"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label YB Khairy Jamaluddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YB Khairy Jamaluddin. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2022

KJ: Kes mahkamah pemimpin Umno takkan digugur, imej mesti dipulihkan


Khairy Jamaluddin berkata dia mahu memulihkan imej Umno dan menurutnya Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein juga sependapat dengannya.

“Ismail, Hisham dan saya sendiri agak tegas di mana kita mahu membawa Umno untuk memastikan imej kita dipulihkan,” katanya dalam temu bual dengan BFM.

Menjawab soalan berhubung imej Umno tercemar akibat rasuah, menteri kesihatan sementara itu menegaskan kes mahkamah tidak akan digugurkan sekiranya BN kembali berkuasa.

“Adalah sangat penting bagi pemimpin Umno seperti saya untuk menyatakan secara terbuka bahawa tidak akan ada campur tangan dalam proses kehakiman.

“Kita tidak mahu dikenali sebagai satu lagi parti yang menggugurkan kes membabitkan pemimpin parti dan ini penting.

"Saya telah memberitahu Ismail Sabri bahawa ini mesti menjadi pendirian kita apabila kita kembali berkuasa, sama seperti sebelum ini apabila dia (Ismail Sabri) tidak campur tangan dalam proses kehakiman, atau mempertimbangkan campur tangan sekali pun,” tambahnya.
Walaupun Khairy tidak menyebut "parti lain" yang dimaksudkannya, dia dipercayai merujuk kepada DAP dan kes "banglo" terhadap pengerusi parti itu, Lim Guan Eng.

Bekas presiden Umno Najib Razak kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, manakala presiden semasanya, Ahmad Zahid Hamidi berdepan dengan tuduhan rasuah.

Bukan lagi parti ‘bossku’

Sementara itu, Khairy berkata dia percaya Umno adalah "parti yang baik terdiri daripada orang yang baik" dan mereformasikannya bukanlah agenda yang jauh.

“Kami tahu akan ada pemilihan parti sejurus selepas pilihan raya umum (PRU), sebab itu anda mempunyai barisan pemimpin baru ini, bukan sahaja saya tetapi seperti (ketua penerangan Umno) Shahril Hamdan dan (bekas timbalan ketua Pemuda Umno) Khairul Azwan Harun.

“Saya mahu melihat mereka memenangi tempat di peringkat bahagian, saya mahu melihat mereka menggantikan beberapa pemimpin lama untuk menunjukkan Umno sedang berubah. Ini bukan projek lima atau 10 tahun, ia akan berlaku selepas pilihan raya,” katanya.

Ditanya sama ada Umno boleh melakukan pembaharuan dari dalam, Khairy berkata perkara itu mungkin tidak dapat dilakukan pada masa lalu.

“Tetapi kita telah melalui perlbagai kesukaran. Kita kehilangan kerajaan dan ada kesedaran di lapangan,” tambahnya.

Khairy turut mengimbas kembali keputusannya untuk bertanding jawatan presiden Umno selepas PRU 2018.

“Semua orang menyangka saya adalah perosak undi tetapi saya melihat Ku Li (veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai perosak undi. Jika undi kami (undi untuk mereka berdua) digabungkan, saya sudah menjadi presiden Umno,” katanya lagi.
Menjawab soalan lain mengenai pembaharuan dalam Umno selepas sudah dua dekad dalam parti itu dan memegang pelbagai jawatan, Khairy menjawab: “Saya rasa pembaharuan sentiasa ada. Sesetengah orang berkata… ia mengambil masa tetapi saya rasa saya sudah bersedia sekarang, saya telah matang sebagai ahli politik..”

Mengenai sokongannya kepada Najib di tengah-tengah skandal 1MDB yang dilihat bercanggah dengan agenda pembaharuan yang dicanangnya, Khairy menjawab bahawa banyak perkara yang telah terbongkar dari dalam.

“Banyak perbezaan pendapat dalaman berlaku (semasa kemuncak skandal) dan sudah tentu itu bukan alasan, tetapi secara luaran, kami mahu mempamerkan perpaduan menjelang pilihan raya lalu.

“Sudah tentu, selepas kami kalah, saya membuat keputusan bahawa sudah cukup, kita tidak boleh teruskan ini, ini bukan ‘parti bossku’ lagi…” tambahnya.

Khairy, yang akan bertanding di Sungai Buloh pada PRU kali ini, juga mengakui bahawa dia sepatutnya lebih lantang sebelum ini.

“Itu mungkin akan menjadi salah satu penyesalan terbesar saya dalam karier saya tetapi kita melakukan kesilapan dan kita mengakuinya, dan mudah-mudahan, kita boleh menebusnya,” tambahnya.

-Wak Labu Farm

Khamis, 6 Januari 2022

Perjalanan umrah akan ditangguh selama sebulan: Khairy

 

Kerajaan Malaysia mengumumkan menangguhkan kebenaran mengerjakan ibadah umrah.

Kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan sementara perjalanan umrah bagi tempoh sebulan, ia bagi mengambil langkah awal mencegah penularan varian Covid-19 yang dikenali sebagai Omicron.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata keputusan itu diambil bertujuan memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara, khususnya membabitkan prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, perbincangan sepanjang tempoh penangguhan ibadat itu akan turut membabitkan kerjasama Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara terbabit, sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.

“Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia, menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan, kementerian berkaitan dan konsulat di sana.

“Kita akan buka semula (perjalanan umrah) dengan lebih selamat, tetapi bukan sekarang kerana terlalu banyak kes jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Januari ini.

-Agenda Daily

Khamis, 2 Disember 2021

Adoiii..73 pelajar dan guru Sekolah Seri Puteri positif Covid-19

 KHAIRY Jamaluddin. FOTO arkib NSTP

KHAIRY Jamaluddin. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jumlah pelajar dan guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang disahkan positif Covid-19 setakat ini seramai 73 orang.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang positif itu adalah dua guru dan 71 pelajar.

"Seramai 451 individu sudah disaring iaitu 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas. Semua guru dan pelajar lengkap vaksinasi kecuali empat individu yang belum lengkap vaksinasi.

"Seramai 65 pelajar yang dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang adalah pesakit kategori satu dan dua serta dilaporkan stabil," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Selain itu, Khairy berkata, seramai 242 kontak rapat dikuarantin di asrama sekolah berkenaan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik.

Harian Metro malam tadi melaporkan, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya positif Covid-19 dan dihantar ke PKRC Maeps Serdang.

Beliau yang hadir memantau situasi di sekolah itu berkata, pada mulanya seorang guru dijangkiti Covid-19, malah saringan kontak rapat kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam pelajar positif Covid-19.-myMetro

Khamis, 23 September 2021

Vaksin berkesan, kadar kematian kes Covid19 dos lengkap 0.01 peratus: Khairy

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin meninjau pelaksanaan PICK Remaja di SMK Putrajaya Persint 8 (1). - Gambar kredit KKM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan vaksin yang diberikan kepada orang ramai berkesan dalam memberi perlindungan daripada Covid-19, malah kadar kematian bagi individu yang lengkap dos juga rendah.

Menteri Kesihatan berkata kadar kematian dalam kalangan 14 juta individu yang menerima dos vaksin lengkap adalah 0.01 peratus atau 1,400 kes. Kadar tersebut tidak tidak mengambil kira jenis vaksin yang diberikan.

Jelasnya, kajian populasi kendalian Institut Kesihatan Nasional (NIH) itu turut menunjukkan kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah imunisasi lengkap ialah 0.007 peratus atau 980 kes.

“Ini menunjukkan walaupun ada kematian direkodkan dalam kalangan mereka yang sudah lengkap suntikan imunisasi, vaksin masih berkesan.

“Perlu diingat vaksin bukan perlindungan 100 peratus, tetapi ia mampu membendung seseorang mengalami risiko gejala teruk dan kematian apabila dijangkiti.

“Keberkesanan vaksin ini dicatatkan meskipun berlaku penularan jangkitan disebabkan varian membimbangkan (VOC) seperti delta,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Februari lalu sudah mencapai sasaran awal apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Dalam melawan penularan Covid-19, kerajaan giat melaksanakan program vaksin besar-besaran bagi mencapai imuniti berkelompok dengan segera dengan memastikan semua rakyat menerima dos lengkap vaksin.

-Agenda Daily

Khamis, 16 September 2021

Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?

 

Kuala Lumpur: Peluang yang lebih cerah punca utama kebanyakan 948 pakar perubatan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta sejak 2016 sehingga Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (KKM), perincian perincian doktor yang meletak jawatan ialah 158 orang pada 2016; 170 (2017); 198 (2018); 229 2019); 161 2020) dan 32 orang sehingga Jun lalu.

Bagi pegawai perubatan lantikan tetap yang meletak jawatan berjumlah 4,028 orang iaitu 874 orang pada 2016, 869 (2017); 734 2018); 915 (2019); 534 (2020) dan 102 orang sehinhga Jun lalu," katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu mengetahui punca kebanyakan pakar perubatan meletak jawatan daripada KKM.

Khairy berkata, faktor mereka meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam adalah peluang di sektor swasta terutama bagi pakar perubatan.

"Walaupun kita cuba meningkatkan elaun pakar dalam perkhidmatan awam, namun ia tidak setanding dengan apa yang mereka dapat di sektor swasta.

"Bagaimanapun, kita memberi kelonggaran kepada pakar kita sehari seminggu untuk mereka melaksanakan tugas di sektor swasta untuk mendapat pendapatan tambahan.

"Kita perlu melihat apa lagi kemudahan kita boleh bagi kepada mereka (pakar) supaya mereka kekal dalam sistem kesihatan awam," katanya.

Menurutnya, kebanyakan pakar perubatan yang masih kekal di perkhidmatan awam kerana mempunyai 'sense of nasional duty'.

"Semangat mereka yang masih kekal ini untuk memastikan sumbangan diberikan terus kepada orang ramai sedangkan latihan mereka ditanggung semua oleh kerajaan.

"Ini adalah satu semangat terbaik dan perlu dipuji, sebab kebanyakan pakar di Malaysia adalah datang daripada kilang KKM termasuk mereka yang berada di hospital swasta sekarang," katanya.
Menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu Khairy menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak supaya negara tidak mengalami 'brain drained' pada masa akan datang.

Khairy berkata, jumlah Pakar dan Pegawai Perubatan yang berkhidmat bersama KKM berjumlah 55,981 orang.

"Akta Perubatan 1971 menetapkan graduan perubatan yang mendapat pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu diberi peluang untuk menjalani latihan siswazah oleh kerajaan.

"Sebelum 2016, semua graduan perubatan yang menjalani latihan siswazah di KKM dilantik secara tetap kerajaan," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan tekanan tinggi untuk meneruskan pelantikan tetap.

"Sebagai gambaran, antara 2009 hingga 2015, keluaran graduan perubatan hanya sekitar 3,000 setahun, tetapi bermula 2016, jumlah keluaran graduan perubatan adalah antara 5,000 hingga 6,000 orang setiap tahun.

"Berdasarkan perkembangan ini, kerajaan pada 13 Oktober 2016 memutuskan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras dengan obligasi di bawah Akta Perubatan 1971.

"Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap, bagaimanapun berikutan pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan kawalan perbelanjaan kewangan secara berhemah, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan perjawatan yang terhad," katanya.

Katanya, bagi menangani masalah yang dihadapi doktor kontrak, kerajaan pada 14 Julai lalu juga bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang melengkapkan khidmat wajib dua tahun dilanjutkan tempoh kontrak untuk dua tahun lagi bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran.

-Anak Sungai Derhaka

Isnin, 5 Julai 2021

Covid19: Lebih 18 juta dos vaksin lagi dijangka diterima sepanjang Julai

 Lebih 18 juta dos vaksin lagi dijangka diterima sepanjang Julai

Daripada jumlah tersebut, ia termasuk sebanyak 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan Julai ini, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya 18.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini.
Daripada jumlah tersebut, ia termasuk 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan.
Selain itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran baki 12 juta dos vaksin Sinovac akan turut diselesaikan kepada Malaysia pada bulan ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan, sebanyak lebih 5.42 juta lagi dos vaksin Pfizer BioNTeh turut dihantar secara perolehan terus pada bulan sama.

"Campur dengan sumbangan yang telah terima Amerika Syarikat (AS) yang tiba hari ini iaitu 1,000,350 dos, jadi jumlah keseluruhan ialah 6,429150 dos. Manakala, selain sumbangan AstraZeneca (AZ) oleh Jepun, kita juga memperolehi 586,700 melalui perolehan kerajaan Malasyia yang telah dibuat oleh AZ.
"Manakala, Sinovac pula baki penghantaran akan diselesaikan pada bulan ini dan semua 12 juta dos selesai hantar pada Julai. Jadi pada bulan Ogos dan seterusnya, vaksin yang di bawah PICK akan digunakan adalah Pfizer dan AZ," katanya dalam sidang media mingguan, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mengulas lanjut, Khairy berkata kadar vaksinasi negara juga terus konsisten selari dengan sasaran harian pada Julai iaitu sebanyak 300,000 dos sehari.
Beliau berkata, purata pemberian suntikan vaksin yang tinggi direkodkan pada minggu lepas antara 28 Jun hingga 4 Julai iaitu sebanyak 230,115 dos sehari.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini kadar purata vaksinasi purata pada bulan Jun secara keseluruhan mencecah hampir 170,000 setiap hari melepasi sasaran 150,000.
"Sehingga sekarang, seramai 27.3 peratus daripada populasi dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) telah menerima sekruang-kurangnya satu dos vaksinasi dan 11.2 peratus telah lengkap divaksinasi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata enam negeri telah memasuki fasa ketiga PICK.
Ia masing-masing Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan); Melaka, Pulau Pinang; Sarawak; Selangor; serta Perlis.
Jelas Khairy, negeri-negeri berkenaan telah merekodkan sekurang-kurangnya 80 peratus vaksinasi kepada golongan warga emas yang berdaftar.
-Astro Awani

Jumaat, 2 April 2021

Umno berterabur jika ikut cakap Khairy, kata Tajuddin

 


PETALING JAYA: 
Umno akan “berterabur” jika mengikut saranan Khairy Jamaluddin supaya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

“Apa agendanya? Kita nak fokus kita punya tenaga, apa sahaja kita boleh, fokus untuk PRU15. Kalau minta pemilihan parti, berteraburlah. Kita perlu fikir untuk kemenangan parti, bukan fikir kepentingan diri,” kata Tajuddin yang juga pengarah pilihn raya parti.

“Kita perlu fikir untuk kemenangan parti. Bukan fikir kepentingan peribadi. Nak jawatan itu, jawatan ini. Ini nak pemilihan parti, tujuannya apa?” katanya dalam wawancara khas FMT.

Pada 30 Mac lalu, Khairy yang juga menteri sains, teknologi, dan inovasi, menggesa pucuk pimpinan Umno mengadakan pemilihan parti segera bagi menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kemelut dalaman.

Beliau berkata, Umno tidak boleh menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15, sebaliknya perlu menghadapi pilihan raya dengan parti diterajui kepimpinan baharu yang diterima rakyat.

Dalam menolak cadangan Khairy itu, Tajuddin turut mempersoalkan kejujuran Ahli Parlimen Rembau itu dan pemimpin Umno yang sependapat dengannya, khususnya rekod mereka ketika Umno menempuhi pelbagai cabaran.

“Masa kita jatuh dan kalah, kamu dekat mana? Mana kamu? Masa kita kalah. Masa kita bangkit semula bersama PAS, dalam penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional (MN), kamu di mana?

“Sekarang kamu lihat Umno sudah bagus, kamu kembali. Nak jadi jaguh. Keikhlasan kamu di mana?” katanya.

Tajuddin berkata sebelum ini beliau antara pemimpin yang bersusah payah untuk membuat pelbagai program bagi memperjuangkan kembali semangat Umno.

“Macam-macam program seperti Melayu Bangkit, Kebangkitan Ummah, Penyatuan Ummah dan (himpunan) Anti-Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Mana muka dia orang? Tetapi kita ini tidaklah sampai kata kamu dulu tak buat apa, kamu perlu keluar. Tidak. Kita buat ini untuk parti, ahli, dan rakyat.

“Tetapi janganlah sudah kita menuju kejayaan begini, kamu datang dengan bermacam-macam cadangan dan pandangan yang merosakkan hala tuju, strategi, serta perancangan parti. Nak memandai-mandai pula,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno Ahad lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi PRU15 bersendirian bersama Barisan Nasional.

-mindarakyat

Jumaat, 8 Januari 2021

Pemikiran Setiausaha Agung Umno umpama goreng pisang, kata Khairy

 

"Kalau sebab kita tidak memberikan sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikitan level goreng pisanglah," kata Khairy kepada Ahmad Maslan.

Pemikiran yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa Umno marah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak menggugurkan kes mahkamah terhadap pemimpin mereka umpama pemikiran goreng pisang.

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, kalau dahulu, pemikiran macam ini dinamakan ‘lobak’ sekarang ia umpama ‘goreng pisang’.

“Kalau sebab kita tidak memberikan sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikitan level goreng pisanglah.

“Kualiti IQ dialah. Dulu lobak, kini goreng pisang,” kata Khairy dalam sidang medianya hari ini menjawab hujjah Ahmad Maslan kenapa Umno marah kepada kerajaan PN.

Ahmad sebelum ini berkata, salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

Ahmad – salah seorang pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah – berkata perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.

Katanya lagi, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.

Ahmad kini sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.

Selain Ahmad, pemimpin Umno lain yang dibicarakan atas tuduhan rasuah termasuk Najib, presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

-Wak Labu Farm

Sabtu, 21 November 2020

VAKSIN COVID19:TIADA SIJIL HALAL..APA MASAALAHNYA..OWHH TAKUT KENA SAMAN.,

 Fb MAN TOBA


 Salam YB Khairy Jamaluddin, saya sejujurnya rasa hairan kenapa YB kata wanita berniqab tu bagi info salah tentang vaksin?

Walhal saya nampak YB yang beri info salah tentang vaksin. Antaranya berkenaan isu halal. YB nak pastikan vaksin covid daripada China tu halal.

Untuk maklumat YB, kali kedua saya bagitaw tidak ada mana-mana hub halal beri pengiktirafan halal pada mana-mana vaksin di Malaysia. Dan vaksin yang sedia ada juga tiada halal. Hub halal daripada JAKIM juga tidak iktiraf sekadar JAKIM bagitaw MENGGALAKKAN vaksin.

Sebab kalau dapat peniktirafan halal dah ada cert halal number.

Kedua, isu dijamin selamat. Ini pun kali kedua saya bagitaw sebab YB kata dijamin vaksin drpd China tu selamat. Sbb tidak ada jaminan menggunakan vaksin tu selamat drpd pembuat vaksin sendiri.

Untuk pengetahuan YB, di USA ada hampir 70 suntikan yang diwajibkan utk rakyat mereka. Dan disana vaksin mandatori. Mereka ada vaccine court. Iaitu akta khas utk vaksin. 

Maknanya kalau jadi aefi , iaitu kecederaan slps vaksin, mereka( dibaca rakyat) akan guna akta tersebut utk saman. Dan writ saman diberikan pd kerajaan USA bukannya pengeluar vaksin.

Maknanya pengeluar vaksin dh mention siap-siap bahawasanya depa takkan bertanggungjawab jika berlaku sebarang komplikasi selepas guna produk depa.

Sebab tu saya kata vaksin ni sama mcm rokok. Keduanya adalah toksin. Rokok siap tulis kat kotak 'MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'.

 Pernah tak YB dengar syarikat rokok kena saman sebab perokok tu sakit atau mati?

Dalam konteks vaksin ni, saya agak hairan vaksin tu tak sampai lg. Tapi YB dengan sangat yakin kata vaksin tu selamat dan halal. Mcm mana YB begitu yakin?

Apa ukuran selamat yg YB maksudkan? Sbb selamat tu bebas mudharat. Baru ianya dikelaskan sbg selamat.

Kat sini yg YB kena jelaskan. Pd rakyat supaya semuanya jelas. Kita tak nak ada rakyat saman kerajaan slps ni sbb syarikat vaksin takkan tanggung.

Dah jadi di Malaysia seorg budak nama Muhaimin drpd terengganu menang kes saman 1.8 juta sbb lumpuh. Tp dh lumpuh dpt 1.8 juta pun tetap x boleh ubah apa2.

So berapa org rakyat mampu utk amek tindakan jika terjadinya komplikasi slpa vaksin nanti? 

Dan banyak lg soalan lain yg YB kena perhalusi. YB boleh buat live FB dan buat sesi soal jawab secara terbuka. Jemput sekali wakil KKM beberapa org utk jelaskan pd org awam.

Dan sekali lagi saya tegaskan, antivaccine movement tu YB kena nyatakan secara bukti. Bukan sekadar persepsi. Betul ker wujud? Kalau wujud siapa? Apa? Dimana? Bagaimana?


6 tahun saya menjadi antivaksin saya tak tahu pulak ada satu gerakan.

Kita bercakap atas fakta dan data YB. 

Tak perlulah smpai nak report-report  SKMM semua ni. YB bagi misleading info orang diam dan dengar. 

Banyak sangat soalan YB kena perhalusi isu vaksin ni.

Bukan apa YB, sebab antivaksin tentulah takkan amek vaksin. Sebab dah nama pun antivaksin. 

Saya risau kawan-kawan yang provaksin. Kesian anak-anak mereka. Sebab insuran memg xde peruntukan khas di Malaysia untuk kes AEFI.

YB mesti ada insuran. Try baca polisi.

Sekian YB, sy harap YB perhalusi isu ni.

Sebab dalam keadaan sekarang ramai ragu-ragu dengan produk China YB. Dahlah virus daripada sana.

Saya tahu YB nak yang terbaik. Maklumat ni adalah untuk bantu YB dpt maklumat yg terbaik. YB mintk insert drpd pengeluar vaksin. YB perhalusi sendiri.

-wrlr.