"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Zarina Anjoulie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zarina Anjoulie. Papar semua catatan

Khamis, 22 Februari 2024

PERTUNANGAN DENGAN ZARINA - KHAZRUL DAKWA HANYA REKAAN, SIFATKAN HUBUNGAN SEBAGAI T0KSIK

 PERTUNANGAN DENGAN ZARINA - KHAZRUL DAKWA HANYA REKAAN, SIFATKAN HUBUNGAN SEBAGAI T0KSIK

"Sebenarnya pasal tunang tu semuanya hanya satu rancangan Anju (Zarina Anjoulie) bagi melonjakkan kembali namanya. Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali pujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolong sebab saya sayangkan dia.

"Saya tak mahu sal@hkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya," itulah kata ahli perniagaan Datuk Khazrul Elzey yang mendedahkan pertunangannya dengan Zarina Anjoulie sebelum ini hanya sekadar rekaan yang dirancang oleh pelakon sens@si itu.

Dakwa Khazrul, kisah pertunangan dia dan Zarina adalah untuk menaikkan kembali nama pelakon itu dalam industri dan dia melakukannya kerana sayangkan wanita itu.

Dalam pada itu, Khazrul juga menjelaskan, dia mahu menghentikan pen1puan tersebut serta menyifatkan hubungannya dengan Zarina sebagai t0ksik, malah katanya, hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada ibu Zarina.

"Ini adalah hubungan yang t0ksik. Saya dah tak mahu terlib@t lagi. Jodoh antara kami mungkin tak ada. Sampai bila saya nak bantu dia men1pu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab dah penat.

"Masyarakat luar sana banyak mendoakan saya berkahwin dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu. 

"Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga sangat penting," katanya yang turut memberitahu, dia pernah menasihatkan Anju supaya tidak menc£tuskan kontr0versi, namun tidak diendahkan oleh pelakon itu.

#artismalaysia #myartis #santai #BeritaSemasa

Jumaat, 2 Julai 2021

Fitnah: Polis sahkan terima laporan Zarina Anjoulie

Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah pun dipadam), Zarina memaklumkan akan menentang secara habis-habisan berhubung dengan isu berkenaan.

SEREMBAN - Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang didakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh selebriti tersebut pada jam 12.05 pagi, Khamis.

"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Selain itu, satu siasatan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Negeri Sembilan turut dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya, pihaknya memandang serius terhadap laporan yang dibuat oleh pengadu dan tindakan tegas akan dilakukan tanpa kompromi jika siasatan mendapati terdapat wujud perlanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak mensensasikan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara telus.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah pun dipadam), Zarina memaklumkan akan menentang secara habis-habisan berhubung dengan isu berkenaan.

“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut.

“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang dia idamkan. Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib juga?” tulisnya.

Pada Rabu, media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan.

Walau pun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina.

-SH Online

Rabu, 30 Jun 2021

Isu positif dadah: 'Tunggu beberapa hari lagi' - Zarina Anjoulie

 Zarina Anjoulie

Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: "Bukan nak lari, nanti saya cerita."

Itu kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie susulan dakwaan tangkapan selebriti wanita positif dadah di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

Zarina berkata, dia berjanji akan memberikan kenyataan dan berkongsi perkara itu dalam masa beberapa hari lagi.

Malah, secara berterus terang Zarina mahu mengambil kesempatan menerusi kisah yang sedang hangat diperkatakan itu dengan membuat ulasan produk bagi mendapatkan duit.

"Bukan nak lari, yang kenal saya, saya takkan sorok. Cumanya saya tak nak bagi kenyataan sekarang. Biar saya buat duit dengan 'review' dulu. Kalau cerita sekarang, ia habis di situ. Esok sudah tidak ada cerita. Jadi, biar saya pulun 'review' dulu.

"Bagi saya dua ke tiga hari. Kalau bagi sekarang, tak bolehlah buat duit dulu. Selepas itu saya cerita. Apa pun, buat duit dulu," katanya.

Zarina yang membuat sesi siaran langsung di Instagram pada jam 7 pagi, hari ini berkata, dia juga tidak malu mengaku salah sama seperti kebanyakan masalah yang pernah ditimbulkan sebelum ini.

Jawapan itu bagi menjawab soalan warganet yang menulis mana ada pencuri nak mengaku.

"Pertama kali, saya tak pernah mencuri. Mungkin kau (merujuk pada pengguna akaun) yang biasa curi. Tapi kalau saya buat salah, saya tak malu mengaku. Saya tak macam kau. Jangan samakan saya macam kau. Kita tak sama.

"Sebab untuk saya, banyak perkara memalukan dalam hidup saya terjadi tak pernah elak. Saya bukan jenis lari dari masalah. Saya akan sentiasa beritahu pada orang. Semua kenal saya dan tahu, perkara memalukan apa sekalipun, saya takkan lari dari 'followers'.

"Siapa 'follow' tahulah. Dari gaduh dengan sesiapa, cerai, semua tahu saya macam mana. Bukannya tak tahu dan tak biasa dengan saya. Banyak saja benda memalukan berlaku dalam hidup, saya tak lari. Harap anda faham. Pada saya, apa saja terjadi dalam hidup, teruk macam mana pun, saya tak pernah lari dari masalah. Saya tak berselindung. Saya jenis buat salah, saya mengaku," katanya.

Menerusi sesi sama juga, Zarina berkata mahu buka cerita jika jumlah pengikut di Instagram (IG) mencecah 1 juta. Ketika ini 'follower' akaun IG miliknya berjumlah 980,000.

"Apa pun saya nak menuju sejuta 'followers'. Semalam naik 5,000. Naik saja sejuta, saya buka cerita. Kena faham saya ahli perniagaan, otak bisnes. Saya takkan sia-siakan cerita tular ini. Kalau cerita sekarang saya tak boleh buat duit.

"Alang-alang dah macam ini, baik buat amal sekali. Buat duit dulu. Ulasan di IG Story, dapat RM20,000 sehari iaitu hari ini dan esok, saya akan buat 'give away' RM 1,000 pada anda. Cerita sekarang di 'live' rugilah.

"Setiap kali 'viral' saya buat duit. Kalau saya buat, anda semua tahu, saya tidak pernah tak kongsi dengan 'followers'. Bagi saya, duit yang masuk daripada anda. Sebab itu beri semula pada anda. Duit itu pusing-pusing datag daripada anda juga, penyokong saya," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

"Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing.

"Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, suspek diberi jaminan polis setelah selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-myMetro

Isnin, 3 Mei 2021

Bercerai lagi, Zarina Anjoulie cabar diberi talak tiga

 Bekas suaminya pula dakwa dia menceraikan pelakon berkenaan kerana sudah banyak kali 'memberi muka' hingga dia sendiri 'tak ada muka'.


Bukan setakat mengesahkan rumah tangga dibinanya bersama Eilyas Azhar sudah berakhir, pelakon Zarina Anjoulie malah mendedahkan dia diceraikan melalui Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Zarina turut mencabar Eilyas untuk menceraikannya dengan talak tiga selain nekad untuk berpatah arang dengan lelaki terbabit.

“Jika dah setiap kali gaduh suami minta cerai, ha cerailah den (aku) tak hadaplah. Aku ada maruah. Nak cakap aku semak?

"Aku ada maruah. Aku bersyukur sebab ia sudah berakhir.

“Megah habislah tu ceraikan aku kat Insta. Bro, aku nak kau ceraikan aku talak tiga terus. Kalau kau ada t**** aku nak kau buat ye.

“Terima kasih, tak nak dah. Kalau boleh aku nak talak tiga terus,” katanya di Insta Story.

Konflik rumah tangga itu berlaku selepas Zarina dan Eilyas kembali berdamai sebagai pasangan suami isteri 2 Mac lalu.

Ketika itu mereka mengaku mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 33, itu sebelum ini memaklumkan perkahwinan mereka berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun dia bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada 2015 namun mereka bercerai pada Dise 2016.

Sampai tak ada muka

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Selain pendedahan tersebut, pelakon drama Anak Pontianak itu meminta Eilyas memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan kepadanya seperti telefon bimbit dan beg berjenama mewah.

“Kau dah ceraikan aku... ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu beg, kasut tu... sebab aku bukan sugar mummy kau ya.

"Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik.

“Jadi tak salah kalau aku minta telefon genggam aku balik dengan beg Gucci aku balik?” katanya.

Sementara itu, Eilyas pula melalui perkongsian di media sosial hari ini berkata dia menceraikan Zarina dengan talak satu selain mendakwa keputusan diambil selepas mengaku tidak mahu terus 'bagi muka' kepada selebriti media sosial tersebut.

"Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak satu sekarang. Mana tahu dia tiba-tiba cakap tak tau ke. Hakim minta saksi, tapi tak ada. Elok la aku selit lafaz tu kat sini sekali," katanya.

"Aku dah bagi banyak muka sampai aku tak ada muka. Hiduplah kau dengan tenang. Innalillah... Rest in peace (RIP)," katanya.

Berkenaan bag jenama mewah itu, Eilyas mendakwa, dia tidak pernah menginginkan barang tersebut tetapi dipaksa pakai oleh Zarina selama ini.

"Beg tu aku tak nak pun, dia yang beli dan paksa pakai. Bukan aku heran pun. Bila rujuk balik, dia suruh ambil semula. Tapi aku tolak dan siap cakap dia ikhlas.

"Tu ikhlas dia untuk kali kedualah untuk bag b**** ni," katanya.

-mkini