"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label DBKL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DBKL. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2025

Isu penjaja belon: Muhammad Za'imuddin berisiko lumpuh - Doktor

 *Isu penjaja belon: Muhammad Za'imuddin berisiko lumpuh - Doktor*

Kuala Lumpur: Muhammad Za'imuddin Azlan berisiko lumpuh kekal selepas saraf tulang belakang toraks T12 cedera teruk akibat dihempap dan dicederakan dalam insiden kekecohan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, pada 28 Mac lalu.

Pegawai perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran yang mengiringi Muhammad Za'imuddin berkata, lelaki itu boleh lumpuh secara kekal dan ketika ini perlu rehat dan tidak melakukan kerja berat dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

"Hasil laporan perubatan ini menunjukkan 'T12 kemek' atau compressed, banyak komplikasi dan yang paling kita risau sekali, dia mula rasa kebas dan pesakit tidak dapat mengawal kencing.

"Dan komplikasi yang kita tak nak berlaku adalah risiko lumpuh. Kita berdoa dalam tempoh tiga hingga enam bulan, dia kembali pulih," katanya dalam sidang media selepas Abang Belon selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Dalam sidang media itu, Muhammad Za'imuddin, 29, ditemani ibunya, Hasnah Mat Isa, dan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Menurutnya, sepatutnya pada 18 April ini, Muhammad Za'imuddin perlu menjalani pembedahan hernia di skrotum yang sudah membesar.

"Bagaimanapun, akibat kejadian ini, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan dan kini fokus rawatan adalah tulang belakang T12 yang tidak boleh bergerak terlalu banyak.

"Jika ditanya skala kesakitan daripada satu hingga 10, Muhammad Za'imuddin boleh katakan skala pada lapan hingga sembilan, memang sakit kerana ia membabitkan saraf di kiri dan kanan," katanya.

Dr Mohd Hafidz berkata, dalam nota discaj Muhammad Za'imuddin juga dikepilkan salinan sijil cuti sakit selama 48 hari.

"Dalam tempoh itu, dia tidak boleh bergerak dan semestinya tidak boleh menjual belon lagi," katanya.

Sementara itu, Hasnah Mat Isa, 54, ibu kepada Muhammad Za'imuddin, terkilan dengan kejadian yang berlaku terhadap anak kedua daripada tiga beradik itu.

"Anak saya hanya mencari rezeki yang halal, tidak patut dia diperlakukan kejam sebegini. Kami akan teruskan ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan DBKL," katanya.

Ditanya bagaimana dia mengetahui kejadian itu, dia melihat video yang tular di media sosial dan terkejut diberitahu itu anak lelakinya.

"Saya terus menghubungi suami dan diberitahu itu memang anak kami. Saya sedih kerana sepatutnya anak perlu menjalani pembedahan hernia dan mencari wang untuk membiayai kos rawatan itu," katanya.

Disiarkan pada: April 6, 2025 @ 2:41pm

Suraya Roslan

surayaroslan@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

Jumaat, 28 Mac 2025

ISU KUIL:JADILAH PENGANUT HINDU YANG BERMARUAH

 JADILAH PENGANUT HINDU YANG BERMARUAH

Jangan baca tulisan ini dengan perasaan kebencian antara kaum dan agama. Cukup baca dan fikir secara logik, bijaksana dan adil.

Tulisan ini aku garapkan untuk memberi teguran kepada DBKL dan menterinya dalam menyelesaikan masalah rumah ibadah haram yang dibangunkan di atas tanah milik persendirian. Bukan tanah kerajaan pun. Buat apa kerajaan nak masuk campur begitu sekali.

Berita pemberian tanah ganti secara percuma kepada jawatankuasa kuil itu adalah tindakan bodoh, lemah dan menjatuhkan maruah penganut agama Hindu di Malaysia. 

Lebih baik hal ini diselesaikan antara 2 pihak sahaja. Jawatankuasa kuil dan pemilik tanah. Jika sehingga ke mahkamah pun adalah lebih baik untuk dijadikan rujukan pada kes-kes tuntutan sebegini dimasa akan datang.

Orang India beragama Hindu hari ini bukan seperti 30-40 tahun lepas. Mereka bukan golongan majoritinya miskin. Ramai diantara mereka yang sudah berjaya dan kaya raya. Yang billionaire pun pun ada. Takkanlah tiada antara mereka ini mampu menaja tapak kuil demi maruah agama mereka.

Pergerakan agama Buddha bermatian menjayakan jamuan makan malam besar untuk mengutip sumbangan membina tokong mereka. Penat penari naga melompat-lompat. Akhirnya mereka berjaya membina tokong yang besar dan cantik hasil usaha mereka sendiri dan sokongan kewangan dari penganutnya.

Pergerakan agama Kristian naik turun syarikat besar untuk mengumpul dana membeli bangunan dijadikan gereja mereka. Tak dapat bangunan besar, rumah kedai tingkat atas pun jadilah. Ramai orang kaya beragama Kristian menjadi pendana kepada gerakan mereka.

Ahli jawatankuasa masjid dan surau melancar tabung demi tabung, program sumbangan dan infak mencari dana untuk pembinaan masjid. Mencari pemilik tanah yang sudi mewakafkan tanah mereka untuk didirikan masjid dan surau.

Tiba-tiba, hari ini DBKL menganugerahkan 4000 kaki persegi tanah di tengah-tengah Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM10 juta untuk pampasan atau penggantian tapak kuil haram!!!

Dibina secara HARAM, diganti dengan tanah PERCUMA. Logik ke?

Tanah itu walau dimiliki oleh DBKL ianya berarti dimiliki oleh penduduk Kuala Lumpur. Dimiliki oleh rakyat!!

Tanah 4000 sqft dengan nilai ekonomi yang tinggi ditengah-tengah Kuala Lumpur jika dijadikan tempat parkir berbayar pun boleh dapat pulangan. Hasilnya boleh digunakan bantu warga Kuala Lumpur yang susah, gelandangan, program sumbangan makanan dan pakaian di Lorong Haji Taib atau program kemasyarakatan yang lain. Macam-macam boleh buat.

Kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia, ramai juga yang tidak setuju dengan keputusan ini. Ianya memalukan. Carilah dana sendiri untuk beli tapak kuil yang baru. Hari itu di Batu Caves bukan main sombong lagi (Isu DJ ERA). Jadi kali ini buktikanlah.

Bilangan orang India yang beragama Hindu di Malaysia mencecah 2 juta orang. Jika semuanya bersatu hati dan beri sumbangan pada kuil itu RM5.00 seorang secara purata, dah ada RM10,000,000.  Ini yang dikatakan bermaruah!. Bukan terhegeh-hegeh naik turun DBKL cari menteri minta tanah percuma.

Jika hal ini berlaku untuk Tokong Buddha aku tak setuju. Waima, jika ini berlaku pada tapak masjid juga aku tidak setuju. Jangan ambil hak orang lain atas nama agama. Tanah 4000sqft itu bukan hak kamu! Itu hak warga Kuala Lumpur.

Kepada jawatankuasa kuil tersebut bersama orang politik, jangan anggap tanah percuma ini sebagai kemenangan buat kalian. Ianya hanya satu perkara yang memalukan.

Aku mohon maaf jika ada penganut Hindu yang terasa dengan tulisan ini. Cuma kalian fikirkan sahaja apa yang aku sampaikan dalam-dalam. Buang sifat perkauman dan perbezaan agama. Letakkan akal waras dihadapan.

Nota : Yayasan Albukhary milik Tan Sri Syed Mokhtar membelanjakan lebih RM300 juta dalam membantu syiar Islam di Malaysia. Berapa banyak masjid yang telah didanai oleh yayasan ini. Ramai dikalangan orang Islam jiwa dan sifatnya sama seperti Syed Mokhtar dengan kemampuan masing-masing.

Takkanlah kalian tak ada tokoh seperti ini?

Begitulah.

Source 

Sabtu, 1 Februari 2025

Artis pro-Anwar marahkan 'pihak dengki',SPRM biarkan DBKL siasat sendiri skandal kontrak


Artis dan penyokong tegar Anwar Ibrahim, Afdlin Shauki, mendakwa beliau menjadi sasaran pihak yang "berhasad dengki" berikutan pendedahan yang mengaitkan beliau dengan projek jutaan ringgit membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), agensi yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Afdlin, pelakon dan pengarah yang merupakan antara artis terawal menyertai PKR dan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Anwar, tidak mengulas lanjut mengenai butiran dakwaan yang disiarkan sebuah saluran popular Telegram.

Beliau sebaliknya menggesa orang ramai "memberi ruang" kepada DBKL untuk meneruskan siasatan dalaman.

"Ini merupakan satu usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," kata Afdlin, yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah DBKL beberapa bulan selepas Anwar mengambil alih Putrajaya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian tidak melancarkan sebarang siasatan, sebaliknya akan menunggu keputusan siasatan dalaman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ia "sudah tentu... akan dirujuk" jika terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa ditemui siasatan dalaman DBKL.

"Buat masa ini keputusan yang diambil ialah kita biarkan DBKL menjalankan siasatan dalaman dahulu melalui unit integriti mereka (dan) unit lain-lain yang ada di bawah DBKL," kata Azam dipetik Astro Awani.

Pendirian itu diambil walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mengesahkan telah membatalkan sebuah projek bermasalah RM7 juta yang dikaitkan dengan seorang ahli lembaga pengarah DBKL.

Pelbagai usaha MalaysiaNow menghubungi Azam untuk mendapatkan penjelasan lanjut telah gagal.

Dakwaan terhadap Afdlin pertama kali muncul dalam hantaran dikongsi Edisi Siasat, saluran Telegram yang sangat popular yang terkenal dengan pendedahan pelbagai skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan agensi kerajaan dan individu berkuasa.

Antara lain, ia menuduh Afdlin terlibat dalam perolehan kontrak penerbitan kandungan kreatif daripada DBKL, di samping pelbagai kontrak lain yang dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta, sekaligus mencetuskan perdebatan mengenai ketelusan dan akauntabiliti DBKL.

Hanya sebulan selepas memegang jawatan, Anwar menubuhkan Jabatan Wilayah Persekutuan, menempatkan DBKL di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri.

Menteri yang memimpin jabatan itu pula hanya dilantik setahun kemudian, berikutan rombakan Kabinet yang menyaksikan Dr Zaliha Mustafa diberhentikan sebagai menteri kesihatan.

Hantaran Telegram itu turut mendakwa Afdlin melanggar prosedur perolehan dalam projek pembinaan studio dan konti radio bernilai RM7 juta, sebelum ia dibatalkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif.

Maimunah, yang mengumumkan siasatan dalaman terhadap dakwaan terkini itu, mengesahkan sebaik sahaja dilantik sebagai Datuk Bandar tahun lepas, beliau telah menghentikan projek bernilai RM7 juta disebabkan kos tinggi dan pelanggaran prosedur perolehan.

Hantaran itu yang didakwa ditulis oleh kakitangan DBKL turut berkata projek-projek itu diketahui setiausaha politik Anwar, Azman Abidin. Azman bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Menurut hantaran itu lagi, Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP), iaitu yayasan yang tertakluk di bawah kementerian wilayah persekutuan, telah menyalurkan kontrak DBKL bernilai RM4 juta untuk penerbitan bahan kreatif kepada syarikat milik "kroni".

Ia mendakwa kontrak untuk penghasilan video bagi saluran TikTok "Friends of DBKL" tidak melalui proses tender yang betul, sambil menambah seorang podcaster terkemuka masih berhutang lebih 100 klip kepada DBKL.

Catatan itu melampirkan salinan dokumen yang menunjukkan perjanjian ditandatangani oleh KSKYWP, DBKL dan Afdlin, yang membutirkan jumlah yang dicaj kepada DBKL untuk penerbitan 43 klip pendek, program siaran langsung, berita dan podcast bernilai antara RM3,000 dan RM10,000 setiap satu.

Sementara itu, Afdlin dalam kenyataannya berkata beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang siasatan berhubung perkara itu, sambil menambah laporan polis telah difailkan.

"Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak sepatutnya membuat keputusan untuk berleluasa.

"Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tergugat dan keadilan akan ditegakkan," tambahnya.

Sumber 

Ahad, 30 Ogos 2020

Peniaga berdekatan premis jadi tali barut sindiket pelacuran

PEMILIK premis perniagaan dipercayai menjadi tali barut sindiket pelacuran yang membocorkan maklumat serbuan pihak berkuasa selain menyediakan laluan tikus kepada pelacur melarikan diri.

Perbuatan segelintir pemilik premis itu dibongkar hasil Operasi Tebah dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Jalan Petaling, Jalan Silang dan Chow Kit, hari ini.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, operasi dilakukan bagi membanteras kegiatan haram seperti pelacuran, perjudian, penjualan minuman keras, perniagaan tanpa lesen, mengubahsuai premis tanpa kebenaran dan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menurutnya, operasi bersepadu bermula jam 2 petang itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, dalam serbuan itu, sebanyak tujuh premis dikenakan tindakan penutupan serta-merta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berniaga tanpa lesen sah DBKL.

"Anggota turut menyerbu premis disyaki menawarkan pelacuran tetapi ketika serbuan dilakukan tiada tangkapan dibuat.

"Kita percaya sindiket pelacuran mempunyai pelbagai kaedah seperti menggunakan 'runner' yang membocorkan maklumat serbuan, memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mempunyai pintu lain untuk melarikan diri.

"Kita kesan ada kedai runcit yang terletak di bahagian bawah menyediakan pintu keluar secara rahsia kepada mereka.

"Kedai runcit kemungkinan buat ubah suai struktur bangunan dan tindakan itu salah. Kalau betul ia berlaku DBKL akan minta pemilik premis betulkan semula," katanya dalam sidang media Operasi Tebah di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Santhara berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 78 barangan termasuk kondom, tilam dan bantal dirampas selain memecahkan 164 papan atau sekatan antara bilik.

Katanya, serbuan dibuat hasil risikan selama tiga minggu yang membolehkan kita mengesan lokasi panas kegiatan tidak bermoral itu.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan mahu 'memerdekakan' Jalan Petaling atau lebih dikenali sebagai Petaling Street daripada dibanjiri peniaga warga asing.

Katanya, pihaknya mendapat aduan golongan terbabit mengugut dan berkelakuan seperti samseng ketika menjalankan perniagaan.

"Justeru, saya minta masyarakat jangan beli barang daripada mereka (warga asing). Ada aduan kata apabila mereka tawar-menawar dan tak beli, mereka diugut oleh penjual yang berkelakuan seperti gengster.

"Kita mahu memerdekakan Jalan Petaling. Bandar kita, kalau penuh dengan peniaga warga asing apakah ertinya kemerdekaan kepada warga Kuala Lumpur," katanya.

Beliau mahu menjalankan tanggungjawab diberikan rakyat, tidak mahu tunduk kepada tekanan politik dan merayu kepada orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.