh petugas kesihatan bertauliah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • TH tidak dibenarkan membuka pusat rawatan besar di Tanah Suci, namun jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital di bawah pengawasan pakar perubatan KKM.
  • Sebanyak 225 petugas kesihatan KKM akan bertugas bagi musim haji 2026.

4. Penekanan Kesihatan Jemaah

Tabung Haji menasihatkan bakal jemaah untuk:

  • Menjalani pemeriksaan kesihatan awal.
  • Membuat persediaan fizikal dan mental kerana cuaca di Arab Saudi panas dan berdebu.
  • Memastikan tahap kesihatan optimum sebelum berangkat bagi memudahkan perjalanan dan ibadah.

Buku Rekod Rawatan Digital

Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

semakan tawaran haji 2025

Hal ini kerana, BRRJH kini disediakan dalam bentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, menjimatkan masa dan tenaga selain memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci Makkah.

Setelah menyemak dan memuat turun surat tawaran haji, bakal jemaah boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (softcopy/hardcopy).

Kemudian, bakal jemaah akan menerima notifikasi mengenai status kesihatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan di aplikasi THiJARI setelah selesai pemeriksaan kesihatan, dan seterusnya boleh melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

Proses pengisian maklumat oleh bakal haji dan Pegawai Perubatan juga semuanya dilakukan dalam sistem yang diintegrasikan bersama sistem dari KKM untuk mendapatkan butiran penuh tahap kesihatan bakal jemaah serta status vaksinasi.

Bakal haji tidak perlu lagi untuk membawa BRRJH secara fizikal ke Tanah Suci kerana semua maklumat dan status kesihatan terkumpul di dalam satu sistem sekali gus mengurangkan risiko kehilangan buku rekod berkenaan.

Cara Daftar Pengguna THiJARI

Jika anda masih belum berdaftar dengan portal THiJARI, sila ikuti 3 langkah berikut untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

  1. Dapatkan capaian melalui https://www.thijari.com.my (telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.
semakan haji 2023

Baca juga: Cara Daftar THiJARI & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.


Soalan Lazim

1. Bila semakan tawaran Haji 2026 dibuka?

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai pada hari Jumaat, 24 Oktober 2025. 


2. Bagaimana cara membuat semakan tawaran Haji 2026?

Semakan boleh dibuat melalui tiga saluran utama:


1. Portal THiJARI – layari https://www.thijari.com.my
2. Aplikasi mudah alih THiJARI – boleh dimuat turun di App Store atau Google Play.

3. Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) – hubungi 03-6207 1919.

Langkah-langkah di portal THiJARI:
– Log masuk akaun THiJARI anda.
– Klik menu “Perkhidmatan Haji” → “Semakan Tawaran Haji”.
– Masukkan nombor akaun atau nombor kad pengenalan.
– Paparan keputusan akan menunjukkan status tawaran haji 2026 anda.

3. Siapa yang layak menerima tawaran Haji 2026?

Keutamaan diberikan kepada:

– Pemegang akaun Tabung Haji yang telah mendaftar haji dan mempunyai giliran menunaikan haji bagi tahun 2026.
– Jemaah yang lulus pemeriksaan kesihatan mengikut syarat ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

4. Apakah syarat kesihatan yang perlu dipenuhi untuk musim Haji 2026?

Menurut ketetapan Kerajaan Arab Saudi (Kementerian Haji dan Umrah):

Layak:
– Bebas daripada penyakit berjangkit, kronik tidak terkawal, atau penyakit serius.
– Berupaya menjalankan ibadah haji secara berdikari.


Tidak Layak:
– Kegagalan buah pinggang (perlu dialisis).
– Kegagalan jantung serius (NYHA Kelas III/IV).
– Penyakit paru-paru kronik (perlu bantuan oksigen).
– Penyakit hati kronik, masalah neurologi/mental, dementia, kehamilan berisiko tinggi, penyakit berjangkit aktif (Tibi), atau pesakit kanser sedang rawatan.

5. Bagaimana jika saya tidak layak atas faktor kesihatan?

Jemaah yang tidak memenuhi syarat kesihatan tidak akan diberikan visa haji oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Mereka boleh menangguhkan pendaftaran ke tahun berikutnya setelah keadaan kesihatan stabil dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

6. Adakah TH menyediakan kemudahan kesihatan di Tanah Suci?

Ya. Tabung Haji (TH) menyediakan klinik kesihatan dan farmasi di semua bangunan penginapan jemaah di Makkah dan Madinah, dikendalikan oleh petugas kesihatan KKM.
Sebanyak 225 petugas kesihatan Malaysia akan bertugas bagi musim haji 2026 untuk memastikan jemaah mendapat rawatan terbaik.

7. Apa yang perlu dilakukan jika mendapat tawaran Haji 2026?

Setelah disahkan layak:

– Sahkan penerimaan tawaran melalui portal THiJARI.
– Jalani pemeriksaan kesihatan wajib KKM.
– Lengkapkan kursus bimbingan haji di bawah Tabung Haji.
– Lakukan persediaan kewangan dan fizikal secukupnya.

8. Di mana boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Laman rasmi: www.tabunghaji.gov.my
Portal THiJARI: www.thijari.com.my
Talian TH Contact Centre (THCC): 03-6207 1919
Media sosial rasmi Tabung Haji: Facebook, Instagram & X (Twitter)


Sumber 

Sabtu, 18 September 2021

Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000

Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000

 Peningkatan kos haji dan umrah pada masa depan adalah situasi yang tidak dapat dielakkan berikutan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik COVID-19

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan saringan COVID-19.

“Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila dihadkan kepada dua orang, sudah tentu kos penginapan akan meningkat kepada setiap jemaah.

“Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos,” katanya kepada BH, hari ini.

Tabung Haji (TH) menjangka kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan SOP ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Razali berkata, sekiranya kos haji naik secara mendadak, antara kesan yang membimbangkan adalah ramai jemaah terlepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak berkemampuan.

“Sebelum COVID-19, kos bagi seorang jemaah adalah RM20,000 dengan subsidi diberikan TH sebanyak RM10,000.

“Bagaimanapun, persoalannya jika jumlah subsidi TH pada kadar sama, tentu ramai tidak mampu menanggung kos dan terpaksa menolak giliran haji,” katanya.

Beliau berharap TH dapat mempertimbangkan untuk menyerap kenaikan kos itu melalui keuntungan daripada pelaburan institusi itu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Sebanyak 28 peratus keuntungan pelaburan TH dikecualikan (daripada cukai pendapatan), jadi jika boleh kita berharap TH tanggung lebihan kos kenaikan ini bagi mengelak ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi.

“Saya kira jika perbelanjaan haji perlu ditanggung seorang jemaah naik dalam kadar munasabah, ia masih boleh diterima dengan syarat kos lain diserap TH,” katanya.

Razali turut yakin TH berupaya menanggung pertambahan kos itu mengambil kira jangkaannya berkemungkinan jemaah haji yang dibenarkan ke Tanah Suci masih dihadkan.

“Saya menjangka disebabkan pandemik masih berlarutan, mungkin kuota haji kurang daripada 10,000 saja jemaah tanah air akan berpeluang mengerjakan ibadat itu,” katanya.

-wrlr