"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Perdana Menteri Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perdana Menteri Israel. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mei 2021

Konflik Palestin-Israel: Netanyahu tolak permintaan Biden redakan ketegangan di Gaza

 ASAP susulan serangan udara rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP

ASAP susulan serangan udara rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu, menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza dan menegaskan serangan ketenteraan tetap akan diteruskan, lapor Agensi Anadolu.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga tujuannya tercapai," menurut kenyataan pejabatnya.

Netanyahu berkata serangan itu akan dipertingkatkan lagi "untuk mengembalikan ketenangan dan keamanan" kepada Israel.

Pada Rabu, Rumah Putih berkata, Biden berharap Netanyahu akan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza.

"Presiden memberitahu perkara itu kepada perdana menteri, berharap ketegangan dapat diredakan dalam usaha menuju gencatan senjata," kata jurucakap Karine Jean-Pierre.

Sekurang-kurangnya 227 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 64 kanak-kanak dan 36 wanita, dan 1,620 yang lain cedera dalam serangan Israel di wilayah yang dikepung sejak 10 Mei, menurut Kementerian Kesihatan.-myMetro

Rabu, 23 Disember 2020

Kerajaan Israel pimpinan Netanyahu tumbang

KERAJAAN Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan tumbang pada hari Selasa 22 Disember 2020, selepas Dewan Parlimen gagal meluluskan Belanjawan 2020 dan 2021 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Perkara itu sekaligus memaksa Israel untuk mengadakan pilihanraya umum buat kali ke-4 dalam masa dua tahun yang dijangka akan berlangsung pada 23 Mac tahun hadapan.

Netanyahu

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan sekutunya Benny Gantz, pemimpin Biru dan Putih (Perikatan kerajaan pemerintah) dilaporkan saling tuduh menuduh antara satu sama lain susulan tumbangnya kerajaan yang baru berusia 7 bulan.

"Biru dan Putih menarik diri dari perjanjian dan mengheret kita kepada pilihanraya yang tidak perlu semasa krisis korona," kata Netanyahu yang menjadi rakyat Israel pertama menerima vaksin Covid-19 pada petang hari Sabtu lalu.

"Kita tidak mahu mengadakan pilihanraya, kita mengundi menentangnya, namun kita tidak takut dengan pilihanraya kerana kita akan menang,"

Ganzt pula merujuk kepada tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Netanyahu: "Saya kecewa apabila Perdana Menteri sibuk dengan perbicaraannya dan bukannya kepentingan awam, dan sedang bersedia mengheret negara kepada ketidak tentuan, bukannya memastikan kestabilan dan pemulihan ekonomi,"

Selepas melalui tiga pilihanraya yang tidak menyakinkan, semasa gelombang pertama pandemik coronavirus, Gantz telah bersetuju untuk bergabung menyertai Netanyahu pada bulan April dalam tindakan yang disifatkan sebagai sebuah perikatan "darurat" meskipun sebelum ini Gantz berkempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Netanyahu yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Di bawah perjanjian itu, jawatan Perdana Menteri akan ditetapkan bersilih ganti di antara pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti perikatan berkenaan.

Netanyahu memegang jawatan itu terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Gantz selepas tempoh 18 bulan. 

Satu-satunya kelompangan dalam perjanjian yang rumit itu ialah sekiranya ahli-ahli parlimen gagal untuk menyokong bajet sebelum tarikh akhir pada malam hari Selasa lepas.

Nasib kerajaan telah diketahui selepas Knesset (cabang legislatif kerajaan Israel yang meluluskan semua undang-undang) gagal meluluskan sebuah usul selepas bacaan pertama pada hari Selasa, yang akan melanjutkan tarikh akhir kelulusan belanjawan.

 Pemimpin pembangkang Yair Lapid yang berkempen bersama Gantz pada pilihan raya lalu, namun menarik sokongan partinya apabila Gantz memilih untuk bersama Netanyahu membidas Netanyahu di Knesset pada petang hari Isnin:


"Perdana Menteri kamu nak menipu siapa? Kamu tidak peduli tentang mutasi (Coronavirus), kamu hanya peduli tentang rotasi (giliran jawatan perdana menteri)" katanya.

Tinjauan pendapat yang dijalankan mendapati Parti Likud dijangka akan menang majoriti kerusi Knesset dalam pilihanraya akan datang.

Sumber — milosuam.net