"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kenaikan Harga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenaikan Harga. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2024

Mungkin PM sebelum ini 'penakut' - Tun M

 

Tun M ketika sidang akhbar di pejabatnya pada Rabu.
Tun M ketika sidang akhbar di pejabatnya pada Rabu.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinisnya berkata, semua Perdana Menteri sebelum ini bersikap 'penakut' kerana tidak melaksanakan penyasaran subsidi sewaktu memegang tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.


Jelasnya, kenaikan yang tinggi secara mendadak selepas subsidi ditarik balik oleh Kerajaan Madani akan menekan rakyat terutamanya golongan miskin.

"Itu kata Anwar (tiada tekad politik). Mungkin mereka (Perdana Menteri sebelum ini) penakut, tetapi prihatin terhadap nasib rakyat," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Rabu.

 Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penyasaran subsidi dipersetujui oleh semua Perdana Menteri sebelum ini namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tiada tekad politik.


Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula 10 Jun sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor berkata untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.

Penyasaran itu hanya melibatkan Semenanjung dan tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

-SH Online 

Sabtu, 8 Jun 2024

Harga getah di paras tertinggi sejak awal tahun

 Gambar fail. Penoreh Jalaludin Shariff melakukan kerja-kerja menoreh di ladang getah Kampung Tangkoh Sekota, Johol. - BERNAMA

Gambar fail. Penoreh Jalaludin Shariff melakukan kerja-kerja menoreh di ladang getah Kampung Tangkoh Sekota, Johol. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur hari ini ditutup pada paras tertinggi sejak awal tahun sehingga kini, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dan data ekonomi China yang memberangsangkan sehingga meningkatkan prospek permintaan terhadap getah asli, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen optimis ini turut disokong oleh peningkatan di pasaran getah serantau di tengah-tengah keyakinan mengenai potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah, dan bermulanya kitaran penurunan kadar oleh bank pusat utama minggu ini.

Menurutnya niaga hadapan getah Jepun melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh seminggu pada Jumaat, menjejaki peningkatan di pasaran Shanghai serta dengan keyakinan bahawa pengurangan kadar bank pusat akan membantu pertumbuhan ekonomi.

"Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dikekang oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting," katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menambah 18.5 sen kepada 856 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 4.5 sen kepada 794.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi GMM 20 fizikal berada pada 857.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 798 sen sekilogram. – Bernama

Rabu, 24 Januari 2024

Air Bakal Naik Harga. Rakyat Jangan Ulangi Kesilapan Ketika GST Dulu.

 Air Bakal Naik Harga. Rakyat Jangan Ulangi Kesilapan Ketika GST Dulu. 

1. Hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

2. Bagi kita di Pahang, jangkaan kenaikan harga adalah sekitar RM0.41. Jika kita sebelum ini menikmati harga RM0.37 bagi setiap meter padu, harga baru selepas kenaikan adalah RM0.78. Untuk rekod, ini adalah kenaikan kali pertama sejak 40 tahun yang lalu.

3. PAIP secara dasarnya adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang dan bertanggungjawab di dalam aspek operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih. Selama lebih 10 tahun (sejak dikorporatkan pada 1hb Februari 2012) menabur bakti membekalkan air bersih dan selamat kepada rakyat di Pahang, PAIP terbukti menjalankan tugas yang amat baik.

4. Pelarasan kadar tarif air yang baru ini pastinya akan memberi suntikan kewangan yang amat baik kepada PAIP dalam menangani isu – isu seperti kualiti air tidak terawat tidak memuaskan, kadar air tidak berhasil (NRW) tinggi, lambakan paip usang melebihi 30 tahun, Loji Rawatan Air (LRA) melebihi kapasiti, hutang tertunggak tinggi dan pendapatan yang tidak dapat menampung kos operasi.

5. Apa yang perlu difahami oleh rakyat, pihak Kerajaan Negeri Pahang dan PAIP telah menanggung ketidakseimbangan kenaikan caj elektrik yang amat tinggi sejak sekian lama. Mudah kata; “bil elektrik nak membayar ke TNB tak pernah turun harga, tapi bil air caj kepada pengguna tak pernah naik – naik”. Keadaan ini pastinya memberi kesan yang amat besar kepada kos operasi PAIP itu sendiri.

6. Namun begitu percayalah, Kerajaan Negeri Pahang di bawah Kepimpinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy pastinya akan mencari jalan bagaimana untuk memastikan rakyat tidak terjejas teruk terutamanya golongan B40. Lihat saja bagaimana inisiatif Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang dirasai nikmatnya oleh hampir keseluruhan rakyat di Negeri Pahang. 

7. Ambil ikitibar daripada betapa peritnya Kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib ketika hendak melaksanakan GST dahulu. Saya berharap, kali ini rakyat tidak membuat kesilapan seperti mana GST dicemuh dan dihina dahulu. Keputusan yang tidak popular ini perlu dibuat demi kesejateraan rakyat di masa hadapan.

Teringat Long Nan kata “ Panjang paip di Pahang ini ada 14,000km, kita boleh pergi ke London dari Kuantan!”


Sumber Facebook 

Selasa, 26 April 2022

Ahli Politik Mana Yang Didakwa Lindungi Kartel Ayam Ni?

 

PETALING JAYA: Campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel terhadap indus­tri penternakan ayam di seluruh negara menyebabkan pihak terbabit terus bermaharajalela.

Malah Utusan Malaysia difahamkan, kegagalan menubuhkan lembaga khas bagi mengawal industri ternakan ayam juga dikaitkan dengan campur tangan ahli politik.

Tanpa mendedahkan nama, sumber mem­be­ritahu, sepatut­nya selepas pendedahan demi pen­de­dahan terhadap isu kartel ayam, Malaysia sepatutnya sudah menubuh­kan lembaga khas bagi me­ngawal industri dan men­stabilkan harga di pasaran.

“Sudah berpuluh tahun, kerajaan masih gagal tubuhkan sebarang lembaga untuk kawal industri ayam, sebab banyak juga isu politik dalam perkara ber­kaitan,” katanya di sini, semalam.

Semalam Utusan Malaysia mendedahkan bahawa kartel turut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada ke­se­luruhan 2.2 juta ekor ternakan itu yang dijual di seluruh negara setiap hari.

Sementara itu, pemilik ladang kontrak atau integrator menafikan mengaut keuntungan berlebihan daripada penternak ayam di bawahnya. Sebaliknya mereka juga berhadapan dengan kerugian disebabkan kos makanan iaitu dedak dan anak ayam.

Pemilik salah sebuah ladang terbesar di negeri ini yang enggan namanya disiarkan berkata, penternak tidak memikirkan soal kenaikan harga dedak atau anak ayam tetapi integrator yang bertanggungjawab dalam hal itu.

Sejak 7 April lalu, akhbar ini melaporkan kewujudan lima kartel yang berselindung di sebalik sebuah persatuan penternak yang mengawal hampir keseluruhan rantaian industri ayam negara sejak puluhan tahun lalu yang bernilai RM10 bilion setahun.

Malah, semalam akhbar ini mendedahkan bahawa kartel turut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan 2.2 juta ekor haiwan itu yang dijual di seluruh negara pada setiap hari.

Utusan Malaysia juga difahamkan kartel bukan sahaja mengawal harga dan bekalan anak ayam kepada penternak, malah turut menguasai pasaran ayam ke seluruh negara setiap hari.

“Harga anak ayam pembakaan tak dikawal kerajaan, kerana yang mengawalnya ialah sebuah persatuan penternakan. Kenapa jabatan tak boleh kawal harga? Sebab dari segi akta, kerajaan tiada kuasa.

“Maknanya, secara automatik (kawalan) tertakluk di bawah persatuan. Malah harga ayam di ladang itu pun tak dikawal sebenarnya,” kata sumber.

Mengulas lanjut, sumber berkata, terdapat empat kartel yang menentukan segala sektor bekalan dan pasaran ayam ke seluruh negara serta mendesak lebih banyak pendedahan dibuat demi melindungi kepentingan rakyat.

“Untuk menentukan harga anak serta bekalan anak ayam kepada penternak, malah harga serta bekalan ayam matang ke pasaran, empat kartel itulah yang kawal,” katanya.

Mengulas isu sama, pemilik ladang berkata, selain sebagai pengilang dan pemborong, pihaknya juga mempunyai 65 ladang kontrak di sekitar Johor Bahru dengan kos permulaan bagi setiap ladang dianggarkan RM1 juta.

“Kos itu berdasarkan kepada harga anak ayam seekor RM2.50 dan dedak yang kini berharga RM270 setiap beg dengan anggaran 70 beg diperlukan untuk ternakan melibatkan 7,000 ekor ayam.

“Untuk pembelian anak ayam sebanyak 100,000 ekor, integrator seperti saya akan membelanjakan sebanyak RM250,000 dan makanan (dedak) pula sebanyak RM889,000,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menambah, dakwaan pemilik ladang kontrak sebagai kartel adalah cukup berat seolah-olah mereka tidak langsung memikirkan soal pengguna atau rakyat yang memerlukan makanan segar tersebut setiap hari.

“Mereka (penternak) tidak memikirkan soal kerugian kami apabila anak ayam mati dengan anggaran 10 peratus daripada 100,000 ekor yang bersamaan RM25,000. Begitu juga apabila ayam mati pada usia 20 hari. Malah, sebelum ini anak ayam diperoleh pada harga RM1.20 atau RM1 seekor dan pernah 90 sen, jauh beza dengan harga kini,” jelasnya.

Malah katanya, bagi membantu penternak memulakan usaha mereka, pihaknya turut mengeluarkan jutaan ringgit sebagai kos permulaan, namun mereka terus diberi tekanan oleh kerajaan apabila harga siling ayam ditetapkan RM8.90 sekilogram lebih rendah daripada harga di Thailand dan Indonesia sekitar RM11 hingga RM12 sekilogram.

“Jika ingin membantu rakyat, kerajaan perlu memper­kenalkan baucar khas bagi mereka yang dikategorikan sebagai golongan B40 dan miskin,” katanya. – UTUSAN

Sabtu, 18 September 2021

Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000

Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000

 Peningkatan kos haji dan umrah pada masa depan adalah situasi yang tidak dapat dielakkan berikutan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik COVID-19

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan saringan COVID-19.

“Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila dihadkan kepada dua orang, sudah tentu kos penginapan akan meningkat kepada setiap jemaah.

“Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos,” katanya kepada BH, hari ini.

Tabung Haji (TH) menjangka kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan SOP ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Razali berkata, sekiranya kos haji naik secara mendadak, antara kesan yang membimbangkan adalah ramai jemaah terlepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak berkemampuan.

“Sebelum COVID-19, kos bagi seorang jemaah adalah RM20,000 dengan subsidi diberikan TH sebanyak RM10,000.

“Bagaimanapun, persoalannya jika jumlah subsidi TH pada kadar sama, tentu ramai tidak mampu menanggung kos dan terpaksa menolak giliran haji,” katanya.

Beliau berharap TH dapat mempertimbangkan untuk menyerap kenaikan kos itu melalui keuntungan daripada pelaburan institusi itu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Sebanyak 28 peratus keuntungan pelaburan TH dikecualikan (daripada cukai pendapatan), jadi jika boleh kita berharap TH tanggung lebihan kos kenaikan ini bagi mengelak ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi.

“Saya kira jika perbelanjaan haji perlu ditanggung seorang jemaah naik dalam kadar munasabah, ia masih boleh diterima dengan syarat kos lain diserap TH,” katanya.

Razali turut yakin TH berupaya menanggung pertambahan kos itu mengambil kira jangkaannya berkemungkinan jemaah haji yang dibenarkan ke Tanah Suci masih dihadkan.

“Saya menjangka disebabkan pandemik masih berlarutan, mungkin kuota haji kurang daripada 10,000 saja jemaah tanah air akan berpeluang mengerjakan ibadat itu,” katanya.

-wrlr