"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Mustapha Mohamad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Mustapha Mohamad. Papar semua catatan

Rabu, 9 Jun 2021

Bank perlu perjelas secara mendalam mengenai moratorium kepada M40 - Mustapa Mohamed

 Bank perlu perjelas secara mendalam mengenai moratorium kepada M40 - Mustapa

Mustapa berkata pihak bank juga mungkin boleh menyediakan 'helpdesk' bagi kes-kes tertentu supaya mereka yang terkesan dan tidak ada pertimbangan lain dapat membuat aduan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberikan penjelasan secara mendalam mengenai moratorium kepada golongan M40 yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, ramai golongan M40 termasuk usahawan dan para profesional semakin tertekan dan terdesak untuk mendapatkan bantuan.
"Ramai yang mengharapkan moratorium menyeluruh seperti yang dibuat pada tahun lepas...bagi perniagaan kecil dan sederhana serta mikro, mereka tiada masalah (untuk mendapatkan moratorium), tetapi bagi M40 yang terkesan, mengalami kekurangan pendapatan, mereka juga boleh memohon dan pihak bank sudah beri jaminan bahawa ia boleh diluluskan.
"Pihak bank perlu mencari kaedah yang lebih tuntas dalam memberikan pencerahan (mengenai moratorium)," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Bicara Politikonomi - 'Lockdown dan Ekonomi Negara' di saluran televisyen TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa.
Beliau berkata pihak bank juga mungkin boleh menyediakan 'helpdesk' bagi kes-kes tertentu supaya mereka yang terkesan dan tidak ada pertimbangan lain dapat membuat aduan.
"Sudah pasti yang terbaik ialah moratorium automatik, yang tidak melibatkan karenah birokrasi.
"Saya berharap bank-bank akan cuba membantu golongan yang terkesan (yang tidak mendapat moratorium secara automatik) dan yang patut ditolong ini," katanya.
Pandangan itu adalah di kala bank-bank di negara ini secara amnya melaporkan keuntungan yang memberangsangkan, katanya.
Mustapa berkata meskipun pemulihan ekonomi dijangka bertambah baik sejak akhir tahun lepas, namun dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, keadaan kembali 'parah' kerana kebanyakan perniagaan tiada lagi simpanan tunai atau mendapat bantuan lanjut.
Beliau berkata walaupun kerajaan tidak dapat memenuhi kebanyakan permohonan daripada usahawan, namun diharapkan semua pihak termasuk bank dapat terus berbincang dan mencari kemajuan dalam perkara tersebut.
"Tertakluk kepada pihak bank sama ada menerima cadangan ini atau tidak. Saya rasa mungkin Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menjadi orang tengah untuk mencari jalan bagaimana untuk memberi pencerahan agar isu yang dihadapi ini boleh ditangani dengan sewajarnya," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam keadaan yang dinamik dan tidak menentu akibat COVID-19, sukar untuk menjangkakan situasi mengenai pemulihan ekonomi, melainkan kerajaan mempercepat proses vaksinasi COVID-19.
"Kalau ada permohonan daripada syarikat-syarikat swasta untuk beli sendiri vaksinasi, sudah pasti kerajaan boleh mencari jalan bagaimana dapat mempercepat vaksinasi.
"Seterusnya boleh mengembalikan keyakinan pelabur dan ekonomi dapat cepat pulih seperti yang kita lihat di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Australia," katanya.
-- BERNAMA

Sabtu, 9 Januari 2021

Projek HSR : Kerajaan Perikatan Nasional Di Telanjangkan Oleh Kerajaan Singapura!!!

Kerajaan Perikatan Nasional terus berdolak dalih sama ada mahu meneruskan projek mega 'High Speed Rail' atau HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura.


23 November 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustafa Mohamad, ketika memberikan jawapan kepada MP Jelutong, RSN Rayer, memaklumkan Kerajaan Perikatan Nasional 
TIDAK AKAN membatal atau menangguhkan projek-projek mega yang sudah dirancang kerana ia akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia pelbagai peringkat kehilangan perkerjaan.

Tidak sampai 2 bulan kenyataan pertama dikeluarkan, menteri yang sama mengumumkan pula Kerajaan Perikatan Nasional AKAN MEMBATALKAN projek HSR Kuala Lumpur - Singapura atas alasan keadaan ekonomi Malaysia yang terjejas teruk akibat dari pandemik Covid-19!!!

Persoalannya : 

1) Adakah benar projek HSR Kuala Lumpur - Singapura dibatalkan kerana ekonomi Malaysia terjejas teruk akibat pandemik Covid-19?

2) Mengapakah Kerajaan Perikatan Nasional tidak konsisten dalam membuat keputusan yang besar, lebih-lebih lagi apabila ianya membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara jiran, Singapura?

Kalau benar seperti yang Kerajaan Perikatan Nasional dakwa, projek HSR Kuala Lumpur - Singapura dibatalkan kerana keadaan terkini ekonomi Malaysia, kita merasa pelik, bagaimana dalam kegawatan begini Kerajaan Perikatan Nasional boleh buat keputusan untuk lanjutkan tren ERL ke Johor Bahru sebagai projek HSR KL-Johor Bahru medium laju separuh dari HSR Kuala Lumpur - Singapura dengan kos hampir sama projek HSR KL-Singapura yang dibatalkan mereka?

Untuk meneruskan projek terkini teknologi keretapi berkelajuan tinggi, HSR Kuala Lumpur - Singapura, Kerajaan Perikatan Nasional dakwa tidak mampu tetapi dengan kos yang sama, Kerajaan Perikatan Nasional mampu pula untuk melanjutkan perkhidmatan ERL yang sedia ada hingga ke Johor Baru tetapi dengan kelajuan yang hanya separuh dari HSR Kuala Lumpur - Singapura!!!

Malah Kerajaan Perikatan Nasional mampu juga membayar pampasan setiap tahun kepada syarikat pengendali ERL!!!


Apa yang lebih memalukan, Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Yee Kung, ketika mendedahkan punca utama Kerajaan Singapura membatalkan projek HSR Kuala Lumpur - Singapura di dalam Parlimen Singapura adalah kerana :

"Perubahan signifikan untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal merupakan kebimbangan utama buat Singapura, sekaligus menjurus kepada pembatalan projek berkenaan."

"Disebabkan dua-dua negara tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam menjalankan HSR, kami bersetuju di bawah persetujuan bilateral HSR untuk melantik pemain industri yang terbaik melalui tender antarabangsa secara terbuka dan telus bagi memainkan peranan AssetsCo."

"Setelah dilantik, AssetsCo akan membekalkan sistem kereta api, menjalankan operasi rangkaian, memastikan keutamaan diberikan secara wajar kepada HSR sebagai perkhidmatan rentas-sempadan serta tujuan domestik di Malaysia, dan boleh dipertanggungjawabkan oleh Singapura dan Malaysia."

"Ini akan memastikan sebarang perselisihan pendapat pada masa hadapan dapat dielakkan apabila projek ini dijangka akan berlanjutan selama berdekad."

"Malaysia turut bercadang untuk menyambung jajaran HSR ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan menyebabkan kereta api itu berkongsi trek dengan trek kereta api lain yang sedia ada."

"Express Rail Link merupakan model sistem kereta api sedia ada yang bergerak pada kelajuan separuh daripada kelajuan HSR." 

"Sekiranya ini diteruskan, terdapat banyak isu teknikal yang perlu ditangani." 

Kenapa Kerajaan Singapura bertegas tidak mahu menghapuskan syarikat AssetsCo dan apakah peranan yang akan dimainkan oleh AssetsCo dalam projek HSR Kuala Lumpur - Singapura?

AssetsCo adalah syarikat usahasama dua negara yang akan terlibat dalam rekabentuk dan penyeliaan projek. 

Termasuklah kelulusan sebarang tender yang melibatkan projek berkenaan.

Jika AssetsCo dihapuskan, maka setiap negara berhak membuat keputusan sendiri bagi tender pembinaan pakej HSR di dalam kawasan mereka.

Contohnya jika Malaysia mahu membuat tender runding terus kepada syarikat kontraktor bagi pakej HSR negara kita, maka Singapura tidak akan dapat menolak kerana tiada kuasa sepertimana yang wujud dalam persefahaman AssetsCo.

90 peratus HSR adalah dalam Malaysia. 

Oleh itu anggaran kos projek bagi negara kita sahaja adalah sekitar RM60 bilion.

Perkara ini tidak dipersetujui Singapura atas kebimbangan daripada segi pematuhan spesifikasi dan ketelusan proses perolehan. 

Bagi Singapura, disebabkan kedua-dua negara tiada kepakaran dalam teknologi pembinaan HSR, maka tender terbuka peringkat antarabangsa hendaklah dilakukan.

Kebimbangan Kerajaan Singapura adalah juga senada dengan apa yang dinyatakan oleh mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

Pembatalan projek HSR Kuala Lumpur - Singapura akan menyebabkan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada Kerajaan Singapura.


Lebih memusykilkan lagi bila Mustafa Mohamad memaklumkan, jumlah pampasan yang akan dibayar kepada Kerajaan Singapura adalah RAHSIA dan tidak boleh didedahkan!!!

Kenapa tidak boleh didedahkan?

Rakyat mahu tahu kerana yang digunakan itu adalah duit rakyat!!!

Mengapakah Kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu sebarang kontrak yang akan ditawarkan dalam projek HSR Kuala Lumpur - Singapura dilakukan secara tender terbuka tetapi mahu ianya diberikan secara runding terus?

Apa keperluan mendesak untuk setiap kontrak diberikan secara runding terus?

Soalan yang paling utama yang mesti dijawab oleh Mustafa Mohamad dan Kerajaan Perikatan Nasional ialah mengapa menipu rakyat dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah atas pembatalan projek HSR Kuala Lumpur - Singapura?

Apa yang cuba disembunyikan!!!

-theunspinners