"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Double Standard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Double Standard. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2022

Double standard-Pemain Harimau Malaya tak layak terima imbuhan

 KUALA LUMPUR 14 JUNE 2022. Skuad Harimau Malaya meraikan kemenangan mengalahkan pasukan Bangladesh dengan keputusan jaringan gol 4-1 selepas perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR 14 JUNE 2022. Skuad Harimau Malaya meraikan kemenangan mengalahkan pasukan Bangladesh dengan keputusan jaringan gol 4-1 selepas perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Adakah skuad Harimau Malaya memiliki 'darjat' yang berbeza dengan atlet lain di negara ini selepas dilihat mendapat 'layanan istimewa' daripada kerajaan susulan kejayaan mara ke Piala Asia 2023 secara merit?

Itu persoalan yang dilontarkan pemerhati sukan tempatan, Zakaria Rahim selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan mempertimbang pemberian imbuhan dan penganjuran meraikan skuad bola sepak kebangsaan susulan kejayaan ke Piala Asia 2023.

Zakaria menegaskan, pasukan lain mencipta kejayaan yang lebih besar berbanding apa yang dikecapi skuad bola sepak kebangsaan namun sayangnya, pencapaian mereka dipandang sepi tanpa sambutan yang 'meletup'.

"Pasukan hoki negara masuk final Piala Asia, naib juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023, ranking ke-10 dunia, mana imbuhan? Mereka pulang pun tidak disambut. Ada antara mereka yang kerja juruteknik, kerani dan paling tinggi inspektor polis. Ada yang masih belajar. Mudahnya, majoriti mereka B40.

Zakaria Rahim. -  Foto Goh Thean Howe
Zakaria Rahim. - Foto Goh Thean Howe

"Pasukan terjun negara yang rata-rata atlet muda remaja sapu bersih semua lapan pingat emas di Sukan SEA tiada imbuhan, tidak disambut? Separuh daripada mereka anak kampung di Sarawak dan pelajar. Kategori B berapa pula?

"Tiba-tiba pasukan bola sepak yang jadi pasukan yang ke-23 dari 24 pasukan layak ke Piala Asia diberi layanan istimewa dan dipertimbangkan imbuhan? Sedangkan mereka semua bergaji puluhan ribu, berkereta mewah dan golongan T20," katanya.

Justeru, Zakaria yang juga bekas pengurus Selangor itu mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat melihat semula keutamaan dalam memberikan imbuhan khususnya bagi prospek jangka masa panjang dalam sukan bola sepak.

"KBS perlu kaji semula keutamaan untuk memberikan imbuhan. Jika pun mahu beri imbuhan, bukan kepada pemain tetapi kepada pasukan.

"Beri imbuhan kepada pasukan Bawah 17 tahun (B-17) yang rata-ratanya pelajar sekolah yang sedang bersiap untuk layak ke Piala Dunia B-17. Mereka adalah prospek ke Piala Dunia 2030, itupun kalau serius nak ke Piala Dunia," tambahnya.

-BH Online

Ahad, 6 Mac 2022

PRN Johor:KJ laga penumbuk, kenapa tak didenda, soal calon MUDA

 

Tangkap layar catatan Facebook Khairy Jamaluddin menunjukkan Menteri Kesihatan itu berlaga penumbuk dengan penyokong, yang kemudiannya diturunkan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Calon MUDA bagi kerusi Bukit Permai, Azrol Rahani, mempersoalkan dwistandard dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Ini selepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilihat berlaga penumbuk dengan seorang penyokong di bilik gerakan Barisan Nasional di Iskandar Puteri, Johor, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak didenda, berlainan dengan Azrol yang didenda RM1,000 kerana berlaga penumbuk dengan penyokong pada hari penamaan calon Sabtu lepas.

“Saya sangat marah Menteri Kesihatan sendiri terlepas berlaga penumbuk, sedangkan saya didenda,” katanya dalam kenyataan.

“Jika berlaga penumbuk tidak dibenarkan, maka sepatutnya tidak dibenarkan untuk semua orang.

“Lebih mengecewakan, Menteri Kesihatan sendiri yang melanggar dan tidak mengendahkan (SOP).”

Beliau mempersoalkan sama ada peraturan dan SOP yang ketat hanya terpakai bagi parti pembangkang.

Pada 26 Feb, Azrol dikenakan kompaun oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kulai mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal di pusat penamaan calon.

Pengurus kempennya, Amos Thien mendakwa pihak berkuasa kesihatan “bertindak keterlaluan” dengan mengeluarkan kompaun kepada Azrol dan menegaskan ia adalah “laga penumbuk biasa” dengan penyokong di luar pusat penamaan calon.

Katanya, taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai SOP PRN Johor, yang dihadiri polis dan pihak berkuasa kesihatan, tidak menyebut berlaga penumbuk tidak dibenarkan.

Beliau menegaskan Azrol dan pasukannya mematuhi SOP serta mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap pemimpin politik lain atas perbuatan sama.-FMT

Khamis, 12 November 2020

PKP Covid19:Adakah berlaku double standard dalam perintah pematuhan SOP?

 Double standard

Kenapa masjid tidak dibenarkan untuk adakan apa-apa aktiviti kecuali solat Jumaat dan solat fardu ?

Masjid-masjid juga kosong dari anak muda, bahkan tidak dibenarkan dikunjungi oleh kanak-kanak bawah 12 tahun.

(Di Negeri Sembilan, remaja bawah 15 tahun tidak dibenarkan bersolat fardu berjamaah di masjid).

Tidakkah kita perlu tingkatkan ibadah dan banyakkan bertaubat tatkala wabak menimpa negara kita dan ke seluruh dunia ?

Kredit: t.me/zainurrashid