Memaparkan catatan dengan label iPhone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iPhone. Papar semua catatan
Rabu, 7 Oktober 2020
Apple bakal perkenal iPhone 12 pada 14 Oktober
Apple bakal perkenal iPhone 12 pada 14 Oktober
Teka teki berhubung pengenalan peranti pintar iPhone berkenaan sudah diperkatakan sejak hujung bulan lalu apabila Apple mengadakan majlis 'Time Flies' yang memperkenalkan siri baharu Apple Watch Series 6 dan dua variasi iPad.
Kali ini, slogan yang digunakan Apple adalah 'Hi, Speed' dan berdasarkan tema berkenaan, peranti baharu mereka pastinya menggunakan semua spesifikasi termaju dalam industri.
Acara pengumuman berkenaan akan diadakan secara maya pada 14 Oktober secara maya dan pengguna boleh mengikuti penstriman secara langsung menerusi saluran syarikat berkenaan.
Seperti dijangka, Apple akan menggunakan cip pemproses Apple A14 Bionic untuk iPhone 12 dan khabar angin menyatakan bahawa peranti baharu berkenaan mempunyai empat variasi.
Pemproses Apple A14 Bionic juga mempunyai tawaran kuasa prestasi terbaik pada waktu kini dan tidak banyak maklumat tertiris berhubung peranti ikonik Apple buat masa ini.
Jumaat, 11 September 2020
Apple Paten Ciri Baru, Buatkan iPhone Lebih ‘Kebal’ Terhadap Air
Bagi korang peminat barangan Apple mesti tahukan bahawa Apple Watch Series 2 adalah model pertama yang keseluruhannya waterproof. Ini kerana ciri khas yang didatangkan pada peranti berkenaan, membuatkan komponen dalaman kekal terjaga.
Ciri berkenaan adalah ‘water-ejection system’ di mana speaker pada Apple Watch akan menyingkirkan air berkenaan. Bagaimana ia berlaku? Speaker berkenaan akan vibrate dan keluarkan sound tertentu untuk menolak air keluar. Ini sangat berguna apabila korang gunakan jam berkenaan ketika berenang dan mandi.
Sumber gambar dari 5to9Mac
Untuk iPhone, dikatakan speaker pada peranti berkenaan akan menggunakan modul sensor yang hadir dengan hydrophobic coating, di mana ia akan menjadikan iPhone lebih waterproof. Selain air biasa, iajuga kalis dengan pelbagai jenis liquid, misalnya air garam.
credit:ohmedia















