"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Mahkamah Sesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah Sesyen. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2025

Fitnah:Mondy Tattoo diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew

 

KUALA LUMPUR: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebagai ganti rugi kerana memfitnah pendakwah itu merogolnya.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas meneliti dan mendengar hujah Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit selaku plaintif.

Perkara itu kemudian dikongsi Ebit menerusi hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Alhamdulillah syukur pada Allah, saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya,” katanya.

Menerusi hantarannya, Ebit turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Berdasarkan dokumen itu, Mondy diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 berserta faedah sebanyak 5 peratus setahun bermula daripada tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.

Ebit turut memaklumkan samannya terhadap Caprice yang menyiarkan ‘podcast’ (audio siar) berkaitan dakwaan terbabit akan berlangsung pada Mei ini.

Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Ebit juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Pada 6 Jun tahun lalu, Ebit dilaporkan tidak akan didakwa atas tuduhan merogol Mondy selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes berkenaan.

Pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda.

Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Ebit selaku plaintif memberitahu beliau mula mengenali Mondy yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan ketika menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia pada 7 Jun 2023.

-BuletinTV3

Jumaat, 16 Februari 2024

‘Harap beri kepada Palestin tapi beli emas 131 kg’ – Lelaki ini rupanya dah lama persoal kekayaan Abdullah Zaik

 


Seluruh negara gempar apabila sumbangan wang kepada Aman Palestin rupanya boleh mereka beli emas dengan keseluruhan seberat 131 kilogram (kg).

Sebanyak 164 pertuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit pengubahan wang haram berjumlah keseluruhan RM39.5 juta dibacakan lebih dua jam di Mahkamah Sesyen Shah Alam, 15 Februari lalu.

Tiga tertuduh berkenaan ialah Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan CEO, Awang Suffian Awang Piut, 52, serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49.

'Harap beri kepada Palestin tapi beli emas 131 kg' - Lelaki ini rupanya dah lama persoal kekayaan Abdullah Zaik

Rupanya, seorang netizen Aliff Ahmad sejak tahun 2021 lagi telah membangkitkan kemusykilan mengenai ke mana wang hasil sumbangan kepada Aman Palestin.

Hal ini memandangkan Aman Palestin sudah lina tahun tak audit. Itu pada 2021.

Seterusnya, pada 2022, Aliff menulis artikel bertajuk “Siapa kata jadi lebai tak kaya?” dengan fokus kepada Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Abdullah Zaik ini juga adalah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang pernah meletakkan beberapa calon bertanding di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Mengenai suapi Abdullah Zaik, Aliff berpendapat dia merupakan seorang ‘lebai kaya’ dengan dari mana dia dapat kekayaannya tidak diketahui.

“Kalau sekadar gaji RM2,000 ke RM3,000 sebulan lepas bergraduan, aku rasa dia takkan mampu buka banyak syarikat, buka company mining dan quarry.

“Mesti dia ni, anak orang kaya atau ada walaun ISMA bela dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Januari lalu.

Sehubungan itu, Aliff menyarankan SPRM supaya menyiasat terlebih dahulu kekayaan pemimpin-pemimpin dalam ISMA dalam proses siasatan terhadap Aman Palestin.

“Kalau SPRM nak siasat Amano Fulustino, SPRM kena semak dulu kekayaan ayatolla-ayatolla ISMA ni. Diorang ni bukan kaleng-kaleng tau!

“Betul tak? Semua lebai memang kaya kan?” sinisnya lagi.

Ikuti pendapat Aliff Ahmad yang disuarakannya pada 2022 yang akhirnya terbukti mulai terungkai di mahkamah, 15 Februari 2024:

SIAPA KATA JADI LEBAI TAK KAYA?

Ada orang kutuk lebai kata lebai tak pandai meniaga kat aku. Aku tak setuju. Siapa yang berfikiran yang sama?

Korang silap! Sangat silap. Dulu ada orang suruh aku SCRUT Abdullah Zaik, tapi aku macam malas.

Hari ini (Tahun 2022) aku rasa ambil dia sebagai contoh quite good juga since dia ni truste Aman Palestin dan ayatolla ISMA.

Masa aku berlaga dengan ISMA dan Aman Palestin dulu, aku pernah bertanya mana Abdullah Zaik dapat income untuk hidup since dia kononnya full time dengan NGO.

Masa tu SCRUT ANALytica aku masih tak berjalan dengan baik.

Hari ini, aku nak tunjuk betapa steady-nya Abdullah Zaik melalui pemilikan saham dan jawatan pengarah dalam beberapa syarikat.

Siap ada bermacam-macam bisnes lagi.

Mana dia dapat modal? Mungkin ahli jemaah bagi kot. Itu sebab aku tak pelik kalau lebai-lebai ni fly naik business class atau first class. Hatta rumah agam banglo mewah pun aku tak pelik.

Berikut beberapa syarikat utama yang SCRUT ANALytica berjaya jumpa tentang Abdullah Zaik:

1. Benua Sunda Carigali 2 Sdn. Bhd. – Buat mining dan quarrying.

2. Benua Sunda Niaga Sdn. Bhd. – Buat mining dan quarrying lagi!
Fuh ada 2 company mining! Steady lebai!

3. Alaf Ideal Sdn. Bhd. – Mining gold! Wow!

4. Akademi Menembak LT Adnan Sdn. Bhd. – Ini style!

5. Berkat Ikhwah Sdn. Bhd. – Event dan production company.

Kalau Aman Palestin telus, kita boleh tengok syarikat mana yang uruskan segala event dan production untuk Aman Palestin.

6. Medi-Circle Sdn. Bhd. – Ni syarikat yang ada share merata-rata melalui group Az-Zahrah. Termasuk Studio Kembara.

7. Samudra Champa Sdn. Bhd. – Buat hartanah dan jual beli emas.

Buat anak-anak usrah yang merangkak masih tak cukup duit nak hidup mewah, semoga korang tsabat. Jangan futur di medan dakwah.

Tahniah Ustaz Lah, enta idola ana! Mesti enta bayar Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia banyak kan?

Sumber

Khamis, 22 Julai 2021

Peguam Negara disaran jelaskan kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa

 

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RM120,000.

PETALING JAYA: Peguam Negara Idrus Harun disaran menjelaskan kenapa bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dituduh tujuh bulan selepas kebenaran diberikan untuk mendakwa ahli politik muda itu bagi menyahkan keraguan yang ditimbulkan oleh peguam beliau.

Peguam Syahredzan Johan, yang juga setiausaha politik veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata, beliau nampak “wujud defisit keyakinan pada sistem pentadbiran undang-undang kita”.

“Jadi ada baiknya jika penjelasan diberikan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu di mahkamah, pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM500,000 ke atas Syed Saddiq bagi memastikan bekas menteri itu hadir ke mahkamah. Pendakwa raya berhujah angka ikat jamin harus mencerminkan betapa beratnya kesalahan yang dituduh.

Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo, bagaimanapun mempersoalkan hujah tersebut. Beliau berhujah mengapa Ahli Parlimen Muar itu hanya didakwa sekarang jika kesalahan ini serius seperti yang dikatakan pihak pendakwaan.

“Izin untuk mendakwa ditandatangani pada Januari dan beliau hanya didakwa sekarang, iaitu beberapa hari sebelum Parlimen bersidang semula?” katanya sekali gus mencadangkan ikat jamin sebanyak RM300,000.

Mahkamah mengenakan angka sebanyak yang dimohon pihak pembelaan dengan seorang penjamin.

Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan, iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RMRM120,000.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Semalam di Twitter Syed Saddiq menulis bahawa beliau rela ke mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional (PN) selain mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak bersama gabungan pemerintah itu.

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula,” kata bekas menteri beliau dan sukan itu.

Syahredzan berkata, beliau tidak dapat menyimpulkan dengan pasti bahawa tuduhan terhadap Syed Saddiq bermotif politik namun hujah Syed Saddiq adalah “munasabah”.

“Apa yang Saddiq katakan itu masuk akal kerana kita tahu Perdana Menteri sekarang ini mungkin tiada majoriti lagi atau kalau ada pun majoritinya amat tipis. Maka setiap Ahli Parlimen penting untuk menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan ini,” katanya.

“Kita pernah saksikan bagaimana Ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba beralih arah dan menyokong Perdana Menteri selepas pihak berkuasa membuka siasatan ke atas mereka,” tambahnya.-FMT

Rabu, 2 Jun 2021

Padah kongsi berita palsu, suri rumah didenda RM5,000

KANGAR: Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada April lalu.

Tertuduh, Norjannah Rusli, 28, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi status WhatApp melalui nombor talian yang didaftakan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau jam 10.31 pagi pada 18 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu oleh peguam, Siti hajar Che Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mohd Nordin dalam hujahannya berkata, ini adalah kes pertama seumpama ini di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh, perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih dan benar mengenai penularan COVID-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah itu.

Pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.

Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah meringankan hukuman tertuduh disebabkan tertuduh sedang mengandung 28 minggu.

Selain itu tertuduh juga mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan COVID-19.

Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan COVID-19 yang semakin naik di negeri Perlis.

Hakim Musyiri bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan tertuduh juga boleh dipenjara lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19.

Pengarahnya, Naharudeen Othman, berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan setelah siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif COVID-19.

Penularan maklumat yang tidak benar itu mengundang rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.

Isnin, 18 Januari 2021

Jamal jadi tumpuan lagi didakwa buat video komen jelik

 

JAMAL Md. Yunos sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia kali ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebooknya tahun lalu.

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu Datuk Seri Jamal Md. Yunos sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia kali ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebooknya tahun lalu.

Bagaimanapun Jamal, 51, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Jamal didakwa secara sedar memuat naik dua video kenyataan-kenyataan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain yang kemudian dilihat pada 20 Ogos 2020 pukul 12 tengahari di Taman Dagang Avenue di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui perkhidmatan apikasi Facebook menggunakan Profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pukul 10 pagi dan 3 petang pada 19 Ogos 2020.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Jamal didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu ialah denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit keaalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S. Sangitaa menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap satu pertuduhan atas alasan jumlah tersebut adalah berpatutan dan tidak berlebihan termasuk faktor kepentingan awam. Ini bermakna kedua-dua pertuduhan itu berjumlah RM40,000.

Namun peguam Datuk Mohd. Imran Tamrin yang mewakili Jamal memohon mahkamah memberikan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan kedua-dua kes itu akan dibicarakan secara bersama.

“Tertuduh merupakan seorang ahli politik dan juga peniaga yang mengusahakan restoran. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia menjejaskan pendapatan tertuduh, ” katanya.

Selepas mendengar pernohonan kedua-dua belah pihak, Azrul kemudian membenarkan Jamal diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Tarikh 18 Februari ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen

Sebelum ini pada 25 Ogos tahun lalu, Jamal dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung penghantaran memorandum berkaitan kegiatan judi yang diserahkannya kepada polis.- K! ONLINE