"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Fattah Amin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fattah Amin. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Januari 2021

Wajah comel Fatima anak Fattzura viral

Video memaparkan Fatima dikendong Fattah yang dikongsi pasangan itu di Instagram. Foto IG Fattzuralovelife
Video memaparkan Fatima dikendong Fattah yang dikongsi pasangan itu di Instagram. Foto IG Fattzuralovelife

KUALA LUMPUR: Selepas dua bulan menyambut kelahiran bayi sulung, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura buat kali pertama berkongsi wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya kepada peminat.

Foto keluarga itu dikongsi pasangan berkenaan dalam akaun Instagram (IG) rasmi mereka, tepat pada jam 12 tengah malam tadi.

Foto keluarga dikongsi Fattah dan Fazura dalam akaun Instagram masing-masing tepat pada jam 12 tengah malam tadi. Foto IG Nur Fazura
Foto keluarga dikongsi Fattah dan Fazura dalam akaun Instagram masing-masing tepat pada jam 12 tengah malam tadi. Foto IG Nur Fazura

Pada foto itu, Fatima yang didukung Fazura, tampak comel dalam persalinan gaun berenda dan bertopi.

Melalui entri itu, Fattah dan Fazura mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2021 kepada peminat dan pengikut mereka.

"Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima," kata pasangan itu.

 Pada 2 Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.

Ketika itu, Fattah dan Fazura tidak mendedahkan wajah penuh bayinya comel dan berkulit cerah itu.

Sebaliknya, mereka memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan wajah anak hingga tiba waktu sesuai.

-BH Online

Jumaat, 2 Oktober 2020

TAHNIAH:Fazura, Fattah Amin dikurnia bayi perempuan

Fattah Amin dan Fazura 

 Kuala Lumpur: Pelakon popular, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, hari ini. 

 Suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi khabar gembira itu dan bersyukur bayi berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

 " Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini. 

Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," katanya. 

 Fattah turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi nama dan wajah anaknya buat masa ini. 

 "Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.
HANTARAN dimuatnaik Fattah mengenai kelahiran anak perempuan sulungnya. FOTO Instagram 

"Terima kasih kami ucapkan buat anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan, " katanya. 

 Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

-myMetro