"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Wanita Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita Hamil. Papar semua catatan

Selasa, 13 Julai 2021

Subhanallah: Kembar tiga mengandung bersama

 Agensi

KEMBAR tiga kini menjalani fasa indah dalam hidup dan berkongsi detik berbadan dua.
KEMBAR tiga kini menjalani fasa indah dalam hidup dan berkongsi detik berbadan dua.

Los Angeles: Mereka bukan saja dilahirkan kembar, malah berkongsi detik indah apabila mengandung dalam tempoh masa yang sama.

Gina Purcell, Nina Rawlings dan Victoria Brown adalah kembar tiga yang masing-masing dilahirkan selang empat minit dan kini berusia 35 tahun.

Mereka yang berasal dari selatan California sudah dan bakal melahirkan anak pada tahun sama namun dalam bulan yang berbeza.

"Ketika remaja, kami sering berangan-angan untuk melahirkan anak bersama-sama.

"Apabila saya berkahwin dan melahirkan anak, kami sebenarnya tidak menjangka (perkara) ini akan berlaku," kata Gina kepada New York Post.

Beliau berkata, mereka bertiga sebenarnya tiada sebarang perancangan untuk mengandung pada masa yang sama, namun impian itu kini realiti.

Mereka kini menjalani fasa indah dalam hidup dan berkongsi detik berbadan dua bersama.

Victoria melahirkan anak kedua pada 9 Julai lalu manakala Nina pula akan melahirkan anak pertama pada 28 Ogos ini.

Gina pula akan melahirkan anak perempuan ketiganya pada November depan.

"Pengumuman kembar itu turut mengandung dibuat ketika majlis kesyukuran dan sambutan Hari Krismas yang diadakan bersama ahli keluarga," kata Gina.

Menurutnya, dia dan suami tidak merancang untuk mendapat anak dalam tempoh terdekat selepas mengalami keguguran beberapa tahun lalu.

-myMetro

Selasa, 6 Julai 2021

Apa itu rendaman faraj dan apa keistimewaannya?

 Rendaman faraj. Siapa pernah buat?


Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.

Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.

Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.

Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.

Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat.

Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa 'cantik' & bersih. Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.

Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.

Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?

1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.

2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.


Bahan² untuk buat rendaman faraj :

1. Garam bukit

2. Air rebusan sireh

3. Asam keping

Siapa perlu buat rendaman faraj? 

1. Ibu hamil - Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab

2. Ibu berpantang - Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.

3. Gadis & sesiapa saja - Boleh dijadikan amalan mingguan.

Khasiat merendam faraj :

1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.

2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.

3. Memantapkan cengkaman faraj.


Untuk ibu2 yang nak dapatkan banyak lagi perkongsian info dan tips penjagaan kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan boleh cuba Aplikasi Mama Net : http://www.mamanet.co/link/appmmn(PERCUMA SAHAJA)

Rabu, 9 Jun 2021

Subhanallah:Hamil 10 bayi serentak

GOSIAME Thamara Sithole. FOTO Agensi
GOSIAME Thamara Sithole. FOTO Agensi

Cape Town: Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa akan melahirkan 10 bayi kembar serentak.

Ibu berusia 37 tahun itu berkata, dia akan menjalani proses kelahiran di sebuah hospital di Bandar Pretoria bulan ini.

Gosiame Thamara Sithole percaya dia akan melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan secara normal.

Jika benar, kelahiran itu akan memadam rekod yang pernah dicatat Halima Cisse dari Mali yang melahirkan sembilan bayi di sebuah hospital di Maghribi pada Mei lalu.

Namun, kandungan itu masih belum disahkan doktor atau Guinness World Records.

Doktor memaklumkan wanita itu dijangka melahirkan enam bayi, namun jumlah itu meningkat kepada lapan berdasarkan imbasan terkini.

Ibu yang berasal dari Thembisa di Ekurhuleni itu bekerja sebagai pengurus stor sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun.

Pada awal tahun ini, wanita itu memaklumkan dia mengandung namun berdepan kesukaran dan sakit pada kaki dan pedih ulu hati.

Dia juga bimbang kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berisiko tinggi untuk mengandung.

Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan kelak akan diletakkan beberapa bulan dalam inkubator sebelum dia dan suami Teboho Tsotetsi boleh membawa anak mereka pulang.

Tehebo menganggap dirinya gembira dan beremosi dengan kelahiran ini.

Media sebelum ini melaporkan dalam kes Cisse, doktor pada awalnya menjangka wanita itu hamil tujuh anak.

Tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada dua lagi bayi ketika wanita itu melahirkan anak menerusi pembedahan.

Cisse melahirkan bayi lima perempuan dan empat lelaki itu mengikut jangkaan dan berkeadaan baik.

Wanita itu sudah mempunyai anak bersama suaminya Kader Arby terbang ke Maghribi pada Mac untuk mendapatkan rawatan pakar selepas kerajaan Mali tidak mempunyai kepakaran.-myMetro

Rabu, 28 April 2021

Wanita hamil di Arab Saudi boleh ambil vaksin COVID-19

KOMPLIKASI TERUK, BOLEH ANCAM KEHAMILAN JIKA DIJANGKITI VIRUS

RIYADH – Wanita hamil di Arab Saudi kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19, kata Kementerian Kesihatan. 

 “Kajian menunjukkan tidak ada bahaya bagi wanita hamil atau janin. Namun, jika dijangkiti virus, ia boleh menyebabkan komplikasi teruk, mengancam kehamilan,” kata kementerian. 

 Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas salah satu laporan terbesar mengenai vaksinasi COVID-19 menerbitkan bukti bahawa dos tersebut selamat untuk wanita hamil. 

 Keputusan awal dibuat berdasarkan laporan lebih 35,000 wanita di Amerika Syarikat yang menerima suntikan Moderna atau Pfizer ketika hamil. 

 Persatuan Amerika untuk Perubatan Reproduktif juga secara berasingan menyokong vaksin COVID-19 untuk wanita hamil berdasarkan bukti yang telah dinilai selama lebih dari satu tahun. 

 “Setiap orang, termasuk wanita hamil dan mereka yang ingin hamil, harus mendapatkan vaksin COVID-19. Vaksin selamat dan berkesan,” kata persatuan dalam satu kenyataan. 

 Minggu lalu, Dubai memperluas kriteria kelayakan untuk vaksin mRNA Pfizer COVID-19 untuk memasukkan wanita yang menyusu dan mereka yang merancang untuk hamil. 

 “Kajian klinikal menunjukkan bahawa vaksin mRNA selamat bagi wanita yang sedang menyusu atau merancang untuk hamil.

 “Kecuali jika pesakit mempunyai kontraindikasi perubatan tertentu terhadap vaksin atau komponen vaksin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Latifa untuk Wanita dan Anak-anak, Dr Muna Tahlak.

 Vaksin COVID-19 disediakan untuk warganegara dan penduduk di Arab Saudi di lebih dari 500 pusat inokulasi yang berbeza di seluruh negara. 

 Setakat ini, lebih daripada 8 juta orang telah menerima vaksin di negara itu. – Agensi