"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Cabul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabul. Papar semua catatan

Khamis, 3 Jun 2021

Ahli politik didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan

 FMT

Anggota polis berpakaian biasa mengiringi Phillip Among (kanan) memasuki sebuah kenderaan polis.

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang ahli politik yang didakwa terbabit dalam dakwaan melakukan gangguan seksual dan serangan di sini, hari ini.

Anggota polis, dipercayai dari Jabatan Siasatan Jenayah, muncul di pejabat Phillip Among, ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), ketika beliau bercakap kepada wartawan dalam sidang media pada 12.30 tengah hari tadi.

Among, yang digantung jawatannya sebagai penyelaras Parlimen Putatan susulan kontroversi itu, mengadakan sidang media untuk menjawab tuduhan mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan dan menyerang seorang pegawai Rela baru-baru ini.

Among memberitahu wartawan, beliau sudah memfailkan saman sivil terhadap peserta itu, pegawai Rela dan portal berita berhubung dakwaan terbabit yang dinafikannya sebagai palsu.

Pihak berkuasa menghabiskan lebih 30 minit di pejabatnya selepas media bersurai dan Among dibawa menaiki sebuah kenderaan polis tidak bertanda, dipercayai untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, di sini.

Peguamnya, Marcel Jude berkata, Among ditahan polis untuk membantu siasatan atas dakwaan gangguan seksual dan serangan.

Terdahulu, dalam sidang media itu, Among memberitahu wartawan, beliau sedia bekerjasama dengan polis “setiap masa”.

Katanya, beliau “sangat terkejut dan jijik” dengan dakwaan palsu dalam laporan polis peserta pertandingan ratu cantik itu serta pegawai Rela.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya memulakan prosiding mahkamah terhadap dua individu itu dan penerbit tertentu.

“Saya juga akan memfailkan saman terhadap mereka yang menyiarkan cerita berniat jahat ini di internet, termasuk di WhatsApp.”

Among menafikan beliau mencabul peserta itu dan mendakwa seluruh cerita serta laporan polis itu “palsu untuk menyakiti dan merosakkan saya, keluarga dan reputasi peribadi serta umum saya.”

Beliau turut menafikan dakwaan menyerang anggota Rela itu.

Among berkata, sejak dilantik sebagai penyelaras Parlimen Putatan, beliau menerima banyak sokongan rakyat, tetapi “pada masa sama, ada ramai orang yang cemburu dan bersedia menggunakan politik kotor untuk menyakiti dan memusnahkan saya.”

Selain saman sivil terhadap catatan di media sosial, katanya, beliau turut mengarahkan peguamnya memfailkan aduan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau juga percaya dakwaan itu “sebahagian daripada konspirasi politik”.

“Saya percaya ada musuh di dalam dan luar; mereka boleh menyerang anda dari pelbagai sudut.”

Sementara itu, Jude berkata, hanya disebabkan laporan polis difailkan terhadap anak guamnya, ia tidak bermakna Among bersalah.

“Tiada pertuduhan, tetapi bagaimana (parti itu) boleh menghukum Among tanpa memberi peluang kepadanya untuk didengari?

“Satu daripada prinsip utama perundangan ialah mana-mana individu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.”

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, mengesahkan penahanan ahli politik berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas dakwaan mencabul.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas lelaki terbabit dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Polis juga sudah selesai merakam keterangan wanita yang mendakwa menjadi mangsa cabul itu hari ini dan besar kemungkinan akan memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada FMT.

Sabtu, 30 Januari 2021

‘Polis’ cabul, paksa mangsa lakukan seks oral

 

Batu Pahat: Polis sedang mengesan lelaki yang menyamar anggota polis sebelum mencabul dan memaksa seorang wanita melakukan seks oral di sebuah taman perumahan di bandar ini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, terdahulu, mangsa yang berusia 23 tahun dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

“Suspek yang berusia 20-an mengajak mangsa menemaninya mengambil kenderaan miliknya yang kononnya sudah siap dibaiki di Simpang Renggam.

“Mangsa memandu kenderaan sendiri dari rumahnya ke Taman Banang Height untuk menjemput suspek,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, ketika dalam perjalanan, suspek meminta RM100 daripada mangsa kononnya untuk menampung kos membaiki kenderaan.

“Suspek kemudiannya mengajak mangsa ke lokasi kejadian sebelum mencabul dan memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C dan 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii dan menyamar sebagai penjawat awam.

“Kami menasihati orang ramai, khususnya wanita, supaya lebih berhati-hati dalam mencari kenalan terutama melalui media sosial dan memperkenalkan diri sebagai pegawai atau anggota polis.

.“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Batu Pahat di talian 07-4363300,” katanya.-HM

Selasa, 29 Disember 2020

Cabul: Ustaz Budak ditahan kali ketiga


KOTA BHARU – Polis sekali lagi menahan Ustaz Budak untuk membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh bekas pelajarnya melibatkan kes cabul di Balai Polis Penarik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pengetua sebuah madrasah di Machang itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Machang pada pukul 5 petang kelmarin.

Katanya, berdasarkan laporan polis yang dibuat, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kerana disyaki mencabul seorang bekas pelajarnya yang berusia 18 tahun.

“Ustaz terbabit kini ditahan reman sehingga 3 Januari depan untuk siasatan lanjut.

” Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

 Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan berkaitan perbuatan cabul melibatkan Ustaz Budak di Balai Polis Penarik, IPD Setiu kira-kira pukul 4.38 petang kelmarin.


Laporan itu dibuat bekas pelajarnya yang berasal dari Kampung Bandar Permaisuri, Setiu yang mendakwa dia dicabul oleh Ustaz Budak ketika berada di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Machang dua tahun lalu. – Kosmo

Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/

Isnin, 21 Disember 2020

Cabul lelaki, Ustaz Budak dihadapkan ke mahkamah

 SEORANG penceramah dan pendakwah bernama Syamsul Zaman yang lebih dikenali dengan panggilan "Ustaz Budak" hari ini dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan mencabul seorang lelaki minggu lepas.

Tertuduh bagaimanapun dilaporkan tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Ibrahim Muhammad Ghulam.

TAG

Ustaz Budak yang popular menyampaikan ceramah agama di YouTube itu dituduh melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dengan mencium pipinya menggesel dan memegang kemaluan mangsa.

Perbuatan yang didakwa berlaku di sebuah hotel pada pukul 1.15 pagi pada 16 Disember lalu itu, dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan itu diuruskan oleh timbalan pendakwaraya Muhammad Shahril Ramli manakala Siti Atikah Abd Halim mewakili tertuduh sebagai peguam bela.

Tertuduh telah dibebaskan oleh mahkamah selepas membayar ikat jamin sebanyak RM3,000 yang ditetapkan oleh hakim sebelum itu berserta dengan seorang penjamin.

Tertuduh dikehendaki hadir semula ke mahkamah untuk menjalani proses sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 21 Januari tahun hadapan.


-milosuam.net


Khamis, 17 Disember 2020

Penceramah bebas ditahan cabul lelaki.Siapakah dia?

 MEDIA tempatan hari ini melaporkan seorang penceramah bebas berusia 32 tahun ditahan oleh pihak polis kerana melakukan jenayah cabul terhadap seorang lelaki malam semalam.

Penceramah itu juga dilapor merupakan seorang guru agama ditahan di sebuah madrasah pondok agama di Machang, Kelantan.


Balai Polis Badang
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Badang, Jalan Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Sumber Gambar: Google Map

Berdasarkan siasatan awal oleh pihak polis, kejadian cabul itu berlaku pada jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Kota Bharu, di mana suspek dan mangsa yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dilaporkan keluar makan bersama.

Mangsa dikatakan telah berkenalan dengan penceramah itu sebelum ini di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sebelum bersetuju untuk keluar makan dua hari kemudian.

Menurut Datuk Shafien Mamat, Ketua Polis Kelantan, sebelum kejadian suspek telah menghubungi mangsa dan mengajak mangsa keluar minum bersama.

Suspek dikatakan bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan lucah yang melampau terhadap mangsa semasa di tempat kejadian.


Menurut laporan Astro Awani, suspek telah bertindak mencabul mangsa dengan mencium pipi dan menggesel kemaluan di peha mangsa dan turut meraba kemaluan mangsa di sebuah hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Susulan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, mangsa telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan selepas kejadian sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Pihak polis kini sedang menyiasat laporan berkenaan di bawah Seksyen 377D Kanun keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk soal siasat.


Sumber — https://www.milosuam.net/