"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Hina Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hina Nabi. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Oktober 2020

Khabib beri amaran kepada Presiden Perancis

 


MOSCOW-Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov memberikan peringatan kepada Emmanuel Macron susulan kenyataan liar Presiden Perancis itu terhadap agama Islam dan Muslim.

Khabib berkata, setiap Muslim mencintai Nabi Muhammad S.A.W lebih daripada segala-galanya termasuk ibu bapa, isteri dan anak-anak mereka.

“Semoga Yang Maha Kuasa memberikan ganjaran pada orang ini dan semua pengikutnya, yang dengan slogan kebebasan berbicara sudah menyinggung perasaan lebih dari 1.5 milion umat Islam.

“Percayalah provokasi ini akan kembali kepada mereka,” katanya di Instagram seperti dilaporkan portal AA hari ini.

Di Intagramnya, Khabib turut memuat naik gambar kasut di wajah Macron sebagai tanda marah terhadap penghinaan anti Islam oleh pemimpin itu.

Juara kelahiran Rusia itu juga berkongsi Surah al Ahzab yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang menyakiti ALLAH dan Rasul-Nya. ALLAH akan melaknatinya di dunia dan akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menggunakan,”.

Macron pada awal bulan ini menyifatkan Islam agama krisis sekaligus membangkitkan amarah umat Islam seluruh dunia.

Beliau juga mengumumkan perancangannya bagi mewujudkan undang-undang untuk menangani apa yang disebutnya sebagai”separatisme Islam” di Perancis.

Antara negara cukup lantang mengkritik Marcon ialah Turkey di mana pemimpinnya, Recep Tayyip Erdogan mengatakan Marcon mempunyai masalah mental dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Rentas7

Jumaat, 30 Oktober 2020

Pakar dari Perancis jelaskan maksud kenyataan Dr Mahathir

 


Seorang ahli akademik Perancis yang mengkaji politik Malaysia terutamanya membabitkan Dr Mahathir Mohamad berkata komen bekas perdana menteri itu dalam Twitter perlu dilihat mengikut konteks pandangan dunia yang membentuknya.

Sophie Lemiere, ahli antropologi politik yang mengkaji politik kontemporari Malaysia sejak beberapa tahun lalu berkata, ciapan kontroversi bekas perdana menteri itu, yang dipadam Twitter sememangnya dimahukan Mahathir.

“Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia,” katanya.

Mahathir sebelum itu dalam ciapan Twitternya menulis “Orang Islam ada hak untuk marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan di masa lalu,” komen yang dilakukan selepas meningkatnya keganasan dikatakan dilakukan umat Islam termasuk komen Islamofobia oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Macron bertindak mempertahankan karikatur Nabi Muhammad yang mencetuskan kontroversi selepas seorang guru dipenggal kepala kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada murid-muridnya.

Beliau juga meminta Perancis dibersihkan daripada apa yang disebutnya sebagai pemisah Muslim, mencetuskan protes daripada umat Islam seluruh dunia termasuk beberapa siri insiden keganasan di negara itu.

Dalam catatan blognya, Mahathir menyifatkan Macron sebagai “sangat primitif” kerana menyalahkan Islam dalam kes pembunuhan guru tersebut.

“Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia,” katanya.

“Tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang sedang marah berisiko untuk melakukan pembunuhan. Rakyat Perancis dalam sejarah mereka membunuh berjuta-juta orang dan kebanyakan beragama Islam.

“Orang Islam ada hak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat Perancis atas pembunuhan masa lalu. Tetapi kebanyakan orang Islam tidak tidak mengguna pakai ‘hukuman darah dibalas darah’. Muslim tidak berbuat demikian. Orang Perancis juga tidak harus buat demikian. Orang Perancis sebaliknya perlu belajar menghormati perasaan orang lain,” kata Mahathir dalam ciapan Twitter miliknya dan juga blog chedet.cc.

Komen itu dibuat beliau beberapa jam selepas satu lagi serangan berlaku di Perancis.

Menjawab reaksi marah terhadap komen Mahathir, Lemiere, yang sedang menulis mengenai biografi politik baru Mahathir berjudul, “The Last Game: Malaysian Politics in the Eye of Mahathir”, turut mengecam tulisan oleh presiden PKR Anwar Ibrahim mengenai perkembangan semasa di Perancis sebagai “kurang cerdik”.

Katanya Mahathir adalah seorang yang tegas bercakap perkara benar tetapi dengan kepentingan tempatan menjadi keutamaan.

“Mahathir menubuhkan sebuah parti baru pada bulan Ogos lalu (Pejuang) dan berusaha menarik ahli baru daripada parti-parti konservatif Melayu-Islam yang lain,” katanya.

Katanya seseorang perlu menilai Mahathir dalam konteks beliau dibesarkan dalam era mana.

“Mahathir bukan feminis dan mencerminkan paradigma lelaki berusia 95 tahun. Contohnya: Cuti bersalin padanya hanya satu merugikan ekonomi.”

Tetapi Lemiere berkata pemimpin-pemimpin Malaysia tidak memahami hal berkaitan masyarakat Perancis, dengan berkata cabaran struktur menjadi satu masalah berterusan dalam masyarakatnya.

Begitu juga, katanya golongan elit politik Perancis juga tidak menghiraukan “kekompleksnya Islamisme, Islam atau apa yang disebut sebagai dunia Islam”.

Lemiere berkata komen Mahathir merupakan batu loncatan dalam keperluan politik tempatannya.

“Beliau adalah pakar dalam pengurusan krisis, terutama melibatkan perkara dimulakan beliau. Provokasi krisis antarabangsa dijadikan sebagai sasaran untuk mencapai cita-cita dalam negara.”

#Sumber : www.malaysianow.com

-mindarakyat

Rabu, 28 Oktober 2020

Boikot produk, perkhidmatan Perancis - PPIM

Ketua aktivis PPIM,Datuk Nadzim Johan

Kuala Lumpur: Boikot produk dan perkhidmatan dari Perancis. Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada kerajaan dan pengguna Islam dalam usaha menyekat tindakan kekerasan terhadap umat Islam di negara berkenaan.

Umat Islam di negara itu hidup dalam ketakutan berikutan kenyataan berbaur polisi pemisahan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Marcon, baru-baru ini yang mencetus kebencian dan anti-Muslim serta gesaan untuk membakar masjid di seluruh Perancis.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengikuti insiden itu secara dekat dan sedang menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar bertujuan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Perancis di Malaysia.

"Kami menggesa kerajaan dan pihak berkaitan lain menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.

"Boikot ini akan berkuat kuasa serta-merta. Kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha sama sehingga kerajaan Perancis memberi jaminan keselamatan serta keamanan supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kerajaan Turki turut mengumumkan rancangan memboikot produk Perancis dan memanggil balik duta mereka di Paris.


--myMetro